Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 4, 2011

Satu Lagi Projek Kroni Barisan Nasional....!!

Bila agaknya orang melayu akan sedar bahawa mereka sedang ditipu?

JAMBATAN GANTUNG HAMPIR SIAPA DIBINA DI GALAS RUNTUH - MStar

GUA MUSANG: Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.

Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi Ahad.
Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.

"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.

"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini

Nota:

masih ada niat nak buat loji nuklear
masih ada noat nak buat loji rare earth di gebeng
masih ada niat nak naik ke bulan
basuh lah muka dulu...
kah kah kah

KENYATAAN RESMI

3 April 2011

Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa
bicara tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan saudara Kadir Hashim
yang juga seorang OKU ( orang kelainan upaya) di bawah Akta
Keselamatan (ISA). Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak
mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu
angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu
telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia.
Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan,
dibicarakan dan dibenarkan membela diri. Negara ini mempunyai cukup
akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan
Kanun Keseksaan.

KEADILAN dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa
bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi
hak asasi manusia. Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan
politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan
dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir.

Maka, KEADILAN dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA
dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan
dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. KEADILAN
sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti
dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas
sekali zalim dan di luar kemanusiaan.

Selamatkan Malaysia!

Dr Wan Azizah Wan Ismail
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT


Nota:

ini sudah terok!!!
betul betul teruk
gila lagi menggilakan
sesat lagi menyesatkan
zalim lagi bukti kezaliman

1 Israel...1 Malaysia Sama Saja....!!


PANTAU PENIAGA NAIKKAN HARGA – UM

Beberapa persatuan pengguna meminta kerajaan memantau peniaga yang sengaja menaikkan harga barang dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak RON97 berkuat kuasa semalam.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr. Jacob George berkata, sikap peniaga yang menaikkan harga itu akan memberi impak kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah.

“Kita tidak mahu pengguna berasa terbeban dan tertipu kerana kenaikan harga barangan pasti akan berlaku setiap kali harga minyak naik walaupun ia melibatkan RON97,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan harga barangan tidak akan naik meskipun berlaku kenaikan harga minyak petrol RON97 sebanyak 20 sen seliter bermula semalam.

Nota:

semua yang berlaku ini atas nasehat zionis apco
naikkan kan harga minyak sadikit sadikit
menteri jangan campur – biatkan tuan jual minyak
buat pengumuman – ini macam cara pemerintahan
di israel – menteri lepas tangan bila ada tanah palestin
kena ambil – yang buat kenyaataan NGO

sekarang taktik ini telah datang ke sini
dibawa oleh apco
kah kah kah..

jadi apa tugas menteri ?
selain dari merogol amah?
selain dari rembat harta rakyat?

BN Bermimpi Di Siang Hari...!!


SAMBUTAN LAWATAN PM HAMBAR – MK

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman, kehadiran Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.

“Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor.

Nota:

bila lah mak cik felda nak sedar
BN ini tak ada penyokong...yang ada hanya polis yang suka buat sibuk
kah kah kah

Lanchoww..Maa..!!

sila perhatikan tangan ku li
ini tanda satu lanchow
dan perhatikan mulut ku li
dia sedang menyebut
'pergi lanchowlaaaa...'
kah kah kah


KU LI ULANGI : KEMBALIKAN HAK ROYALTI KELANTAN – MK

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razeligh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, " kata Tengku Razaleigh dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," kata beliau.

Nota:

ku li adalah sosok tubuh
yang bertanggung jawab membuat,
menulis, mereka dan membentangkan
akta petrolium ke parlimen

justeru ku li tahu apa yang dia cakap
kerana ini dia berani mengsatu lanchowkan najib