Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 21, 2010

Apa Khabar Orang Teganung....!!!



Nota :

Negeri Terengganu sekarang boleh di nobatkan sebagai Hub Anak Haram...!!!
Pengundi UMNO /BN Terengganu patut bangga dengan fenomena ini...!!
Inilah sebenarnya maksud slogan...Memahat Sejarah Mencipta Tamadun...
Apa cerita dengan Slogam Islam Hadhari Terengganu Bestari...??
Apa dah jadi dengan slogan Melahirkan Masyarakat Ulul Albab...???
Semuanya hanyalah Slogan semata-mata.....!!!
Yang nyatanya anak haram kini bersepah di bumi Terengganu Darul Iman...
Kah...Kah....Kah....!!!

Jangan Main Api Kalau Takut Bini...!!!


Belum habis cerita bekas adun yang mati ditembak bersama pembantunya didalam kereta di Selangor. Riuh rendah pulak isu adun Terengganu. Perang sabil telah berlaku di Hospital Besut. Ini terjadi apabila bini tua adun di Besut baru mengetahui bahawa suaminya berpoligami tanpa pengetahuan beliau. Hah apalagi! Perang sakanlah.. Diserang madunya dihospital . Apalagi bergelegaklah. Amat memalukan. Akhirnya ditukarkan isteri muda tersebut ke hospital Kuala Terengganu.
Berita juga memaklumkan dah banyak hari Adun tersebut tak boleh balik rumah. Rumah terkunci. Alahai kesian.. Yelahh.. asam garam perlahwinan.

Mungkin tak menuntut habis kot dengan Mat Said atau Deris Jusoh tak mengajar sampai tamat ilmu berpoligami. Apapun selamat mengharungi bahtera peperangan kita ucapkan. Masa inilah pemimpin UMNO nak belajar mengikut sunnah Rasulullah Saw. Walaupun perjuangan dasar assobiyyah kebangsaan. Matlamat adalah kebendaan. Tak mengira halal atau haram. Membujur disapu melintang dibaham. Tetapi bab poligami ni.. nak ikut sunnah.

Itulah. Rakyat pun sampai bila boleh melihat ini semua. Dahlah berperang dalam politik Umno Terengganu tak berkesudahan sampai di dun pun berpolitik sakan. Balik rumah pun berperang jugak. Jangan jadi macam bekas adun tu sudahlah. Bertembak-tembak pulak. Di harap Mat Said tolong le tarbiyyah anak-anak buah tu. Kan nanti rakyat meluat. Banyak pulak duit rakyat perlu ditabur untuk rasuah bagi memenangi pilihanraya yang makin dekat ni. Kalau tak pun diharap Yahya Khatib yang merupakan Exco baru hal-ehwal wanita tolong selesaikan. Takkan nak anayai wanita UMno tu. Inilah tugas Yb Yahya yang penting. Itupasal ditukarkan daripada exco infra kepada exco hal ehwal wanita tu.

Nanti kalau disiar dalam akhbar Umno susah pulak. Macam kes pemuda Pas di Kelantan mahupun Yb Melor. Tapi yelahh. Untung jugak jadi OKU Umno ni. Isu-isu macam ni media tak ambih kisah. Isu kecil. Terpencil. Sebab mereka pemimpin Umno. Kalau sangkut kat pimpinan PR apatah lagi PAS… fuh.. gegak gempita le.

Terasa jugak nak berpoligami tetapi kalau dak main perang-perang, tembak-tembak ni apa main ni. Kata seorang sahabat penulis memang macam tu. Macam cerita P.Ramlee. Serabut kepala ni. 95% serabut kepala. 5% sahaja yang seronok. Tetapi 5% tu boleh cover lagi pening yang 95% tu. Ye ke? Belum cuba belum tahu!
-----------------------------------------------------------------
Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....ORANG ADA BINI DUA..KITA PUN NAK TAMBAH BINI JUGA....ORANG HIDUP BAHAGIA..KITA HIDUP SENGSARA...KAH..KAH...!!!

Selamat Berterawih...!!!



Nota :

Saman ekor mrupakan satu industri baru di malaysia...
Industri yang cepat dan sedang pesat berkembang...
Nasiblah jadi rakyat 1 Malaysia...
Kah...Kah...Kah...!!!

Harapkan Menteri...Menteri Tumpang Sekaki...!!!

ARJUNAN DEDAH DUA LAGI KES BABITKAN SARAVANAN - MInsider

Ahli politik PKR, M.S. Arjunan hari ini mendedahkan beliau didampingi dua lagi wanita — bekas pelajar sebuah kolej swasta — mendakwa menjadi mangsa seksual seorang timbalan menteri dari MIC kira-kira sedekad lalu.

Arjunan, yang mencetuskan kontroversi dengan membuat aduan ke atas Datuk M. Saravanan Sabtu lalu, mendakwa salah seorang mangsa itu menghubunginya semalam manakala seorang lagi hari ini.

“Semalam seorang dan hari ini seorang... jadi setakat ini ada tujuh wanita yang menjadi mangsa dakwaan yang dibuat sebelum ini,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau belum menyerahkan maklumat terbaru itu kepada polis.
------------------------------------------------------------------
Woittttt....TANYA SEMUA ORANG INDIA....SEMUA TAHU MALAON INI ORANG JAHAT....

Woittt......PERGI LAH KE BRICKFEILD ATAU SENTUL....PERGI LAH TANYA.....

Kah...Kah...YANG PELIKNYA KENAPA POLIS TAK TAHU...???

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....BUKAN POLIS TAK TAHU...TAPI MUNGKIN SENGAJA BUAT TAK TAHU...KAH...KAH....!!!

Ramli Yusof Ganti Musa Hasan...???

Datuk Ramli Yusof kini bebas dari 3 tuduhan rasuah dan penyalahan gunakuasa. Bermula dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen Kota Kinablu Julai tahun lepas, kemudian oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Mac lalu dan sempena keberkatan Ramadhan nama beliau dipulih dan dibersihkan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur semalam dari tuduhan melakukan kesalahan itu pada 2 Mei 2006, mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bertepatan pula jawatan IGPMusa diambang sore untuk bersara. Tidak diketahui mengapa KDN begitu "liat" untuk mempersarakan IGPMusa yng sepatutnya bersara pada 2006.

JIka Datuk Ramli tidak didakwa atas tuduhan rasuah, beliau berkemungkinan berjawatan IGP. Ramai beranggapan tuduhan keatas beliau lebih kepada "peteh keting" permainan politik pegawai atasan PDRM.

Ramli berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Ketua Polis Sabah serta Ketua Polis Pahang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005.

Ramli Yusuff pernah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang Islam.

Beliau adalah pegawai ketiga tertinggi di PDRM, sebelum digantung tugas dan ditahan kerja sehingga mahkamah memutuskan kes rasuah yang dihadapinya.

Rekod IGP MUsa tidak begitu memberangsangkan. IGP Musa terbabit dengan perbicaraan Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1999.Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis.

Antara cara pihak KDN memulihkan imej PDRM adalah menukar IGP. Elok benar diangkat Datuk Ramli Yusof menjadi IGP baru September ini.

Adakah KDN ketandusan individu untuk pilih IGP baru? Daripada 100,000 anggota dan 2,000 orang pegawai yang dimiliki PDRM tiada seorang pun tidak layak ganti Musa?

Barangkali terlantiknya Ramli bakal memberi anjakan paradigma kepada imej PDRM dan sinar "kemerdekaan" kepada PDRM.

Nota :

Elok sangatlah kalau Musa di tukar pun...
Musa ni ibarat baik ada daripada tak ada...
Tapi kalau ada pun...baik tak ada....
Demi menjaga imej PDRM..tukarlah cepat-cepat...
Kah...Kah...Kah....

Hati-Hati Dengan Agenda Tersembunyi UMNO/BN,,,,!!!!

WASPADA TIPUAN API PERKAUMAN UMNO BN - Harakahdaily

Presiden PAS, Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno BN.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan Umno BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, lewat hari ini.

Justeru, menurutnya, permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu baru-baru ini adalah merupakan satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara kini.

Beliau berkata, keadaan itu tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.

Kegagalan itulah juga, ujarnya yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC.

Nota:

Sesudah kemenangan pakatan macam macam dilakukan
Mula mula kaum eee berdemo di penang
Kemudian geng songkok tinggi jadi lembu
Kemudian masjid di bakar
Kemudian cuba pecahkan pas dari pakatan
Kemudian muncul kassim baba dengan 40 penyamun
Terakhir guan eng di doakan jadi sutan agung kah kah kah

Semua ini adalah kerana rakyat makin kurang yakin dengan gerombolan
Semua ini kerana orang ramai makin menyokong pakatan rakyat

Ajenda perkauman ini di bakar
Untuk melihat UMNO sebagai penyelamat
kah...Kah...Kah....!!!

Perpaduang....Perpaduang....!!!


NAJIB MAHU KEPIMPINAN UMNO UTAMAKAN PERPADUAN DEMI MASA DEPAN – Berita Hairan

Najib Razak, hari ini meminta kepimpinan UMNO supaya mengutamakan perpaduan di semua peringkat demi masa depan parti dan negara.

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 6,000 penduduk Perlis di Dewan 2020 di sini beliau meminta supaya semua pihak berusaha sedaya upaya menggunakan apa cara sekalipun bagi mewujudkan perpaduan itu. Dia meminta pemimpin UMNO supaya mengetengahkan corak kepimpinan yang boleh membawa perubahan, di samping bekerja kuat, menunaikan setiap janji dan mengambil berat masalah rakyat.
------------------------------------------------------------------

Woittttt.. INI BERITA BAIK KERANA MEMBUKTIKAN GEROMBOLAN SEKARANG SEDANG BERAMUK..!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...BERAMUKLAH BIAR SAMPAI LEMBIK...SAMPAI MAMPUS...!!!

Jangan Tunggu Lagi ...Masanya Dah Tiba....!!!


Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Umno yang bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini. Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009.

Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi bumiputera.

PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam genggaman Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.

PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengali babakan projek yang dapat melalui “hak istimewa orang Umno”. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kemana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 billion lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti bumiputera sudah melebihi 30%.

PAS pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.

PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman Pas di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat. Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka dalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah. Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat