Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 25, 2010

Isu Phobia : Umno Lagi Teruk Banding AS....!!!


CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang - MR

Apa yang berlaku hanya membuktikan tajuk bukunya, CARTOON-O-PHOBIA. Ia seolah-olah kartun, apabila pelancaran sesebuah buku kartun berlangsung tanpa kehadiran pengarang dan buku itu. Zunar ditangkap empat jam sebelum koleksi kartun ketiganya dilancarkan, malah dipindahkan sebanyak lima kali dari IPD ke IPD dalam tempoh tujuh jam.

Isteri Zunar, Fazlina Rosley memperbarui status Facebook-nya pada kira-kira jam 1 pagi hari ini (25 September), yang memaklumkan bahawa suaminya kini berada di balai polis KLIA, ibu pejabat polis daerah kelima selepas tangkapannya pada jam 4 petang, semalam. 【Zunar ditangkap sebelum buku dilancar】

Biarpun sempat mempromosi buku ini, CARTOON-O-PHOBIA, sebelum mengakhiri ucapannya, Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berkata, "Kami tak ada buku di sini, kami tahu polis sedang mencarinya (ketawa). Bagaimanapun, tempah satu naskah hari ini, tempah beberapa naskah, beri kepada kawan kamu, sebelum ia diharamkan."

Bukan sahaja pejabat Zunar diserbu pada petang tadi, malah pencetaknya di Puchong dan pengedarnya, Gerak Budaya turut didatangi polis, menurut Steven Gan. "Saya tidak tahu di mana buku itu...(tapi) dengan cara apa pun (by hook or by crook), kamu akan dapat salinan kamu (seandainya menempah pada malam ini)," katanya.

Kata-katanya menggelakkan kira-kira 150 orang yang hadir untuk menghangatkan suasana dalam majlis pelancaran buku CARTOON-O-PHOBIA di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (SCAH), semalam. Ramai aktivis sosial dan orang awam tampil untuk memberi sokongan, walaupun tiada buku dijual dalam majlis pelancaran buku ini.

Ia seolah-olah kartun untuk haramkan buku

"Ia jadi seolah-olah kartun untuk mengharamkan buku," kata Mohd. Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk melancarkan buku ini. Beliau mengeluh bahawa kita kini hidup dalam suasana 30 atau 40 tahun terbelakang, kerana pengharaman buku hanya berlaku pada 20 tahun yang lalu.

"Kita tak pernah dengar, di negara Barat, kartun diharamkan. Tak pernah sepanjang hidup saya nampak, apapun bentuk penyampaian kartunis diharamkan. Tak pernah sebelum ini..." kata Nizar Jamaluddin.

Beliau melanjutkan bahawa pengharaman buku tidak membawa makna, kerana pada zaman terkini, maklumat boleh didapati dengan mudah dari sumber lain, misalnya internet. Justeru itu, pengharaman buku hanya akan mencungkil minat orang ramai untuk mengetahui kandungan yang cuba diharamkan itu.

Pemimpin PAS ini sempat menyindir sepupu Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri, kerana turut menyumbang untuk mempromosikan buku Zunar. Malah, Nizar Jamaluddin mempersendakan kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana tindak tanduk ini mencerminkan "Cartoon-O-Phobia", bahkan Nizar mencadangkan supaya Wikipedia memberi definisi kepada istilah baru ciptaan tanah air ini.

Nizar Jamaluddin yang terpilih sebagai ahli parlimen dalam PRK Bukit Gantang pada April 2009 mengulas bagaimana hasil karya Zunar memupuk kesedaran generasi muda sejak pergerakan reformasi pada tahun 1998. Beliau mengambil kesempatan untuk mengungkit apa yang berlaku di Perak, yang disifatkannya sebagai "kartun", kerana tidak masuk akal.

Malah, beliau sempat melontarkan kritikannya terhadap UMNO-BN, yang disifatkannya "sudah sampai akhir hayat". "Hayatnya tinggal nyawa-nyawa ikan", Nizar mengambil contoh isu ahli parlimen Serdang-DAP Teo Nie Ching dikecam UMNO kerana masuk surau, kritikan bekas PM Mahahir Mohamad terhadap dirinya dan sebagainya, untuk menyatakan bahawa semua serangan UMNO-BN ini akhirnya akan menikam diri.

Cara Zunar menunjukkan jari hantu

Dalam ucapannya, Steven Gan memuji sikap Zunar yang tidak mahu mengalah. Beliau berkata, "Mereka (kerajaan) telah mengharamkan tiga bukunya, nampaknya buku ini akan diharamkan kemudian. Ini bukunya keempat yang bakal diharamkan. Buku (baru) ini diterbitkan dalam masa beberapa bulan selepas bukunya diharamkan. Ini merupakan cara Zunar untuk menunjukkan jari hantunya kepada autoriti, saya tak tahu..."

Malah, Steven Gan cuba membandingkan Zunar dengan seorang lagi kartunis yang terkemuka, Lat. "...Zunar bukan Lat, beliau lebih hebat (better) daripada Lat," penilaian Steven Gan ini disambut dengan tepukan gemuruh.

Beliau lantas menjelaskan bahawa ia tidak bererti hilang hormat terhadap Lat, tetapi Lat dilihat lebih selesa dalam zon selamat-nya, sementara Zunar lebih berani untuk mengambil risiko, dan kadang-kala "tanpa jaring keselamatan di bawahnya".

Beliau yang sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang media berkata, "Mungkin ia sesuatu perkara kecil untuk kamu letak Najib atau Mahathir di muka depan (buku). Tetapi apabila kamu meletak seseorang yang nampak macam Rosmah (isteri PM Najib) di depan muka, kamu cari pasal sebenarnya."

SMS daripada Zunar

Fazlina Rosley yang hadir ke majlis pelancaran buku memulakan ucapannya dengan merakamkan penghargaan kepada kawan, peminat dan penyokong Zunar. "...Apalah kartun kan? Kalau anak kita tanya, bapa kenapa kartunis, kan? Macam rockers tu lagi rock. Jadi, tanpa kalian semua, tanpa sokongan padu, career kartunis tu tidak dipandang tinggilah."

Fazlina Rosley membacakan sms daripada Zunar yang dihantar selepas ditangkap, "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun. Mereka boleh kurung badan saya, tetapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari comic strip ke prison strip."

Sementara itu, kira-kira 20 orang polis mengawal di pintu masuk SCAH, malah dikatakan cuba menyekat kemasukan orang ramai ke dewan itu untuk seketika, sebelum tindakan ini dibantah aktivis sosial, Wong Chin Huat.

Menurut Wong Chin Huat, beliau menyatakan protesnya bagi pihak SCAH atas alasan bahawa sekatan tersebut "akan mengakibatkan pengurangan pendapatan bayaran parking". Anggota polis yang mengawal di situ akhirnya mengalihkan kon sekatan, dan menafikan bahawa wujudnya sebarang sekatan mahupun halangan.

Nota :

"Ia jadi seolah-olah kartun untuk mengharamkan buku," " kita kini hidup dalam suasana 30 atau 40 tahun terbelakang, kerana pengharaman buku hanya berlaku pada 20 tahun yang lalu."

"Kita tak pernah dengar, di negara Barat, kartun diharamkan. Tak pernah sepanjang hidup saya nampak, apapun bentuk penyampaian kartunis diharamkan. Tak pernah sebelum ini..." - DS Nizar Jamaludin ( Menteri Besar Perak Yang Sah )

"Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun. Mereka boleh kurung badan saya, tetapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari comic strip ke prison strip."- Fazlina Rosley ( Isteri Zunar )

Zunar Tawar Bantu UMNO/BN Atasi CARTOON-O-PHOBIA...!!!


Najib tawar bantu Obama atasi Islamophobia -MK

Kongsi 0Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menyuarakan perkara itu kepada Presiden Barack Obama semasa mencelah dalam mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-Amerika di kotaraya New York pada Jumaat.

Malah Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Obama kerana pendirian tegasnya terhadap cadangan seorang paderi di Florida untuk membakar kitab suci Al-Quran yang akhirnya membatalkan hasratnya.

Sungguhpun mesyuarat itu lebih berkisar soal perdagangan, keselamatan dan isu serantau, Najib sempat menarik perhatian Presiden Obama mengenai peningkatan fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat kebelakangan ini.

Ensiklopedia dalam talian Wikipedia mentafsirkan Islamophobia sebagai ketakutan atau kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya.

"Langkah paling penting ialah memberi kefahaman asas mengenai agama Islam bahawa ia membawa nilai-nilai sejagat dan selari dengan konsep pemodenan dan agama yang progresif.

"Islam juga dapat menjamin hak, bukan sahaja orang Islam tetapi juga hak bukan Islam," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerjanya selama enam hari di New York.

Fobia itu meningkat ekoran cadangan pembinaan pusat Islam dan sebuah masjid di tapak "Ground Zero" iaitu lokasi serangan pada 11 September, 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia New York.

Nota :

TERKINI DARI FB ZUNAR : Saya akan ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Hasutan

Zunar bakal di tuduh kerana menghasut orang ramai untuk ketawa...
Kah....Kah....Kah....

Buang Yang Zalim...Undi Yang Prihatin....!!!


Kerajaan UMNO/BN Terengganu Tiada Budi Bicara - BO

KUALA TERENGGANU - Seorang penduduk asal Kampung Ladang, Roselan Zakaria, 49, mendakwa bayaran pampasan diberikan kepadanya serta 28 orang penduduk di Kampung Ladang Tok Pelam tidak setimpal.

Katanya, sebuah kedai makan yang menjadi punca mata pencarian keluarga hanya dibayar saguhati sebanyak RM2,500 berbanding tuntutan dibuat RM20,000 penilaian.

“Saya rasa cukup tidak puas hati kerana kedai (premis) perniagaan yang dijalankan sejak lebih lima tahun bersama empat buah kedai lain hanya dibayar RM2,500 sebuah pada 18 Ogos lalu,” jelasnya.

Malah, katanya ada di kalangan penduduk yang tinggal di atas rezab kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu hanya dibayar ‘saguhati’ RM6,000 bagi sebuah rumah.

Puan Wook binti Awang, 65, (Gambar kiri) mendakwa kerajaan negeri hanya membayar saguhati harga sebuah rumahnya sejumlah RM6,000 sahaja.

“Saya duduk di Kampung Ladang (Tok Pelam) ini selama lebih 42 tahun tetapi pengambilan balik tanah oleh kerajaan saya hanya dibayar RM6,000 sahaja atas sebuah rumah.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku ini meski pun keluasan rumah hanya 20x40 kaki persegi dan tidak setimpal dengan keadaan semasa hari ini,” ujarnya dengan nada sedih.

Beliau kini tinggal bersama suaminya yang berusia lebih dari 70, keuzuran serta tidak lagi bekerja sejak 12 tahun lalu.

Sehubungan itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, kerajaan Terengganu sepatutnya meletakkan 'budi bicara' dalam menyelesaikan isu rakyat serta penduduk di Kampung Ladang.

“Kita (PAS) telah bangkit dalam dewan (Sidang Dun Terengganu) lalu kenapa kerajaan tidak bayar pampasan kepada 28 buah rumah penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan?

“Waktu itu (dewan), kerajaan jawab tidak ada peraturan yang memaksa kerajaan bayar. Tapi saya (Adun Ladang) jawab, tidak ada juga peraturan menghalang kerajaan untuk bayar,” ujar beliau yang juga bekas Pengarah Tanah dan Galian negeri Tengganu.

Maknanya, kata beliau jika kerajaan negeri mahu bayar pampasan yang setimpal boleh dibayar atas budi bicara.

Menurutnya, jika untuk tujuan lain yang tidak berfaedah kerajaan boleh buat tetapi kenapa untuk rakyat ini tidak boleh berbuat demikian.

“Untuk penganjuran Monsun Cup berbelanja ratusan juta boleh diperuntukan. Saya rasa cara pentadbir itu tidak tepat dan bukan soal peraturan tetapi soal budi bicara yang tidak digunakan sebaik mungkin,” jelasnya.

Justeru, beliau akan terus memberi perhatian.perhatian kepada penduduk yang terlibat dan berjanji membawa isu berkenaan sekali lagi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu akan datang.

Nota :

“Untuk penganjuran Monsun Cup berbelanja ratusan juta boleh diperuntukan....ini menunjukkan bahawa ini bukan soal peraturan tetapi soal budi bicara yang langsung tidak di beri peluang kepada rakyat...!!!

Undur Mahathir Negara Okay ( UMNO ).....


MELAYU PERLU INSAF -UM

Rais Yatim menyifatkan kenyataan Mahathir Mohamad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika pembangkang memerintah sebagai satu peringatan sangat tajam dan tepat pada masanya.

Justeru, tegas beliau, jika orang Melayu masih enggan menginsafinya maka tidak hairanlah pada pengakhirannya mereka akan terima padah apabila tidak lagi mempunyai kuasa.

"Ketika itu orang Melayu jangan salahkan orang lain jika kuasa pemerintahan telah dipegang oleh bukan bangsa sendiri.

"Walaupun pada dasarnya sesebuah negara itu akan diperintah oleh parti politik berdasarkan majoriti penduduk tetapi itu semua bukan mustahil untuk tidak lagi dinikmati oleh orang Melayu," katanya.
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah....MULA-MULA MELAYU TAK BERTERIMA KASEH.....

Kah...Kah....LEPAS TU...MELAYU HAPRAK....

Kah...Kah...KEMUDIAN MELAYU MUDAH LUPA......

Kah...Kah...LEPAS ITU MELAYU TAK PANDAI BERSYUKUR......

Kah...Kah...KEMUDIAN MEAYU AKAN HILANG KUASA......

Kah...Kah...HARI INI MELAYU TAK INSAF PULAAAAK.....

Woitttt.....INI SEMUA ADALAH UNTUK TIPU MELAYU......

Woitttt.....INI SEMUA TAKTIK NAK BODOHKAN MELAYU......

Woitttt.....PERGI JAHANAMLAH DENGAN UMNO.......

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...YANG KAMI TAK MAHU IALAH UMNO...ASAL BUKAN UMNO...IT'S OKAY....

Nota:

ABU = Asalkan Bukan UMNO....Kah...Kah.....Kah...!!!

Ini Semua Taktik ...Sebab Nak Tutup Malu....!!!


MAHATHIR TAHU UMNO AKAN TUMBANG PRU 13 –HD

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan kenyataan Mahathir Mohammad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah sebagai ugutan kepada pengundi Melayu.

Abu Bakar berkata, ianya tidak lain adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu agar tidak memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Mahathir sudah menjangkakan Umno berkemungkinan besar untuk kalah pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Kenyataan TMahthir itu hanyalah kenyataan politik lama bertujuan untuk mengugut pengundi Melayu agar tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily.
-----------------------------------------------------------
kah...Kah....NGAKU AWAL SUPAYA NANTI TAK LAH MALU....

Kah...Kah....BILA KALAH NANTI...MADEY AKAN CAKAP...DAH LAMA DAH SAYA TAHU....

Kah...Kah....KALAU MENANG...MADEY AKAN KATA PERKASA PUN BANYAK MEMBANTU....

Woittttt.. ..PERTAMA SEKALI MESTI BODOHKAN ORANG MELAYU......

Kah...Kah....BILA MELAYU SUDAH BODOH....KERJA PUN JADI SENANG......

Kah...Kah....LEPAS BODOH....CUBA UNTUK TAKUTKAN MELAYU.......

Kah...Kah....BILA MELAYU SUDAH TAKUT....SENANG NAK TIPU.....

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....BAGI PR WALAUPUN TAHU UMNO/BN MEMANG DAH NAK MAMPUS...LAWAN TETAP LAWAN....!!!!

Ajak Orang Ketawa Pun Salah Ke...???


KETAWALAH KAMU SEBELUM KAMU DI LOKAP

Zunar akhirnya telah di tahan dalam
lokap di rumah pasong KLIA.

Zunar telah membuat rekod dunia.

Zunar telah di tangkap di pejabat
Gedong Karton di Brickfields.

Zunar telah di bawa untuk siasatan awal di rumah
pasong Brickfileds.

Kemudian di pindah ke IPD Petaling Jaya.

Kemudian di pindah ke rumah pasong Serdang.

Kemudian di pindah ke rumah pasong Puchong.

Kemudian di pindah ke rumah pasong Bukit Puchong.

Kemudian di pindah ke rumah pasong Sepang

Akhirnya tidor dalam lokap KLIA

Ini satu rekod dunia.

Nota :

Esok mata-mata di rumah pasong KLIA
akan meminta mahkamah untuk terus
menahan Zunar.