Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 11, 2010

Ramai Yang Gila Nak Jadi Tuan...!!

Kah...Kah...Kah...inilah perjuangan yang maha hebat di abad ini....tapi sayang tak ramai yang datang....kenapa dan mengapa jadi macam ini...??

Nota :

Nak tahu mengapa ramai yang tak minat nak berdemo pasal ketuanan melayu...??

Ini mungkin jawapannya...



Tabik "Spring" Pada Anak Muda Yang Berani...!!



Nota ;

Jadikan dunia ini milik anak muda....
Kalau penakut baik tak payah jadi orang muda...
Kalau tak berani baik pegi mengundi kat saluran 1...
Orang muda mesti takutkan ketuanan melayu...
Biarkan orang tua dengan ketuanan melayunya...
Kita orang muda jangan terlalu taksub pada orang tua....
Sebab apa...sebab orang tua ramai yang bagang banding dengan orang muda...
Kah...Kah...Kah.....!!!

Panglima Ketuanan Melayu Cap Ayam....!!

Tunggu dan lihat...tak lama lagi malaon ini akan minta maaf dan surat khabar akan cakap bahawa mereka telah salah lapor..!!

MCA GESA HISHAMUDIN UNTUK MOHON MAAF – MR

Timbalan Ketua Pemuda MCA Mah Hang Soon menggesa agar Naib Presiden UMNO Hishammuddin Hussein memohon maaf kepada seluruh ahli MCA berikutan tuduhannya terhadap Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini.

Mah Hang Soon berkata, tuduhan Hishammuddin Hussein telah bercanggah dengan semangat Barisan Nasional yang disaran Perdana Menteri Najib Razak, terutamanya apabila PM Najib telah menyetujui pandangan Chua Soi Lek secara terbuka, iaitu komponen parti BN harus berkongsi kedudukan yang sama rata dalam hubungannya sebagai rakan parti.

Sebagai Naib Presiden UMNO, Hishammuddin seharusnya menyokong PM dengan tindakannya.
"PM telah membuat kenyataan bahawa parti komponen BN seharusnya peka antara satu sama lain, barulah BN diperkasa. Hishammuddin Hussein pula menuduh Chua Soi Lek secara terbuka, mengingkari hasrat PM yang sebenarnya."

Tuduhan Hishamuddin mengada-ada

Tuduhan Hishammuddin Hussein bahawa Chua Soi Lek seharusnya menggunakan saluran dalam Majlis Tertinggi BN untuk membangkitkan ketidakpuasan mahupun mengutarakan cadangan ini turut dikritik Mah Hang Soon sebagai "mengada-ada".

"Pada hakikatnya Konvensyen BN adalah mesyuarat tertutup untuk parti komponennya mengentengahkan pandangan diri dalam sesi dialog. Chua Soi Lek sekadar mengemukakan cadangan MCA, dan tindakan ini selari dengan 'menggunakan saluran sebaik-baiknyanya', sebagaimana yang dikatakan Hishammuddin Hussein."

Nota:

Ya Ampooon.....
Nampaknya cukong sudah marah....
dah tentu ketuanan melayu akan merasa cemas dan takut....
Sebab apa ketuanan melayu amat takut...??
Sebab cukong yang menjaga duit...
dan cukong juga ada jaga china doll
Kah...Kah...Kah....!!!

Tak habis-Habis Ketuanan Melayu Tipu Orang Melayu...!!

Dahlah ketuanan melayu di tipu...guna pulak suratkhabar habis 1 malaysia jadi dungu...dasar penipu...!!!

PENIAGA CEKIK DARAH DIPANTAU -UM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati kerana perbuatan mereka itu kini sedang dipantau dan direkodkan.

Dia berkata, biarpun buat masa ini tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap peniaga 'cekik darah', tetapi semua rekod tersebut akan dijadikan rujukan apabila Akta Anti Pencatutan 2010 mula berkuatkuasa April tahun depan

Nota:

Ini semua dalah projek untuk menipu
Dulu bila harga barang naik maka ada lawatan ke pasar
Kemudian ada pulak kempen bubuh tanda harga...
Ini semua tipu...

Hal pantau memantau ini pun sama...nak pantau buat apa?
Kempen pantau ni juga usaha nak tipu melayu
Mak cik kat Felda pun turut kena tipu...
Mak Cik Felda 2 kali kena tipu.....
Mula Felda yang tipu....
Lepas tu Ketuanan Melayu pulak yang tipu....
Kah...Kah...Kah....!!!

Menteri Malaysia Lagi Hebat Dari Uday....!!

Ramai terkejut anak Saddam miliki Ferrari feminin-HM

LONDON: Anak Saddam Hussein, Uday, memang dikenali sebagai penggemar kereta mewah serta berpewatakan garang.

Bagaimanapun, ramai pihak terkejut dan tertanya-tanya apakah sebenarnya cita rasa Uday.

Sekeping gambar disiarkan media di Britain semalam menunjukkan, satu daripada kereta pernah dimilikinya, Ferrari Testarossa, dicat dengan warna merah jambu yang biasanya dikaitkan dengan sifat kewanitaan.

Gambar itu dirakam di sebuah pejabat polis di Baghdad selepas kenderaan itu ditunda pihak berkuasa dari rumah Uday.

Turut disimpan di kawasan simpanan kenderaan rahsia di bawah tanah itu adalah sebuah Porsche berwarna hitam.

Uday, 39, terbunuh bersama adiknya, Qusay, dalam serangan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya di utara Iraq pada 2003. - Agensi

Nota :



Woitt...Kuman seberang laut kau nampak...
Gajah depan mata kau buat tak nampak....
Tengok...baru sepenggal jadi menteri....
Macam-macam kereta dia ada....

Alahai...Menantu Ayah...!!!

Inilah Bakal Menteri Ketuanan Melayu Yang Baru...!!!

"Ceria kelihatan wajah Ketua Pemuda UMNO ni.. ya lah dengar cerita dah nak dilantik menjadi Menteri.. gambar-gambar berikut telah dirakam ketika KJ dan isterinya buat catwalk untuk piala seri Endon 2010 pada 5 Disember lalu...

Cerita Khairy akan dilantik sebagai Menteri ini sebenarnya aku terbaca di sebuah blog penyokong UMNO, memandangkan pemilik Blog itu adalah penyokong UMNO, aku anggap dia lebih banyak mengetahui tentang UMNO sebagaimana aku tahu tentang PAS..

Jadi aku anggap apa yang ditulisnya itu adalah sesuatu yang beliau sendiri telah dengar dari ahli-ahli UMNO tak kiralah samada dari pemimpin atau ahli biasa..

Mungkin itu adalah cara Najib mengiktiraf dan menghargai kejayaan Khairy mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat..

Nota :

Ini ceritanya..

NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.