Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 1, 2010

Ketuanan Islam Yang Paling Penting...!!


Anwar: Ketuanan Melayu, hubungan tuan dan hamba-MK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang partinya, PKR menolak konsep Ketuanan Melayu berkata konsep itu hanya mencerminkan hubungan 'tuan' dan 'hamba'.

Katanya, isu itu dieksploitasi oleh Umno dan BN melalui lidah rasminya, Utusan Malaysia dengan memutarbelitkan fakta berhubung isu ketuanan rakyat yang dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada persidangan kongres PKR minggu lalu.

"Dalam Agenda Ekonomi Malaysia yang kita perkenalkan, kita menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia hanya menguntungkan segelintir walaupun permasalahannya adalah terdiri daripada majoriti masyarakat Melayu / Bumiputera dan di kalangan orang Cina dan India miskin yang menjadi teras program kita.

"Jikalau kita lihat maksud 'tuan', ia bermakna yang berkuasa atau yang memiliki, jadi bagaimana pula tentang kedudukan orang Iban, Kadazan, Cina dan India?

"Kita menolak ketuanan yang cuba diputarbelitkan Umno-BN dan Utusan sebagai cuba menolak Perlembagaan Negara,” kata anwar di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, apa yang jelas adalah setiap ucapan dan pendirian PKR dan Pakatan Rakyat mengenai isu bahasa Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan. Malah, katanya, ia dipertahankan.

"Yang tuan itu adalah kedudukan Raja dan sebab itu disebut Yang di-Pertuan Agong, Yam Tuan Negeri Sembilan. Kedudukan itu kita tidak dipertikaikan.

Justeru, beliau berharap agar isu tersebut tidak dipolitikkan.

Nota :

Kita Ulang lagi sekali....
Baca & Sila Faham betul-betul....
Jangan jadi Jahil, Bebal & Bangang....!!!

“Kalau Melayu berperang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak jadi tuan...

Macam-Macam Jenis Gila....!!!

Dunia ni banyak orang jenis gilanya. Macam-macam adaaa… yang terbaru apabila seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat. Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer. Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet. Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari. Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.


Sebelum ini Dennis Hope seorang warga California telah mendakwa memiliki keseluruhan bulan pada tahun 1980. Beliau sebelum 1980 merupakan seorang yang tiada pekerjaan, bercerai dan diistiharkan muflis tetapi kini Hope, 55 telah membuka Pejabat Kedutaan Bulan di Gardnerville, califaornia. Beliau juga menjual hartanah bulan. Dengan harga USD 19.99 termasuk cukai USD 1.51 Lunat tax anda telah boleh membeli seeker tanah di Bulan. Hope akan mengeluarkan geran akuan pembelian. Jika anda tak bersetuju duit akan dipulangkan kembali dalam tempoh 30 hari. Beliau dijangka memiliki USD 6juta hasil jualan tanah di bulan tersebut.


Di Geneva, Ohio. Donald Miles, 76 menunjukkan dokumen akuan deklarasi bahawa beliau juga merupakan tuan milik bulan yang diakui oleh Bandar Geneva sejak 12 April 1966 yang pernah dibuat majlis sambutan di Auditorium Geneva High school of Geneva.


Nota :

Ini Pun Di Kira Gila Juga...Gila Perasan yang Malaysia ini UMNO Yang Punya...Ini lagi haru...!!!

Manusia ni di ibarat macam kerengga di buah nangka. Dia tak tanam pun, dok merayap kata tanah, kat batang, daun dan buah. Bila buah masak, datang tuan nak petik lalu digigit tuan nangka kerana seolah-olah menganggu nangka miliknya. Tuan nangka cantas tangkai dan jatuh tergolek buah nangka atas atas tetimpa atas kerengga… penyek kerengga.. mampus saje saje..

Sama jenis manusia hari ini. Baru lahir dua-tiga hari.. alih-alih mengaku tuan tanah matahari dan bulan. Dah le tak pernah pi sekali pun.. mengaku aje. Siap jual lagi. Yang heran tu.. ada juga manusia yang pi beli tu.

Yelah… dunia dah dihujung usia… gelak melihat gelagak manusia-manusia gila ni… nanti ada yang dakwa miliki syurga, neraka pulak?... kacau-kacau!

Kah...Kah...Kah...

Bapak Kencing Berdiri....Anak Kencing Berlari...!!!


Mahathir lahirkan lagi rasa bimbangnya - MK

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali kedua minggu ini melahirkan rasa bimbang terhadap kadar penghunian yang rendah di bangunan tinggi di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, keadaan ini mungkin boleh memberi kesan kepada sektor perbankan kerana ia boleh membawa kepada hutang jangka panjang.

"Saya hanya menyuarakan kebimbangan saya. Saya lihat di bandar-bandar banyak bangunan untuk dijual atau disewakan. Jelas sekali, bangunan-bangunan ini tidak berpenghuni dan tidak mendatangkan keuntungan. Jika pemaju tidak dapat untung daripada apa yang ia bina, di mana pula ia akan dapatkan wang untuk membayar semula hutang bank.

"Kita pernah melihat ini berlaku di Jepun, Hong Kong dan Dubai baru-baru ini. Jika kita terlebih bina bangunan dan tidak dapat raih pendapatan, maka kita tidak dapat membayar hutang kepada bank dan ini menjuruskan kepada muflis.

"Jadi, kita perlu lebih berhati-hati," kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Mobiliti Mampan 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas artikel di blognya baru-baru ini yang berpendapat kemungkinan berlakunya letusan gelembung hasil daripada lebihan bangunan di Kuala Lumpur.

Nota :

Hingga saat ini ejen Madey masih lagi tak bersuara....
Masih lagi tak respon dan reaksinya....
Ejen Madey hanya tunggu peluang....semuanya ikut perancangan...
Kita tunggu apa Ejen Madey akan respon...
Kalau diam maknanya Ejen Madey dah aturkan strategi...
Madey yang berkokok...Ejen Madey yang dapat untung...
Kah...Kah...Kah....!!!

UMNO Kini Di Sarawak....!!!


Baru Bian: Anak-anak Dayak ditukar jadi Melayu - MK

Enam ibu bapa dari komuniti Lun Bawang, Kelabit dan Iban berang apabila keturuan asal anak-anak mereka dicatatkan sebagai 'Melayu' pada dokumen Jabatan Pelajaran Sarawak.

“Agama kita adalah Kristian. Kita tak puas hati... pihak sekolah sudah tukar status anak-anak kita kepada keturunan Melayu yang jelas salah dan tidak boleh diterima,” adu ibu bapa berkenaan dalam sepucuk surat kepada presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina.

Mereka juga menuntut amalan itu disiasat dan dihentikan segera.

Kesilapan itu disedari apabila mereka meneliti laporan kad kemajuan murid-murida pada pertengahan dan akhir tahun. Menurut iba-bapa mereka alasan yang diberikan oleh Sekolah Temenggong Datuk Murip itu adalah kerana 'prosedur pentadbiran yang standard'.

Pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian yang juga seorang peguam berketurunan Lun Bawang berkata: “Kami telah diminta oleh ibu bapa yang bimbang itu mengenai status anak-anak mereka tiba-tiba ditukar dalam laporan kad kemajuan mereka. Status yang saya rujuk adalah mengenai keturunan mereka.

“Menurut ibu bapa yang membuat aduan itu, anak-anak mereka dilahirkan sebagai pribumi Sarawak tetapi kini diklasifikasikan sebagai keturunan Melayu. Sepatutnya mereka dikategorikan sebagai bangsa lain-lain seperti yang diamalkan sebelum ini.”

Baru Bian juga berkata ibu bapa berkenaan adalah pribumi mengikut Artikel 161A perlembagaadan tidak boleh ditakrif sebagai Melayu kerana mereka bukan Islam, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian ataupun mengamalkan adat resam Melayu seperti yang disyaratkan oleh Artikel 160.

Katanya, seorang ibu bapa memaklumkan kepadanya bahawa status yang dicatatkan sebagai Melayu itu tidak boleh ditukar semula kerana “ia telah berada dalam sistem dan pegawai pelajaran tidak ada untuk membuat pindaan”.

Nota :

Kah...Kah...Kah....!!!
Kenapa jadi macam ni..??
Ini adalah taktik bagaimana nak buka cawangan UMNO di sarawak...
Terpaksa tukar orang dayak untuk jadi melayu....
Tapi Dayak cerdik dan cepat sedar....
Dayak tak terliur langsung nak jadi melayu....
Bila jadi melayu senang BN nak tipu....
Kalau melayu bangsa yang maju...berebut dayak, iban nak jadi melayu...
Kalau nak hidup...hidup lah sebagai orang yang mulia...
Kalau nak mati...matilah sebagai orang yang syahid...
Kalau nak jadi mulia..tak mestinya tukar jadi melayu....
Kalau nak mati syahid...tak perlu jadi ahli UMNO....
Kah...Kah...Kah....!!

PRU 13 sebelum Jun 2011..??


Laporan wawancara Sin Chew ini kemudiannya menumpu kepada persiapan Pakatan Rakyat ketika berdepan dengan PRU ke-13. Anwar meramalkan bahawa PRU ke-13 akan diadakan sebelum Jun 2011, atau dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut laporan Sin Chew, Anwar Ibrahim berkata PR telah menghampiri penghujung dalam rundingan pembahagian kawasan pengundian, malah di Sarawak, PR telah mencapai muafakat untuk 95% kerusi.

Nota :

"*Penasihat PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Pada masa yang sama, (beliau yakin) bukan sahaja empat kerajaan negeri yang sedia ada mampu dipertahankan, malah PR boleh merampas semula kerajaan negeri Perak, dan mengambil-alih kuasa kerajaan negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak."

Ketuanan Islam Yang Wajib Di Perjuangkan Bukannya Melayu.....!!!


Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah berbincang untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memerintah.

Kenapa wujud Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri? Kenapa media UMNO cuba membesar dan menyalah tafsir kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Itu pandangan peribadi dan bukan keputusan PR. Saya difahamkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak buat kenyataan sebegitu.
“Media salah lapor. Apa yang dia (Anwar) sebut tidak ada dalam Perlembagaan menyatakan siapa akan jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat arena Rodeo Malaysia di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010 ) di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar sebelum ini bahawa Kit Siang akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mengulas lanjut, Hadi berkata PR tidak pernah membuat perbincangan mengenai cadangan untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya difahamkan Anwar memberi penerangan mengenai Perlembagaan dan perkara itu telah jelas” katanya.

Ketika ditanya sama PAS dijanjikan apa-apa jawatan sekiranya PR memerintah negara, Hadi berkata: "Tunggu sampai masa kita memerintah dahulu.”

Mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan parti tidak akan memperjuangkan ketuanan Melayu sebaliknya mereka akan memperjuangkan ketuanan rakyat, Hadi berkata PAS hanya akan memperjuangkan ‘Ketuanan Islam’ dan bukannya ketuanan bangsa.

“Kalau Melayu berperang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak.

Nota :

Kita Ulang lagi sekali....
Baca & Sila Faham betul-betul....
Jangan jadi Jahil, Bebal & Bangang....!!!

"PAS hanya akan memperjuangkan ‘Ketuanan Islam’ dan bukannya ketuanan bangsa.

“Kalau Melayu berperang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak.