Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 8, 2011

Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak....!!!


Baru Bian KM Sarawak jika BN ditumbangkan-MK

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini.

Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'.

Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.

“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chomg.

Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri tetapi menambah parti dengan jumlah kerusi terbanyak akan dipilih sebagai ketua menteri.

Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.

Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba'Kelalan di bahagian timur Sarawak. Baru dijangka memenangi kerusinya itu.

Sementara itu, Mohd Nizar berkata pelantikkan ketua menteri atau menteri besar boleh diselesaikan seperti kes Perak pada 2008.

Meskipun PAS adalah parti minoriti dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, namun Nizar dilantik sebagai menteri besar.

“Untuk masa ini, soalan itu tidak timbul. Hanya apabila kita diberi mandat, seorang daripada kami yang berkelayakan akan menerajui kerajaan negeri.

“Saya fikir soalan itu tidak penting sekarang. Maksud saya, saya juga tidak pernah terfikir akan menjadi menteri besar di Perak,” katanya.

Pada pilihan raya 16 April ini, Pakatan bertanding di semua 71 kerusi dengan PKR berentap di 49 kerusi, DAP 15 dan PAS 5.

Satu Lagi Projek Tipu Rakyat....!!





JANGAN SAMAKAN KES PENOLONG PENGARAH KASTAM DENGAN BENG HOCK -UM

KUALA LUMPUR 7 April - Ketua Polis Negara, Ismail Omar meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang menyamakan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed dengan kes Teoh Beng Hock.

"Kedua-dua kes ini adalah berbeza dari segi faktanya. Jadi saya rasa tak boleh buat satu kesimpulan seolah-olah ada perkara yang tidak betul berlaku dalam kes ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang sempena memperingati Hari Polis ke-204, dekat sini hari ini.

Kes Teoh, Sarbani adalah sama, kata MP Pakatan- MK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.
----------------------------------------------------------
woit… MAT MONGOL MENYALAK… MALAON INI PUN MENYALAK…

kah kah kah… MAT MONGOL MENONGENG… MALAON INI TADAH MULUT….

woit… APA DIA YANG TAK SAMA?....

kah kah kah… AIMAN TAK KISAH....KONTOL MEREKA TAK SAMA KE?....

Jangan Nak Tipu Rakyat....!!


KECEDERAAN SARBANI KONSISTEN AKIBAT JATUH BANGUNAN TINGGI, KATA POLIS -MI

Kecederaan dialami Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed konsisten dengan akibat jatuh dari premis yang tinggi, kata polis hari ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah enggan berkata sama ada penolong pengarah kastam itu, yang ditemui mati di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Cheras kelmarin, turut mengalami kecederaan lain.

“Kecederaan dia alami konsisten dengan akibat jatuh dari kawasan (bangunan) tinggi. Tetapi kami hanya akan tahu punca kematian selepas ujian makmal,” kata beliau kepada pemberita di sini pagi ini.

Ketika ditanya sama ada Ahmad Sarbani ada mengalami kecederaan lain, beliau berkata, “saya tidak kata begitu dan saya tidak kata kecederaan (itu) adalah punca kematian (dia).”

Pegawai kastam berusia 56 tahun itu ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Nota:

kenytaaan yang berkelintau ini
semuanya adalah putar/spin
tujuan untuk melalai dan memutar
belitkan pandangan

ini dilakukan agar orang ramai
tidak marah pada geromblan

buat banyak kenyataan
lagi banyak lagi bercelaru
pandangan orang ramai

selama 50 tahun inilah yang telah
dilakukan oleh gerombolan sehingga
internet muncul!

sekarang nak putar
internet putar kembali
kah kah kah

putar jangan tak putar!

Tukar Slogan Untuk Tangkap Najib....!!

Dulu: undur madey undur ...sekarang : tangkap tangkap najib altantuya....

LAUNGAN REFORMASI PEMBANGKANG TIDAK RELEVAN : NAJIB – BH

SANTUBONG (Kuching): Najib Razak berkata laungan reformasi parti pembangkang tidak boleh diguna pakai kerana situasi pembangkang sendiri ketika ini dalam keadaan kucar-kacir dan diselubungi masalah peribadi.

Najib berkata, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar parti pernah mendakwa wujud penyelewenggan dalam proses pemilihan mereka sebelum ini.

"Jadi jangan cakap nak betulkan negara, sebaliknya betulkan penyelewenggan dalam parti.
"BN bukan saja berjanji tapi mampu menunaikannya dan sebaliknya pembangkang hanya mampu jual janji," katanya.
------------------------------------------------
woit…APA MAT MONGOL CAKAP MEMANG BETUL….

kah kah kah… SLOGAN REFORMASI TAK BOLEH PAKAI….

kah kah kah… MESTI ADA SLOGAN BARU UNTUK DI LAUNGKAN….

kah kah kah…. UNDUR UNDUR NAJIB ALTANTUYA !!!.... INI SLOGAN BARU…

kah kah kah… AIMAN TAK KISAH....APA PUN SLOGAN...JANJI BN HANCUR....!!!

Nota:

bersedia untuk melaungkan slogan baru ini
tidak lama lagi kita wajib ke jalan raya
untuk mencuba slogan baru ini
kah kah kah

Kenyataan Rasmi...!!

SURUHANJAYA SIASAT MACAM MANA SARBANI MATI

Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk kematian Ahmad Sarbani Mohamed mesti ditubuhkan

Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita semua. Beliau ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu.

Terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang kematian Allahyarham Sarbani yang berlaku ketika Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang kematian Teoh Beng Hock sewaktu siasatan SPRM. Kebetulan pula Allahyarham tinggal di kuarters Kastam yang terletak di kawasan DUN saya, Seri Setia.

Beberapa hari yang lalu saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai Kastam merasakan diri mereka menjadi kambing hitam dalam Operasi 3B yang dilaksanakan oleh SPRM untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan Kastam.

Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini.

Kenyataan Najib Razak bahawa Allahyarham Sarbani datang ke SPRM secara sukarela tidak masuk akal memandangkan beliau telah ditahan dalam Ops 3B pada 1 April dan dibebaskan atas ikatjamin pada 2 April yang lalu. Mengapa beliau hendak ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM?

Kenyataan Najib dan Nazri Aziz bahawa Ops 3B akan diteruskan dalam ketegasan kerajaan melawan rasuah juga amatlah menyedihkan memandangkan ketegasan yang sama tidak pernah kelihatan dalam melawan rasuah melibatkan pimpinan politik Barisan Nasional. Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri.

Sudah tersebar SMS kononnya meskipun kematian Allahyarham Sarbani dikesali namun ketegasan kerajaan menentang rasuah harus mendapat sokongan rakyat. Siapa yang bertanggungjawab menghantar SMS begini ketika Allahyarham Sarbani baru sahaja dikebumikan?

Najib dan Nazri juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja dalam isu video Dato’ T. Malang sekali pemimpin BN nampaknya lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran.

Pada masa yang sama, kami berharap pihak CUEPACS dapat tegas memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat oleh SPRM dan seolah-olah bersalah sebelum diputuskan oleh mahkamah.

Kami juga berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan ini untuk memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat
merangkap
ADUN Seri Setia, Selangor

+60122789548
niknazmi@niknazmi.com