Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

May 21, 2011

UMNO Yang Sepatutnya Di Bubarkan.....!!

PETALING JAYA 19 MEI: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu membatalkan pendaftaraan Umno terlebih dahulu sebelum membatalkan permit PKR.

Ini kerana, Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memecat beliau pada September 1998 tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatankuasa disiplin parti itu.

Justeru menurut beliau, sekiranya RoS ingin membatalkan permit PKR kerana bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti, maka agensi kerajaan itu juga seharusnya membatalkan pendaftaran Umno.

"Contoh, September 1998, Saifuddin dipecat daripada Umno tanpa dipanggil membela diri atau mengadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi. Saya adalah jawatankuasa disiplin Umno.

"Dua minggu selepas Datuk Seri (Anwar) dipecat, saya pula dipecat tetapi tidak dipanggil. Jadi kalau pemecatan anggota parti tanpa melalui Lembaga Disiplin, RoS juga patut batalkan pendaftaran Umno. Hantar surat macam ini juga kepada Umno pada tahun 1998," ujar beliau.

Saifuddin yang ditemui media sebelum itu memperjelaskan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengemukakan notis bertarikh 9 Mei 2011 mengugut untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Alasan yang dikemukakan pertubuhan itu mendakwa PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian seorang anggota parti yang bertanding tanpa mendapat watikah perlantikan daripada parti.

Jelasnya lagi beliau tidak menyesal dipecat oleh Umno-BN kerana menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamed berikutan dakwaan liwat terhadap bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.

"Itu jelas saya masih ingat. Saya menerima surat daripada Setiausaha Agung, Sabaruddin Chik. Bukan mahu ungkit tapi mahu menyebut fakta. (saya) tidak menyesal," katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Saifuddin menang dengan majoriti undi 1, 460 ke atas calon BN, Datuk Sazmi Miah di kerusi Parlimen Machang.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia) dan pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang

Indahnya Bila Islam Memerintah...!!


Saya Nak Solat Di Stadium, Kapten Jadi Imam- HD

KOTA BHARU, 20 Mei: “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.

Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.

“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.

“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.

Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.

Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.

“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.

Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.

Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.

“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.

“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita.

“Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.

Mangsa Seksual Boss IMF Adalah Muslimah...!!


18 Mei. Dalam sebuah wawancara dengan akhbar Perancis 'Obarzian', MasyaAllah, didapati mangsa keganasan pemerkosaan Pengarah IMF Dominique Strauss-Kahn adalah merupakan seorang muslimah bernama Nafissatou itu sekarang berada di lokasi yang rahasia di bawah perlindungan polisi. Temuramah dengan abangnya, Blake Diallo yang mengatakan bahwa saudara perempuannya itu "banyak menangis dan menderita akibat dari dampak trauma".

Sementara saudara laki-lakinya, Blake Diallo mengelola restoran masakan Afrika di daerah New York, di mana ia datang ke Amerika setelah tinggal 16 tahun di Perancis. Polis New York telah menangkap Strauss-Kahn yang sedang berada di kapal terbang ketika cuba meninggalkan New York ke Paris awal minggu ini, setelah pengaduan Nafissatou, yang menuduh Strauss-Kahn berusaha melakukan serangan seksual terhadap dirinya.

Nafissatou yang berasal dari Guinea menuduh pengarah IMF iaitu badan dana dunia itu atas usaha memperkosa dirinya di sebuah hotel di New York, di mana ia bekerja sebagai cleaning service.

Bukti Polis Pun Berpolitik...!!


Baru-baru ini kira-kira 800 nelayan di sekitar Daerah Kuala Muda dipanggil oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menerima bantuan sara diri RM200 sebulan di MRSM Merbok. Himpunan seperti itu adalah perkara biasa, di mana sebelum menerima bantuan para nelayan tersebut akan dihidangkan dengan ceramah pemimpin-pemimpin politik BN. Duit yang disumbangkan oleh nelayan itu digambarkan seolah-olah duit yang diambil dari tabung Umno.

Namun himpunan nelayan kali ini ada kelainannya di mana salah satu slot yang dihidangkan ialah ceramah yang kononnya berhubung isu-isu keselamatan negara
Penceramahnya ialah Supt. Mohamad Nadzri Mat Isa, Unit Cawangan Khas Bukit Aman. Di atas pentas itu dia membelasah Anwar, KeADILan, DAP dan PAS habis-habisan dengan ‘bahan-bahan bukti’ audio visual yang turut dipersembahkan. Ceramahnya seratus peratus adalah propaganda politik untuk memburukkan Pakatan Rakyat di samping mempertahankan kerajaan BN.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku pada Polis Di-Raja Malaysia (PDRM)? Mereka tanpa segan silu mendedahkan diri secara terbuka terbabit dalam kempen politik BN.

Sebelum ini Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali menuntut penjelasan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung isu yang sama, iaitu polis dipergunakan untuk berkempen bagi pihak BN. Beliau merujuk kepada tindakan Datuk Abdul Rahman Ismail dari Cawangan Khas yang memperalat Pejabat Pelajaran Daerah Bachok bagi menyebarkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Azmin, ia dibuat pada 19 Februari 2011 dalam program ‘Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa kini’ di dewan Seri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor yang melibatkan penyertaan 2,000 warga pendidik seluruh Kelanatan.

“Seminar itu bukan mengenai keselamatan negara tetapi mengupas isu video seks dan tragedi Memali.
“Apakah jaminan Ketua Polis Negara untuk mempastikan institusi polis berwibawa menjaga keselamatan negara jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik UMNO BN, jawab dengan jujur,” desak Azmin.

Jawapan tidak diberi, Ketua Polis Negara menyepi, sebaliknya Cawangan Khas terus bermaharajalela menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk BN.

Selama ini PDRM hanya dilihat berat sebelah; bertindak pantas terhadap himpunan anjuran PR dan ‘memberi laluan’ kepada program anjuran BN. Dalam demokrasi ala Malaysia, semua instrument kerajaan dipergunakan. Bukan sahaja polis tetapi SPRM, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Penerangan dan hampir kesemua Kementerian digunakan untuk agenda politik BN. Tetapi PDRM digunakan untuk berkempen politik secara terbuka adalah julung kalinya. Apabila PDRM digunakan untuk berkempen bagi pihak BN maka ia benar-benar sudah melampau!

Apa yang lebih merbahaya ialah ceramah yang diberi bertemakan ‘ancaman keselamatan’ tetapi hakikatnya ancaman bukannya terhadap keselamatan tetapi terhadap penerusan politik BN. Perkataan ‘keselamatan’ diperalatkan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan tindakan tidak bermoral mereka.

Jika benar DAP, KeADILan dan dan PAS menjadi ancaman kepada negara, apakah penyelesaiannya melalui ceramah politik membelasah mereka sedangkan selama ini kesemua parti politik tersebut tidak pernah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan apakah ancaman terhadap keselamatan yang telah dilakukan. Tidak pernah ada tindakan pendahuluan dan susulan oleh PDRM, tiba-tiba PR sudah menjadi musuh negara walhal mereka masih sebuah parti politik yang berdaftar secara sah.

Isu PDRM berkempen politik untuk BN bukan perkara kecil. Ia tidak selesai dengan Azmin Ali membuat kenyataan terbuka menuntut Ketua Polis Negara memberi jawapan. Pemimpin-pemimpin utama parti dalam PR mesti menghantar delegasi berjumpa Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri menuntut penjelasan. Jangan anggap ia perkara biasa.

Dalam sejarah politik negara terlalu banyak penyalahgunaan kuasa jabatan kerajaan yang diperkudakan untuk membantu BN mengekalkan kuasa mereka, akhirnya ia menjadi ‘perkara biasa’ seolah-olah diterima oleh pihak pembangkang sendiri.

Jabatan Pendaftaran digunakan secara terang-terangan untuk membantu mengimport pengundi dari Sabah masuk ke Selangor; ia didedah dan dibantah tapi akhirnya kesemua pengundi import itu tersenarai juga dalam daftar pemilih. SPR membantu mendaftarkan pengundi pos yang tidak munasabah dengan kapasiti kem tentera yang wujud; ia dibantah juga, namun mereka tetap tersenarai dalam daftar pemilih. Semua itu akhirnya menjadi ‘perkara biasa’.

Sejak merdeka semua media utama, termasuk RTM yang gajinya dibayar oleh rakyat digunakan untuk menjalankan kempen propaganda politik BN, ia sudah menjadi perkara biasa sehingga penentangan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan itu juga adalah perkara biasa, justeru tidak pernah dilayan.

Semua tahu BN sangat terdesak sekarang. Mereka begitu terasa sedang berasa di penghujung kuasa. Menggunakan PDRM adalah langkah terdesak tetapi amat berani. Para pemimpin politik PR boleh dianggap sedang menggali lubang kubur sendiri jika penyalahgunaan jentera kerajaan sehingga ke tahap itu; ditentang secara sambil lewa sahaja. Usah bermimpi menawan Putrajaya jika PDRM sudah berkempen secara terbuka begitu membantu BN.

Iklan Arak Kini Di Sekolah...!!


Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan.

Fakta sebenar yang menyedihkan ialah syarikat alkohol diberikan laluan utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak sekolah terhadap tabiat meminum minuman keras.

Dengan mewujudkan keadaan yang biasa melalui keadaan yang dilihat dan didengar, pihak syarikat akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja untuk menerima nama jenama secara positif, dan dengan itu melanjutkan lagi pengambilan produk mereka.

Contoh bagaimana syarikat alkohol diterima tanpa dikawal dengan kelulusan tanpa bertulis daripada pihak berkuasa untuk mengganggu ke sekolah dan menjejaskan minda anak-anak kita adalah bukti jelas dalam strategi yang digunakan oleh pihak Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB).

Melayari laman sesawang Carlsberg Malaysia mendedahkan gambar kanak-kanak yang tersenyum memegang beg hijau Carlsberg berisi barangan dengan nama jenama yang terpampang, sewaktu kegiatan luar bagi pelajar sekolah yang ditaja oleh syarikat itu pada Disember lalu.

Mesej pengambilan minuman keras sebagai diterima ditanam ke dalam pemikiran anak-anak muda dengan promosi sebegini.

Carlsberg Malaysia juga menyerbu masuk ke dalam pendidikan melalui cara mengatur kerjasama dengan media berbahasa Inggeris arus perdana.

Dinyatakan bahawa Carlsberg Malaysia “menaja akhbar harian tempatan untuk 40 sekolah rendah Tamil di wilayah utara” untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris di sekolah ini.

Dakwaan oleh syarikat alkohol bahawa mereka membantu untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat India boleh dipersoalkan apabila realitinya mereka memusnahkan keluarga mereka dengan memupuk peminum alkohol di masa depan.

Kenyataan mereka bahawa mereka “tidak menggalakkan pengambilan minuman alkohol oleh mereka yang di bawah umur” adalah tidak benar sama sekali.

Satu lagi syarikat alkohol utama, Guinness Anchor Berhad (GAB), terus tanpa halangan untuk bekerjasama dengan sekolah Tamil di Malaysia dengan alasan mempromosikan pembelajaran walaupun pada hakikat sebenarnya mempromosikan nama jenama kepada mereka yang di bawah umur.

Melalui Program GAB Foundation SMILES (Supporting Malaysian Indian Learning, Education and Sports), syarikat minuman keras itu 'menjual' jenama dengan menawarkan kelas pemulihan bahasa Inggeris secara percuma dan mewujudkan sudut membaca di sekolah Tamil.

Program Pengayaan Bahasa Inggeris ini mensasarkan beratus kanak-kanak sekolah setiap tahun, dengan rancangan untuk meliputi semua kumpulan usia yang berbeza di sekolah rendah dalam fasa masa depan.

Anak-anak muda terutama sekali daripada awal hingga lewat remaja adalah sasaran yang sesuai memandangkan mereka merupakan pasaran masa depan untuk peminum alkohol.

Tidak kira bagaimana mendesaknya syarikat itu untuk menafikan hubungan antara pengiklanan dan pengambilan alkohol yang tinggi, pengiklanan mereka memang menggalakkan pengambilan alkohol.

Kita perlu menghentikan mitos yang disebarkan oleh syarikat itu bahawa iklan hanya menyebabkan orang ramai bertukar jenama.

Tambahan pula pengiklanan jenama tertentu oleh pengeluar alkohol adalah khusus disasarkan kepada golongan muda daripada etnik tertentu. Pergantungan alkohol berkembang dalam kalangan orang ramai apabila mereka memasuki usia 20-an.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pelajaran bertindak sebagai penjaga yang bertanggungjawab terhadap pelajar sekolah, dan menjauhkan mereka daripada pengaruh syarikat alkohol di sekolah.

Apabila kanak-kanak melihat syarikat alkohol diiktiraf, dipuji dan diterima dari segi sosial dalam kalangan pendidik dan kerajaan, mereka akan memikirkan bahawa alkohol tidaklah buruk sepenuhnya.

Ini membolehkan syarikat alkohol mempengaruhi dan meningkatkan pengambilan dan penjualan minuman alkohol dengan mengambil peminum baru.

CAP juga menggesa kerajaan dan badan sukan di negara ini menilai sama ada kecenderungan semasa penajaan sukan oleh syarikat alkohol mencabuli Piagam Alkohol WHO yang menyatakan bahawa “semua kanak-kanak dan remaja mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang dilindungi daripada kesan negatif pengambilan alkohol dan daripada promosi minuman alkohol”.

Kini sudah pun terdapat kebimbangan di seluruh dunia terhadap bahaya yang disebabkan oleh alkohol. Lebih daripada dua juta orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat yang berkaitan dengan alkohol.

Bahaya penggunaan alkohol merupakan faktor risiko utama bagi kematian pramatang dan kecacatan di seluruh dunia.

Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30 peratus kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh memandu dalam pengaruh alkohol.

Pengambilan alkohol menjejaskan penilaian dan mencetuskan tingkah laku agresif dan ganas, membawa kepada keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pergaduhan dan jenayah lain.

Penyelidikan saintifik dan agensi kesihatan boleh menunjukkan pengiklanan alkohol boleh meningkatkan pengambilan alkohol.

Pengambilan alkohol juga turut menyumbangkan kos kepada negara dari segi ketidakhadiran ke tempat kerja, kehilangan kemahiran kerja, dan kehilangan produktiviti yang menjejaskan pekerja.

CAP menggesa kerajaan melarang dengan tegas syarikat alkohol daripada menaja sebarang projek atau program di sekolah atau terlibat di sekolah dalam sebarang cara.

Kerajaan juga perlu menaikkan cukai duti eksais produk alkohol dan memantau industri terhadap pencabulan undang-undang dan menggunakan cukai dan denda yang dikumpul daripada industri untuk membiayai pendidikan dan aktiviti berkaitan komuniti yang lain.

SM Mohamed Idris
* Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

UMNO Kini Bukan Untuk Orang Melayu....!!


Sebuah Cawangan Umno di Melaka diketuai oleh seorang India. Parti yang mengaku berjuang Melayu tetapi mengangkat India menjadi Ketua Cawangan Umno Bukit Beruang Dalam. Bashkaran a/l Sanasi dilantik menjadi Ketua Umno Cawangan Bukit Beruang Dalam dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil.

Bashkaran terkenal dengan sikapnya yang kebudak-budakan menganggu ceramah PAS dan PR dengan menjeri-jerit dan memaki hamun penceramah PAS bagaikan orang tidak siuman. Terbukti beliau merupakan seorang yang tidak professional dan tidak bertamadun.

Beliau juga bertindak bagaikan samseng kampung dusun cuba memukul Setiusaha PAS Kawasan Bukit Katil 2 minggu lalu.

Adalah dijangkakan malam esok Bashkaran akan sekali lagi mengganggu ceramah PAS yang akan diadakan di Bukit Pulau.

Nama lain Baskharan ialah Ramli Mohd Ali.

"Sham kamikaze" Kini Dah Berubah...!!