Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 20, 2011

Projek I-SHARP Di Setiu..Indah Khabar Dari Rupa...!!


Aktiviti pembersihan hutan paya gelam dan pembinaan prasarana ternakan udang i-SHARP oleh pemaju Blue Archipelago Berhad di Kampung Nyatoh, Permaisuri, Setiu mula ‘menempiaskan hasil’ kepada penduduk di sekitar Kampung Rhu Sepuluh dan kawasan berdekatan apabila populasi kera yang sebelum ini menjadikan kawasan hutan ini sebagai habitat semulajadi mereka mula menunjukkan ‘protes’ di atas kerakusan tangan-tangan manusia mengorbankan kedamaian alam sekitar yang dihuni mereka sekian lama demi keuntungan projek i-SHARP yang dikatakan akan mencecah ratusan juta ringgit setahun.

Kehilangan habitat asal ditambah lagi dengan kerancakan kerja-kerja pembinaan memaksa populasi kera ini berkeliaran menjadikan kawasan kampung sekitar terutamanya di Kampung Rhu Sepuluh yang mula dilanda fenomena baru yang menganggu keselesaan dan ketenteraman serta rasa bimbang para ibu-bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka.

i-BANTAH semalam dimaklumkan penduduk tempatan, projek belum lagi berjalan, udang belum lagi diternak malah meninjau secara umum kerja-kerja pembinaannya, kelihatan masih jauh lagi untuk disiapkan tetapi kumpulan kera ‘berkunjung’ menjadi tetamu baru yang tidak kami undang bukan setakat mula menganggu kehidupan seharian penduduk malah kami yang sedang sembahyang berjamaah di surau pun turut sama dikunjungi kera-kera yang melompat masuk ke surau.

Ternyata kebimbangan yang berulang kali disuarakan i-BANTAH berkaitan impak alam sekitar dan ekosistem terhadap perlaksanaan projek i-SHARP ini mula menampakkan kenyataannya.

Antara kebimbangan berfakta yang berulang kali disuarakan i-BANTAH, tetapi terus dipandang sepi pihak berwajib:

Kemusnahan Habitat Bagi Hidupan Liar

Hutan Gelam Air Tawar adalah habitat bagi spesis kera serta hidupan liar terancam seperti Tapir (Tapirus indicus), Tenggiling (Manis javanica), Kongkang (Nyticebus coucang), Bangau China (Egretta eulophotes dan Burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus). Spesis hidupan liar terancam seperti tuntung juga menerima impak kerana tuntung bergantung kepada kawasan tersebut untuk bertelur. Jelas! Kera antara yang terawal menunjukkan ‘protes’! Pertarungan merebut kepentingan antara alam dan manusia tidak akan berakhir dengan situasi menang-menang. Yang kuat akan menang dan ada yang akan menjadi korban.

Kemusnahan Kawasan Pembiakan Hidupan Laut

Pengaliran sisa buangan (effluent) dari projek i-SHARP yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi disebabkan penggunaan air laut sepenuhnya, akan mengubah ekosistem Sungai Chalok dan Sungai Setiu serta Lagun Setiu lalu menjejaskan hidupan di dalamnya. Lagun Setiu di samping merupakan kawasan pembiakan hidupan laut, juga merupakan tempat perlindungan dan asuhan bagi pelbagai hidupan laut seperti ikan, udang, ketam, siput dan kerangan yang menjadi sumber pendapatan nelayan. Tabung Perlindungan Hidupan Liar Dunia (WWF) cawangan Malaysia menyatakan kira-kira 60% anak ikan kerapu dan benih tiram untuk ternakan di Malaysia datangnya dari kawasan Setiu. Tempiasnya belum lagi dirasakan lantaran ternakan udang belum lagi bermula, tetapi ianya akan menyusul. Ketika itu siapa yang akan tampil memikul tanggungjawab terhadap kemusnahan ini?

Air Sungai Menjadi Toksik dan Tercemar

Ubat-ubatan dan baja yang digunakan dalam industri akuakultur mengandungi bahan kimia. Sebahagian daripada bahan kimia ini adalah toksik kepada hidupan laut dan menjurus kepada kemerosotan sumber laut. Selain itu ia akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah dan permukaan. Sisa akuakultur yang mengandungi kandungan bahan nutrient, bahan kimia dan ubat-ubatan yang dialirkan ke sungai juga akan menjejaskan kualiti air sungai. Kandungan nutrient daripada najis dan makanan udang yang tidak dimakan menggalakkan pertumbuhan alga (eutrofikasi) yang akan mengurangkan kandungan oksigen di dalam sungai. Kekurangan oksigen di dalam sungai boleh membunuh hidupan di dalamnya.

Sangkar Penternakan Ikan Penduduk Tempatan Terjejas

Terdapat projek akuakultur dalam sangkar dijalankan penduduk setempat di kawasan hilir Sungai Setiu seperti penduduk Kampung Fikri. Sangkar-sangkar akuakultur milik penduduk tempatan ini akan terjejas akibat dari pengaliran air sisa buangan kolam udang seperti pencemaran bahan kimia, penyebaran penyakit serta peningkatan kadar kemasinan air sungai.

Kehilangan Tanah Pertanian

Sebanyak lebih 200 ekar tanah yang diusahakan untuk aktiviti pertanian di Kampung Banggol telah diambil untuk menjalankan projek akuakultur ini. Saguhati antara RM3,000 – RM5,000 yang dibayar untuk satu lot tanah RTB dengan keluasan 2.4 ekar tak banyak memberi makna berbanding kehilangan pergantungan petani kepada hasil pertanian yang dimusnahkan menyebabkan mereka kehilangan sumber pencarian. Walaupun dijanjikan peluang pekerjaan di kawasan projek, tetapi tinjauan Pengerusi i-BANTAH mendapati buat masa ini tenaga kerja dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja masih mendominasi. Janji adalah suatu janji tetapi situasi semasa itu yang dilihat. i-BANTAH tidak menyatakan pemaju berbohong, tetapi mohon diberikan penjelasan.

Banjir

Kawasan yang sedang dibangunkan adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Chalok dan dilimpahi air ketika musim banjir. Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai jutaan ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tunggulah musim tengkujuh akan datang dan phenomena ini cukup akan menjadi kebimbangan.

Hakisan Tanah dan Pemendapan Tanah

Kegiatan pembersihan tanah dan penambakan tanah serta pembinaan infrastruktur i-SHARP telah dan akan menyebabkan berlakunya hakisan dan pemendapan di Sungai Chalok. Hakisan tanah yang disebabkan oleh aktiviti pembukaan tanah ini meningkatkan pengaliran sedimen ke dalam sungai dan menyebabkan pemendapan di dalam sungai sekaligus mengeruhkan Sungai Chalok.
Masalah Sosial

i-SHARP digembar gemburkan akan menjanjikan sebanyak 1,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Peluang pekerjaan sebanyak ini adalah mustahil untuk dijawat penduduk tempatan. Sekiranya peluang-peluang pekerjaan ini tidak dipenuhi, potensi untuk mendapatkan pekerja warganegara asing adalah tinggi. Kenyataannya telah mula terserlah. Jemputlah meninjau di kawasan projek walaupun kita adalah tetamu yang tak diundang tetapi kita adalah rakyat yang berhak mengetahui apa yang sedang berlaku di sekitar kita. Lihatlah siapa yang sedang bekerja. Kebanyakkannya Indonesia, Bangladesh dan Kemboja! Ini akan menyebabkan perubahan struktur sosial tempatan dan adalah tidak mustahil akan berlakunya masalah sosial dan kejutan budaya di kawasan setempat.

Akhirnya, kenapa pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said hanya mengembar-gemburkan kemegahan projek yang masih samar kononnya untuk menjadikan Setiu sebagai hub pengeluaran udang terkemuka tetapi membisu dengan kesan negatif yang mula dirasai penduduk.

Lantaran itu, i-BANTAH mengulangi tuntutan ini kepada pihak kerajaan negeri kerana pengurnian ribuan hektar tanah kerajaan kepada pemaju Blue Archipelago Berhad dengan status pajakan selama 30 tahun bukan suatu isu remeh :

1. Kerajaan negeri harus memberi penerangan menyeluruh status sebenar projek ini kepada rakyat termasuk risiko yang bakal dihadapi penduduk.

2. Kerajaan harus mengkaji semula Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA) yang dikeluarkan kerana DEIA yang telah dikeluarkan mempunyai banyak keraguan.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak i-BANTAH
www.drazmanibrahim.com
..

Siapa Peyumbang Dana Kepada UMNO...??


KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib, adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

Berapa Gaji Menteri & Ketua Menteri...??


Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup. Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara, Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.006. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.009. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik.

Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia! Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan


Sumber: Detikdaily

Saham Misteri KM Sarawak...!!


Pemegang utama saham terbesar dalam syarikat tunggal terbesar di Sarawak masih lagi kekal Laila Taib, sebagai mana menurut Laporan Tahunan syarikat yang tersenarai sebagai syarikat awam!Arwah Laila Taib, iaitu isteri pertama Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, telah meninggal dunia dua tahun yang lalu, dan Ketua Menteri itu pun mengahwini isteri keduanya. Namun, arwah Laila masih selaku pemegang berjuta-juta saham yang dikatakan sekurang-kurangnya 13 juta saham, mewakili 11.32% dari syarikat itu.

Ruang dan masa berkabung mungkin harus diambil kira bagi keluarga tersebut sebagai menghormati arwah, tetapi Laporan Tahun yang berusia dua tahun itu adalah terlalu lama bagi mereka menyenaraikan roh arwah sebagai pemegang saham di syarikat itu.
Bagaimanakah cara arwah memperolehi saham-sahamnya?

Rakyat Sarawak berhak mengetahui bagaimana arwah Laila Taib telah memperolehi saham-saham yang sebanyak itu. Janganlah beralasankan bahawa CMS itu telah diswastakan dari sebuah aset kerajaan Negeri suatu ketika dahulu. Tambahan pula, caruman pembayar cukai sebanyak 8.19% juga adalah sebahagian dari saham-saham di dalam syarikat berkenaan. Semua ini telah bergantung pada keputusan bekas suami arwah, iaitu Abdul Taib Mahmud, yang menyandang jawatan Menteri Kewangan. Maka, inilah masanya apa yang tersorok itu dibongkar untuk diketahui umum. Siapakah sebenarnya pemegang saham terbanyak dalam syarikat CMS? Adakah Ketua Menteri itu sendiri telah bertindak sebagai pewaris kesemua saham yang diwasiatkan arwah isterinya itu? Atau, adakah dia juga selaku pelaksana bagi pegangan-pegangan arwah isterinya itu? Dengan kedudukan politiknya, dia harus mengumumkan semua perkara yang berkaitan ini.

Percanggahan kepentingan yang amat ketara

Keseluruhan CMS amatlah memalukan, dibelengu percanggahan kepentingan yang ketara di mana Pengarah Urusannya, seorang warga UK bernama Richard Curtis, juga mengetahui setiap selok-belok dalam syarikat berkenaan.

Curtis mungkin telah memperolehi gelaran “Dato”, tetapi adakah dia telah juga memperolehi penghormatan dari peranannya di situ?

Arwah Laila bukanlah individu utama selaku pemegang saham dalam CMS, tetapi syarikat yang bertindak selaku pemegang saham terbesar di situ adalah Majaharta Sdn Bhd, yang kini diketahui dimiliki oleh dua orang anak perempuan Ketua Menteri/Menteri Kewangan/Menteri Perancangan dan Sumber, iaitu Jamilah dan Hanifah.

Di samping mereka itu, anak-anak lelaki Taib, Abu Bekir dan Sulaiman Abdul Rahman juga turut memegang saham terbesar dalam CMS! Harga pasaran saham semasa bagi syarikat itu mencecah nilai sebanyak RM 300 juta, yang juga berjaya meraih kontrak-kontrak dari kerajaan Negeri setiap tahun (terima kasih pada keputusan Abdul Taib Mahmud).

Oleh yang demikian, kita ingin bertanya apakah sumber yang membolehkan mereka memperolehi kesemua saham-saham dalam syarikat itu? Kita harus ingat, Taib dikenali sebagai seorang bekas graduan yang bukannya kaya raya dan mewah ketika dia menamatkan pengajiannya dari University of Adelaide. Sekembalinya ke tanahair, dia telah bekerja di Pejabat Pendakwaraya Negeri selama lebih kurang dua tahun, sebelum berkecimpung dalam bidang politik. Laila pula datang ke Sarawak selaku pekerja Pasukan Pengaman US tanpa sebarang punca pendapatan yang diketahui terjamin. Anak-anak mereka pula masih di bangku sekolah ketika mereka memperolehi saham-saham dalam syarikat ini, yang keseluruhannya terdiri dari aset-aset utama Negeri Sarawak.

Maka jelaslah, Abdul Taib Mahmud, yang telah merundingkan bagi pihak Negeri Sarawak untuk menswastakan aset-aset ini untuk menjadi harta peribadi dia dan keluarganya!


Maka, siapakah pemilih saham-saham itu sekarang?

Kegagalan untuk mengumumkan pelaksanaan wasiat Laila Taib, dan agihan-agihan saham-sahamnya dalam CMS akan menjadikan para pemerhati membuat keputusan bahawa perkara ini akan tetap memalukan Ketua Menteri itu sendiri.

Pemilikan saham-saham yang amat besar oleh arwah Laila dan anak-anak mereka adalah penyamaran yang tipis dengan harapan dapat mengelakkan dari dikesan oleh pihak SPRM yang merupakan sebuah perbadanan pencegahan kesalahan rasuah. Tetapi, kini Ahdul Taib harus membuat keputusan di mana dia harus meletakkan saham-saham itu seterusnya. Tambahan pula, kini dia mempunyai isteri baru, tetapi dia harus juga memikirkan isu-isu utama yang lain.

Taib menghalakan tembakannya ke udara setelah marah dengan Ragat yang kerap keluar!

Sifat-sifat wanita amatlah sukar untuk ditentukan. Anak Taib sendiri, Abu Bekir kini sedang melalui proses undang-undang menceraikan isteri pertamanya dengan nilai tuntutan sebanyak RM400 juta.

Sumber-sumber dalaman telah menyebut Abdul Taib telah dengan tergesa-gesa mengahwini isteri keduanya dahulu, kerana kini setelah dia mengahwini Ragat Al-Kurdi (yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan adik iparnya, Robert Geneid) sebenarnya ibu kepada dua orang anak! Sebahagian dari cerita-cerita yang timbul setelah berlangsungnya perkahwinan mewah seorang Ketua Kerajaan Negeri!

Rupa-rupanya pasangan tersebut bukan berbeza di segi usia, teapi mereka juga berbeza kepentingan. Baru-baru ini, seperti yang didengar oleh Sarawak Report, Taib telah menggemparkan seluruh ahli keluarganya di rumah mewahnya di Demak Jaya, dengan menghalakan tembakan pistol emasnya ke udara, kerana marah setelah mengetahui Ragat keluar dari rumah tanpa memohon kebenaran darinya terlebih dahulu!

Dengan itu, adalah diandaikan bahawa Abdul Taib mungkin tidak akan menyerahkan saham-saham arwah Laila kepada Ragat. Namun, saham-saham itu pastinya akan diletakkan di tempat yang lain!

Sudah masanya untuk mengembalikan apa yang dimiliki oleh Negeri Sarawak?

Abdul Taib harus ingat bahawa suatu hari nanti dia juga akan pergi ke suatu tempat di mana arwah Laila telah pergi mendahuluinya, dan kesemua sahamnya tak akan dapat dibawanya bersama-samanya. Bagaimana Sarawak akan mengenang jasa dan baktinya jika dia telah memilih bidang pekerjaannya itu dan mensyukuri dengan apa yang sepatutnya dinikmatinya, termasuk gaji dan pencen seorang menteri sepertinya ketika dia masih bekerja?

Selama tiga puluh tahun tanpa sebarang kepentingan dan mengetuai secara jujur sebuah kerajaan seharusnya telah memberikan faedah dan manfaat kepada rakyatnya, namun mereka kini masih dibelengu kesengsaraan hidup akibat ketamakannya. Kini seolah-olah Abdul Taib tidak mampu memikirkan apakah yang harus dilakukan dengan semua wang dan saham yang telah diperolehinya sejak sekian lama itu. Maka, kenapa sukar sangat untuk mengembalikannya kepada rakyat bagi memperolehi pengormatan dari mereka sebelum semuanya terlambat?

Osama Masih Hidup..!!


Adakah anda yakin tentang Osama? Lelaki misteri ini dikatakan ketua pengganas Islam antarabangsa telah ditembak mati oleh Amerika di Wilayah Pakistan. Tetapi ramai yang ragu-ragu dan tak percaya. Kebanyakannya merupakan andaian demi andaian dan penuh tersalut misteri.

Terbaru rakaman audio Osama beredar di internet menyerukan revolusi dinegara-negara Arab dengan menguling pimpinan yang ada?

Cairo - Kelompok militan Al-Qaidah telah mengedarkan sebuah rekaman audio Osama bin Laden yang menyerukan revolusi di seluruh negara Arab dan digulingkannya musuh Islam dari dari kekuasaannya.

Al-Qaidah nampaknya tidak memiliki peranan besar dalam rangkaian revolusi yang terjadi di kebanyakan negara Arab dan Afrika sejak Januari lalu yang berhasil menjatuhkan pemerintahan otokrasi dan korup.

Menurut Al-Qaidah, rekaman itu dibuat sebelum Bin Laden tewas dibunuh pasukan khas AS. Pesan audio itu terdapat dalam sebuah rekaman yang dikirim melalui internet yang berdurasi selama 12 minit. ''Matahari revolusi telah terbit dari wilayah Maghrib. Cahaya revolusi datang dari Tunisia, membuat negara menjadi tenang dan rakyat bahagia,'' bunyi rekaman yang diyakini suara Osama bin Laden.

Namun, orang nomor satu di Al-Qaidah itu tidak memberikan keterangan jelas soal Libya, Syiria, Bahrain dan Yaman kerana demosntrasi di negara tersebut kurang berhasil dibanding Mesir dan Tunisia. Bin Laden meminta warga Arab untuk melakukan perubahan dan tentangan, bekerja sama dan menyelamatkan rakyat dari tirani.

Terkini Dari Masjid Negara Demo Anti Lynass...!!


jam 3.00 petang

600 orang telah hadir
antaranya:

warga gebeng
warga kuantan
tim anti TNB dari rawang
tim anti nuclear dari penang
mahasiswa dan anak muda
amk dan pemuda pas dan dap

warga kota kula lumpur

ketika ini 5 wakil telah masuk
ke kedutaan untuk menyampikan memo
warga sedang menunggu di luar

JAM 2.49

Ucapan dan kedengran!

Hidup hidup !! Hidup Rakyat
Hancut Hancur !! Hancur Barisan

Hidup Hidup !! Hidup Rakyat
Balik Balik !! Balik Australia

JAM 2.26 petang

lebih dari 500 penunjuk perasaan
telah bergerak dari masjid dan dari klcc

mereka kini dipersimpangan jalan yap kwan seng
menghala ke kedutaan australia yang tidak sampai
200 meter dari persinpangan jalan ampang

truck fru sedang mengawal di sekeliling kedutaan!

Cuaca semakin redup
seperti hendak hujan

JAM 2.12

kelihatan 300 ke 400 orang telah keluar dari
masjid menuju ke kedutaan australia

warga di klcc sedang bergerak sama

TERKINI DARI HADAPAN KEDUTAAN AUSTRALIA

Jam 1.55 petang

kelihatan 10 buah trak fru
diletakan dihadapan kedutaan australia

mereka dijadikan tembok!

TERBARU JAM 1.37

fru telah beralih dari sebelah avenue K
mereka menuju ke hadapan kedutaan australia!

NOTA:

arahan baru..semua terus ke kedutaan australia
berhenti dioseberang jalan

sila jangan ganggu lalu lintas


TERUS KE KEDUTAAN AUSTRALIA

JAM 1.27 tengah hari

semua tenang
yb fauziah berada di klcc
yb tian juha berada d klcc

menunggu jam 2.00

kelihatan 7 buah trak fru
sebuah meriam asid

perjalanan lalu lintas seperti biasa!