Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 31, 2012

Berita Baru Masyuukkk.....Baik Punya....!!


BERSIH 3 DIADAKAN JIKA DAFTAR PEMILIH TIDAK DIBERSIHKAN - keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata demonstrasi Bersih 3 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan melaksanakan tuntutan reformasi pilihan raya.

Beliau membidas SPR yang dilihat kurang serius membersihkan daftar pengundi walaupun pemeriksaan Institut Sistem Mikroelektronik Berhad (MIMOS) menemui pelbagai kejanggalan di dalamnya.

“Terlalu banyak kes apabila lebih seratus pengundi berkongsi satu alamat sama, dan ia melibatkan seramai 78,000 nama pengundi.

“Bagaimana dengan kes yang melibatkan 80 dan 90 pengundi dengan alamat yang sama? Kita dimaklumkan kes paling kerap adalah 20 hingga 30 nama dalam satu alamat,” jelasnya.

Anwar membandingkan situasi ini dengan situasi di India, apabila tidak wujud pengundi hantu di sana kerana pegawai pilihan raya yang cekap dan komited menjalankan tugas.

“Saya bertemu bekas Pengarah Pilihan Raya India, dan beliau memaklumkan tiga bulan menjelang pilihan raya, kerja mereka hanya membersihkan daftar pengundi.

“Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada? Kecuali Bersih 3,” tegasnya.

Beliau berucap semalam dalam program di kediamannya, yang mengumpulkan beberapa bekas pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), antaranya ialah Profesor Dr Razali Nawawi, Dr Muhammad Nur Manuty dan Idris Jauzi.

Ia dianjurkan secara bersiri oleh rakan-rakan lama Anwar – bertujuan menerangkan peribadi dan perjuangan Anwar yang diserang hebat oleh Nallakarupan dan Zulkifli Nordin dengan bantuan media Umno BN.

Program Menghasut Di Sana-Sini....!!


SAMM JELAJAH MALAYSIA SUSUN KOMRAD MUDA SEBELUM PILIHANRAYA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) seperti yang anda kenali adalah sebuah gerakan radikal anak muda yang mendapat sambutan besar dari golongan muda dan juga yang berjiwa muda. Sedia maklum, SAMM bukanlah front kepada mana-mana parti politik tetapi menjadi front kepada rakyat terbanyak. Itulah resam anak muda, pertahan rakyat dan lindungi tanahair dari dijahanamkan oleh regim tidak bertanggungjawab.

Sejak sekian lama tanahair kita telah dikhianati dan perubahan total diperlukan untuk mengubah sistem korup. Perubahan hanya boleh dilakukan selepas regim pewaris penjajah ini dijatuhkan. Jesteru itu sedaya upaya usaha menjatuhkan regim menjadi tumpuan utama SAMM buat masa ini.

Ketika ini, ribuan anak muda kini sudah berjuang dalam kerangka SAMM samada secara terang di medan lapangan mahupun bersolidar melalui rangkaian media sosial. Dari jumlah ribuan itu, ratusan operator terlatih SAMM sedang bergerak hebat di seluruh negara dalam pelbagai aksi yang disusun rapi. Antara program yang dilaksanakan oleh komrad operator SAMM termasuklah menganjurkan program rakyat seperti bantuan kepada rakyat susah, program ceramah penerangan, pengedaran maklumat secara konprehensif dan juga program-program anak muda seperti konsert dan aktiviti konvoi rakyat.

Dalam aspek menumbangkan sebuah regim, SAMM terlibat dalam mengedarkan 100ribu DVD kesedaran beserta dengan risalah kesedaran seperti Risalah Cincin Puaka. Pelbagai risalah di peringkat negeri dan nasional telah diterbitkan SAMM demi menumbangkan regim. SAMM juga telah menerbitkan beberapa judul buku yang mendedahkan konspirasi melibatkan kepimpinan tertinggi negara. SAMM juga telah acap kali menggegar parlimen dengan pendedahan yang mencelikkan minda rakyat.

SAMM juga terlibat secara langsung mengaktifkan semula slogan Asalkan Bukan Umno yang menjadi senjata penting menghadapi PRU-13. Roadshow ABU fasa pertama telah berjaya dilancarkan di 18 venue seluruh negara walaupun beberapa venue diganggu oleh regim yang terdesak.

Pada 17 - 18 Mac yang lepas telah diadakan Rapat Kebangsaan kali ke 3 SAMM yang mengumpulkan penggerak SAMM dari seluruh negara. Beberapa keputusan telah dicapai. SAMM telah bersepakat mengenai peranan yang harus dilakukan sebelum, ketika dan selepas pilihanraya. SAMM juga bersedia untuk mobilisasi besar rakyat khususnya dalam menangani pencabulan demokrasi dan penipuan pilihanraya. Untuk mempeturunkan 'pedoman' dari rapat tersebut maka satu siri jelajah akan diadakan ke seluruh negara. Siri jelajah akan diadakan dalam bentuk aktiviti pertemuan dalaman dan ceramah umum.

Pertemuan-pertemuan (seperti dalam jadual di bawah) ini sangat penting dan wajib dihadiri oleh semua komrad berdaftar. Perbincangan serius peranan SAMM Pra-PRU13 dan juga Pasca-PRU13, iaitu detik paling kritikal yang menyaksikan bagaimana kerajaan berusia 55 tahun tumbang. Pertemuan dalam Jelajah Anak Muda SAMM Juga akan turut membincangkan aksi dan strategi SAMM dalam demo terbesar tanahair iaitu BERSIH 3.0.

Berikut adalah jadual Jelajah Anak Muda SAMM, dan komrad sekalian diwajibkan untuk luang masa dalam pertemuan tertutup seperti yang diatur;

10 April (5.30 ptg) JOHOR
12 April (5.30 ptg) KEDAH & PERLIS
13 April (5.30 ptg) P.PINANG
15 April : (5.30 ptg) WPKL & SELANGOR
16 April : (6.00 ptg) MELAKA
19 April : (6.00 ptg) PERAK
21 April (9.30 pg) N.SEMBILAN
3 Mei (6.00 ptg) TERENGGANU & PAHANG
5 Mei (3.00 ptg) KELANTAN


Maklumat mengenai lokasi pertemuan akan dimaklum melalui hebahan email dan sms. Kepada yang belum berdaftar keanggotaan sila daftar segera, inilah wadah untuk berjuang tanpa kongkongan dan limitasi kepartian. Kita anak muda, buat cara anak muda!

Sekarang tiba masanya untuk SAMM jelajah pusing ke seluruh negara untuk pertemuan secara tertutup dengan komrad-komrad baru yang telah mendaftar keanggotaan di alamat portal http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/ .

Penyelaras-penyelaras negeri akan berhubung dengan semua komrad untuk menjayakan Jelajah Anak Muda SAMM kali ini. InsyaAllah kita akan menjurus ke fasa seterusnya iaitu fasa latihan komprehensif menjadi pejuang rakyat yang berkualiti.

Pada tarikh tersebut juga akan diadakan ceramah umum bagi menerangkan kepada rakyat untuk bersedia menyertai mobilisasi terbesar rakyat berdepan dengan pencabulan demokrasi.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com

Hari-Hari Akhir Buat PM Malaysia....!!


PEGUAM DAPAT BACA KERTAS LAPORAN MAHKAMAH PERANCHIS - MK

Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya.

"Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini.

Nota :

masa yang tepat
kes ini dibuka di paris

ini satu kejayaaan
ini tanda bahawa inilah
hari hari akhir saekor najib

semua akan terbongkar
semua akan di ketahui

siapa dalam kapal terbang bersama altantuya
dimana najib dan razak bertemu altantuya
di restoran masa mereka berdiner
semua ada dalam kertas laporan ini

kelamarin dijamuan makan malam persatuan wartawan
najib berkata yang akan ada undang undang baru
untuk mengawal alam siber
sebenarnya ini bertujuan untuk menutup
kes kapal selam yang sesdang bermula di paris

tapi semua terlambat
maklumat telah ada
hanya menunggu masa
untuk meletup

persoalan
siap beri arahan
untuk azilah dan sirul

mereka kata di mahkamah
mereka di upah

siapa upah mereka?

kenapa hakim tak tanya
siapa upah sirul dan azilah

Mari Kita Ke Jalanraya Sebelum Pilihanraya.....!!


Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka-MK

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang (kanan) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.

Kenapa....?? Kamu Takut Yeee....!!!


PTPTN: Kenapa demo, undi sudahlah, kata menteri-MK

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin supaya mahasiswa yang menyokong pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak mengambil jalan lain selain peti undi.

Beliau mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14 April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pembangkang sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar.

Nota :

Ya, benar sekali. Rakyat wajib naikkan PR demi memansuhkan PTPTN. Kita gulingkan saja kerajaan UMNO/BN yang zalim itu.

Undilah PAS....Selamatkan Malaysia....!!


DUNGUN – Ramai bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dinegara ini dan menyelamatkan negara ini dari pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan satu petemuan diantara beliau dengan tokoh-tokoh Umno telah diadakan pada Selasa 27 Mac 2012.

Sebelum itu menurut Ustaz Hadi, beliau turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai-pegawai Tinggi Polis dan Tentera.

“Alhamdulillah, dua tiga bulan lepas, saya dikunjungi oleh bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, Ketua Setiausaha Kementerian bukan sebarangan orang bertemu dengan saya,

“diantaranya Jeneral-jeneral yang bersara, bekas Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,

“baru petang kelmarin saya berjumpa dengan tokoh-tokoh Umno, (mereka mahu) perubahan perlu dibuat untuk selamatkan negara ini, selamatkan sungguh-sungguh!,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, pada Rabu 28 Mac.

Menurutnya, tokoh-tokoh Umno dari negeri Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor yang pernah menjadi Menteri dan Exco negeri, berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno.

Ustaz Hadi berkata, mereka memaklumkan, yang menguasai masyarakat kampung adalah di kalangan dua, tiga puluh orang Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua-ketua Cawangan Umno dan imam-imam masjid yang mereka lantik.

“Terus terang mereka mengatakan pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan Tok-tok Imam yang mereka lantik,

“20, 30 orang sahaja yang menguasai berates-ratus pengundi, rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya,

Menurutnya, angin perubahan politk negara juga dirasai oleh kalangan para aktivis persatuan dan NGO serta para seniman.

Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli dan penyokong PAS supaya dapat memberikan perhatian kepada perkara tersebut demi menyelamatkan orang-orang Melayu khususnya.

Katanya, perubahan perlu dibuat supaya Terengganu kembali kepada pemerintahan PAS kerana kerajaan PAS pada tahun 1999 hingga 2004, telah membuktikan bahawa PAS boleh memerintah.

Turut berucap dalam Majlis tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Indon Akan Menangkan UMNO/BN Dalam PRU 13....!!!


SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.

Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.

Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.

Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi.

Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.

Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.

Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.

Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya.

Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.

Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.

Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.

Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.

Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.

Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.

Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.

Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.

Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta

Sallahudin Ayub Akan Bertanding Di Johor...!!


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akhirnya mengesahkan hasrat mahu bertanding di Johor, kampung halamannya, dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.

"Saya tiada masalah jika pucuk kepimpinan parti sedia beri laluan di kerusi-kerusi yang saya sebutkan tadi," katanya kini yang bertugas sebagai anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau mengumumkan perkara itu hari ini dalam pertemuan denagn beberapa media terpilih dan penulis blog di sebuah hotel di Skudai hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman.