Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 16, 2011

DAP Mampu Buat Kejutan Di Sarawak...!!


KUALA TERENGGANU - Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing memaklumkan, lebih 30,000 orang hadir di ceramah akhir 'Grand Finale' yang dianjurkan DAP di bandar Kuching pada malam akhir kempen, Jumaat 15 April.

"Saya tidak pernah melihat lautan manusia di Sarawak, khususnya di Kuching, malah saya diberitahu, bukan sahaja di Kuching tetapi begitu juga lautan manusia di Sibu dan Miri,"jelasnya ketika menghubungi Buletinonline dari Kuching, awal pagi ini 16 April.

Beliau mengesahkan 'sedikit' ketegangan berlaku apabila anggota polis cuba menghalang ceramah tersebut sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar internet.

Menurut Chai Hing, polis akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa kerana 'lautan manusia' yang mahukan perubahan, telah menetapkan peraturan, supaya ceramah diteruskan.

"Inilah kuasa rakyat, apabila rakyat sudah bangkit, 'badai sudah melanda', Tsunami akan melanggar apa sahaja,"katanya.

Namun begitu, beliau bimbang sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan keras, kerana ia boleh menyenbabkan sesuatu yang lebih besar berlaku yang boleh menghalang rakyat keluar mengundi.

"Nasib baik, para penyokong tidak bertindak liar dan begitu juga polis tidak beryindak keras,"ujarnya.

Menurutnya, sekiranya tidak ada apa-apa diluar dugaan berlaku, sehingga semalam , DAP yakin akan memenangi 13 dari 15 kerusi yang ditandingi parti itu.
..