Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 23, 2010

Salut Pada Mereka Yang Bercakap Benar....!!!

Saya memandang serius akan dakwaan Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar yang mendakwa saya gagal dihubungi bersabit kenyataan saya mengenai spekulasi kes pembunuhan Soosilawati Lawiya. Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.

Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Khalid sendiri.

Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Soosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

Selanjutnya, sila layari: www.shamsuliskandar.wordpress.com

Nota:

Memang seluruh malaysia tertanya tanya?
Kenapa banyak sangat pembunuhan dapat dilakukan
Sempat dibunuh dan dibakar?

Pelik juga – jutawaan intan berlian dari indiah hilang
Isteri lapor – tak ada langsung berita dalam media.
Mungkin ada dalam akbar india –
Minta maaf – kami tak tahu.

Ada yang pelik disini ramai yang bertanya
Macam si Shamsul ini....semua orang ingin tahu
Kalau ingin tahu caranya hanya bertanya
Apakah yang dituduh ini memakai bomoh pendinding?
Adakah yang di tuduh pakai bomoh siam?
Adakah yang dituduh ini pakai bomoh jawa?
Adakah yang di tuduh ini pakai kuasa bomoh dacing dan agung
Kah...kah....Kah?