Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 11, 2011

Mesir & Turki Halau Yahudi...Kita Ambil Yahudi Jadi Penasihat....!!


" Mesir dan Turki halau Yahudi...kita ambil Yahudi jadi penasihat.

Tidak sampai dua minggu, Israel ditimpa kehinaan mendadak. Pertamanya, Dutanya di Turki dihalau dari bumi Kerajaan Uthmaniyyah akibat tidak mahu meminta maaf atas kejahatan membunuh NGO Turki diperairan Gaza tahun lepas.

Walaupun ditawarkan US 1 juta sbagi setiap keluarga yang terbunuh oleh Regim Zionis, Turki tetap memandang maruah mengatasi nilai wang.

Keduanya, yang menghina Regim Zionis ialah penyerbuan 2,000 orang rakyat Mesir keatas kedutaan Israel yang mengakibatkan Duta serta kakitangannya cabut lari meninggalkan bumi Anbiya' itu. Ini adalah kali kedua bangunan kedutaan di serbu oleh rakyat Mesir. Sebelumnya oleh seorang pemuda Mesir yang memanjat bangunan 16 tingkat itu dan menurunkan bebdera Israel dari tiangnya.

Ini semua atas kejahatan Regim Zionis itu yang membunuh 5 anggota polis Mesir di sempadan Gaza.

Itulah jatidiri dan maruah sesebuah negara. Turki halau Yahudi kerana enggan minta maaf manakala rakyat Mesir serbu kedutaan Israel kerana membunuh polis Mesir.

Malaysia...bukan sahaja anggap British sebagai "penaung" bahkan ambil APCO Zionis jadi penasihat !


Nota :

Itulah beza kita dengan Turki dan Mesir.
Kepada polis PDRM, lihatlah kasih sayang rakyat Mesir kepada polis mereka.
Walaupun polis Mesir pernah bunuh, penjara, pukul dan sumbat dalam penjara semasa polis berkhidmat kepada Hosni Mubarak, tetapi mereka sepakat membela polis mereka apabila Zionis membunuh anggota mereka."

Jahat Sungguh UMNO....!!


Saya perjuangkan Islam, bukan komunis - Mat Sabu - MK

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam dan bukan komunis seperti dilabel oleh dan akhbar miliknya Utusan Malaysia.

Pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak kecil lagi.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya dipetik Harakahdaily.

Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya.

Mohamad bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Mengulas lanjut, beliau tuduhan sebegitu bukan perkara baru dan telah berlaku sejak zaman penjajah lagi.

Pada zaman British, katanya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

Sangat cintakan Malaysia

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," katanya kepada rayusan hadirin.

Berikutan laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

Mengulas perkara itu, Mohamad, berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya.

Keadaan menjadi semakin kusut, apabila pelbagai pihak termasuk aahli akademik mentafsirkan sejarah negara.

Lebih menggemparkan apabila Profesor Datuk Dr Zainal Kling mendakwa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Nota :

Apa-apa pun kita perlu berterima kasih kepada Abg Mat sabu dengan kenyataan yang dikeluarkan...
Sudah semakin ramai anak muda dan rakyat Malaysia tercari-cari sumber yang benar mengenai Kemerdekaan Negara....
Jika Tidak Masih ramai lagi yang akan terus jadi buta sejarah...
Tanpa isu Abang Mat Sabu sudah pasti semua rakyat ingatkan Kemerdekaan ini adalah berpunca Dari UMNO sahaja...
Setelah menonton dokumentari ini maka rakyat dapat rasakan bahawa penubuhan UMNO dizaman sbelum merdeka adalah rancangan british untuk memperlahankan api amarah penduduk tanah melayu yang sedang marak untuk menuntut kemerdekaan.... Wallauallam...

Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi...!!


Mat Sabu: Umno mewarisi sikap penjajah-MI

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menjadi serangan Umno terus-menerus sejak tiga minggu lalu berkata, parti Melayu kebangsaan itu mewarisi sikap penjajah yang menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Bercakap pada ceramah Negara Berkebajikan: Tawaran PAS malam tadi, Mohamad (gambar) berkata, beliau sedih apabila dituduh mengagung-agungkan komunis.

“Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh,” kata beliau.

“Tuduhan ini bukan perkara baru, pemimpin kita yang berjuang lebih awal dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk pengganas sehingga orang seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dilabel sebagai penjahat ditangkap dan diletakkan di Pulau Jerejak, begitu ulama yang lain yang menerima tuduhan seperti itu oleh penjajah.

“Dan, serangan penjajah Umno mewarisinya. Apa punca jadi begini? Saya amat cintakan tanah air, kita berada di Malaysia tanah tumpah darah,” katanya.

Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” menegaskan, apa yang dibangkitkan dalam ceramahnya di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah rasa terkilan melihat ramai rakyat tidak menyambut seruan meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan.

“Saya melihat makin tahun orang tak sambut hari Merdeka, saya dah bercakap hal ini 10 tahun kebelakangan ini, menjelang Hari Merdeka kawan-kawan dah boleh hafal apa yang saya mahu katakan. Cuma tahun ini cukup ketara, pemerintah melalui televisyen, radio dan akhbar menyuruh rakyat meletakkan bendera untuk tanam sifat patriotik sambut Merdeka, saya lihat tiada orang pun yang buat.

“Kenapa rakyat tidak sambut? Ini bukan pasal ucapan saya di Pulau Pinang, saya sebut perayaan Merdeka sudah jadi perayaan Umno, bukan perayaan rakyat Malaysia,” katanya.

PAS. terutamanya timbalan presiden Mohamad telah diserang pemimpin-pemimpin Umno kerana didakwa mengagung-agungkan komunis.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Menurut Mohamad, sambutan Hari Kemerdekaan akan menjadi lebih bermakna sekiranya tokoh-tokoh kemerdekaan lain diletakkan sebaris dengan pemimpin Umno.

“Saya kata kalaulah meletakkan Tunku Abdul Rahman dan Dato Onn Jaafar, silakan... letakkan bersama tokoh-tokoh lain seperti Burhanuddin al-Helmy, di samping Pak Sako, Ahmad Bustamam, Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain, kalau ini RTM ceritakan semua tokoh-tokoh kemerdekaan.

“Semua akan rasa terpanggil, Umno, PAS dan pemimpin berhaluan kiri untuk merayakan Hari Merdeka. Ini tidak, bila Merdeka yang dipamerkan tokoh Umno maka Umnolah yang sambut,” katanya menambah sejarah kemerdekaan negara perlu ditulis semula.

Bagaimanapun beliau percaya Umno tidak akan melakukan perkara yang boleh membongkar kembali sejarah kemerdekaan negara.

“Sejarah kemerdekaan ini perlu diperbetulkan semula, ingat Umno nak perbetulkankah sejarah tanah air kita? Melainkan kita mengambil alih pentadbiran kerajaan.

“Nanti kalau Umno tulis semula sejarah, macam-macam akan terbongkar,” katanya.

Tambah Mohamad, beliau masih berniat mahu berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan negara.

“Perkara ini jadi heboh sampailah timbalan presiden Umno minta saya bertaubat, kemudian datanglah Khairy Jamaluddin ajak saya berdebat, saya tengok balik Khairy nak cabar saya, bagi saya Khairy ini budak baik... dia berpontensi untuk jadi pemimpin PAS masa depan, kenapa saya nak berdebat dengan Khairy? Yang maki saya timbalan presiden Umno, biarlah dia berdebat dengan saya,” katanya.

Nota :

Hebatnya penangan mat sabu ...
Sekali bagi ceramah sejarah kemerdekaan.. semua rakyat dah berminat belajar sejarah..
Dari PM sampai ke polis pencen..
Kementerian pelajaran patut berterima kasih pada mat sabu ...
Sebab tak payah nak habiskan duit rakyat nak buat road show nak ajak orang berminat belajar sejarah..

Kita Perlu Mengkaji...Bukannya Menyiasat....!!


Hisham: Mat Sabu tak akan disiasat mengikut ISA - MK

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau berkata kes Mohamad Sabu banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.

"Saya tak boleh cakap lebih dari itu, nanti orang tuduh kita menyuruh dan mengarah Peguam Negara. Kalau perkara ini berkisar kepada undang-undang negara, maka pihak yang menentukan pendakwaan itu dilaksanakan di mahkamah ialah Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Tanglung dan Merdeka Raya 2011 di Klang, malam semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob, dilaporkan berkata polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad Sabu dan dihantar ke Bukit Aman untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

Hishammuddin bagaimanapun berkata kenyataan Mohamad Sabu tidak mengancam keselamatan negara dan oleh itu bukan satu opsyen untuk menyiasat beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Nota :

Mampuslah budak2 sekolah yg ambik subjek sejarah....
Soalan: Bilakah tarikh kemerdekaan malaysia...?
Jawapan: 31 ogos 57.....pemereksa kata salah...!
sebenarnya tiada kemerekaan sebab M'sia tak penah dijajah...

Nak siasat apa lagi..Rakyat dah ramai celik...
Tak payahlah nak tipu banyak-banyak sangat...

Tunku Abdul Rahman Bukan Bapa Kemerdekaan..??


Profesor keliru, kemudian kelirukan orang-MK

Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Berlindung di sebalik Sultan

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku?

Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

Jenayah Muhyiddin, Shahidan

UFMS (Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu) ini pada hakikatnya sama dengan FMS (Negeri-negeri Melayu Bersekutu).

Cuma oleh kerana mereka di luar kerangka rasmi itu maka nama penasihat British itu diberikan nama lain. Dan pengaruh serta tinggalan British di UFMS pun kurang.

Sebab itu tulisan jawi, cuti hari Jumaat mereka kekalkan. Johor ada askar sendiri. Sebab itu juga mereka ada perkhidmatan tadbir sendiri.

Tidak seperti di Selangor, Perak atau Pulau Pinang yang pakai PTD dan sekarang dimanipulasi sepenuhnya oleh BN untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Jenayah yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Shahidan Kassim masa mereka jadi Menteri Besar ialah mereka hapuskan cuti Jumaat itu.

Ini untuk membodek Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau pinda perlembagaan untuk lembikkan Raja-Raja pada 1993!

Jawatan Pesuruhjaya Tinggi (High Commissioner) itu diwujudkan selepas kedua-dua format itu dihapuskan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948.

Tiada lagi Bapa Kemerdekaan?

Kesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.

Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...

Nota :

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui barua mereka.

Sama le seperti sekarang..UMNO meletakkan penasihatnya untuk menasihati Sultan dan Agong...Walaupun sultan "berkuasa', sebenarnya penasihat UMNOlah yang "menasihati" sultan....

Bukan Semua Professor Itu Bijak....!!


PAS: Lucutkan gelaran profesor Zainal Kling -MK

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling bagi memelihara kredibiliti majlis ini kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

Mujahid berkata, kenyataan Zainal yang mewakili MPN itu telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka

“Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibiliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor (beliau) ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut,” kata pemimpin PAS itu dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, PAS juga menuntut ahli akademik itu menarik balik kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah tetapi sebaliknya hanya dinaungi oleh British.

“Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja,” katanya.

Menurut Mujahid yang juga pengerusi Perpaduan Nasional PAS, kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!

Hina pejuang bangsa

“Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa 'Merdeka' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan.

Kenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British?” soalnya.

Jumaat lalu, Zainal (kanan) pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

Mujahid bagaimanapun menyangkal hujah itu dan berkata jika benar negara ini tidak dijajah mengapa kekayaan negara dan hasil bumi dieksploitasi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah?

“Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?

“Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutar belitkan istilah penjajah kepada penaung?

“Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?” katanya ladi.

Sehubungan itu, kata Mujahiud, PAS mahu kerajaan, khususnya kementerian pelajaran supaya bertindak tegas terhadap Zainal yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini.

Mengapa Tunku laung 'Merdeka'

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata rakyat kini musykil sekiranya benar negara ini tidak pernah dijajah, seperti dakwaan Zainal, kenapa perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka.

“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan (dan ada laungan merdeka)? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Idris (kiri), hakikat sekarang, terbukti siapa yang cuba membohongi sejarah dan kenyataan kumpulan itu sememangnya memalukan ahli akademik yang jujur.

Justeru, katanya ahli akademik perlu bangkit memperbetulkan kenyataan itu.

“Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini,” katanya.

Menurut Idris, kini terserlah bahawa Umno bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara.

Sebaliknya, selama ini Umno menipu rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri bahawa parti itu yang memperjuangkan kemerdekaan.

Nota :

Terlampau nak menangkan UMNO sampai keluarkan kenyataan yg membodohkan diri sendiri, ini contoh pencacai yg rosak akhlak...

Marilah sama2 kita bebaskan negara yg. tercinta daripada dihuru hara oleh pemikiran orang yang tidak ada prinsip & keikhlasan.

UMNO Sebenarnya Yang Mengubah Sejarah....!!


Najib: Jangan ada pihak yang cuba ubah sejarah-HD

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.

Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.

"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh.

Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.

Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.

"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.

Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

"Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan," katanya.

Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.

"Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya.- Bernama

Nota :

Kita menunggu respond Najib,Muhyiddin dan Rais Yatim terhadap isu yang dibangkitkan oleh Prof Zainal Kling dan Ramlah Adam berhubung dengan Malaya/Malaysia tidak pernah dijajah oleh British. Apakah pendirian UMNO/BN tentang ini.Kita tunggu....!!

10 Tahun Sebelum Merdeka...!!