Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 29, 2011

Bukankah UMNO Lebih Bahaya Dari Wahabi...!!


Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
..

Bukti UMNO Memang Takut Nak Berdepan Dengan Rakyat...!!


BADAR Kesal, Pejabat MB Pahang Kosong sambut Mereka - HD

KUANTAN, 29 Julai: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) menyatakan rasa kesal dan amat berdukacita di atas sikap yang di tunjukkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam menangani isu Lynas yang sarat di rundung kontroversi yang tidak berkesudahan.

Ini dapat di lihat melalui keengganan MB untuk menerima delegasi Badar yang berkunjung bagi menghantar memorandum bantahan di pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang pada Rabu 27 Julai lepas.

“Kita sudah menghantar surat sebanyak dua kali bagi mendapatkan tarikh pertemuan dengan Menteri Besar iaitu pada 14 Julai dan hari ini 27 Julai 2011. Surat pertama kami dibalas secara rasmi dengan memaklumkan bahawa Menteri Besar mempunyai jadual yang telah di atur terlebih awal dan meminta agar kami mencadangkan satu tarikh cadangan yang baru.

"Namun apabila kami mencadangkan tarikh baru, kami di maklumkan melalui telefon bahawa tiada pertemuan khusus bagi isu Lynas dan MB akan bertemu dengan orang ramai pada sesi umum selepas hari raya nanti,” jelas Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar yang juga Penasihat Badar.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk mengunjungi juga pejabat Menteri Besar pada tarikh yang di tetapkan di sebabkan oleh beberapa perkembangan terkini berhubung isu Lynas yang memerlukan tindakan segera di buat.

Namun mereka hampa apabila mendapati pejabat MB kosong, cuma yang ada hanya kerani sahaja dan tiada siapa yang sanggup menerima memorandum penduduk Balok.

“Ini jelas menunjukkan sikap tidak rasional Menteri Besar dalam menangani isu ini di mana beliau seharusnya mengarahkan wakilnya menerima kedatangan penduduk dan mendengar luahan hati mereka. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin di sembunyikan oleh beliau dan justeru itu cara terbaik ialah mengelak dari berdepan dengan penduduk," kata beliau kesal.

Bagi beliau, sikap beliau juga jelas bertentangan dengan pendirian Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menerima baik kedatangan Badar dan mengadakan sesi perbincangan dua hala.

Ini seolah-olah mengiayakan lagi pengakuan MITI bahawa kerajaan gagal untuk bersikap telus dengan rakyat berhubung isu Lynas ini namun MITI di katakan telah berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut.

"Tetapi sikap Menteri Besar Pahang ini jelas bertentangan dengan pendirian MITI. Adakah ini satu gambaran betapa bercelarunya perjalanan projek ini, tiada penyelarasan antara kerajaan pusat dan negeri?” soal Penasihat Badar itu.

Pihaknya mengharapkan Menteri Besar dapat menyatakan setakat mana kuasa beliau dalam isu ini kerana mereka tahu setiap pelaburan harus melalui Menteri Besar dan yang paling penting adalah yang berkaitan dengan kelulusan tanah.

Kenyataan yang mengatakan projek ini adalah bidang kuasa kerajaan pusat adalah kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab, tambahnya.

"Beliau tidak patut berlepas tangan dan memandang ringan isu ini kerana ianya bukan hanya melibatkan rakyat dan negeri Pahang tetapi melibatkan seluruh negara kerana pengecualian cukai terhadap Lynas selama 12 tahun menyebabkan kantung negara kehilangan hasil yang sepatutnya di nikmati oleh seluruh rakyat Malaysia,” tambahnya.

Walau bagaimanapun delegasi Badar turut di halang untuk bertemu dengan Yang Di Pertua MPK.

Menurut pegawai Perhubungan Awamnya Puan Haslinda, mereka di arahkan untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu Lynas dan ini merupakan arahan dari kerajaan negeri.

Mengulas isu berkenaan, Tuan Haji Zulkefly menyifatkan larangan untuk bertemu dan mendapat penjelasan dari kakitangan awam merupakan gambaran terhadap sikap tidak telus kerajaan negeri.

"Kenapa perlu takut untuk berdepan dengan rakyat seandainya kerajaan dan agensinya berada di pihak yang benar?" tanya beliau.

Badar tegasnya dengan sokongan padu dari Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia akan meneruskan usaha-usaha yang telah di atur dan tetap bertegas bahawa Lynas mesti di hentikan segera.

Apa Khabau Orang Melaka....!


PAKAI TUDUNG DI MAHKOTA HOSPITAL MELAKA SATU KESALAHAN

Rupanya, dalam sebuk-sebuk UMNO ke hulu ke hilir menjaja kononnya hak Melayu semakin tergadai, Islam semakin dalam bahaya, DAP semakin ganas menentang Islam, rupanya dalam negeri Melaka sendiri Islam dihinjak-hinjak.

Beza Melaka berbanding negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah UMNO menguasai 2/3 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka. Maksudnya, UMNO mampu memerintah Melaka TANPA Barisan Nasional ataupun parti2 lain.

Namun, dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka dan ia berlaku di bawah pengawasan kerajaan UMNO Melaka.

Kalau di negeri yang mereka kuasai 100% macam ni pun mereka tidak dapat memperjuangkan hak orang Islam yang begitu mudah, apa lagi yang boleh kita harapkan dari UMNO.

Kalau tak salah saya juga, Mahkota Hospital ini juga sebuah Hospital kepunyaan Singapore sahabat akrab Yahudi Israel.

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA : ROSMAH TERUS MENCUKUR NEGARA

Respon kepada kenyataan i Rosmah Mansor sewaktu lawatannya ke Pokok Sena semalam, yang turut dilaporkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) 'Permata mahu lebih peruntukan' - saya meminta Najib Razak merujuk perkara ini ke sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya.

Ini kerana, peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata dalam Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan.

Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan.

Beliau harus mengawal dan menghalang isterinya dari terus mencukur wang rakyat. Wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan pubkisiti dan peribadi - eg. beg tangan RM1juta dan cincin permata RM74juta.

Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam.

Laporan kewangan, data keberhasilan dan indikator pencapaian program Permata ini juga seharusnya dibekalkan kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambah baikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Terkini...Ternow....Terbaru....!!

Tahanan EO telah di bebaskan pada hari ini....



NOTA

semua telah dibebsakan!
tahniah kepada seluruh rakyat!
Yang telah memberi tekanan kepada Polis & Kerajaan....

Ahli MT UMNO Pun Beri Tekanan Pada Najib...!!


Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, rakyat perlu diberikan kefahaman tentang demokrasi, termasuk hak berhimpun sepertimana dilakukan Bersih, 9 Julai lalu.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam debat ‘Apa Selepas 9 Julai’ yang dianjurkan Karangkraf di Shah Alam, semalam. “Kepada mereka yang tidak faham makna demostrasi itu cuba buka Kamus Dewan dan fahami makna demonstrasi. Ia sememangnya adalah sebuah program, bukannya pertubuhan,” kata Saifuddin sambil mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.

Program debat itu menampilkan tiga ahli panel iaitu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Kira-kira 600 menyaksikan debat berkenaan sehingga bilangan yang hadir melimpah keluar auditorium utama, bangunan kumpulan media itu. Menurut Saifuddin, Malaysia kini sedang menuju politik baru, justeru pihak yang mempertikaikan tujuan Bersih untuk menuntut reformasi pilihan raya, disifatkan sebagai golongan ketinggalan.

“Rakyat mahu terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Saya faham kenapa Pak Samad (Sasterawan Negara Datuk A Samad Said) terlibat dalam Bersih dan saya hormati Pak Samad,” katanya yang terkenal dengan kelantangan mengkritik dasar-dasar kerajaan yang ketinggalan.

Menurut Saifuddin, beliau mengalu-alukan program debat seumpama itu pada masa akan datang yang memberi ruang kepada keterbukaan dan perdebatan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu.

“Sekarang ialah era politik realiti. Media massa bukan hanya sebagai alat komunikasi tetapi sebagai gelangggang beroperasi dan untuk berkongsi. “Orang muda, pengundi baru, akademia, profesional, mereka yang berpendidikan tinggi dan masyarakat sivil mempunyai peranan.

“(Tarikh) 9 Julai adalah lingkaran kedua dari pusingan politik pertama. Kalau kita tak memandang ini, tak faham apa yang berlaku, memang teruklah,” kata Saifuddin.

Jawapan Mengapa TV9 Hentikan Program "Adik & Al-Quran...!!



Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

“Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.

Nota :

Cukup bebal dan bangang jawapan Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy:

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,”

Sedangkan penyertaan Ustaz Zamri ke Bersih sebenanrnya lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada TV9 sendiri apabila yang dikatakan "ikon" itu ada bersama-sama rakyat ... dan rakyat sepastinya menyokong program yang dihoskan oleh ikon tersebut.

Berbanding dengan pihak atas Prime Work itu sendiri atau Penerbit Eksekutif TV9 tersebut, Ezzah Aziz Fawzy, orang lebih mengenali dan menonton TV9 kerana rancangan itu dikendalikan oleh Ustaz Zamri, bukan kerana mereka-mereka di Prime Work atau Penerbit Eksekutifnya.

Sekarang lebih bertambah benci rakyat untuk menonton TV9.

Kepada Ustaz Zamri, teruskan perjuangan dan beristiqamah... rezeki di tangan Tuhan bukan di tangan pengarah-pengarah dan penerbit TV9 itu.

TV9 bakal bankrap, apabila setiap peserta himpunan Bersih memboikot siaran TV berkenaan.

Kalau Diam Maknanya Betul Laa Tuu...!!


Cincin RM 24 I : Rosmah kata Tiada Masa Mahu Layan - HD

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Romah Mansor enggan melayan dakwaan beliau membeli cincin berharga lebih RM24 juta sebagaimana yang didedahkan oleh beberapa blogger.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Dua minggu lalu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bakal Pengantin Kena Periksa Alat Kelamain Dulu....!!


Perlu ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah! Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?

GOWA - Wa Ode Nurmalasari, warga daerah Gowa, Sulawesi Selatan, menyesal telah menjalani pernikahan dengan Jonathan @ Jonny kerana tanpa disadari telah hidup bersama sesama jenis selama dua tahun.

Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.

Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.

Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.

"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.

Isteri Jonny, Wa Ode Nurmalasari menyatakan tidak percaya atas apa yang dialaminya, ternyata beliau berkahwin sesama jenis. Pun begitu, Ia sempat curiga atas tingkah laku suaminya yang tidak pernah mau menunjukkan alat kelaminnya. "Dia merasa kurang senang kalau disentuh dadanya, tetap saya menjalani kehidupan meskipun ada rasa curiga. Dan saya masih lagi tidak percaya kalau suami saya itu ternyata seorang perempuan," ujarnya.

Ketua unit siasatan Polis Gowa, Ipda Hambali mengatakan, Jonny disabitkan kesalahan akta 266 tentang pemalsuan identiti. "Kami menahan beliau kerana melanggar pemalsuan identiti, " tegasnya.

Adakah perlu bakal suami atau isteri dibuat spot-chek alat kelamin mereka. Yelah… zaman pembedahan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dengan bayaran mereka menukar alat kelamin mereka. Orang ramai tertipu dengan aksi mereka sehingga sanggup mengahwini mereka tetapi rupa-rupanya sama sejenis.

Dunia udah nak kiamat. Baru-baru ini seorang lelaki di Kuala Terengganu iaitu Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz telah ditolak . mahkamah permohonannya untuk menukar kad pengenalannya yang mencatatkannya lelaki apabila beliau telah membuat pembedahan jantina. Kalau tengok kepada fizikalnya… dengan berjilbab, Fuhh!!! Memang perempuanlah. Sesuai sangatlah buat bini… tetapi rupanya jantan!.

Berhati-hatilah saudara. Nampak smart, jujur. Slogannya bersih, cekap, amanah. Rupanya kaki rasuah, penipu dan songlap hak rakyat!!!. penasihatnya APCO Yahudi. Macam tu nak buat pemimpin? Bawak banyak2lah mengucap.

Kerana Menipu Lah BN Boleh Menang.....!!


KEMUKAKAN BUKTI JIKA BENAR ADA PENGUNDI TIDAK SAH : SPR – BH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini meminta mereka yang mendakwa wujud pengundi bukan rakyat Malaysia yang sah dalam daftar pemilih terutama di Sabah supaya mengemukakan bukti.

Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana dakwaan tanpa bukti seolah-olah mempersendakan pengiktirafan kewarganegaraan seseorang yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Kalau ada yang syak wasangka, jangan terus buat andaian yang bukan-bukan. Saya minta mereka tampil tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Pilihan Raya Sabah, di sini
---------------------------------------------------------
woit…TAK PAYAH LAAA SEKARANG MINTA BUKTI….

woit..INI MACAM KERJAAAN MINTA PELAJAR HATAR MEMO TENTANG AUKU…

kash kah kah...TIAP KALI ADA STUDENT PROTEST... KERAJAAN MINTA HANTAR MEMO...

woit…INI TIPU HELAH NAK MENIPU….

woit… EMPAT TUTUTAN BERSIH APA CERITA…..

kah kah kah..AIMAN TAK KISAH...ATAU NAK TUNGGU BERSIH 3.0 PULAK KE...?

Nak Tambah Duit Lagiii.....!! Hancuuurrr...!!


PERMATA PERLU PERUNTUKAN LEBIH : ROSMAH - UM

POKOK SENA 28 Julai - Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.

Nota:

lihat ini tajuk berita utusan hari ini
jelas dan amat ketara tajuk berita ini hal permata

ini tajuk berita serampang tujuh mata
ini tajuk berita pancing tujuh kepala

semuanya jelas nak tibai FLOM

dua hari lalu utusan menimbulkan berita
suami najib beli cincin 24 juta
utusan adalah akhbar pertama di arus perdana
yang melaporkan berita cincin FLOM

hari ini beritat cincin dah bocor
berita hairan buat laporan penafian
tapi utusan buat buat tak tahu
kah kah kah

maklumat tentang cicncin ini
dikeluarkan oleh kastam
ini kerana pihak kastam
telah muak dengan kerenah FLOM
beli kain dari itali
beli alatan rumah dari itali
semua tak bayar cukai

lepas tu gi bunuh
ketua mereka

patut laaa...kastam mengamok
kah kah kah

Siapalah Yang Cemburu Sangat Tuuu....??


ANUGERAH IBRAHIM ALI : SAYA JADI MANGSA CEMBURU -MK

Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program,
kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.

Nota :

Kah...Kah...Kah...Kah...Kah....Kahhhhh...!!

Hangat-Hangat Taik Katak....Habuk Pun Taraaak....!!


PERKASA BATAL HIMPUNAN – ELAK MELAYU BERTEMBUNG - MK

Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu

Sambil menafikan dirinya itu pengecut dan dakwaan bahawa PERKASA gagal mengumpulkan penyokongnya, Ibrahim, 61, yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berkata menjelang 9 Julai, 15,000 orang telah berdaftar bagi menyertai perhimpunan itu.

Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.

Malah, dakwanya mereka yang membuat tuduhan seumpama itu adalah golongan yang sakit, bodoh dan banggang yang cuba memprovokasikan dirinya.

Nota:

nak takut kan melayu
melayu tak takut

nak takut kan china
china tak takut

nak takut kan india
india tak takut

apa yang dapat?
dapat sekepul kentut
kah kah kah

jelas pekasam ini
hanya hangat hangat
tahi katak kah kah kah

apa punya tuuuurrr
satu pun traaaaak
kah kah kah

Najib Makin Menambah Kebencian Rakyat....!!


MY NAME IS FAREEZ - I'M NOT A TERRORIST (28 July 2011)

Susulan laporan penahanan saya dan aktivis Bersih lain semalam, sehingga tempoh 24 jam ini saya telah diserang hebat di twitter, facebook dan blog pro-Umno bahawa kononnya saya ditahan kerana cubaan sabotaj terhadap program edaran Jalur Gemilang semalam.

Malah ada yang melampau sehingga mendakwa bahawa saya merancang mahu memcederakan dan membunuh YAB Perdana Menteri semalam hanya kerana kapasiti lain saya sebagai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM).

Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hatta Papa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidah mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

Maka, demi memelihara keselamatan YAB PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan pernah mencabar kesabaran rakyat lagi.

Penahanan semalam juga menggambarkn seolah saya dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyatnya.

"Dear PM, my name is Fareez. And I'm not a terrorist."

Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat. Demi Rakyat, saya sayangkan negara saya. Demi Rakyat, saya mahu PM letak jawatan.

Sekian. Terima kasih.

Mohd Fareez Kamal Intidzam
Political Secretary to YB Zuraida Kamaruddin
Contact No.: 0133367701 (BBM 20C9179)