Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 23, 2012

HAMTU Ajak Orang Muda Tolak Hantu....!!


KEMAMAN – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) dan mengajak seluruh pengundi muda di seluruh negara, menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila Parlimen dibubarkan pada bila- bila masa.

Penganjuran Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang akan diadakan pada 4 hingga 7hb April, menurut Setiausahanya Wan Muhammad Zawawi, membuktikan kesiapsiagaan mereka menghadapi Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Pemuda PAS DUN Chukai sudah bersedia bila- bila masa untuk hadapi PRU-13, penganjuran Hamtu adalah menunjukkan Pemuda PAS DUN Chukai bekerja keras,

“untuk (supaya) Umno dan Barisan Nasional (BN) kalah dan PAS akan menang di DUN Chukai dan memerintah negeri Terengganu,”ujarnya ketika ditemui skuad Buletinonline.

Beliau berkata selain aktiviti ceramah dan riadah, sempena dengan Hamtu, para pemuda akan bertemu dengan ‘para pelanggan’ dikalangan pengundi muda.

Katanya, pemuda akan menawarkan perkhidmatan berdasarkan janji dan ikrar dalam ‘Buku Jingga’ dan Manifesto 10 perkara PAS Negeri Terengganu.

“orang-orang muda menjadi mangsa dasar dan polisi kerajaan Umno dan BN, ramai anak-anak muda yang hilang arah, tidak ada pekerjaan dan terpaksa berhutang untuk melanjutkan pelajaran,

“kita akan menyedarkan anak-anak muda bahawa Umno/BN perlu ditukar kerana pemimpinnya bukan lagi bekerja untuk rakyat tetapi hanya untuk keluarga dan diri mereka sendiri,”jelasnya.

Menurutnya, orang-orang muda kini yang boleh mengakses maklumat secara terbuka tidak perlu terikat dengan ‘politik lama’ yang mengongkong suara anak-anak muda.

Katanya, inilah masa yang amat sesuai bagi anak-anak muda untuk bangkit membuat satu perubahan kepada Negara, mencipta satu sejarah untuk kebaikan generasi masa depan.