Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 21, 2010

Ya Ampooon...Pleaseeee....Janganlah Berak Merata........!!!


PEJABAT SAYA TIDAK DIGELEDAH POLIS : MURUGIAH – BH

Murugiah mengulangi bahawa beliau tiada apa-apa hubungan dengan peguam yang mendakwa bergelar Datuk yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

"Saya minta orang ramai jangan membuat tafsiran yang silap, suspek utama memang tidak ada hubungan apa-apa dengan saya. Saya cuma berjumpa dengannya pada 8 September lalu pada satu majlis yang saya hadiri sebagai timbalan menteri," katanya.

Murugiah juga berkata beliau akan membuat laporan polis bagi mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran khabar angin kononnya pejabatnya digeledah polis.

Jumaat lalu, Murugiah membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (sms) yang mengaitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.
----------------------------------------------------------------
Woitttttt.....BETUL KE APA YANG MALAON INI CAKAP......

Kah...Kah.....CAKAP TAK KENAL.....TAPI ADA JUMPA SUSPEK .....

Kah...Kah.....TAK KENAL.....TAPI ADA BERBUAL DENGAN SI PEMBUNUH NI.....

Kah...Kah.....TAK KENAL......TAPI SI PEMBUNUH ADA KATA PADANYA INI DIA NAK MASUK MIC.....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH.....ITU PASAL ORANG MELAYU KATA....KALAU ADA JUMPA DENGAN ULAR DAN JUGA JUMPA MURUGIAH....KETUK MADEY DULU...KAH...KAH...KAH....!!!

Nota:

Tunggu dan lihat....
Ada atau tidak yang akan di tahan kerana sebar sms itu...
Atau hanyalah auta si keling ni saja....
Kah....Kah....Kah....!!!

UMNO/BN Ibarat Si Pekak Bersembang Dengan Si Buta....???



"Assalamualaikum Sekolah HAMIL dilapurkan sudah dibuka dan mula menerima pelajar yang hamil. Sedih dengan berita ini kerana ianya melibatkan orang Islam yang sepatutnya bebas hamil, bebas zina dan bebas maksiat.

Lebih malang lagi apabila ada segelintir umat Islam yang sanggup menjadi pembela maksiat dengan alasan mengatasi gejala sosial di kalangan remaja, sedangkan kita tahu mereka jugalah yang menjadi penggalak kepada gejala ini.

Tak ubah seperti dajjal yang kononnya datang untuk menjadi penyelamat tetapi sedarkah kita kalau gelaja hamil di luar nikah ini berterusan, akan terlimpahlah di bumi Malaysia dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang anak anak zina dan kemungkinan merekalah yang akan menjadi pemimpin negara seperti sudah berlaku di negara barat.Mahukah kita menjadikan Malaysia negara sebegitu?

Kalau jawabnya tidak, maka sudah sampai masanya UMNO dan BN ditolak keluar dari terus memerintah.Sudah sampai masanya Islam perlu dimartabatkan semula.Sudah sampai masanya umat perlu bangkit bersolat hajat memanjatkan doa agar segala kemungkaran dan kebathilan serta penganjurnya dihapuskan di bumi bertuah ini.Ayuhlah umat, bersatulah di bawah kalimah syahadah untuk menolak semua perkara mungkar dan maksiat yang dilarang ALLAH.Jangan ada sedetik rasa simpati kepada penganjur maksiat dan mungkar sekalipun mereka mendakwa seagama dengan kita kerana tempoh lebih 50 tahun sudah cukup lama untuk memberi peringatan kepada mereka.Kini masa memohon balasan ALLAH kepada semua penganjur maksiat dan kemungkaran.

Katakan tidak kepada ZINA, katakan tidak kepada mungkar, katakan tidak kepada maksiat. Kepada penganjur dan penyokong yang bersubahat dengan mereka, jangan salahkan sesiapa seandainya musibah dan bala ALLAH tiba mengenai anda sekelian.Anda boleh terus bongkah sombong dalam hidup ini tetapi anda tidak boleh lari dari kematian.ITU PASTI dan kami akan terus mendoakan kesejahteraan kepada zuriat keturunan kami serta akan mendoakan agar kemungkaran dan kemaksiatan serta penganjur serta penyokongnya dihapuskan ALLAH.

Nota :

Ada satu cerita bila si pekak berjumpa dengan si buta...
Tiba-tiba melintaslah lah seorang perempuan menungang motor di depan Si Peka dan Si Buta ini...

Si Pekak : Kau nampak tak perempuan seksi tadi...???

Si Buta : Diam membisu...seketika...

Si Bisu : Bunyi apa tadi tu...??

Si Pekak : Diam Seribu bahasa....

Kesimpulannya :

UMNP/BN dok sibuk dan gah dengan projek sekolah hamil...
sedangkan masalah pokok yang perlu di selesaikan ialah gejala zina yang sedang berleluasa sekarang ini...
Sekolah hamil di tubuhkan hanyalah untuk mengelakkan remaja dari membuang bayi merata-rata bukan untuk membenteras pebuatan zina secara keseluruhannya...
Ini bukan jalan penyelesaiaannya...
Samalah jugak dengan cerita si buta & si pekak tadi...
Sampai mampus pun tak akan selesai...
Kau tanya aku...aku tanya engkau...
Tak ke bangang namanya...!!!

Bangkitlah...Jangan Diam Lagi....!!!


"SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
KENYATAAN MEDIA
21HB SEPTEMBER 2010


Sepanjang tahun 2010, kita telah melihat pelbagai peristiwa yang melibatkan mahasiswa telah berlaku. Daripada kes Pilihan Raya Kampus sehinggalah kes mahasiswa yang berprofil tinggi seperti kes UKM 4. Kebanyakannya melibatkan perlawanan antara mahasiswa dan pentadbiran universiti serta pemerintah.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memandang serius terhadap semua kes yang berlaku sepanjang tahun ini termasuklah 2 kes mahasiswa berprofil tinggi – ‘Rosmah Puaka’ dan ‘UKM 4’. Hal ini menuntut sehingga kes ini dibawa ke mahkamah.

Justeru, SMM ingin mengingatkan seluruh mahasiswa dan anak muda Malaysia, kes ‘Rosmah Puaka’ keputusan kes ‘primafacie’ akan dibuat pada 24hb September ini. Bagi kes ‘UKM 4’ pula, keputusan dan pengadilan oleh hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan dibuat pada 28hb September 2010. Solidariti Mahasiswa Malaysia menyeru seluruh mahasiswa, anak muda serta rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan semangat kepada kedua kes ini.

Kedua kes ini adalah pemangkin kepada kebangkitan seluruh mahasiswa di Malaysia. Kes ‘Rosmah Puaka’ dan ‘Kes UKM4’ adalah kes yang melibatkan penindasan dan kezaliman terhadap mahasiswa. Atas nama ‘Student Unity’, SMM mengesa seluruh mahasiswa bersatu, biar daripada pelbagai latar dan fahaman agar menuntut keadilan buat mahasiswa.

Oleh yang sedemikian, SMM akan melakukan mobilasi mahasiswa, untuk berkumpul di Mahkamah untuk mendengar keputusan bagi kedua kes ini. Kita juga menyeru agar seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat Malaysia hadir untuk menyatakan sokongan mereka.

Terima kasih,

Hilman Idham,
Ahli Majlis Pimpinan,
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Nota :


Kita memang tak boleh lagi berharap pada yang ini...Kononnya berjuang membela melayu tapi apa yang mereka buat hanyalah Menguap...Tidur...Makan...Kentut...Berak & Menipu saja yang dia tahu....!!! Kah...Kah...Kah....!!!

Doa Orang Yang Di Zalimi Akan Di Bayar "CASH" Oleh Allah....


Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah MK

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.

"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.

Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Nota :

Doa yang diajar oleh Rasulullah kepada seluruh ummat Islam yang dizalimi..Qunut Nazilah yang membawa maksud:

"“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab...
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan...
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab....
Kalahkan mereka...Ya Allah...
Kalahkan mereka....Ya Allah....
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.....Ya Allah...."

Bijak...Bijak...Kita Minum Dulu....!!!!



Nota :

Tidak mustahil suatu hari UMNO akan sujud dan sembah PERKASA.....
Bodoh-bodoh Brahing Ali...Bodoh lagi Pemimpin UMNO....
Jangan terkejut nanti UMNO akan jadi parti Komponen PERKASA....

Kita Tengok...Penyu Telooor....!!!


Keretapi Kerteh-Kuantan ditutup dizaman UMNO. RM 800j lesap!
Oleh Ustaz Saiful Bahri


Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah mampos. Amat malang Landasan keretapi yang dibina dan beroperasi dizaman pemerintahan PAS di Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini. Di Zaman pemerintahan Umno-BN yang hebat dengan pembangunan yang tak pernah dilihat. Zaman Datuk Mat Said yang merakyatkan pembangunan akhirnya kini akan hilang dari penglihatan.

Dengan kos pembinaan yang dikatakan menelan Rm 800 juta ringgit, duit rakyat itu akan hilang begitu sahaja?

Sistem Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Railway System-KKRS) telah siap dibina dan telah beroperasi mulai 01hb.April 2004. Landasan keretapi sejauh 86 km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.

Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System. Apakah lokomotif ini akan dijual pula kepada Rosmah untuk projek Iandasan berkembar Ipoh?

Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB bersetuju menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Janruari 2003. Kemana kaki-tangan ini akan pergi? Dah le KTMB di Singapura dah nak tutup. Apa jadi nasib mereka?

Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.

Bagaimana pula dengan isu keselamatan? Tidakkan ianya melibatkan produk berbahaya. Bagaimana jika berlakunya kemalangan? Kawasan yang melibatkan jalanraya yang melibatkan orang awam. Dahlah sistem jalanraya yang tak elok. Jalan raya khususnya di Kijal kampong MB Terengganu tu macam ular dan lipan. Habis bagaimana produk petro-chem itu nak sampai kepada pelabuhan? Guna lori? Siapa pulak dapat kontrak pengangkutan tersebut? Dah le pelabuhan Kemaman tu sudah ditelan Pelabuhan Kuantan. Kini lori pulak telan landasan keretapi. zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan. Tetapi keputusan orang KL yang buat bukan kat Terengganu. Siapa orang KL tu?

Sistem kesihatan pun ketinggalan zaman. Hospital Daerah Dungun sendiri dibina semenjak zaman lepas perang Jepun. Habis macamana nak menanggani kes-kes yang melibatkan bahan berbahaya seperti petrol-chemical dengan segera jika berlaku kemalangan. Apatah lagi melibatkan jalan yang sentiasa diguna-pakai oleh orang awam. Jalan bypass kawasan petro-chem dengar kata sudah diberi duit oleh pihak petronas tetapi tidak dibuat oleh JKR sehingga sekarang. Betul ke? Pekan Paka-Kerteh-Kemasik takde hospital. Adalah klinik sekadar untuk chek perempuan nak bersalin. Apa-apa kes kecemasan ambulan terpaksa berkejar ke Hospital Kuala Terengganu. Nyawa orang ramai dipertaruhkan!

Nota :

Kenapa beberapa hari lagi keretapi itu akan ditutup? Tidak sebagaimana yang diwar-warkan selama ini. kenapa berlaku sebaliknya? Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke? Atau ia hanya projek untuk mengenyangkan kroni UMNO. Dan selepas kenyang maka tahik dibuang merata-rata. Semua sapu tangan. Takde siapa yang bertanggung-jawab. Tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Selepas pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura gate. Inilah nasib Terengganu. Hasil minyaknya penjana ekonomi Negara, dek kerana kebodohan kepimpinan Umno Terengganu, ia menjadi negeri kedua termiskin.

Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah. Kereta api itu boleh mencapai kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam. Ia akan disambung ke Kerteh dan ke Terengganu. Maka berkhayallah rakyat Terengganu dengan pembangunan yang nak dibawa oleh Umno-BN. Jangankan nak tunggu rel keretapi tu siap setelah 3 tahun diluluskan, Apatah lagi dengan ekonomi yang flip-flop ni, landasan yang ada dah pun nak di muziumkan. Bolehlah Mat Said jadikan produk pelancongan berkembar dengan Zoo beliau di Kemaman tu.