Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 15, 2011

Senyum Petang Ahad...!!

Manusia Merancang...Allah Pun Merancang....!!


Liwat II: Hari penentuan untuk Anwar-MK

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah).

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya esok, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.

Lam Talilam Taplum....!!


PENJARA ,DENDA NAIKKAN HARGA MAKANAN - UM

KUALA LUMPUR 13 Mei - Peniaga yang didapati menaikkan harga minuman dan makanan berikutan kenaikan harga gula baru-baru ini akan berhadapan hukuman keras termasuk penjara seperti diperuntukkan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob ketika memberi amaran itu menegaskan, akta yang baru dikuatkuasakan itu membolehkan kementerian bertindak segera terhadap peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab.

''Dalam soal kenaikan harga gula, kajian kementerian mendapati untuk secawan teh atau kopi, kenaikan (20 sen sekilo) hanya 0.4 peratus sahaja.

''Kalau ada kenaikan sampai 10 sen (secawan), kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010. Setakat ini belum ada peniaga dikenakan tindakan di bawah akta ini sejak ia dikuatkuasakan 1 April lalu.

Nota:

gerombolan yang naikkan harga barang
macam mana nak hukum mereka?

mereka harus di denda
bukan di rotan
bukan di penjara

tapi kita humban kan mereka
kah kah kah

Nasib First Lady....!!


FLOM TETIBA SAKIT BILA KENA TANGKAP – ajensi

SHARM EL-SHEIKH (Mesir): Isteri Hosni Mubarak yang digulingkan, Suzanne Mubarak, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ke hospital komuniti pusat peranginan Laut Merah, selepas mengadu sakit dada.

Beliau dilaporkan sakit dada selepas mendapat berita arahan penahanannya atas dakwaan rasuah sudah dikeluarkan.

Pengarah hospital itu, berkata Suzanne mengalami masalah jantung dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pegawai keselamatan berkata, Isteri Hosni Mubarak akan ditempatkan di hospital buat sementara waktu, tetapi dijangka dibawa ke penjara wanita di Kaherah. - AP
---------------------------------------------------------
woit… INI LAH NASIB FLOM….

kah kah kah…MASA JADI FIRST LADY… TAK SEDAR DIRI…

kah kah kah…TIAP MALAM ADA DALAM TV….

kah kah kah… TIAP HARI DALAM AKHBAR….

kah kah kah…TALIPON KETUA PENGARANG ..STESEN TV PASTIKAN BERITA ADA HARI HARI…

kah kah kah…LAWAT SANA... LAWAT SINI….

kah kah kah… SHOPPING SANA SHOPPING SINI….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...KADANG-KADANG LAGAK MACAM PERDANA MENTERI….

Macam-Macam Ada Kat Malaysia...!!




JANGAN TERPERANGKAP DAKYAH BURUK NAMA PEMIMPIN – tiewnama

Ahli Pemuda UMNO diingatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah disebarkan pembangkang yang memburukkan nama baik pemimpin negara.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata ahli Pemuda perlu mengkaji terlebih dahulu dan menilai secara bijak setiap dakwaan pembangkang yang menabur fitnah semata-mata untuk mencalar nama baik pemimpin negara.

"Negara akan pincang sekiranya anggota Pemuda Umno terlalu mudah terpengaruh dengan cerita tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih sokongan rakyat,” katanya.

Nota:

ada pemimpin bunuh model mongolia
ada pemimpin rogol amah
ada pemimpin rogol budak sekolah
Macam-macam ada di Malaysia...
kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah..!!

Berita Dari Kuantan...!!


Nota:

salah seorang penunjuk peasaan
yang di tangkap dalam kereta mata mata
dalam perjalanan ke rumah pasong!


LAPORAN DARI DEMO ANTI - SYARIKAT LAYNASS

Empat orang aktivis muda DAP telah ditahan
mereka sekarang dalam perjalan ke rumah pasong
masih belum di ketahui rumah pasong mana
yang akan memasong mereka

Pagi ini warga kuantan telah turun
menunjuk perasaan terhadap syarikat laynass
pembuat radio aktif

Syarikat Lyaknat ini adalah syarikat australia
dari penyelidikan telah di temui bahawa syarikat ini memiliki
pertalian perniagaan yang amat intim dengan isreal

Bila Lanun Berkata-Kata....!!


KERAJAAN SENTIASA CARI LANGKAH KURANGKAN BEBAN RAKYAT : MUHYIDDIN – tiewnama

KUANTAN: Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Munyiddin
Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.
"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya.

.Beliau berkata kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.

"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak Najib Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.

"Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.

Nota:

harga minyak global dah turun
kenapa harga minyak dinaikkan?

subsidi rakyat ditarik
kenapaa subsidi pada pengeluar tenaga tak ditarik?