Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 26, 2011

Lanchow Maaa....!!


WASPADA KEMUNGKINAN BANJIR - UM

Penduduk negeri ini diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir berikutan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini.

Menteri Besar, Seri Adnan Yaakob berkata, penduduk perlu berpindah ke tempat lebih selamat termasuk ke pusat pemindahan banjir yang disediakan jika diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

"Jangan tunggu banjir menjadi serius baru hendak berpindah kerana tindakan yang lewat boleh mengundang padah dan kehilangan nyawa.
------------------------------------------------------
woit… TENTANG BANJIR MALAON INI TAHU PULAK BERI INGATAN….

kah kah kah… TENTANG LOJI LYAKNAT ITU… BUAT BUAT DONNO….

kah kah kah…NAMPAK MACAM ADA HATI PERUT….

kah kah kah….NI KERANA MESTI KERANA PILIHANRAYA NAK DATANG…

kah kah kah…NI MESTI KERNA MALAON INI DAH TAHU…AKAN KENA TENDANG OLEH BIK MAMA…

woit…AIMAN TAK KIISAH...TAPILOJI GI GEBENG INI LEBIH BAHAYA DARI BANJIR…

Negaraku Malaysia...!!


SUBSIDI IPP: LAGI PEMBOHONGAN, PENIPUAN BN - MK

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.
--------------------------------------------------------
woit…TAK PAYAH LAAAA TIPU…..

kah kah kah…..SEMUA ORANG TAHU….

kah kah kah…. ORANG RAMAI DAH TAHU…..

woit…TUNGGU JAWAPAN PADA SEMBILAN JULAI NANTI….

kah kah kah…. AIMAN TAK KISAH...ANAK MUDA MESTI BERSEDIA!....

Semua Tipu...Jangan Percaya...!!


HARGA RON95 KEKAL – MStar

PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.

Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

KABINET PUTUSKAN HARGA MINYAK RON95 , DIESEL, LPG KEKAL - UM

PUTRAJAYA 25 Mei - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.
"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Nota:

apa yang diramalka oleh Sepang Kederang tepat dan betul
harga tidak akan dinaikkan
heboh heboh tentang harga minyak akan naik adalah strateji
heboh ini dilakukan agar semua rakyat marah

cuba ingat bila harga minyak naik
ada zaid hamidi bersuara
ada kj bersuara
tak ada seorang pun yang bersuara
tapi kali ini banyak suara malaon heboh dan bising
rakyat pun ikut bising
meloya dan berita hairan buat laporan saolah olah minyak akan naik harga
semua ini adalah sebahagian dari taktik dan strateji untuk menipu orang ramai
kemudian tidak ada harga yang naiak
orang ramai merasa lega
orang ramai merasa bahawa kerajaan ini perihatin terhadap orang ramai
kerajaan ini tidak menaikkkan harga minyak dan gas dan harga leterik

awas!

jangan terperangkap
harga akan naik sebaik sahaja gerombolan menang dalam pru 13

sesudah pru13 – semua harga bahan makanan dan kos hidup
akan naik – tak percaya?
sila undi gerombolan sekali lagi
kah kah kah

Malaysia Bankrupt...??


GAJI GURU: KERAJAAN TAK MAMPU SEBAB KRISIS KEWANGAN – MK

Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

Nota:

kepada anak anak muda
yang masih belajar di universiti dan kolej dan dalam, sekolah
yang akan keluar dalam masa satu dua tahun
adalah di maklumkan bahawan semua PEKERJAAN dan JAWATAN
dlam kerajaan telah di BEKUKAN – kah kah kah

kenapa?

kerana:
duit taraaak kah kah kah

duit sudah membazir:
beli kapal selam – setiap tahun 1 bilion ringit penjagaan
nak beli 257 kereta kebal dari syarikat DEFFTECH Sdn Bhd – harga 8 bilion ringgit
membazir projek plkn
membazir buat istana baru

dan paling membazir setiap tahun beri cukong 19 bilion ringgit
kah kah kah

tak lama lagi gaji kaki tangan kerajaan
pun tak cukup....
kah kah kah