Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 29, 2011

Hari-Hari Akhir Ketuanan Melayu...!!


BERSIH 2.0 : TANGKAPAN PRA KEJATUHAN UMNO BN – HD

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.
Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan.

Kita Memang Gila Kuasa Nak Rampas Kuasa Dari Orang Gila....!!


Polis serbu, geledah sekretariat BERSIH 2.0 - MK

Sekretariat BERSIH 2.0 di Seksyen 4, Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.

Sepuluh anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Beliau yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam. Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya.

Sementara itu, menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata, kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.

Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.

Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.

Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis.

Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.

Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH 2.0.

Selain itu, butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen, Maria berkata beliau dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.

Beliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.

Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.

“Ini adalah hak asasi manusia, adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya.

Dalam serbuan tersebut, tujuh beg barang, lima kotak dan empat kain rentang dirampas.

Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat.

UMNO Yang Makin "Desperate"...!!


PKR jangka darurat diguna halang himpunan BERSIH-MK

PKR Selangor menjangka kerajaan mungkin menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Ketua penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata PKR Selangor menjangkakan demikian memandangkan tindakan yang ditunjukkan pihak berkuasa kini "ke arah itu."

"Darurat mungkin diisytiharkan, kita tidak tahu. Kita jangka mungkin sampai ke peringkat itu sebab pakai baju kuning pun tak boleh.

"Untuk padamkan kebangkitan rakyat ini, kita jangka mereka akan guna apa saja termasuk perintah darurat dan guna kuasa (mengikut undang-undang) ISA," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, keadaan itu juga diramal berlaku berdasarkan tindakan polis yang giat menahan pemimpin parti berkenaan.

Naik tren ke Kuala Lumpur

Katanya lagi PKR juga telah menyediakan pelan darurat bagi menghadapi tindakan berkenaan, namun parti berkenaan buat masa ini tetap dengan rancangan asalnya untuk mengerahkan anggotanya.

Tambahnya, PKR Selangor telah menyediakan pelan laluan kepada 70,000 penyokongnya di sekitar Selangor dan Lembah Kelang untuk membolehkan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Anggota berkenaan telah diarahkan supaya hadir dalam perhimpunan berkenaan, kata Shuhaimi lagi.

Kumpulan penyokong berkenaan akan dibahagikan mengikut lima zon laluan bagi membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan tren ke Kuala Lumpur.

Tambahnya, PKR Selangor juga menyediakan tempat tinggal untuk membolehkan penyokong berkenaan bermalam di Kuala Lumpur.

Bantuan guaman

"Kita sediakan rumah untuk dikongsi, untuk keperluan asas mandi, bilik air dan untuk tidur sedikit. Senarai tempat tinggal ini akan disiarkan di lamanweb PKR Selangor," katanya lagi yang menggalakkan penyokong berkenaan supaya hadir dua hari lebih awal.

Ketika ditanya, Shuhaimi berkata penyokong berkenaan juga akan mendapat bantuan guaman daripada sekurang-kurangnya 350 orang peguam yang berdaftar dengan PAS Selangor sekiranya ditahan pihak berkuasa.

"PAS Selangor akan bantu dengan nasihat guaman kalau berlaku tangkapan dan kita juga akan sediakan nombor telefon peguam kalau berlaku tangkapan sebelum atau semasa perhimpunan.

"Kalau tak cukup lagi, rata-rata pemimpin (PKR) juga terdiri daripada peguam," katanya yang menambah, nombor telefon berkenaan juga akan disiarkan di laman PKR negeri.

Dalam pada itu, ADUN Sri Muda itu turut mempertikai tindakan "berat sebelah" polis menahan individu yang hanya memakai kemeja-T dengan slogan BERSIH.

Shuhaimi juga mendakwa, polis bagaimanapun tidak menyiasat tindakan pihak tertentu yang mengedar cakera video lucah di program Jelajah Selangor Tawan Malaysia anjuran PKR.

"Saya buat laporan polis tapi tidak disiasat, tapi pemimpin yang menyeru supaya pergi ke perhimpunan BERSIH disiasat," katanya lagi, katanya yang menganggap tindakan polis itu sebagai pencabulan ke atas kebebasan bersuara.

BERSIH 2.0 : Utusan Bikin Fitnah Lagi....!!


"SATU lagi tuduhan baru terhadap BERSIH setelah semuanya tidak berjalan. Seperti biasa akhbar yang menjadi Utusan dan lidah syaitan punya kerja. Kali ini dituduhnya Pertubuhan Kristian salurkan dana untuk BERSIH. Baca di sini.

"Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan “Hentam Kristian” berikutan laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa dana bagi perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai oleh pertubuhan Kristian. Beliau yang juga presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia berkata akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen bagi menerbitkan dakwaan liar serta tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini." (Malaysiakini)

Ertinya, modal mereka kering kontang untuk menggagalkan Perhimpunan aman oleh BERSIH. Berbagai cara telah digunakan termasuk cara malam tadi di mana ada ugutan mahu mahu membakar Ibu Pejabat PKR di Tropicana. Ramai yang telah ditahan kerana memakai baju kuning BERSIH termasuk yang baca puisi berkaitan BERSIH.

Mereka sanggup mainkan sentimen kaumn dan agama demik mempertahan sang Penguasa. Pihak yang kita bantah, SPR terus membisu dan menjadi penonton `pergelutan' di antara kebenaran dan kebathilan ini, sedangkan mereka lah punca semua ini. Tidakkah mereka merasa berdosa? Tidak mungkin, ini adalah kerana mereka mempunyai jiwa yang terlalu kecil dan kehidupan mereka tidak ubah seperti robot.

Tidak masuk akal langsung perhimpunan BERSIH ini dibiayai. Rata-rata yang akan hadir nanti mereka semua gunakan wang poket sendiri. Mereka beli baju BERSIH bukan diberi percuma seperti baju 1 Malaysia atau `Patriot'. Justeru itu, akhbar Utusan lidah syaitan ini sudah sampai masanya untuk dikuburkan. Selagi ada akhbar pencacai yang pernah menghina hukum Allah ini, negara tidak akan aman

Pi Mai Pi Mai..Tang Tu....!!


VIDEO SEKS: JOHARI ABDUL MINTA RM1 JUTA

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Satu klip video baru muncul di Internet hari ini — menyerang kredibiliti Datuk Johari Abdul — dengan mendakwa wakil rakyat itu meminta “ganjaran” RM1 juta daripada trio Datuk T, beberapa hari selepas beliau mempertahankan Anwar Ibrahim bukan si pelaku dalam rakaman video seks didedahkan Mac lalu.

Nota :

Mana satu yang betul ni...??
Dulu kata dato' Johari mintak 7 juta...
Tapi Sekarang jadi 1 juta pulak..
Dulu kata video seks tu di rakam di Thailand..
Tiba-tiba kata kat Spa di KL...
mana satu ni...
Do Pi mai pi mai..tapi tang tu gak...
Kah..kah...kah...!!

Memang Patut Rakyat Marah...!!



SEWA RUMAH PM, TPM RM18,000 SEHARI – HD

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

NOTA:

soalan nya kenapa rumah kediaman resmi kena sewa?

ini rakyat tak faham
bukankah ini ibu negara malaysia
bukankah ini rumah resmi kerajaan
kenapa kena sewa?

bukan kah duit petronas yang mendirikan putrajaya?

betul memang tepat duit petronas telah digunakan
tapi hanya digunakan untuk mendirikan ibu negara kita ini
syarikat swasta ambil duit petronas
kemudian dirikan bangunan
kemudian sewa kan kepada kerajaan...

inilah penipuan namanya
tetapi orang ramai tidak sedar tentang ini
kah...kah...kah...