Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 13, 2012

PAS Kena Ajar Mat Said Supaya Tahu Apa Itu PAS....!!


MB bertegas PAS 'parti ajaran sesat', sedia disaman -MK

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ahmad dikatakan bersedia disaman oleh PAS berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

“Ikut pandai dia lah (terserah pada PAS), saya tunggu (bila PAS akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah,” kata menteri besar itu dipetik oleh akhbar milik Umno itu.

Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata Ahmad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya bahawa parti itu adalah "parti ajaran sesat" ataupun berdepan dengan tindakan mahkamah.

Katanya, tuduhan oleh menteri besar itu adalah sesuatu yang sangat berat.

Mengulas isu itu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dipetik berkata, beliau tidak akan tunduk dengan desakan PAS itu kerana penyelewengan dan kesesatan yang dibawa parti itu terhadap umat Islam bukanlah perkara baru.

“Tapi dia kata kita (BN dan Umno) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya dipetik Utusan.

Menteri besar itu juga dilaporkan berkata ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah, adalah bukti yang jelas dan nyata berhubung dakwaannya itu.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah PAS berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” katanya lagi.

PRU 13 : Fikir...Pilih...& Pangkah....!!


Dekat, tidak lama atau pun lambat lagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) gendang sudah dipalu, lagu semboyan dinyanyikan berkali-kali. Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah sedia meletakkan nasib dan kerajaannya di tangan rakyat dalam usahanya mencari mandat peribadi hampir 18 bulan atau 15 bulan atau lebih awal daripada dia wajib mengadakan PRU. Najib nampaknya sudah yakin mengundi awal manfaatkan kerajaan, berhijrah dari status quo kepada yang lebih cemerlang, selamat. Tiada risiko tiada untung!

PRU13 satu game changer bagi Umno-BN dan DAP-PKR-Pas. Perang politik tersengit bagai PRU Mei 1969 menunggu. Perubahan, transformasi pada yang berjaya, padah bagi yang tewas. Keputusan PRU13 telah dijangka – kemenangan dalam tangan – barang kali itulah kesimpulan Najib. Dia dan Umno masuk padang penuh cekal, berani dan yakin walaupun landskap politik Malaysia kian berubah akibat Politik Baru. Sudah muncul trend itu di samping yang lama. Gandingan baru dan lama mengejar kuasa apa harga pun sanggup dibayar asal dapat memerintah!

Sudah ada yang mabuk, terlalu suka pilihan raya hampir tiba. Ada tergila-gila ingin jadi calon.

Najib berikrar dia tetap membela Melayu juga bukan Melayu. Ucapan Presidennya di Perhimpunan Umno penuh dengan sejarah Umno yang ditubuhkan 66 tahun dahulu bagi menyelamatkan bangsa, agama, bahasa, watan dari dijadikan Malayan Union, konsep asal Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh penjajah British bagi menghargai bantuan masyarakat Cina, termasuk Parti Komunis Malaya, memerangi Jepun dalam Peperangan Dunia Kedua. Timbalannya, Muhyiddin Yassin juga bersumpah berjihad untuk Melayu, Islam dan ibu pertiwi, berikrar sehidup semati dengan Najib bagai cincin dan intan.

Siapa kata ketuanan Melayu atau Social Contract telah dilupakan oleh Umno - prinsip asal tatkala parti itu bernama Pekembar? Saya tiada masalah kerana itulah tujuan founding fathers Umno yang saya ulangi dalam ucapan di Singapura 26 tahun lepas. Sekarang Melayu/Pribumi 65 peratus dari jumlah penduduk seramai 29 juta, pada tahun 2035 Pribumi meningkat kepada 75 peratus mengikut kiraan dan jangkaan pakar populasi, dalam dan seberang laut.

Apa pun kita mesti bertindak dalam landskap Politik Baru yang berubah pantas menuju ke arah ketuanan rakyat berbilang bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan. Kita semua menerima baik sifat kemajmukan ini dipelihara, diperbaiki seperti Singapura, Indonesia, United Kingdom dan Amerika Syarikat melindungi kelangsungan landskap majmuk mereka. Pribumi turun menurun tiada prasangka terhadap orang lain. Orang lain’(baca DAP dan Malaysian Malaysia) seperti kata Dr Mahathir yang ada prasangka buruk terhadap kita.

Mengikut sebuah organisasi penyelidikan Jepun Nomura, PRU13 mungkin dalam masa tengkujuh ini atau awal 2012 kerana Najib mahu mengelakkan makro ekonomi Malaysia buruk tahun depan dan selepasnya. Ekonomi kita adalah ekonomi terbuka ketiga terbesar dalam rantau A selepas Hong Kong dan Singapura akan terjejas dan besar kemungkinan GDP kita akan jatuh pada -5.8 peratus, satu malapetaka.

GDP kita mudah jadi mangsa kerana tiga faktor ejen kemajuan – sektor awam dan swasta, ekspot barangan perkilangan dan ekspot komoditi berada dalam keadaan lemah. (Malaysian Reserve 30 November 2011). Saya tidak fikir PRU13 akan berlangsung masa musim monsoon, musim banjir barangkali selepas kedua-duanya yakni antara Mac hingga Ogos. Kita, seperti Najib tegaskan, bisa bertahan daripada tekanan ekonomi yang lemah, tekanan dari luar kerana transformasi ekonomi dan politik dan pentadbiran yang dia telah laksanakan. Sama-sama kita lihat.

Benar seperti kata ketua propaganda Umno, Ahmad Maslan Umno-BN tidak boleh menang PRU13 dengan hanya bergantung kepada ahlinya yang kononnya berjumlah 3.4 juta itu. Kalaulah jumlah itu sahih tiada jaminan kesemua keluar mengundi. Kalau pun mereka terbit, ada yang tidak akan mengundi partinya kerana pelbagai sebab! Pengalaman PRU12, PRU 1969 juga PRU 1959. Jumlah pengundi tidak keluar mengundi tahun 2008, 2.58 juta.

Jangkaan saya besar kemungkinan kerana PRU13 ini soal perang hidup mati politik Najib dan Anwar Ibrahim maka jumlah yang akan keluar mengundi lebih tinggi antara 9-10 juta yang boleh mengundi. Mutakhir 3.7 juta rakyat belum lagi daftar menjadi pengundi. Saya yakin ramai antara mereka juga ahli dan penyokong Umno – maaf, ‘orang Umno’! Sayugia diingat hanya 384,688 undi yang memisah BN dengan parti pembangkang dalam tsunami 2008. Hanya pilihan raya ala Westminster (cara British) yang menyelamatkan kerajaan UMNO-BN di peringkat nasional. Parti pemerintah menang tipis dan hilang lima buah negeri termasuk ibu kota Kuala Lumpur.

Di atas kertas kehadiran pengundi baru – muda-mudi pemilih kali pertama - menyukarkan kerajaan tetapi apa pun PRU13 lebih meriah, lebih mahal, lebih kritikal, satu watershed kata Speaking, yakni titik perubahan, akan jadi rentetan peristiwa kepada yang menang juga yang kalah. Saya setuju dengan Najib kalau UMNO-BN menang dengan majoriti yang selesa yakni pada saya antara 40-50 kerusi parlimen PRU selepasnya 14 dan 15 lebih mudah.

Bagi Anwar, ketua pembangkang, kalau dia terus kalah walaupun menang di Permatang Pauh peluangnya dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 sukar. Kekalahan PR harus mengakhiri kerjaya politik Anwar. Kalau UMNO-BN tewas – tidak mustahil tetapi atas kertas tidak bisa.

Maka bagi Najib dan Umno tiada pilihan. Umno mesti menang apa jadi pun. Tegas Speaking, ‘there is no substitute for victory’. Padah hukumannya kalau tumpas. Se pandir pandir Badawi pun dia tidak kandas! Walaupun dia hilangkan lima negeri dan majoriti 2/3 dalam parlimen dia menang juga tetapi cita-citanya mahu memanaskan kerusi dua penggal remuk dalam tangisan dan dipersarakan ibarat berpakaian dan berhias permata mutiara manikam.

Masakan anak Tun Razak yang lebih karismatik, lebih pintar, lebih cekap, lebih lihai seperti rubah/musang yakni lebih wily daripada Badawi walaupun landskap politik terus berubah tidak boleh memperbaiki keputusan 2008? Saya percaya persembahan atau pementasan Najib akan lebih baik daripada 2008. Tidak ada pilihan baginya kalau tidak tragedi mengekorinya – lebih parah dari kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka!

YB & JKKK UMNO Tak Berani Hadapi Demonstarsi Aman Rakyat...!!






Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah.

Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!

Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.

Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?

Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???