Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 1, 2010

Pemimpin & Ahli UMNO Kurang Beriman....????

Ulama' Muda Juga Perlu Beri Penerangan Kepada Anak, Bini & Sepupu Pemimpin UMNO Berkenaan Halal Haram....!!!

Ulama Umno fokus program 'kukuhkan iman' -MKini

Sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini membentangkan beberapa cadangan, antaranya bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan Pemuda parti itu malam tadi.

Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya (duduk, kiri sekali), dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep "Islam for All" (Islam untuk semua).

"(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.

"Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat," kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.

Nota :

-Kalau di lihat sejarah UMNO, bukan ini yang pertama kali para agamawan yang menyertai UMNO.
- Malah ada yang pada awalnya bertujuan untuk memabaiki UMNO dari dalam supaya selari dengan kehendak agama...
-Namun sejarah telah membuktikan tidak ada seorang pun mampu mempengaruhi UMNO supaya meletakkan Islam di hadapan....
- Namun apa yang paling mengecewakan apabila parti dominan orang melayu ini di kenal pasti telah melanggar hukum Islam secvara terang-terangan dan jauh terpesong dari ajaran yang telah di bawa oleh Nabi Muhamad SAW ini...
- Maka secara kesimpulannya bahawa kemasukkan ulamak muda ini adalah di dorong kepada kepentingan survival politik semata-mata samada di pihak UMNo ataupun ulamak itu sendiri dan bukannya sebagai para pemikir atau penasihat yang perlu di hormati oleh UMNO...

Ulama' Tua Tibai Ulama Muda UMNO...!!!

Nakhaie: Ulama muda sertai Umno terap ‘ideologi’ Asri-MInsider

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.
---------------------------------------------------------------
Kah....Kah....NAMPAkNYA ULAMAK TUA UMNO DAH MULA JEALOUS DENGAN ULAMAK MUDA...!!!

Kah...Kah.....KENAPA NAKHAEI DO SIBUK SANGAT...???

Kah...Kah.....KENAPA NAKHAEI DOK MARAH SANGAT PADA DR. ASRI...???

Kah...Kah.....INI MESTI ADA SEBABNYA....!!! BERITAHULAH PADA RAKYAT APA SEBABNYA...???

Kah..Kah.....SIAPA YANG TAK KENAL DENGAN USTAZ DATO' NAKHAEI.....!!!

Kah..Kah.....BAGI ORANG PAS MEMANG KENAL SANGAT DENGAN MANUSIA NAMA NAKHAEI NI....!!!

Kah...Kah...KALAU NAK TAHU....SEBABNYA IALAH MAT MONGGOL NAK LANTIK DR.ASRI JADI PENGERUSI YADIM YANG BARU...!!!

Kah...Kah....SEBAB ITU PAS REJECT AWAL-AWAL SI NAKHAEI NI...!!!

Kah...Kah....DULU NAKHAEI..SEKARANG DAH JADI NAKASONEL....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...ADA ORANG MENGAKU ULAMAK...TAPI PERANGAI LANGSUNG TAK MENUNJUKKAN IA SEORANG ULAMAK...ITULAH MASALAHNYA...!!!

Tugas SPRM Hanya Untuk Tibai Pembangkang.. .!!!


Zahid: Tak perlu SPRM siasat pembelian Scorpene-MKini

Isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau ber
kata ini kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya, malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira satu bilion euro pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," katanya kepada media selepas melepaskan peserta Ekspedisi 1Malaysia ke Kota London di Bangi hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira 114 juta euro kepada syarikat di Malaysia.

Semalam, Dewan Rakyat menolak usul supaya pembelian kapal selam negara itu dibahaskan.

Speaker Pandikar Amin Mulia dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang) berkata beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasat perkara itu.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda , seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.Kerajaan juga sebelum ini telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis.
----------------------------------------------------------
Kah...Kah....INI BUKAN BERITA PELIK....MEMANG TAK PELIK...!!!

Kah..Kah......INI BUKAN BERITA LUAR BIASA....RAKYAT DAH NAIK MUAK BILA MENDENGARNYA ....!!!

Kah...Kah.....INI BUKAN BERITA GEMPAR.....1 MALAYSIA DAH TAHU SEMUANYA...!!!

Kah...Kah.....TAK APALAH SPRM TAK NAK SIASAT.....PERANCIS AKAN SIASAT...!!!

Kah...Kah.....SEMUA ORANG TAHU...SPRM HANYALAH BONEKA SAJA...!!!

Kah...Kah.....DI TUBUHKAN HANYALAH UNTUK SIASAT PEMBANGKANG...BUKANNYA KERAJAAN...!!!

Kah..Kah.....DI NEGARA KAFIR..PEMIMPIN PUN KAFIR..TAPI TAHU APA ITU KEADILAM....!!!

Kah..Kah.....DI NEGARA YANG MENGAKU ISLAM WALAUPUN PEMIMIPIN TAK BERAPA ISLAM...TAPI TAK TAHU APA MAKNANYA KEZALIMAN...!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....CINA KAFIR LAKNAT LEBIH KENAL KHALIFAH OMAR ABD. AZIZ..BANDING PEMIMPIN MELAYU YANG MENGAKU ISLAM TAPI LEBIH KENAL KAMAL ARTARTUK...SEDIH...SUNGGUH MENYEDIHKAN...!!!

Memang Dah Agak Dah....!!!!


Bala: Deepak, Rosmah 'taja' lawatan saya ke London MKini

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, berkata beliau telah diarahkan oleh anak guamnya bagi menjawap kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang media di lobi parlimen semalam.

Zahrain semalam menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London.

Menurut Americk, Balasubramaniam menyokong sepenuhnya cadangan Zahrain.

“Wang yang akan digunakan oleh beliau bagi lawatan ke London dan penginapan hotel di sana datang dari dana yang beliau terima daripada Deepak yang diberikan oleh Rosmah, yang merupakan penaja sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Americk (kanan) berkata SPRM wajar menyiasat kedua-dua mereka.

Bala menghilangkan dirinya selepas menarik balik akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya pada Julai 2008.
-----------------------------------------------------------
Woittttt.....SI BALA NI MANA ADA DUIT...MESTI ADA PENAJA YANG SUDI MENAJANYA...!!!

Kah...Kah....DOK KAT MALAYSIA PUN SEMINGGU SEKALI JE MAKAN NASI KARI DAUN PISANG...INI DAH BERAPA LAMA KAT LONDON..BANYAK BETUL DUIT SI BALA NI...!!!

Kah...Kah...SEBENARNYA RAMAI YANG TELAH MENJANGKAKAN JAWAPAN ITU....!!!

Kah...Kah.....SOALAN ZAHRAIN SEBENARNYA DAH LAMA BOCOR....!!!

Kah...Kah.....WAALAUPUN DAH TAHU JAWAPANNYA...TAPI 1 MALAYSIA BUAT COOOL JE...!!!

Kah...Kah.....ALAHAI SAJA NAK TENGOK BIG MAMA MENGELABAH KE TAK...????

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...KALAU HAKIM "COKLAT HACK".....DAH TENTU PENGAKUAN BALA NI IS "NOT RELEVANT"...KAH...KAH.....!!!!

Biar Rakyat Papa Kedana.. Asalkan Rosmah Glamour....!!!


PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York MKini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun disdesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Najib mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah.

"Kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan Datin Seri Rosmah adalah termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk perdana menteri, selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri perdana menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak.

Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York pada 16 April.

Majlis itu juga dihadiri oleh bintang filem antarabangsa seperti pelakon pemenang Oscar, Robert De Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx.

Ketika mahlis itu, Rosmah diberikan anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada US Business Council for International Understanding (BCIU).

Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan Internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx.

Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada “keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia”.

Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'wanita pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan untuk Raja Permaisuri agong.

Menurut laporan The Nut Graph, New York Times pada mulanya berkata iklan berkenaan dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudian menarik semula kenyataan berkenaan.

Berikutan itu, Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa BCIU yang meletakkan iklan berkenaan. Bagaimanapun majlis berkenaan belum mengesahkan perkara tersebut.

Bercakap kepada wartawan, Gobalakrishnan berkata kerajaan harus telus dan mendedahkan kos sebenar perbelanjaan Rosmah.

"Sebelum ini, mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri perdana menteri. Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar,” katanya.

"Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya. Rakyat seharusnya tahu berapa yang dibelanjakan oleh isteri PM.
-------------------------------------------------------
Woittttt.....KALAU MACAM NI...IDRIS JALA PATUT KENA KIRA SEMULA....!!!

Kah...Kah....KALAU MACAM NI...2 TAHUN LAGI NEGARA PASTI BANKRAP....!!!

Kah...Kah....OPPPSS...TAK BOLEH SEBUT BANKRAP..NANTI KENA SAMAN....!!!

Kah..Kah.....IDRIS JALA CAKAP 9 TAHUN LAGI..NEGARA AKAN BANKRAP KALAU SUBSIDI PADA RAKYAT DI TERUSKAN...!!!

Kah...Kah...IDRIS JALA MUNGKIN TAK NAMPAK ...BERAPA DUIT NEGARA HABIS UNTUK PARTI ROSMAH...!!!

Kah...Kah...KALAU DI MASUKKAN SEKALI DUIT BELANJA PARTI ROSMAH...2 TAHUN LAGI MALAYSIA BAKAL MUFLIS...!!!

Kah...Kah...KALAU MASUKKAN SEKALI DUIT UNTUK BAYAR IKLAN ROSMAH...SETAHUN DARI SEKARANG MALAYSIA AKAN JADI PAPA KEDANA....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...SEBAB ITU UMNO MARAH SANGAT PADA LIM GUAN ENG BILA BELIAU CUBA NAK TERAPKAN CORAK PEMERINTAHAN KHALIFAH OMAR ABD. AZIZ DALAM PENTADBIRANNYA....