Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 10, 2011

Biar Papa Asal Bergaya...!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan tindakan kerajaan Negeri Melaka yang di lihat ingin melakukan pembaziran yang besar mengenai pembelian tender nombor pendaftaran kenderaan.

Maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta ini di peroleh dari Pejabat JPJ Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Ianya melibatkan perbelanjaan tender nombor pendaftaraan kereta yang bernombor MCC 1 sehingga MCC 15.

Bayangkan RM317,000 untuk pembelian nombor pendaftaran kereta, ianya tidak masuk akal dan ianya suatu pembaziran duit rakyat?

Seharusnya kerajaan negeri dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Pembelian nombor kenderaan tidak memberi faedah besar kepada rakyat, lebih-lebih lagi ianya melibatkan kos yang besar.

Kerajaan perlu memikirkan nasib rakyat Melaka yang rata-rata hari ini masih belum berada pada taraf hidup yang memuaskan. Masih ramai lagi di kawasan luar Bandar di Melaka hidup miskin, buktinya dengan program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kerajaan negeri sendiri laksanakan ketika Pilihan Raya Kecil di Merlimau dahulu.

Rakyat Melaka juga masih terbeban dengan kenaikan harga barang, dan baru-baru ini kerajaan negeri juga telah menaikkan tariff air sebanyak 20%.

Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri Melaka membatalkan hasrat untuk membeli nombor pendaftaran dengan kos tersebut atau kerajaan negeri boleh membeli tetapi dengan kos yang relevan dengan memikirkan kepentingan rakyat dan bukan kepentingan peribadi semata-mata.

AirAsia Dah Telan MAS,..Lepas Ni IPP Telan TNB Pulak..!!


Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan adakah permainan "aku bagi duit kat hang, hang beli la saham MAS" (istilah saya dalam inverted commas tu) mengakibatkan monopoli. Puak-puak yang terlibat dalam game yang orang kata "something fishy is going on" tu pula kata dakwaan monopoli adalah gila.

Sejarah perogolan dan pembantaian harta rakyat di dalam dan berkaitan MAS tu dah lama berlaku. Ada orang kata ia berpunca dari sifat bongok mereka yang menerajui MAS. Ada yang kata, sebenarnya tak bongok. Tetapi, MAS sengaja dirogol sejak berpuluh tahun lalu dan perut-perut tertentu dengan sedapnya mentekedarah sepuas-puasnya dengan merogol harta benda rakyat di dalam dan berkaitan MAS itu.

Saya pernah mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.

Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious invoices lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga beliau tak henti-henti didakwa mengakibatkan MAS rugi besar? Sukar dipercayai dia berani buat semua tu sorang-sorang. Persoalannya, siapa di belakang dia?

Beberapa tahun selepas tu dibawa masuk Datuk Seri Idris Jala. Konon untuk selamatkan MAS. Idris pun excercise polisi slash and burn dia. Maklumlah, dia orang Sarawak. Di sana ada slash and burn farming. MAS tetap melingkup. Dan persoalan yang lebih besar lagi, kalau MAS pun melingkup dan tak berjaya diselamatkan oleh polisi slash and burn Idris, apa jaminan segala Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang kini diterajuinya boleh berjaya?

La ni, Khazanah bagi duit kat Tune Air (konon ambik stake dalam Tune Air) dan Tune Air pula ambik pegangan dalam MAS. Khazanah kerajaan punya. Orang mendakwa, apa yang berlaku itu hakikatnya kerajaan bagi duit kat Tan Sri Tony Fernandes dan lepas tu Tony kuasai MAS. Adoi la!

Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat Celcom dan Celcom yang dulunya bawah Telekom kuasai Telekom pula dengan duit yang kerajaan bagi tu (sedapnya Axiata yang entah dari mana dapat sunrise business dalam Celcom dan tinggal tulang-tulang iaitu sunset business - fixed line - kepada Telekom). Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat penjana tenaga bebas (IPP) dan selepas itu, dengan duit itu, IPP kuasai TNB? Adakah selepas ini kerajaan akan bagi duit kepada Kencana dan selepas itu, dengan duit itu, Kencana kuasai Petronas?

Sekarang Tony dah kuasai national carrier Malaysia. Adakah selepas ini dia akan kembangkan emapayarnya dengan menggunakan tiket national carrier? Hampa nak marah kat dia? Dia orang business. Dia bukan berkerja untuk kepentingan negara dan rakyat. Dia berkerja untuk duit dan keuntungan.

Sebahagian orang Umno mungkin akan marah kat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku. Awat, hampa ingat kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin naik jadi Perdana Menteri semua akan elok? Mimpilah! Macam hampa mimpi Najib akan buat semuanya jadi elok selepas hampa hambat Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu [Terima kasih kepada seorang Mat Korporat atas pelbagai maklumat yang diberikannya dan gambar di atas pula ihsan Malaysiakini].


SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat...!!


1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah hilang wibawa dan tidak lagi mempunyai status layak untuk mengendali sistem pilihanraya negara. Terlalu banyak kepincangan dan kelemahan yang menjejaskan nilai telus dan saksama dalam pengurusan dan pengendalian sebuah pilihanraya dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

2. Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti - parti politik yang menyertai pilihanraya tidak mampu disangkal lagi, malah ianya telah melurut jatuh seluruh uniform Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR dihadapan umum. Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti

3. Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari My PR di waktu pagi kepada My Kad di sebelah petang pada hari yang sama, senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kg Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi dan banyak lagi dan banyak lagi ....

4. Ringkasnya, negara tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :
a] Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
b] Pengarah dan Timbalan Pengarahnya meletakkan jawatan segera
c] Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti - parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa.

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang sabar dan kepercayaannya kepada SPR.

6. Saya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, dengan satu ketetapan dan penegasan kepada semua jentera pilihanraya pemuda di peringkat negeri dan kawasan agar menganjurkan sekurang - kurangnya ( 3 kali ) Malam Munajat Pilihanraya [MMP], terutama saat kita meniti 10 akhir Ramadhan untuk memohon pertolongan Allah swt menghadapi makar atau tipu helah mereka yang telah hilang rasional semata - mata mahu mengekalkan survival kuasa pemerintahan mereka lalu mengabaikan amanah dan tanggubgjawab mereka untuk berlaku adil dan telus.

7. Lajnah Keahlian dan Ulama' Pelapis mungkin boleh membantu untuk memimpin Malam Munajat Pilihanraya [MMP] anjuran Jabatan Pilihanraya Pemuda di peringkat negeri dan kawasan. Nampaknya, hanya Allah swt boleh mendisiplinkan SPR. KepadaNya kita bermunajat dan kepadaNya jua kita bertawakkal.

Kita Tunggu Sampai November....!!


PASCA -9 JULAI : BERSIH 2.0 BERI SPR TIGA BULAN LAKSANA 8 TUNTUTAN -MI

Sebulan selepas perhimpunan 9 Julai, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap dengan pendirian mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan pilihan raya terutamanya daftar pemilih.

Selain itu, menurut Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevesan , pihaknya memberi tempoh tiga bulan kepada SPR untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“Selepas sebulan kalau kita lihat telah wujud banyak perkara yang membuktikan semua tuntutan kami adalah berasas, malah ada bukti yang mana pada pendapat saya, SPR patut menangani dengan serius tentang perkara ini,” kata beliau.

Ambiga menambah, “persoalannya sekarang bagaimana pemastautin tetap boleh didaftarkan sebagai pengundi?”

“Jadi kami mahu SPR menubuhkan jawatankuasa khas dengan melibatkan wakil parti-parti politik untuk selesaikan semua isu pilihan raya terutamanya daftar pemilih,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ambiga sebelum ini pernah mencadangkan kepada SPR agar menubuhkan jawatankuasa khas itu dan Timbalan Pengerusinya Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihak akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

“Tetapi sampai sekarang kita belum mendapat apa-apa maklum balas mengenai perkara ini, kita akan teruskan tindakan untuk mendesak agar tuntutan ini dilaksanakan.

“Kita tetap mahukan SPR tubuhkan jawatankuasa khas ini, ia sangat penting untuk siasat semua masalah yang berlaku,” tambah Ambiga.

Bercakap soal kepincangan daftar pemilih yang menyaksikan banyak pendedahan dibuat Pakatan Rakyat, beliau menegaskan, “ia terbukti satu penipuan yang paling serius.”

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Daftar pemilih adalah satu perkara yang paling utama dalam pilihan raya, pendedahan yang dibuat PAS dan Pakatan Rakyat ini sangat serius kerana ia adalah satu penipuan yang nyata.

“Mereka (SPR) mesti melakukan siasatan secara telus dan mesti memberi penjelasan kepada rakyat tentang perkara ini,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini.

Kata Ambiga, tindakan SPR membenarkan pemastautin tetap mendaftar sebagai pengundi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun banyak bukti didedahkan, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR tetap menafikan perkara itu.

“Memang parti-parti politik boleh membuat bantahan dalam masa-masa tertentu, tetapi ia satu proses yang tidak memberikan apa-apa hasil, malah ia bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang ditetapkan.

“Mana-mana pemastautin tetap tidak dibenarkan untuk mengundi. Kalau dibenarkan, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana bukan warganegara Malaysia tidak boleh menjadi pengundi,” tambahnya.

Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat rasmi kepada Najib Razak agar memanggil sidang tergempar Parlimen dalam tempoh tujuh hari bagi membahaskan isu itu.

Ditanya apa tindakan Bersih 2.0 selepas ini, Ambiga bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat tindakan yang diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan ini.

“Semua tuntutan Bersih 2.0 boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan, kami akan melihat perkembangan terbaru... apa tindakan SPR dan kerajaan,” katanya.

Selepas Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, Barisan Nasional yang dipengerusikan Najib turut menyuarakan pendapat untuk menyelesaikan isu kepincangan sistem pengurusan pilihan raya.

Nota:

Anak muda semua bangsa!
bersedia!

jika 4 tuntuan gagal
ertinya pakatan akan kalah pada pru 13
bukan kerana tidak dapat undi
tetapi kerana ditipu

sedar dan ingat hakikat ini!

- hapuskan undi pos
- pakai dakwat kekal
- bersih kan senarai pengundi
- panjangkan tempoh berkempen

empat tuntutan ini boleh dilakukan tanpa perubahan undang undang
empat tuntuan ini dalam skop spr
empat tuntuan ini tak kena mengena dengan parlimen

jika empat tuntuan ini tidak di lakukan
jelas pilihan raya ke 13 nanti BN akan menipu
jika pakatan kalah bermakna pakatan rakyat ditipu

tiga bulan TIDAK termasuk bulan puasa
justeru kita tunggu hingga bulan november

Apa Nak Pelik...Mat Bangla Pun Boleh Mengundi....!!


2,000 WARGA ASING PUNYA LEBIH DUA DOKUMEN - UM

Sejumlah 2,000 kes membabitkan warga asing dengan satu biometrik tetapi mempunyai lebih daripada dua dokumen, dikesan Jabatan Imigresen sejak 1 Jun lepas di 69 pintu masuk di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Alias Ahmad berkata, senarai itu kini dalam pemerhatian dan jabatan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka.

"Ia mungkin disebabkan daripada beberapa punca, satu mungkin mereka tukar pasport baru kerana pasport lama hampir tamat dan kemudian masuk balik guna pasport baru,” katanya pada satu sesi taklimat kepada media di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan dengan teliti dan tidak mahu terburu-buru mengambil sebarang tindakan. - TIEWNAMA

NOTA:

suasana politik
jelas menunjukkan
bahawa sokongan terhadap pakatan rakyat melonjak
ertinya pakatan akan mendapat kemenangan

waspada!

jika pakatan kalah
jelas ada berlaku
penipuan

ini penipuan yang sedang dirancang
Gambar di atas ini hanyalah salah
satu dari taktik penipuan i

negara kita dalam huru hara
semua kerana rosmah dan najib ingin terus berkuasa
kerakyatan diberi pada mat bangla
kerkayatan diberi pada mat indon

kita todak ada pilihan'
lagi lama rejim rosmah najib berkuasa
lagi hancur negara kita ini

anak anak muda sedar lah
negara ini adalah untuk kamu
jika semua harta dan kekayan negara dirompak
oleh rosmah dan najib
kamu akan di wasiatkan dengan hutang yang berterusan

anak muda!
akhirnya dunia ini adalah milik kamu

Lagi Bukti Yang SPR Memang Menipu...!!


LAGI PENGUNDI BERTINDIH DIKESAN -Keadilan Daily

Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan kewujudan beberapa lagi pengundi bertindih di parlimen itu.

Menurut Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, carian pihaknya mendapati terdapat beberapa individu yang mempunyai nama yang sama dalam daftar pemilih SPR.

“Ada beberapa individu mempunyai 1 kad pengenalan lama tetapi memiliki dua pengenalan baru yang sama, nama yang sama dan mengundi di dua parlimen yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau memberi contoh nama seperti SA’AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki no kad pengenalan lama iaitu 1479323.

Kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913105553. Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Contoh kedua, terdapat seorang wanita yang memiliki kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777, tetapi memiliki kad pengenalan baru berbeza iaitu 550620055800 dan 560620055412.

Beliau bernama SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN dan mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa.

Contoh ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama 8370614 dan dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 dan memilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.

Contoh keempat melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L P ARPUTHANATHAN. Yang memilik kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847 dan dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963.
Beliau mempunyai hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

NOTA:

penipuan demi penipuan
bukti semakin jelas
orang ramai semakin sedar
pru ke 13 ini pakatan rakyat akan menang besar

tetapi

walau pun dapat sokong besar
pakatan rakyat akan ditipu
apa yang kita baca diatas adalah
sebahagian dari proses penipuan itu

hasilnya

pakatan rakyat akan gagal di pru 13
bukan kerana tidak ada sokongan
tetapi gagal kerana ditipu

tak percaya?

tunggu dan lihat !

SPR Adalah Dalang Di Sebalik Penipuan Oleh BN....!!


PEMUDA PAS : SPR TAK LAYAK KENDALI PILIHAN RAYA , PERLU ROMBAKAN -MI

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah hilang kredibiliti dan tidak layak untuk mengendalikan sistem pilihan raya negara ekoran terlalu banyak kepincangan.

Tegas ketuanya Nasrudin Hassan, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejaskan nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.

“Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti-parti politik yang menyertai pilihan raya tidak mampu disangkal lagi, malah ia telah melurut jatuh seluruh uniform pengerusi dan timbalan pengerusi SPR di hadapan umum.

“Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas beliau, pilihan raya tidak boleh diadakan dengan “berhakimkan” pengurusan SPR sedia ada.

NOTA:

ini bukan kes malu
kalau kes malu
tak ada apa sangat
ini kes tipu
tapi awas
ini bukan kes tipu biasa
malah ini bukan tipu macam kes tipu along
ini kes menipu rakyat untuk memenangkan orang jahat

ini bukan jenayah
ini kes jenayah terhadap kemanusian
macam jenayah slobodan milosovic
macam jenayah mugabe
ini macam kes sadadm hussein
rakyat tuntut demokrasi tapi degil
ini macam kes gadaffy
rakyat minta demokrasi tapi degil
bila kena serang dari luar
baru nak bawa kebebasan dan demokrasi
bila di minta dengan baik rakyat ditipu
bila kena tibai oleh amerika baru nak sedar
kah kah kah

kalau spr tidak diyakini
kita minta bangsa bangsa bersatu
menjalankan pilihanraya kali ini

tak boleh?

kenapa tak boleh
jangan lupa sejarah
semasa nak tubuhkan malaysia dulu
pbb datang untuk buat pungutan suara
jangan buat buat tak faham...
kah kah kah