Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 24, 2010

Kenapa UMNO Tak Berebut Nak Jadi Calon...???

Cuba tengok gambar ni betul-betul...mereka nampak gembira tapi sebenarnya berduka...mereka tahu calon mereka memang akan tewas di Galas...!!!

Hapuskan Budaya 'Cah Keting': Khairy-MStar

GUA MUSANG: Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta agar budaya "cah keting" atau cantas-mencantas dihapuskan dan berharap ia tidak akan berlaku pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata budaya itu yang sering dikaitkan dengan Umno Kelantan, perlu dihapuskan segera kerana ia berupaya merosakkan imej parti dan Barisan Nasional (BN).

"Saya dapat jaminan daripada Ketua Pemuda Gua Musang Bazlan Baharuddin bahawa Pemuda akan sokong siapa sahaja calon mewakili BN untuk pilihan raya kali ini, dan tidak mahu budaya cah keting dipraktikkan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Projek Perumahan Rakyat di sini, Ahad.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari parti PAS, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, telah dinamakan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Pemuda akan menggerakkan jenteranya dengan lebih aktif bagi menarik pengundi muda menyokong BN menerusi pendekatan isu tempatan, berbanding "serangan peribadi" terhadap calon pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata Pemuda akan sentiasa memantau ceramah parti lawan bagi mengenal pasti bentuk serangan peribadi terhadap calon BN, selain melihat sama ada janji mereka kepada rakyat di Kelantan telah ditunaikan atau tidak. - BERNAMA

Nota :

Galas ialah batu galas yang akan menenggelamkan Ku Li...
Kalau BN menang pun mampos...Kalau kalah lagi laa mampos....

Tak ada insan yang paling hina dalam dunia ini...
Melaiankan orang itu ditipu oleh Muhyiddin Yassin
Kah....Kah....Kah...!!!

Lu...Apa Hal....???


JANGAN TAKUT GERTAKAN NAJIB- HD

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Najib Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.

Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.

Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta.

"Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara. Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga," tegas beliau.

Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta.
-----------------------------------------------------------------
Woittttt......ANWAR INI PUN SATU...TAK FAHAM FAHAM LAGI…

Kah...Kah.....70 JUTA RINGGIT AMAT DIPERLUKAN UNTUK YURAN PEMIMPIN BN MASUK KUBUR....

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....INI DAH TERMASUK SEKALI YURAN PERSEDIAAN UNTUK RASUAH AGAR MEREKA MASUK SYURGA.....

Nota:

Rakyat memang tak takut kena gertak Najib....
Rakyat bimbang Najib yang akan takut kena gertak Rosmah....
Kah...Kah....Kah....!!!

Memang dah Tersurat PR Akan Tawan Putrajaya Selepas PRU 13...!!!


NAJIB MACAM YAKIN AKAN BERLAKU PERALIHAN KUASA – HD

Najib Razak bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan

Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini.

"Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan.

"Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Nota:

Kalau pilihnaraya boleh mengubah apa apa
Telah lama ianya di haramkan.

Kenapa ...?? Masih tak Percaya....?

Kenapa parti komunis di haramkan...?
kerana boleh ia boleh mengubah pemimpin negara...

Kenapa Al-Arqam di haramkan....???
Jawapanya ialah kerana Abu Ya dah mimpi akan jadi PM Malaysia....

Kenapa Pergerakkan Tabligh walaupun pernah di haramkan tapi di biarkan...??
Kerana bagi tabligh..politik tak penting yang penting galas periuk belanga...!!