Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 13, 2012

Majlis Peguam Bukannya Orang Bodoh....!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Peguam kelihatan lebih berpihak kepada kepentingan pembangkang apabila menyuarakan pendapat berhubung keputusan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata Majlis Peguam dilihat mementingkan pembangkang apabila meminta Pejabat Peguam Negara tidak merayu terhadap keputusan mahkamah itu, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau berpendapat Azlan Mohd Lazim, bapa Mohd Saiful Bukhari mempunyai hak untuk memohon Pejabat Peguam Negara mengemukakan rayuan terhadap pertuduhan itu bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya.

"Itu suara seorang bapa yang kita tahu mahu anak beliau mendapat pembelaan yang secukup-cukupnya dan saya fikir ini tidak bertentangan dengan proses undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melawat Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan Wangsa Maju di ibunegara hari ini.

Bercutilah Untuk Selama-Lamanya....!!


Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menganggap cuti tiga minggu daripada tugas menteri yang dipohon oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mulai esok - sewaktu siasatan dijalankan ke atas Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) - merupakan "langkah pertama" sebelum digugurkan daripada senarai calon BN.

Beliau juga menyifatkan percutian tersebut hanya satu langkah untuk
menyelamatkan air muka menteri berkenaan.

Saifuddin (kiri) yakin menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak akan disenaraikan oleh perdana menteri sebagai calon dalam pilihan raya umum nanti kerana beliau dilihat sebagai satu satu liabiliti.

Ahli parlimen Machang itu berkata kes yang membabitkan Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno itu, jauh lebih besar daripada yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

"Ini tidak mengejutkan langsung, " kata Saifuddin yang mendakwa bukti yang mengaitkan Shahrizat dengan NFC "adalah terlalu banyak".

Shahrizat menjadi sasaran kritikan sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan Oktober lalu.

Laporan itu menyatakan NFC, yang diuruskan oleh suami dan anak menteri berkenaan, berada dalam keadaan "kucar-kacir" selepas diperuntukkan RM250 juta daripada dana awam.

Shahrizat pula bertegas bahawa NFC - yang sedang disiasat berkaitan dakwaan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis - tidak ada kaitan dengannya.

PKR mendakwa NFC telah menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM250 juta untuk projek ternakan lembu itu, dengan membeli hartanah mewah dan tanah yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (kiri) pula berkata Shahrizat sepatutnya sudah lama berbuat demikian.

"Beliau sepatut mengambil cuti daripada jawatannya sehinggalah isu tersebut selesai," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang. - Malaysiakini

Selamat Jalan Romeo...!!


SHAH ALAM, 13 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru bagi mengantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Dr Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

"Pagi tadi saya telah mengadap Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status Dr Hasan sebagai ahli MMKN atau Exco.

"Dalam pertemuan itu saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari yang lalu telah membuat keputusan memecat Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta," jelasnya.

Tambahnya Khalid lagi, memandangkan Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, maka beliau tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN dan Khalid telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau (Dr Hasan).

"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan Baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

"Pada masa yang sama, Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baru MMKN, dalam pada itu Baginda juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," sambungnya lagi.

Ketika ditanya mengenai calon yang bakal mengantikan Dr Hasan itu, beliau menjelas buat masa ini belum ada senarai calon yang diterima dan beliau akan bertemu dengan pemimpin PAS Pusat dalam masa terdekat bagi mengetahui nama yang dikemukakan oleh PAS nanti.

"Saya tidak menerima lagi nama calon dan ia bergantung kepada PAS, dalam pada masa yang sama saya akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi mengetahui nama calon yang dipersetujui oleh mereka.

"Manakala surat penamatan itu pejabat Tuanku Sultan akan serahkan pada Dr Hasan sebelum 18 Januari dan sebagai peraturan kerajaan negeri, beliau (Dr Hasan) perlu memulangkan segala kemudahan yang diberikan kepadanya dalam tempoh yang singkat ini," jelas Khalid lagi.

Sebelum itu perlantikan ahli MMKN yang baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada 18 Januari pada sebelah pagi, waktu yang tepat belum diputuskan lagi. - Harakahdaily

PERKASA Melambai-Lambai Pada Hassan Ali...!!


Desas - desus menyatakan orang kuat PERKASA Ibrahim Ali telah menelefon Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hassan Ali untuk mempelawa nya menyertai pertubuhan itu, sama ada sebagai ahli mahupun terus selaku presiden. Presiden PERKASA itu menawarkan secara terbuka kepada Hassan Ali apabila pegangan Hassan Ali didapati selari dengan perjuangan PERKASA iaitu mempertahankan Islam, Melayu dan kedaulatan raja raja. Beliau bersedia member laluan kepada Hassan Ali sebagai presiden PERKASA dan sanggup berundur setelah tiga tahun menerajui pertubuhan Pribumi Perkasa itu.

Katanya Hassan Ali akan mempertimbangkan tawaran nya itu, tambahnya lagi yang beliau sanggup menyerahkan jawatan itu kepada sesiapa yg layak. Sejauh mana penerimaan Hassan Ali terhadap pelwaan itu masih menjadi tanda tanya.- http;//addin77.blogspot.com