Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 1, 2012

Kasi Pacaaahhh La Bro....!!


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

(Laporan penuh pendedahan Arif Sabri dalam Harakah cetak)

Madey Wajib Bertaubat Dan Mengucap Kalimah Syahadah Semula...!!

Tun Mahathir, mengatakan hudud itu ciptaan/rekaan ahli fekah.Di bawah ini pula adalah jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus merujuk kepada kenyataan Mahathir.


Nota :

Kalau tak sokong itu satu perkara, tapi membuat kenyataan yang menghina hukum Allah adalah satu perkara lain! Tiada bezanya antara Mahathir dan Chua Soi Lek....!!

Mengundi Adalah Wajib, Sokong Tegak Islam Juga Wajib....!!


KUANTAN, 29 Feb: PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.

“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.

“Cuma wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah, tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat demikian.

Seperti yang disebut melalui agensi berita Bernama, mufti itu berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Tambahnya, pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Suhaimi berkata, dalam konteks sebuah negara yang majoritinya umat Islam sudah tentu kumpulan yang memperjuangkan Islam wajib diundi manakala pemimpinnya diangkat menjadi pemimpin negara.

“Jika dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperi membiarkan isteri tidak menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah.

“Jadi jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri mestilah berkeperibadian muslim.

“Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib,” ujarnya.