Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 14, 2010

Allah Bayar "CASH" Pada Ali Rustam...!!!

Tragedi Puting Beliung Ranapkan Bazar Ramadhan Di Melaka


Masyarakat Malaysia Tahu BOHONG Adalah Haram...!!!


57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana-MInsider

Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita online demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat

Di kalangan masyarakat Cina pula 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana.

Nota :

Bila berkaitan dengan kerja bohong bukan suratkahabar saje...
Malah kerajaan yang selalu berbohong pada rakyat juga wajib di tolak...
Mula-mula rakyat tolak surat khabar dulu...lepas tu tolak kerajaan UMNO /BN pulak...!!!
Kah...Kah...Kah....!!!

Warga Felda Kena Kencing Lagi...!!!!

PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi-MInsider

Yusof (kiri) diminta menyatakan samada pendapatan beliau mencecah RM2 juta setahun. — gambar failPETALING JAYA, 14 Ogos — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

“Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof).

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun.

“Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata beliau.

Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.
--------------------------------------------------------
Woittt......MAKCIK SENAH KAT FELDA KERATONG 3 TAHU KE PASAL NI...???

Woittttt.....PAK SU DERAMAN KAT FELDA BUKIT BADING TAHU TAK CERITA NI...???

Woittttt.....HJ JUSOH JUAL GAS DI FELDA JERANGAU...MEMANG SAH TAK TAHU...

Kah...Kah....SEMUA WARGA FELDA TAK TAHU MENGENAI PERKARA INI...!!!

Kah...Kah....WARGA FELDA DOK SIBUK KIRA HARI BILA FELDA NAK BAGI DUIT RAYA...!!!

Kah..Kah....ITULAH STANDARD PEMIKIRAN WARGA FELDA...BODOH...BANGANG...BEBAL...!!

Kah...Kah...SUDAH 50 TAHUN LEBIH..WARGA FELDA KENA KENCING...!!!

Kah..Kah....SEDARLAH WAHAI WARGA FELDA...JANGAN DI TIPU LAGI...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...DALAM FELDA PUN ADA EJEN UMNO IAITU JKKK YANG AKAN PASTIKAN AGAR WARGA FELDA TERUS MENERUS DI BODOHKAN SAMPAI MAMPUS...

Ayoh Chik Ke Mekah Tunai Umrah...



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sempena bulan Ramadhan ini.

Beliau bersama isteri dan anaknya serta 60 anggota rombongan lain berangkat kira-kira jam 2.50 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Qatar Airways menuju ke Jeddah.

Menurut Setiausaha Politiknya Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Tuan Guru dijangka berada di sana selama dua belas hari bermula hari ini sehingga 24 Ogos ini bersamaan 14 Ramadhan 1431.

Sepanjang tempoh berada di sana, Tuan Guru turut akan mengikuti perkembangan politik terkini tanah air dari semasa ke semasa.

"Beliau (Abdul Hadi) akan menghubungi saya setiap hari untuk menanyakan perkembangan politik Malaysia," kata Samsuri ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Nota :

Doakan semoga TG Presiden Selamat Sampai di Mekah untuk mengerjakan Umrah bersama rombongan yang bersamanya...

Lagi Projek Nak Kencing Melayu.....!!!

Duit Raya Adalah "Gimik" Felda -Harakahdaily

Pengumuman Perdana Menteri untuk memberi RM350 duit raya kepada setiap peneroka adalah cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka, kata Mazlan Aliman.

Sebaliknya, Mazlan (gambar) yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) berkata, 'duit raya' tersebut adalah sememangnya duit peneroka yang diambil Felda.

"Mereka cuba memberi gambaran bahawa Felda melayan peneroka dengan baik. Padahal itu adalah duit hasil usaha peneroka yang mereka ambik dan dikembalikan atas nama 'duit raya'," kata Mazlan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung pemberian duit raya RM350 kepada setiap peneroka Felda dan RM150 kepada yang tidak bersama Felda.

Menurut Najib, Pemberian itu melibatkan jumlah RM37.14 juta kesemuanya.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pengumuman Najib itu juga hanya gimik bagi menutup isu Felda yang akan bankrap.

"Tak padan PM yang umum, sepatutnya cukup setakat Pengarah Besar Felda sahaja yang umum," katanya lagi.

Selain itu, jumlah pemberian itu juga katanya tidak berbaloi dengan usaha peneroka selama ini dan sangat kecil jika dibandingkan dengan peningkatan harga komoditi sawit semasa.

"Kalau nak kira, jumlah yang diberi terlalu kecil, tak berbaloi dengan usaha peneroka," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan akan memfailkan saman terhadap Felda ekoran menahannya di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.

Saman tersebut akan difailkan peguam mewakilinya, Wan Rohaimi Wan Daud di Mahkamah Tinggi Temerloh jam 11 pagi Isnin, 16 Ogos ini.

Beliau mendakwa, penahanannya oleh Felda adalah tidak sah, berniat jahat dan menjejaskan reputasinya.

Nota :

Makcik & Pakck Kat Felda Jangan Terleka sangat...
Tak Lama lagi "Santa Claus" akan datang bawa duit raya...
Ini semua nak tutup mata warga felda...
Supaya warga felda tak sedar yang Felda dah nak bankrap...

Kah...Kah...Kah....!!!!

Berita Yang Biasa Kita Dengar...!!!

SKANDAL SEKS PEMBANTU MENTERI-SabahDaily

SURE Heboh! Satu Sabah dan 1Malaysia sudah heboh dengan Skandal Seks seorang Pembantu Menteri dalam Kabinet April Fool, Datuk Musa Aman dengan seorang Ketua Puteri UMNO di Bahagian Utara Sabah sehingga sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia.

Entah badi apa yang menimpa Pergerakan Puteri UMNO yang sebelum ini digelar sebagai ‘Geisha’ oleh beberapa Veteran UMNO kerana malang yang menimpa berulang-ulang.

Dimulai dengan Skandal Ketua Puteri yang ‘Lesbo’, ditambah dengan Ketua Puteri yang merampas suami orang dan bersekedudukan sebelum bernikah; diperlecehkan dengan yang mati kerana menggugurkan kandungan anak luar nikah di Indonesia dan terkini menjalinkan hubungan sulit dengan Pembantu Menteri yang sebelum ini adalah orang penting dalam UMNO.

Mungkin kerana kemaruk cinta, Pembantu Menteri UMNO ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya tanpa mempedulikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedang memerhatikan gerak gerinya kerana beliau masih mempunyai kes yang belum selesai dengan kedua agensi penting berkenaan.

Bagi membuktikan cintanya, Datuk M mampu memberikan apa sahaja untuk membuktikan cintanya yang baru bersemi kepada seorang gadis muda yang merupakan pemimpin golongan puteri yang sering dilabel sebagai ‘Bunga UMNO’.

Namun Ketua Puteri UMNO tersebut pandai berpencak di pentas politik kerana mendakwa kejayaan memiliki kereta mewah, rumah dan apa sahaja yang diperolehinya adalah hasil kerja keras beliau, yang sememangnya seorang ahli perniagaan.

Formula inilah yang sebelum ini menjadi modal kepada artis yang mempunyai skandal seks dengan VVIP dan kini di ‘Copy & Paste’ oleh pemimpin muda UMNO terutama Ketua Puteri yang mampu berkereta mewah dan berumah besar; walaupun skrip lakonan mereka boleh dibaca seperti skrip Mi Maggi, ‘cepat dimasak, sedap dimakan’.

Mungkinkah Pembantu Menteri tersebut menganggap bahawa Pergerakan Puteri Umno sekadar menjadi transit untuk mendapatkan ‘mangsa’ yang kaya, berpengaruh di kalangan anggota parti itu demi kemewahan serta kepentingan diri?.

Mungkinkah juga Ketua Puteri berkenaan kehausan kasih setelah lama kemarau kasih dan peluang ini dimanfaat sebaik mungkin ketika getah masih pekat dan figura masih mampu menawan hati dan ‘mata buaya’ Pembantu Menteri berkenaan yang sebelum ini telah beberapa kali terlepas daripada dicekup SPRM?

Nota :

Namun bak kata pepatah.....
Apabila cinta sudah melekat, ‘Tahi Kucing, Ku Rasa Coklat’.....!!!

Dokumen Perlu Di Simpan Dalam Kotak...!!!

10 RIBU HELAI KERTAS SIASATAN POLIS HILANG, DIJUAL BAHAN KITAR SEMULA - MInsider

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Selepas negara dikejutkan dengan pendedahan enjin jet TUDM dicuri dan dijual sebagai barang lusuh, polis Gombak kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan yang dijual kepada kilang kitar minggu lalu.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kertas siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Kertas siasatan itu dikatakan mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.

Ia disimpan di sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.

Ekoran keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.

Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000kg itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.
--------------------------------------------------------
Woittttt.....INILAH STANDARD KERJA DI NEGARA KITA......

Kah...Kah....KOMPUTER DI PASANG OLEH AJEN ZIONIS ISREAL..

Kah...Kah....HAKIM DI ATUR OLEH KELING LINGAM.....

Kah...Kah...KERTAS SIASATAN DI BAKAR.....

Kah...Kah...KEMUDIAN PUKUL YANG DI TUDUH.....SURUH MENGAKU.....

Kah...Kah...KALAU SUSAH SUSAH...TERUS SAJA GUNA ISA....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...HARAPKAN PAGAR..PAGAR YANG MAKAN PADI...

Nota:

Tak sedar lagi ke wahai orang melayu....???
Sudah dibodohkan selama lebih 50 tahun....
Bila laa agaknya puak melayu ini nak celik mata....???
Dan melihat tanah melayu ini yang semakin pupus
Kah....Kah.....Kah....!!!

Kecik-Kecik Tak Nak Mampus...Bila Besar Bangang & Susahkan Orang...!!!

TIDAK PERLU PANIK KERANA KENAIKAN HARGA AYAM SEMENTARA, KATA ROHANI - Mstar

Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan harga ayam yang naik mendadak ketika ini kerana ia hanya bersifat sementara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Rohani Abdul Karim.

Katanya kenaikan harga ayam di sesetengah tempat bukan disebabkan faktor kekurangan bekalan tetapi sikap pembekal yang sengaja menaikkan harga sesuka hati berikutan permintaan tinggi terhadap barang itu ketika ini.

"Ini semua taktik mereka kerana daripada mesyuarat yang saya hadiri pagi tadi dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bekalan lebih daripada mencukupi iaitu 10.5 juta ekor ayam untuk seminggu walhal permintaan ayam sehari hanya satu juta ekor.
--------------------------------------------------------
Woittttttt....BANGANG BETUL SI MUNKEEE NI....!!!

Woittttt......MEMANG LAH UNTUK SEMENTARA......

Woittttt.....SEMENTARA BULAN PUASA INI LAH HARGA BARANG NAIK...BANGANG...!!!

Kah...Kah...LEPAS HABIS PUASA DIA AKAN TURUN BALIK....!!!

Woittttt....KALAU BANGANG....JANGAN BAGI TAHU ORANG RAMAI...DUDUK DIAM-DIAM...

Kah...Kah...KALAU SUKA SANGAT NAK JADI BANGANG...AMBIK JORAN PERGI MENGAIL KAT LOPAK AIR TENGAH JALAN..LAGI BAGUS...

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....SEBAB TU KERAJAAN NAK BANKRAP...SEBAB ASYIK DOK BAYAR GAJI PADA KAKITANGAN YANG BANGANG DAN BEBAL...

Lu Mau Pingat Kaa...?? Mesti Mau Bayar Maaa...???

JUAL PINGAT: SULTAN JOHOR TITAH BEKU ANUGERAH - MStar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya membekukan penganugerahan darjah kebesaran negeri itu ekoran terdapat percubaan menjual pingat termasuk bagi gelaran 'Datuk'.

Sumber istana berkata, Sultan Ibrahim telah bertemu dengan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor dan menyatakan bahawa tiada istiadat pengurnian pingat pada tahun ini.
"Sultan juga mengarahkan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor supaya menyemak dengan teliti senarai pendek semua anugerah negeri pada mada hadapan sebelum dipertimbangkan.

Nota :

Jual Pingat Kebesaran merupakan satu industri yang lumayan di Malaysia...
Cuba check negeri mana yang paling banyak anugerah pingat kebesaran..???
Lepas habis mentangkedarah balak...mentangkedarah hasil jual pingat pulak...
Kah...Kah...Kah...Inilah dia Malaysia Negaraku...Kah...Kah...

Mahasiswa Mesti Jantan...Jangan Jadi Pondan...!!!


KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)- 13HB OGOS 2010

CAMPUR TANGAN POLITIK DI UNIVERSITI HARUS DIHENTIKAN SEGERA


Syarahan Perdana dan tayangan Student Power yang di langsungkan oleh seorang aktivis sosial, Fahmi Reza telah mendapat perhatian umum di kalangan anak muda dan mahasiswa di Malaysia.

Beberapa siri syarahan telah dijalankan secara terbuka di luar kampus khusus di Lembah Klang. Pihak penganjur juga telah menambah inisiatif untuk menjalankan syarahan perdana ini di dalam kampus. Namun, percubaan untuk menganjurkannya di dalam kampus itu telah digagalkan apabila program itu diarahkan batal serta merta. Minggu lepas di UiTM Kampus Puncak Perdana dan semalam ia diarahkan batal di kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran universiti yang membatalkan program syarahan ini tanpa sebab yang munasabah. KAMI juga mengecam sekeras-kerasnya campur tangan politik yang tidak mahu program sebegini terus berlangsung. Bagi KAMI, pihak universiti seharusnya lebih bersikap terbuka dalam membuat keputusan dan mengabaikan sebarang tekanan politik yang diberikan khususnya daripada Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.

KAMI menolak sebarang campur tangan politik di dalam universiti atas kesedaran bahawa autonomi universiti itu harus diserahkan kembali kepada mahasiswa. Masalah yang terbesar dengan sistem pengajian tinggi di Malaysia ialah apabila segala keputusan dan tindakan yang akan diambil itu adalah tindakan dan keputusan politik. Keputusan ini akhirnya adalah pada tangan Naib Canselor yang dilantik langsung oleh Menteri Pengajian Tinggi atas dasar lantikan politik.

Maka keputusan yang dibuat oleh Naib Canselor dan pentadbirannya juga adalah keputusan politik. Ini adalah masalah yang terbesar bagi IPTA di Malaysia.

Atas kesedaran itu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen berpendirian bahawa;

1. Pihak Naib Canselor dan pentadbiran universiti harus lebih terbuka dan demokratik dalam membuat keputusan.
2. Mengecam keras sebarang campur tangan politik dalam keputusan yang diambil oleh universiti.
3. Mendesak agar universiti membenarkan penganjuran program syarahan perdana Student Power.

Hilman Idham,
Presiden,
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Raja Adalah Raja...Rakyat Tetap Haprak...!!!


PILIHANRAYA UMUM MYANMAR 7 NOVERMBER – Berita hairan

Myanmar dijangka mengadakan pilihanraya umumnya pada 7 November depan, iaitu pilihanraya pertama seumpamanya dalam tempoh dua dekad.

Media negara itu mengesahkan tarikh bagi pilihanraya terbabit, yang mana barat bimbang akan berlaku penipuan bagi mengekalkan kuasa kerajaan tentera di negara itu.
----------------------------------------------------------------
Woitttttt....LIHAT DAN SAKSIKAN.... NEGARA BURMA YANG MISKIN INI....!!!

Woittttt... NEGARA INI ADALAH DI BAWAH PEMERINTAHAN ASKAR.....!!!

Kah...Kah...MASIH BERI TAHU AWAL BILA NAK BUAT PILIHANRAYA...!!!

Kah...Kah...WALAUPUN MISKIN..RAKYAT BURMA TETAP BERANI ....!!!

Kah..Kah...WALAUPUN ASKAR MEMERINTAH...LAWAN TETAP LAWAN...!!!

Kah...Kah..SEBAB RAKYAT BURMA BANGKIT MELAWAN...BARU BULAN SEMBILAN… SUDAH UMUM PILIHANRAYA BULAN SEBELAS...

Kah...Kah...WALAUPUN MISKIN TAPI CERDIK...BUKAN MACAM MELAYU LAGAK SAJA KAYA TAPI BANGANG...!!!

Kah...Kah....UMNO CAKAP RAKYAT ADALAH RAJA...RAJA ADALAH RAKYAT...!!!

Kah..Kah.....TAPI YANG BERLAKU RAJA ADALAH RAJA...RAKYAT ADALAH HAPRAK...!!!

Woitttt....INI LAH NAMA NYA DEMOKRASI.....

Woitttt....BUKAN MACAM MALAYSIA NEGARAKU...UMUM PILIHANRAYA... KEMPEN HANYA SATU MINGGU....

Kah...Kah...KEMUDIAN BUAT PILIHANRAYA MASA UMAT ISLAM BUAT HAJI.....

Kah..Kah...INI LAH KERJA LAKNAT UMNO/BN UNTUK TERUS BERKUASA....

Kah...Kah..AIMAN TAK KISAH...UMNO MENDABIK DADA KATA MEREKA KUAT...BILA TIME PILIHANRAYA CUBA UNTUK NAK CARI HELAH UNTUK TERUS MENANG.....

Lagi Projek Tipu Rakyat...!!!

PROJEK BAKUN:SUBSIDI KORPORAT DITERUSKAN, SUBSIDI RAKYAT DIAMBIL

Saya memandang dengan serius laporan-laporan mutakhir yang menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun kerana begitu banyak wang rakyat telah disalurkan ke projek ini sejak sedekad yang lalu.

Berdasarkan laporan, jumlah kos keseluruhan dijangkakan akan meningkat akibat beberapa kelewatan projek. Kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 billion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 billion yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Kedua-dua pinjaman ini juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Sikap tidak peduli Perdana Menteri yang membiarkan wang rakyat terus digunakan di dalam projek Empangan Bakun adalah sangat bertentangan dengan pendapat beliau mengenai subsidi minyak dan gula. Beliau seolah-olah tidak kisah dengan kemungkinan wang rakyat terus dibazirkan untuk projek ini, tetapi bersungguh-sungguh mahu menarik balik subsidi minyak dan gula – sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek Empangan Bakun setakat ini.

Sasaran penjimatan RM750 juta dari potongan subsidi hanyalah 10% dari jumlah kos keseluruhan projek Empangan Bakun. Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?

Empangan Bakun adalah lambang layanan Barisan Nasional yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi. Di mata Barisan Nasional, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbillion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Saya menyeru Perdana Menteri mengambil pertanggungjawaban dan berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah kewangan projek Empangan Bakun dan kesannya kepada wang rakyat. Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelia projek juga perlu berterus-terang dan menerangkan kepada rakyat kenapa anggaran kerugian RM2 billion itu perlu ditanggung oleh rakyat.

Rakyat berhak tahu terutamanya apabila rakyat diminta mengurangkan beban kewangan kerajaan, maka subsidi korporat juga perlu dihentikan.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
13 OGOS 2010