Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 23, 2010

PR Mesti Berprinsip....Jangan Jadi Terompah Macam UMNO...!!!


NEGERI PAKATAN TIDAK AKAN BERSAMA DALAM PRU 13 – HD

Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

MB SELANGOR : TIDAK PERLU PILIHANRAYA DUN AWAL - MI

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak nampak perlunya diadakan pilihan raya negeri itu dalam masa terdekat kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya berpandangan pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Nota:

Ini baru betul
UMNO ajak main bola...kita ajak main sepak raga
UMNO kata main pada tiga haribulan..kita kata kita main pada tujuh hari bulan
UMNO kata main pada pukul dua belas tengah hari....kita kata maian jam lapan malam

Jangan ikut ajenda gerombolan...
Mandat telah diberi selama 5 tahun....
Gunakan mandat ini sepenuhnya....

Tapi waspada dan berjaga-jaga...
Kalau nak tahu siapa sebenarnya musuh dalam PR..??
Kita lihat nanti – akan ada suara dalam PR yang meminta untuk piliharaya DUN disamakan dengan tarikh yang diumumkan oleh BN...
Mereka akan berhujah bermacam macam....
Tak cukup duit...tak ada masa laa...
Mereka inilah sebenarnya anai-anai & musuh PR...
Mereka bijak dan pandai bermain silap mata...
Kita lihat dan nantikan kelibatnya pasti akan muncul...!!!

Teh Tarik Tak Mau Susu...Satu...!!!


SAMY VELLU... akan jadi kaum India yang kedua selepas V.Sambanthan, akan dianugerahkan dengan pingat kebesaran yang membawa gelaran Tun tahun depan. Tapi dengan dua syarat iaitu dia perlu buat satu kejutan pada Konvensyen BN nanti sepertimana yang telah diwar-warkan oleh Tengku Nan empat lima hari yang lepas.

Kejutan yang dimaksudkan sepertimana yang diberitahu kepada gurkah-gurkah politik di'port' ialah, Samy mesti mengumumkan pengundurannya dari MIC sebagai presiden dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel pada 1hb Januari 2011 seperti yang telah dirancang awal dulu.

Syarat yang kedua yang membolehkan Samy keluar dengan hati yang girang ialah, Samy tetap akan mendapat status sebagai menteri macam Jamaludin Jarjis 'siraba-raba' ialah, Samy akan dilantik sebagai wakil khas kerajaan Malaysia (lebih kurang macam duta lahh..) untuk infrastruktur (gurkah-gurkah politik di'port' kata ini bukan wakil khas tetapi lebih macam sales manager). Kalau ikut maklumat yang diterima, jawatan wakil khas itu akan berkuatkuasa pada 1hb Disember nanti, pun dengan syarat juga iaitu dia kena bagi surat resign yang 'post dated' sebagai Presiden MIC.

Juga dikatakan yang tugas pertama Samy sebagai wakil khas kerajaan Malaysia ialah dia akan dihantar ke India,Bangladesh,Pakistan untuk mendapatkan beberapa projek infrastruktur bagi pihak kerajaan Malaysia disamping untuk mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara.

Macam biasa bila gurkah-gurkah politik di'port' dapat berita yang macam ini mereka akan membuat beberapa phone call untuk mengesahkannya ... dan tahu apa jawapan yang gurkah-gurkah ini dapat..?

Nota :

Ini dia jawapannya.....

"...Kalau Samy tarak gila, lu orang yang gila!!!, apa?? lu orang ingat ini Samy bodoh ka?? No laa brother, Samy won't be leaving that early, do you think that Samy like any other umno malay leader who always chase for the Datukship title kaa?, ini Samy pencuri besar tau ka?Dia orang (yang tawarkan perjanjian ini) pun lagi besar punya pencuri. It take a thief to know a thief lah kawan!".

Kah...Kah...Kah....!!!

Ohh...ZAKAYA....Kaya...Kaya...Kaya....!!!!


Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta ??

Kalau bukan rasuah ini apa?

1. Dato’Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.
2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings.

7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?

9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?

Lagi bukti bergambar


10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!

11. Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi kelulusan untuk ‘rundingan terus’ tersebut.

12. Benarkah ZAKAYA memberitahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk ‘rundingan terus’ itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.

13. Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk merealisasikan penggalian emas itu?

14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.

15. Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt Yaakob.

16. Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.

17. ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau “pernah minta ditukar” hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan dengan “air mata” di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau selamat.

18. ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk ‘pindah’ wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua ‘kekayaan’ itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.

19. Kita nantikan jawapan ZAKAYA kerana ada lagi pendedahan yang lebih mengejutkan akan menyusul.

Sumber : Tranung Kite ( TKO )

Nota :

Jangan Kemana-mana.....Kita Tungguuuuu.....!!!
Kah...Kah...Kah.....Kaya...Kaya....Kaya......!!!
Aku dah kaya....kaya...kaya....kaya....!!!

Kejahilan, Kemiskinan & Politik


"BEKAS Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid pernah bercakap mengenai apa yang disebutnya 3P; yakni poverty, padi and Pas. Apa yang hendak disampaikan oleh bekas Menteri Besar Kedah itu ialah bahawa di mana ada kemiskinan, yang kebanyakannya dalam kalangan penanam padi, maka di situ ada Pas.

Secara mudah Sanusi melihat kemiskinan sebagai punca kewujudan Pas. Teori Sanusi itu pernah dipegang oleh media yang semuanya milik Barisan Nasional (BN). Mereka mendakwa bahawa jiwa dan semangat 'kepembangkangan' timbul kerana kemiskinan dan rasa tidak puas hati. Semua itu akan tamat bila ada kemajuan. Mereka juga mengaitkan kemenangan dan kekuatan BN dengan pembangunan dan kemajuan.

Bagaimanapun sejak PRU 12 pada 2008 teori (kalau ia boleh dikatakan teori) yang dibawa bekas Menteri Pertanian yang pernah mencadangkan tanaman padi di atas bumbung itu nampaknya semakin meleset. Ini terbayang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

Fenomena yang sama juga kelihatan dalam PRK sebelumnya; yakni di Batang Ai (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Bukit Gantang (Perak) dan Hulu Selangor (Selangor).

Malahan keputusan PRU 2008 yang menyaksikan BN tewas di Semenanjung (ia hanya dapat 48 peratus undi popular) sebenarnya memaparkan kenyataan yang tidak berbeza.

Semua sedar bahawa BN dapat terus berkuasa kerana undi dari Sabah dan Sarawak. Dan hakikatnya ialah kedua-dua ini (meskipun kaya daripada segi sumber dan hasil mahsul) mempunyai rakyat yang miskin dan tinggal di pedalaman.

Kemiskinan dan kemunduran adalah penghalang kepada perubahan. Khususnya perubahan ke arah ketelusan dan pertanggungjawaban. Sifat ini adalah idea pokok di sebalik pelbagai peruntukan dalam perlembagaan kita. Untuk memastikan ia berlaku perlembagaan menjamin tiga hak penting yang bersifat asasi; yakni hak bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Malangnya perlembagaan tidak menjadikan peruntukan ini kebal apabila ia mengizinkan Parlimen mengadakan sekatan melalui undang-undang. Sepatutnya undang-undang ini dihalusi oleh mahkamah. Bagaimanapun mahkamah gagal berbuat demikian. Sebab itu model terbaik ialah Amerika Syarikat di mana Kongres tidak dibenarkan langsung menyentuh hak yang tiga itu.

Kemiskinan dan kemunduran menyebabkan maklumat tidak tersebar. Apabila rakyat tidak bermaklumat mereka tidak peduli apa yang berlaku. Inilah yang kelihatan di kawasan yang disebutkan tadi. Hatta di Bukit Gantang sekalipun ada kampung yang begitu. Tapi calon Pas, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, bernasib baik sebab ada kawasan, khususnya kawasan Cina, yang tidak begitu.

Jika dilihat kepada sifat kawasan yang mereka menangi agak jelas bahawa BN bergantung kepada kemiskinan, kejahilan dan kemunduran. Kawasan bandar, sejak dulu lagi, memang azab buat Barisan. Sebab itu tidak hairan mengapa mereka hapuskan pilihan raya kerajaan tempatan pada 1960an, Kawasan-bandar juga diberi kerusi Parlimen yang sedikit meskipun daripada segi perlembagaan kawasan bandar sepatutnya diberi kerusi yang lebih selaras dengan prinsip demokrasi. Ini semua menyebabkan BN selesa berkuasa sejak 1955.

Orang miskin yang melarat tidak peduli ketelusan dan kebebasan kerana perut mereka kosong. Mereka juga tidak peduli perkembangan negara. Di Batu Sapi umpamanya saya diberitahu beras dijual dalam paket kecil. Begitu juga dengan minyak masak. Paket kecil ini saja yang mampu dibeli penduduk yang rata-ratanya berpendapatan sekitar RM10 sehari.

Mereka benar-benar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tetapi orang miskin itu berasa bertanggungjawab untuk terus mengundi BN; satu-satunya parti yang mereka kenal dan yakin. Kemiskinan yang hampir mutlak itu menafikan mereka akses kepada maklumat. Mereka tidak tahu apa itu hak dan bagaimana ia penting untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kebanyakan orang Melayu masih miskin dan hidup susah. Kalau mereka mampu membeli TV atau akhbar pun mereka tidak boleh berfikir dengan baik kerana apa yang disajikan tidak merangsang minda mereka.

Kebanyakan menteri UMNO mendakwa, demokrasi adalah barang mewah yang tidak sesuai untuk rakyat di luar bandar. Ini tidak tepat kerana demokrasilah yang akan memperkasa mereka yang lemah tadi. Contohnya dengan kebebasan yang lebih rakyat boleh menuntut itu dan ini. Jika rakyat sedar dan bermaklumat rumah setinggan tidak boleh dirobohkan dengan mudah dan secara paksa.

Sebenarnya tidak terlalu susah untuk meratakan demokrasi dan kebebasan yang amat penting untuk perubahan itu. Tetapi ini tidak akan berlaku selagi parti yang menguasai kerajaan persekutuan adalah parti yang mahu mengekalkan segala kekangan yang disebutkan tadi. Apalagi sekiranya ia sedar bahawa kejahilan dan ketiadaan maklumat itulah yang menyelamatkan kedudukannya selama ini.

PROF. ABDUL AZIZ BARI
Pakar Undang-undang & Perlembagaan