Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 20, 2011

Di Lema Melayu & UMNO....!!


Apa sudah jadi dengan wanita dan gadis Malaysia, terutama gadis dan wanita Melayu. Malah pemuda Melayu berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun hampir 52 peratus terlibat dengan dadah, seks bebas, dan gejala sosial yang cukup menakutkan. Malah laporan terkini kaum lelaki menjadi kaum mainoriti dalam IPTA. dan IPTS.

Wanita Melayu dan gadis Melayu adalah yang paling ramai dalam kes buang bayi. Hampir 200 ribu anak luar nikah yang didaftarkan dalam tahun 2008 hingga 2010. Yang bagusnya BANGSA MELAYU PALING RAMAI. HEBAT,HEBAT BANGSA KU.

Berita terbaru yang dipetik dalam akhbar arus perdana, lagi hebat. Gadis Melayu tayang tubuh dan berlagak seksi dan adegan ghairah dipertontonkan dan bertanding dalam "lady Nite" disebuah kelab hiburan di Bandar Kuantan
Gadis berusia antara 15 tahun hingga 18 tahun majoritinya bangsa Melayu bertanding separuh bogel dan adegan sesksi. YANG BAGUSNYA HADIAH JUARA PERTANDINGAN IALAH SATU BOTOL ARAK DAN WANG TUNAI RM600.00

Gadis dan wanita yang ditangkap oleh pehak berkuasa beasal dari KEMAMAN, MARAN DAN SEKIRAT BANDAR KUANTAN.

Cubalah fikir bersama, dimana silapnya. Bangsa Melayu kian hancur, kuasa politik UMNO dan Melayu dilacur oleh pemimpin yang bernama UMNO. "

Sebut Saja UMNO...Dah Tahu Memang Jahat...!!


Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC

Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor
Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar
NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian.

Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian
Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:

Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk 4,141 ekor

Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 245 ekor

Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 8 ekor

Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 15 ekor

Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 45 ekor (2008 )
56 ekor (2009)

Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor ( 2008 )
78 ekor (2009)

Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 11 ekor (2008)
3 ekor (2009)

Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor (2008)
1,562 ekor (2009)

Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor
(nisbah 1:1) (2008) 137 ekor (nisbah 1:11)(2009)

Anggaran kerugian akibat lembu mati RM542,201 (2008)
RM613,897 (2009)

Dalam temuramah dengan Berita Harian[2] pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta “tidak menyatakan jadual pembayaran balik”. Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.

Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

18 NOVEMBER 2011

Sorry...Wa No Spik English...!!


Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno.
Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

"Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Jaguh palsu

Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut.

"Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis.

"Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud."

Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini.

Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan

Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam.

Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti dariapa pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran.

Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga.

"Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini. Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

-Malaysia Chronicle