Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 18, 2011

Tun Madey Makin Fobia....!!


"Assalamualaikum, Antara maklumat terbaru yang disampaikan oleh DSAI, Tun Mahathir adalah salah seorang yang mahukan beliau dipenjarakan semula sementara ketakutan terbaru yang diserlahkan oleh Tun Mahathir ialah laungan kesanggupan beliau untuk bersumpah di mana mana masjid dunia untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan bank dunia seperti didakwa oleh DSAI.

Nampaknya sumpah sudah menjadi mainan untuk melepaskan diri dari segala dakwaan dan tuduhan bagi penganut UMNO sedangkan ALLAH sudah memperingatkan agar jangan bermain main dengan sumpah.Sumpah juga menjadi hujah bagi penganut UMNO bahawa mereka adalah penganut Islam yang taat patuh sedangkan hudud mereka tolak serta hiburan yang melalaikan dan penuh unsur maksiat digalakkan di seluruh negara.Boleh percaya ke tidak orang orang macam ni?

Dalam kes video Ligam, Tun Mahathir tidak pula mahu bersumpah walaupun panel hakim telah memutuskan ada kes terhadap beliau bersama sama geng 6 jahanamnya, mungkin kerana kerajaan masih bermurah hati kepadanya dengan mengabaikan saranan panel hakim dan kes terhadap Tun Mahathir ditutup semudah a,b,c.Namun ada ketakutan Tun Mahathir kepada kemungkinan tewasnya BN dan menangnya PR pada PRU akan datang.Ketakutan yang paling jelas ialah kemungkinan kes Ligam dibuka semula yang menyebabkan beliau akan didakwa dan didapati bersalah serta akan masuk penjara kerana itu.

Masuk penjara adalah perkara yang paling tidak disenangi Tun walaupun beliau semasa berkuasa begitu bersahaja menyumbat siapa sahaja ke penjara.LGE merasanya, ramai pemimpin pembangkang merasakannya dan sudah tentu orang yang paling merasakan kesengsaraan di penjara ialah DSAI.Semuanya kerja Tun Mahathir tetapi disaat beliau sudah mula merasa pembalasannya, beliau mula takut dan orang yang paling beliau takut ialah DSAI sehingga DSAI menjadi fobia kepada Tun.

Tun satu ketika pernah cuba mengaku kerakusannya itu dan pengakuan itu dirakamkan di you tube mungkin untuk menarik perhatian DSAI untuk memaafkan beliau.Tun mengaku DSAI dipenjara kerana kuasa bukan kerana kesalahan yang dilakukan dan semua orang bolih mendengar pengakuan Tun ini di you tube.Tetapi tiba tiba Tun mengubah pengakuannya bila menulis diblognya bahawa beliau tetap percaya DSAI meliwat Azizan dan Saiful.Dengan hujah dan fakta yang begitu sumbang dan mengenepikan penemuan dalam video Ligam, Tun terus membuat tuduhan bahawa DSAI seorang peliwat.Sedangkan keputusan siasatan video Ligam sudah bersetuju bahawa Tun sepatutnya didakwa di mahkamah.

Tetapi kerana fobianya terhadap DSAI, Tun sanggup berbuat apa sahaja sehingga sanggup mengatakan bercakap bohong itu tidak baik tanpa menghiraukan puluhan kali pembohongan yang beliau lakukan malah ada pembohongan yang menghina dan menyeksa orang lain seperti yang dialami oleh LGE dan DSAI.

Satu ketika dulu ketika masih berkuasa, ada pendapat yang mengatakan kalau Tun dihadapkan ke mesin pengesan bohong(lupalah panggilannya), pasti mesin tersebut tidak dapat mengesan pembohongan Tun kerana sikapnya yang bersahaja ketika berbohong, malah LGE sendiri menamakan Tun sebagai kaki klentong nombor satu negara.Hari ini baru Tun sedar bahawa cakap bohong itu tidak baik walaupun ugama sudah melarangnya sejak 1,400 tahun yang lalu sehingga ditegaskan dalam alquran dan hadis bahawa itu salah satu sifat munafiq yang dilaknat ALLAH.

Tun mendakwa DSAI berbohong ketika menuduh beliau memohon batuan dari bank dunia dan untuk membuktikan bahawa beliau tidak pernah menulis surat memohon batuan itu , Tun sanggup bersumpah, bersumpah dalam erti kembali kepada agama yang dibawa oleh Rasullallah yang pernah Tun hina dulu dengan pisau bladenya.Tetapi kembalinya Tun kepada agama pada masa dan cara yang salah malah cara yang lebih menghina agama.Sumpah bukan kemudahan untuk melepaskan diri dari tuduhan atau membuktikan kebenaran, sumpah tidak boleh dipermain mainkan apatah lagi sumpah laknat yang menurut panduan agama hanya boleh dilakukan menerusi keputusan mahkamah dan selepas sumpah tidak ada apa apa hukuman dijatuhkan.Ini bermakna sumpah laknat hanya boleh dipraktiknya dibawah undang undang Islam sepenuhnya bukan dalam sistem kita hari ini yang membicarakan kes di mahkamah buatan manusia dan sesudah sumpah, kes dibicarakan dan hukuman dijatuhkan.Penyimpangan yang menurut penganut UMNO merupakan kepatuhan kepada Islam.

Kini, Tun juga terikut ikut dengan gaya sumpah sebagai cara melepaskan diri sedangkan Tun sendiri meminta DSAI menunjukkan bukti beliau menulis kepada bank dunia jadi kalau bukti itu diminta dan DSAI tidak dapat menunjukkannya, buat apa lagi Tun nak bersumpah kalau tidak kerana beliau fobia dengan DSAI?dan kalau surat itu ada dan didedahkan oleh DSAI, apa guna sumpah yang dilakukan Tun?

Sah , bercelaru fikiran Tun yang sedang dihambat usia.Tun pernah berkata selepas bersara beliau mahu menumpukan perhatian kepada peningkatan ibadat tetapi selepas lebih 6 atau 7 tahun bersara, Tun masih dikejar mimpi ngeri penangan DSAI dan tidak mampu beribadat seperti dikehendakinya.Tun sudah beberapa kali diuji ALLAH dengan kesakitan yang teruk sehingga anaknya Marina pernah menjalankan upacara mutli religion berdoa untuk ayahnya.Tetapi Tun tak mati mati juga, mungkinkah kerana doa arwah Ust Fadhil agar ALLAH lanjutkan usia Tun untuk melihat satu demi satu kerosakan yang dilakukannya?

Nampak gayanya Tun tidak akan mengaku akan kesalahannya tetapi masih mahu dikenang sebagai manusia yang paling berjasa kepada Malaysia tetapi hakikatnya ALLAH jua lah yang menentukan samaada seseorang itu dimulaikan atau dihina tak kira dengan sumpah atau tidak.Tetapi sekiranya sumpah itu hanya menafikan kebenaran kepada dakwaan, maka semua orang tahu apa akan jadi, kalau tidak masa hidup pasti selepas mati.Fobia kepada manusia tidak sesekali membantu persedian untuk menghadapi mati, wahai Tun Mahathir!

PR Menang...Harga Minyak Turun Dalam Masa 24 Jam....!!


TEMERLOH, 17 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim(gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya. Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

“Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

“Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima,” katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

“Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

“Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah,” katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

“Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

“Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?” soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

“Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

“Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia,” katanya merujuk kepada Umno. - HarakahDaily

Madey Lempar Batu Sembunyi Tangan....!!


TUN Mahathir tidak perlu merepek soal mengapa Melayu dan umat Islam berpecah. Sekiranya beliau masih siuman dan tidak mudah lupa, beliau pasti tahu siapa tokoh utama yang menjadikan Melayu dan umat Islam ini mula berpecah belah angkara politik atau agama. Di dalam Malaysiakini, Tun menyebut bahawa Melayu dan umat Islam berpecah bukan kerana agama tetapi sebaliknya kerana fahaman politik. Tidak menghairankan jika Tun menyebut sedemikian kerana Tun dikenali sebagai orang yang tidak pernah menganggap politik itu adalah sebahagian dari agama, ertinya bekas PM kita ini adalah berfahaman sekular yang pernah memimpin parti yang sekular.

Dari segi politik, di zaman Tun memimpin negara ini, kita lihat bagaimana Tun menjadi punca Melayu di dalam parti beliau sendiri berpecah belah. Perpecahan paling besar yang dapat saya ingat adalah sewaktu pertandingan jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Tengku Razaliegh Hamzah. Tun hampir tewas, Umno diharamkan oleh keputusan Mahkamah dan tertubuhnya Umno (Baru) yang Tun sendiri menjadi Presidennya dan Parti Semangat 46 (S46) dipimpin oleh Tengku Razaliegh.

Taktik licik dan kotor Tun di dalam pemilihan jawatan Presiden Umno itu lah punca mengapa Umno terbahagi dua dan perpecahan besar terus berlaku di kalangan orang Melayu di dalam Umno. Selepas itu, tokoh Melayu yang hebat seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sanggup keluar dari Umno sehingga ke hujung hayat mereka. Bukan sedikit angkara Tun menjadi Melayu berpecah belah.

Anwar cuba untuk `mengislamisasikan' Umno di bawah Tun

Tun tidak selesai di situ untuk terus memecahkan orang-orang Melayu hatta di dalam partinya sendiri demi untuk menjaga kepentingannya. Tahun 1998, Tun sekali lagi membuatkan orang Melayu terutamanya di dalam Umno pimpinannya berpecah belah seterusnya semakin meluat dengan Umno itu sendiri. Kezaliman dan fitnah terhadap Timbalan Presiden Umno, DS Anwar Ibrahim yang dikatakan lebih berpengaruh daripada beliau ketika itu menjadikan Melayu semakin berpecah. Bahkan, apa yang berlaku terhadap DS Anwar memberi kesan bukan sahaja kepada Umno bahkan turut mendapat bantahan hebat dari NGO-NGO dan parti Pembangkang terutamanya dari PAS.


Anwar dizalimi dan difitnah

Hasil dari tangan Tun Mahathir itu jugalah menjadi punca sehingga kini Umno tidak lagi gagah dan kuat untuk menjadi parti yang kononnya memperjuangkan nasib orang-orang Melayu jauh sekali untuk memperjuangkan Islam. Wujudnya Parti Keadilan mempercepatkan lagi Umno menuju ke liang lahad. Walaupun dikatakan Umno kembali bernafas selepas PRU tahun 2004, tetapi sikap bongkak dan ego pemimpin Umno di waktu mereka kembali gagah menyebabkan Umno hampir lumpuh sebagai parti yang menjadi tunjang Kerajaan Bn selepas PRU ke 12, tahun 2008.

Kita masih ingat waktu itu, Tun Mahathir ketika tidak lagi menjadi PM tetapi masih suka berlagak mempunyai kuasa dan pengaruh. Beliau sering mengganggu urusan Pak Lah yang ketika itu menjadi PM dan terlebih-lebih mengkritik beliau apatah lagi Pak Lah ketika itu membatalkan projek Jambatan Bengkok ke Singapura yang diilhamkan oleh Tun sebelum itu. Sikap Tun yang suka mencampuri urusan pentadbiran Pak Lah sehingga beliau sanggup keluar dari Umno seketika menjadikan dalil yang kuat untuk menyebut bahawa Tun sebenarnya memang tidak suka Melayu bersatu.

Tun Mahathir menjadi punca Melayu dalam Umno pening

Perpecahan Melayu dan Islam di era Tun terlalu banyak disebabkan oleh sikap beliau yang sememangnya sanggup `mencantas' sesiapa sahaja yang dianggap boleh membahayakan politik beliau. Beliau juga terlalu anti dengan perkembangan Islam yang cuba dibawa oleh sesiapa sahaja samada dari dalam Umno mahu pun oleh PAS. Cita-cita DS Anwar untuk `mengislamisasikan' Umno dari dalam dapat dicantas oleh Tun dan DS Anwar dipecat secara tidak bermoral.

Tun Mahathir mempunyai rekod yang banyak di dalam menghina hukum Islam. Tiada apa yang tidak dihina oleh Tun. Dari soal janggut, serban, jubah sehinggalah ke soal Hukum Hudud kesemuanya pernah dihina oleh Tun Mahathir. Perpecahan Melayu dan umat Islam terpaksa berlaku apabila ada golongan yang ingin memperjuangkan Islam dan ada golongan yang suka menghina dan menolak Islam. Tun juga menjadikan Institusi Raja yang menjadi simbol kekuatan dan kemegahan Melayu tidak lagi berdaulat bila mana kuasa Raja-Raja Melayu `dirampas' oleh beliau melalui pindaan Perlembagaan. Jika simbol kekuatan umat Melayu ini pun sanggup diperlakukan sedemikian rupa, adakah Tun benar-benar serius tentang perpaduan Melayu?

Justeru itu, Tun Mahathir tidak perlu merepek soal perpecahan Melayu dan Islam kerana beliau adalah tokoh kepada perpecahan tersebut.

BR1M : UMNO Dah Mula Kluk-Klek....!!


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin menegaskan hanya borang asli BR1M boleh digunakan untuk memproses bantuan RM500, tidak boleh menggunakan borang yang difotostat. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula berkata boleh guna yang difotostat. Apakah Menteri pun tidak sependapat dengan cara memproses bantuan RM500 ini atau ada sesuatu yang tidak kena?

Hanya borang asli - Harian Metro, 17 Dis 2011

BACHOK: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan mendapatkan bantuan RM500 skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi asli.

“Kerajaan hanya menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu, di sini semalam.

Seramai 56 petani menerima bantuan RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, LHDN mempunyai mekanisme mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima tulen atau sebaliknya.

Menurutnya, kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu. - Bernama
********************************************************

Borang BR1M yang difotostat boleh digunakan: Ahmad Husni -Berita Harian 17 Dis 2011

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan. Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.

Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan. Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. – BERNAMA