Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.....!!

Rakyat Terengganu Berpuasa...Berhari Raya Dengan Air Mata...!!


Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad

SEPANJANG Ramadan dan menjelang hari raya di Terengganu disambut dengan tekanan kenaikan harga barang keperluan harian seperti ikan, ayam, beras, gas, gula, tepung serta pelbagai keperluan harian lagi yang terlalu membebankan golongan bawahan.

Malahan ramai kalangan rakyat Terengganu mengeluh bahawa kos barang keperluan harian di negeri ’penyu bertelur’ ini adalah jauh lebih ma hal dari kota-kota besar se perti Kuala Lumpur atau Georgetown ataupun Johor Bharu.

Kesan kenaikan harga barangan keperluan dan kos hidup ini lebih-lebih lagi dirasai oleh golongan miskin yang begitu ramai di negeri ini yang hidup ’kais pa gi makan pagi, kais petang ma kan petang’ dengan hanya meng harap upah yang tidak seberapa.

Hari bekerja mereka akan mendapat gaji dan hari mereka tidak bekerja bermakna tiada sebarang pendapatan yang mampu di bawa pulang.

Golongan ’miskin’ inilah yang merupakan golongan pertama menjadi mangsa kesan kenaikan harga barang serta kos kehidupan harian yang sedang berlaku sekarang. Risiko yang ditanggung mereka ini bertambah dengan peningkatan harga barangan keperluan harian, sedangkan jum lah pendapatan harian masih berada di tahap lama.

Ya, cuba bayangkan bagaimana dengan nasib Pak Mat di bandar Kuala Terengganu yang mengayuh beca saban hari dengan tulang empat keratnya bagi mencari re zeki halal buat mengisi perut la pan anaknya yang semuanya masih bersekolah?

Bagaimanakah pula dengan na sib Pak Dollah di pantai Chendering yang menjadi nelayan dan saban hari turun ke laut bagi mencari ’serial sehamas’ (sedikit pendapatan) bagi menyuap nasi anak-anak di rumah usang di te pi pantai?

Dan bagaimana pula de ngan Mek Minah, seorang ba lu beranak lima dari Kampung Kuala Ibai Pantai yang kerjanya me nyiang ikan bagi membuat ke ropok lekor yang hidup dengan mengharapkan ihsan jiran-jiran yang simpati kepada mereka.

Seperti yang telah dijangkakan, kini kesan dari ’bahang’ pe ngu rangan subsidi terhadap minyak dan beberapa barang keperluan utama yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN sedang men cengkam kehidupan rakyat awam terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Kesan negatif ini jelas menunjukkan kaitan an tara pengurangan subsidi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN de ngan kenaikan kos hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terutamanya golongan miskin.

Kenaikan tersebut turut memberi kesan kepada harga ma kanan dan minuman yang di sediakan di kedai-kedai makan dan warungwarung.

Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said terus mencatatkan bajet tertinggi di seluruh Se menanjung Malaysia dengan me luluskan belanjawan berjumlah lebih dari RM1.887 bilion ba gi tahun 2011. Siapa boleh men jangkakan bahawa ‘negeri ka ya rakyat miskin’ ini boleh meluluskan bajet tahunan kerajaan negeri dengan jumlah yang amat besar dan menakjubkan.

Bajet negeri Terengganu terus mengatasi mengatasi negeri-negeri yang jauh lebih maju seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Johor.

Persoalan yang selalu bermain di detik hati saya adalah, apa rele vannya perbelanjaan tahunan men cecah hampir RM2 bilion se tiap tahun kepada rakyat Terengganu sedangkan rakyat marhaen di Terengganu kini sedang menanggung bebanan kenaikan harga ba rangan keperluan harian dan dan kos hidup yang amat tinggi?

Di negeri ’Darul Iman’ ini se bagai contohnya, penduduk mis kin sentiasa digula-gulakan ban tuan ‘subsidi’ melalui dana khas dan wang ihsan.

Malahan men jelang hari raya ini dianggar kan lebih 30,000 rakyat yang dikatakan ’golongan termiskin’ akan disubsidikan dengan program ’bantuan hari raya’ antara RM200-RM300 setiap seorang.

Namun, persoalan besarnya adalah sampai bila rakyat termiskin di negeri ini akan terus ter ikat dengan ‘mentaliti subsidi’ ini?

Bagi saya kemiskinan serta penderitaan rakyat Terengganu ma sih jauh dari dapat diatasi.

Rak yat bawahan kini mengeluh tentang bebanan besar kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Kadar inflasi akan terus meningkat dan kuasa membeli di kalangan golongan marhaen ini terus berkurangan.Namun, ketirisan dalam bajet perbelanjaan tahunan, penye lewengan serta menipulasi ‘budaya subsidi’ kepada rakyat termiskin adalah punca kepada bebanan berat rakyat ini.

Golongan miskin di ugut untuk menyokong kerajaan Umno-BN sekiranya mereka mahu mendapat ’subsidi’ wang ihsan da ri pihak kerajaan.

Sesetengah pimpinan politik kerajaan negeri pula terus melaksanakan ’sepak te rajang’ politik secara tidak bertanggungjawab dengan mengagih ’bantuan untuk rakyat miskin’ ke pada kroni yang kaya raya serta tidak layak untuk menerima bantuan.

Inilah nasib malang nasib rak yat Gganukite ini. Yang miskin akan terus menjadi ’pengemis subsidi’ dan ’wang ihsan’ sedangkan masa depan mereka terus gelap dan tidak dapat keluar dari cengkaman kemiskinan ini.

Ya, apakah sifat rakyat Terengganu yang terkenal bertimbang rasa dan bertolak ansur ini akan ’memberontak’ dan ’menukar se lera’ akibat dari kesan bebanan kenaikan kos hidup dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang?


Ketua Umno Padang Serai Ada Skandal Liwat..?

SEKITAR dua bulan lalu (6 Jun 2011), heboh di laman sosial facebook tentang kisah atau boleh dikatakan sebagai khabar angin yang bertiup kencang bahawa Ketua Umno dari utara terlibat dengan skandal liwat.

Berita kisah liwat Ketua Umno dari utara ini tersebar bagaikan api marak di laman sosial facebook.



Malah mereka mendakwa satu laporan Polis telah dibuat terhadap Ketua Umno ini kerana meliwat pemandu peribadinya [Facebook].

SK pada mulanya menganggap ini sekadar khabar angin yang tidak patut dilayan kerana tiada asas yang boleh dijadikan rujukan. Namun hari ini seorang Ketua Umno dari Utara (Padang Serai), Abdul Rahman Mahamud melepaskan jawatan Ketua Umno tanpa dinyatakan sebabnya [Bernama]


SK tidak mahu memfitnah, tetapi khabar angin ini sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Sekiranya ia sekadar berita fitnah, maka pihak yang terlibat harus menjelaskan sebab musabab mengapa Ketua Umno dari Utara ini meletakkan jawatan?

Adakah beliau baru meletakkan jawatan, atau sudah lama mengosongkan jawatan itu? Jika pihak terlibat terus berdiam diri, ia boleh mendatangkan fitnah besar, kerana pelbagai spekulasi akan timbul.

SK "Maklumat dari salah seorang wartawan Sinar Harian mendakwa laporan Polis ini memang wujud..."

Hati-Hati Di Jalanraya...!!


Team Sepang Kederang berharapkan kepada
semua pembaca SK

agar

dalam perjalanan balik kampong
berhati hati dan berjaga jaga
awas dan waspada

jika memandu
pandu berhati hati

jika bermotor
jaga tangan dan kaki

jika memboceng
pegang rapat rapat

paling selamat naik pengangkutan awam
amat jarang keretapi berlanggar dengan kapal laut
jarang sekali bas berlanggar dengan kereta api

Dendang Permata...!!


Siapa Yang Rembat Tanah TUDM..??


KAMPUNG MELAYU TERGADAI – BH

Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.

Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah.

Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.

Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.

Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas
-------------------------------------------------------
woit...TAK PAYAH LAH BUAT TEATER....

kah kah kah...NAK LAPOR HAL KAMPONG MELAYU TERGADAI...

kah kah kah...BERAPA HEKTAR?... j

kah kah kah...BERAPA UMUR KAMPONG INI ?....

woit... KAMPONG BARU DI KUALA LUMPUR INI LAGI TUA....

kah kah kah..KG BARU LUASNYA PULUHAN HEKTAR....

kah kah kah..KG BANDA DALAM DEKAT GOMBAK LAGI TUA....

kah kah kaH...200 TAHUN.. TUJUH BUAH KAMPONG...3000 KELUARGA....

kah kah kah...SEMUA BN NAK GADAIKAN....

woit...NAPA TAK ADA LOPORAN DALAM MEDIA...

woit...APAKAH KERANA INI DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN...

kah kah kah...TAK SAMPAI DUA HEKTAR PUN HEBOH....

kah kah kah...YANG LIM GOH TONG REMBAT SATU GUNUNG ... KENAPA TAK HEBOH....

kah kah kah...YTL... REMBAT TANAH SENTUL NAPA TAK HEBOH...

woit... AIMAN TAK KISAH...INI SEMUA BUKAN BERJUANG KERANA HAK TANAH...INI KERANA KERAJAAN PAKATAN...