Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 21, 2011

UMNO Munafik...!!


PAS: Dakwa Mat Sabu bukti janji Najib tidak boleh dipercayai-MR

Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan sangka buruk rakyat bahawa sememangnya janji Perdana Menteri (PM) UMNO tidak boleh dipercayai.

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan - sebuah buku berjudul "Pengukir Nama Johor", kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim di tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.

Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa "negara pernah dijajah British".

Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Mahathir adalah betul.

Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?

Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh MPN, tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.

Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?

Secara mudahnya ini yang berlaku - "Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi UMNO dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada 'Mohamad Sabu menyokong komunis' dan menyebarkannya ke merata tempat."

Sedangkan, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera.

Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu?

Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro UMNO, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu (gambar kanan) kalau bukan kerana politik? Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan UMNO hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata.

Antara janji PM Najib Razak sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta ISA baru-baru ini ialah tiada tangkapan kerana politik akan dilakukan. Belumpun kering air liur, pendakwaan politik sudah pun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.

Kini, rakyat boleh menilai sejauhmana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bila mana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA.

Apabila berdepan, UMNO BN menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan Najib untuk memansuhkan ISA, tapi di belah belakang, mereka pula hendakkan dua akta baru yang menggantikan ISA mesti mempunyai roh ISA.

Dari sudut politik, flip-flop UMNO dan percanggahan kenyataan antara menteri-menteri UMNO telah memperlihatkan kepada rakyat sebenarnya UMNO BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan demi rakyat.

Mengharap pembaharuan daripada UMNO-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa "kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat."

Rakyat perlu bangkit bagi membawa perubahan total dalam pilihanraya umum yang akan datang. Untuk menghapuskan akta yang zalim, kita perlu hapuskan dahulu pemimpin yang zalim. Tidak mungkin rakyat akan mendapatkan keadilan dari sistem yang tidak adil dan orang yang secara sengaja mengumumkan secara terbuka bahawa, "Aku tidak pandai menipu."

Kenyataan media oleh :

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kalau Takut Bemain Ombak..Jangan Berumah Di Tepi Pantai...!!


Mat Sabu mengaku tak bersalah - MK

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Kumpul wang

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Mereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Al Fatihah..!!


Bekas Ahli Parlimen Dungun, Dato' Awang Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.10 pagi itu, Penasihat Khas Menteri Besar Terengganu yang menaiki Mercedes-Benz dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Allahyarham ialah juga bekas Exco kerajaan Terengganu selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi selain pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan.

TPM, Tan Sri Muhyiddin ketika menziarahi jenazah beliau, ia menyifatkan kematian Allahyarham satu kehilangan besar kepada negara. "Arwah adalah sahabat baik saya dan juga sahabat lama saya. (Ini) satu kehilangan sebab arwah dah bagi banyak sumbangan masa jadi Setiausaha Parlimen KBS.

"(Dan) Arwah masih lagi berkhidmat sehingga akhir usia beliau. Ini satu kehilangan besar kepada negara. Saya doakan semoga keluarganya tabah dan rohnya di tempatkan bersama orang beriman," katanya.

Jasa beliau tentunya banyak selaku wakil rakyat Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995. Apatah lagi jasa beliau terhadap parti Umno.

Tetapi ada jasa beliau yang sentiasa diingat oleh rakyat Terengganu. Ketika Pas memerintah yang dipimpin oleh tokoh ulama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang anak Terengganu beragama Islam dan berbangsa melayu. Tanpa ada dosa & kesalahan akhirnya kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN telah menarik royalti yang menjadi hak kerajaan Terengganu dan rakyatnya yang telah memilih Pas sebagai pemerintah yang sah.

Pada tahun 1975, kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Terengganu akan mendapat royalti 5 % dari hasil minyak yang dikeluarkan. Pada tahun 1987, satu lagi perjanjian ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas dan sekali lagi ditegaskan dengan jelas dalam perjanjian itu, Terengganu akan menerima royalti lima peratus dari Petronas.

Malangnya kerana usul dari Umno Terengganu itu sendiri entah apa sebabnya. Usul penarikan royalti ini telah dibawa oleh Datuk Awang Jabar sendiri, ketua Umno Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno pada tahun 2000 di PWTC, Kuala Lumpur.

Saya meyakini, pimpinan Pas yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden serta pimpinan Pas Terengganu yang memikul amanah mentadbir negeri Terengganu ketika itu tidak ralat untuk memaafkan allahyarham. Mereka mempunyai jiwa besar. Sekian lama dididik dan ditarbiyyah dengan tarbiyyah Islamiyyah, nescaya tiada dendam dalam menegakkan perjuangan apatah lagi beliau juga sebagai tokoh agamawan. Tiada musuh individu dalam perjuangan Islam. Apatah lagi kehidupan sentiasa silih berganti kealpaan dan kelupaan.

Beliau juga ada meninggalkan jasa mewakafkan tanah dan menjual murah rumah beliau di Dungun untuk SRABZA (Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin) semasa hidup beliau dan sekolah tersebut menggunakan module Dewan Ulama Pas dan dinaungi oleh Pas Kawasan Dungun hingga sekarang.

Tetapi penarikan royalti ini melibatkan musibah kepada rakyat Terengganu. Anak-anak dan generasi Terengganu.

Biasanya bila ada kematian wakil simati mengumumkan supaya dimaaf atau dihalalkan segala salah dan silap. Jika ada hutang piutang harap dituntut daripada waris si mati. Tetapi bagaimana kalau kesalahan itu melibatkan rakyat. Apakah rakyat memaafkannya? Setiap dosa yang melibatkan manusia perlu mendapat kemaafan manusia sebelum bertemu Allah Swt. pastinya walau tahap mana kekayaan kita, walau tinggi mana pangkat dan kuasa kita dan walau ramai mana anak-anak maupun pengikut kita, pastinya kita akan kembali kepadaNya jua.

Saya mengharapkan rakyat Terengganu memaafkan beliau dan semoga rohnya diterima Allah Swt. Terserahlah kepada rakyat Terengganu.

Mat Sabu Ditahan Sebelum Dibebas Dengan Jaminan Polis...!!


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Petang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.