Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 1, 2012

Tunggu Saya Di Mahkamah....!!


Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang

Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.

Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.

Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.

Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.

UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

Mengapa Najib Masih Belum Mahu Bubarkan Parlimen...??


Lim Kit Siang: Ramalan muram Mahathir musnahkan keyakinan Najib? -MR

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, Najib dalam bayang kempen-kempen pilihanraya beliau semenjak tiga bulan ini telah menunjukkan keyakinan yang meningkat untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang, termasuklah untuk merampas kembali negeri Selangor dari pucuk pimpinan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Populariti Najib yang kelihatan meningkat 10 poin kepada 69% berikutan peranan baru beliau sebagai "Santa Claus" dengan pemberian tunai RM500 Najib kepada golongan yang berpendapatan rendah dan deretan kontrak yang bernilai jutaan ringgit serta peruntukan-peruntukan yang telah diagihkan seiring dengan dasar falsafah beliau "I help you, you help me". Namun demikian, kadar populariti Najib tidak dapat dibandingkan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Minggu lepas sahaja, Najib telah menyebut dengan bangga maklumbalas rakyat yang sangat menggalakkan dan kononnya rakyat jelata telah memaklumkan kepada beliau bahawa sokongan rakyat telah dikembalikan kepada Barisan Nasional semenjak pilihanraya 2008.

Semuanya sudah kelihatan siap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 pada bulan Jun.

Tetapi sesuatu yang aneh telah berlaku dalam beberapa hari yang lepas di mana momentum untuk pilihanraya diadakan pada bulan Jun tiba-tiba kelihatan goyah. Adakah keyakinan Najib untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 dimusnahkan oleh ramalan muram Mahathir?

Semalam, dalam ucapan terbaru, sebagai amaran kepada Barisan Nasional, Mahathir (gambar kiri) telah menyatakan bahawa "Tiada kemenangan yang mudah", dan supaya Barisan Nasional jangan terus yakin dan percaya yang mereka boleh menikmati kemenangan pilihanraya yang terjamin, terutama sekali kerana Pakatan Rakyat merupakan pihak pembangkang yang bukan dari zaman beliau sebagai Perdana Menteri.

Seperti yang dimaklumkan oleh Mahathir kepada Bernama Online: "Apa yang pasti adalah, bukan mudah untuk BN meraih kemenangan dua pertiga majoriti untuk kali ini. Pihak pembangkang sekarang bukanlah seperti pembangkang dahulu dan situasi sekarang agak membimbangkan."

Sehari sebelum itu, UMNO telah digemparkan dengan kenyataan Mahathir untuk membedil keyakinannya apabila beliau membuat pengakuan yakni UMNO tidak memiliki pemimpin yang bertauliah dan berkualiti untuk membentuk kerajaan yang berkemampuan sebagaimana yang diketahui "Sudah berdekad, UMNO 'tidak membenarkan' golongan yang bijak untuk mendaftar sebagai ahli parti."

Kini Mahathir memberi sokongan kepada UMNO bahawa parti tersebut perlu mencalonkan orang luar untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, mencalonkan "calon yang bermutu", samada yang dicalonkan itu mempunyai keahlian dengan parti ataupun tidak dan meninggalkan kebiasaan mereka dalam pemilihan calon dari ketua bahagian untuk bertanding.

Dengan keyakinan awal UMNO untuk meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 yang semakin terhakis dan peluang untuk merampas kembali pentadbiran negeri Selangor serta pengekalan negeri Perak di bawah jajahan mereka, mood pilihanraya nampaknya sudah ditetapkan bagi Najib, menjelang ulangtahun ketiga sebagai Perdana Menteri, untuk berdolak-dalik menundakan tarikh pilihanraya pada masa yang lebih lewat.

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur pada 30 Mac 2012.

Dulu Hitam...Sekarang Dah Kelabu.....Dan InsyaAllah Akan Jadi Putih....!!


KEMAMAN – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dalam Parlimen Kemaman tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu kuat Umno dan satu ‘kawasan hitam’ bagi PAS bahkan, ia adalah antara DUN yang pernah dimenangi PAS pada tahun 1999.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasayarakatan PAS Kawasan Kemaman (LKK), Haji Zulkifli Md Yakim, pelbagai pendekatan memasyarakatkan PAS telah diambil dan hasilnya begitu meyakinkan.

Katanya, beliau dan seluruh jentera LKK dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Air Putih telah ‘naik tangga ke tangga’ lebih 2,000 buah rumah dalam DUN berkenaan.

“Sejak dua bulan lalu, kita telah buat kunjungan rumah ke rumah, naik ‘tangga ke tangga’ ke setiap rumah penduduk di DUN Air Putih,

“natijahnya, AlhamduliLlah meyakinkan dan yang paling mengejutkan kami, hanya satu hingga dua peratus sahaja yang menolak,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi temubual eksklusif dengan Buletinonline ketika ditemui di bandar Chukai baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Jawtankuasa MTD Air Putih menjelaskan, usaha bersepadu yang berterusan sedang dijalankan bagi memberikan penerangan dan menjelaskan informasi kepada penduduk DUN tersebut.

Justeru beliau menegaskan, pengundi DUN Air Putih telah menunjukkan perubahan yang besar dan PAS akan menang DUN tersebut dlam pilihanraya umum akan datang.

“Demografi penduduk DUN Air Putih yang terletak di luar bandar menyebabkan mereka bergantung kepada maklumat dari media perdana dan kurang informasi dari media baru,

“tugasan kita yang utama adalah menyampaikan penerangan dan penjelasan supaya mereka (penduduk) mendapat informasi terkini tentang PAS dan Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Menurutnya, gelombang kebangkitan rakyat DUN berkenaan sedang meningkat terutama di kalangan orang-orang muda. Katanya, lapan dari 12 Peti Undi telah di lawati dan hasilnya sangat positif]

Katanya, penyebaran risalah dan manifesto awal 10 perkara ikrar PAS Terengganu cukup berkesan dan menarik minta golongan tersebut.

“Mereka yang selama ini tidak didedahkan dengan PAS, hanya mempunyai maklumat yang terlalu sedikit, dan ramai yang hampir tidak ada maklumat,

“apabila kita pergi bertemu dengan mereka, mereka menunjukkan minat dan datang bertemu dengan kita,”terangnya.

Sehubungan itu beliau berkata, seramai 50 orang pengundi muda telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya dan menyatakan kesediaaan menyokong PAS dalam pilihanraya akan datang.

Katanya, mereka sudah muak dengan ‘telatah’ dan tingkah laku pemimpin Umno serta Jawtankuaa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang bukan ikhlas berkhidmat untuk rakyat, tetapi hanya mencari peluang mengumpul kekayaan peribadi.

“Mereka datang dan bertemu kita di luar kawasan, saya tidak sangka, mereka sudah berani membuat tindakan kerana mereka sudah ‘muak’ dengan sikap pemimpin Umno dan JKKK dikampung mereka,

“ia adalah satu petanda yang cukup baik,”tambahnya.

Generasi Kedua FELDA Terus Di Perbodohkan Oleh UMNO....!!


Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.

Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.
Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

Hina Mahkamah Setahun Penjara...Tapi Bila Hina Islam Denda RM 25 Sahaja....!!


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan hukuman yang dikenakan terhadap tiga wanita atas tuduhan melakukan aksi tidak sopan dengan menari tiang dengan hanya denda sebanyak RM 25 seorang. Bagi DPPM, hukuman yang dikenakan terhadap wanita bertiga ini amat ringan serta tidak berbaloi berbanding kesalahan yang mereka lakukan.

DPPM merasa terkejut dengan hukuman ini kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat. Perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar disisi agama Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir.

DPPM merasa khuatir kerana industri seks dan pelacuran yang dibuat di pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut serta hotel bajet menjadi semakin berkembang dalam masyarakat. Apa yang dilakukan oleh tiga wanita Islam ini menunjukkan perbuatan lucah dan tidak sopan semakin berani dibuat dengan keadaan yang lebih terbuka. Yang dirisaukan adalah berapa ramai lagi gadis Melayu beragama Islam yang mungkin terjebak dengan kegiatan sama.

Lebih dari itu, hukuman yang dikenakan ini tidak mampu mendidik dan memberi pengajaran berharga kepada mereka yang terlibat. Hukuman ini hanya menjadi bahan ketawa dan perlecehan masyarakat terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Mungkin selepas ini lebih ramai akan terlibat dengan perbuatan tidak bermoral seperti itu memandangkan hukumannya hanya denda dan peringatan sahaja.

Kes ini membuktikan kerajaan BN tidak mampu membendung perbuatan maksiat di kalangan masyarakat, malah memandang ringan perbuatan tersebut. Apalah pembelaan yang boleh diharapkan dari sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini jika agama Islam terus diperlekehkan.

Amat memelikkan jika mereka yang melakukan perbuatan ini dianggap menghina Islam hanya dijatuhkan hukuman denda RM 25 seorang, sebaliknya seorang Imam yang dituduh menghina mahkamah dipenjara setahun. Mungkin inilah definisi keadilan ‘Islam’ sebenar menurut perspektif mereka yang berkuasa pada hari ini.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia