Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 30, 2010

Inilah Cara Zionis APCO Bekerja....!!


Khusrin Mungkin 'Ganggu' Mesyuarat Exco - HD

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.

"Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.

"Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media.

Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa.

Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.

Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan.

“Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Nota :

Inilah cara Zionis APCO bekerja...
Inilah namanya pecah dan perintah...
Hantar wakil untuk mengintip...
Hantar wakil untuk buat huru hara...

Bermacam-macam cara mereka telah gunakan....
Semata-mata untuk rampas balik Selabgor...
Jangan lupa...apa yang terjadi di Perak....
Semuanya adalah idea yang di berikan oleh Zionis APCO....

Musim Mengawan Dah Tiba....!!


"Serba-salah. Jika ustaz dan ulama melarang menyambut tahun baharu dikatakan jumud, ekstrim. Bila dikatakan kalau nak sambut tak payahlah konsert haram, cukup dengan solat hajat atau baca Yaasin dikatakan Nabi tidak buat.

Kalau dikatakan, sambutlah kerana ia adalah sebagai satu semangat kenegaraan, maka akhirnya apabila bayi dibuang, masalah remaja kronik, yang menerima penangan ialah ulama lalu dikatakan: ‘Apa yang ulama buat?’ Namun, seperti sudah satu budaya saban tahun, sambutan tahun baharu mesti diadakan. Kalau tak dibuat, ‘berdosa’ kepada negara agaknya.


Benar. Nabi SAW tak pernah buat dan tak pernah menganjurkan demikian. Budaya yang kita warisi ini entah dari mana datangnya.

Apabila Tsunami merempuh Acheh 6 tahun lepas, kita insaf sekejap. Kita tiadakan sambutan awal tahun kerana meraikan derita penduduk Acheh. Boleh pulak tak sambut tahun baharu? Ertinya tahun tak buat sambutan tahun baharu itu ‘berdosa’ lah kita ya? Bila Tsunami tiada, insaf kita hilang. Ertinya nak kena Tsunami dahulu baharu insaf?

Jangan begitu. Keadaan aman tenteram, damai yang dikurniakan Allah janganlah menjadi istidraj untuk berpesta dan bersambutan tak tentu kalu (kata orang Terengganu). Yang padahnya selepas membuat kiraan ‘countdown’ 10, 9, 8, 7,… tepat jam 12 malam, sepuluh bulan lagi kita akan mengira 1, 2, 3…100 orang bayi baharu lahir dan dibuang.

Apa yang untung, apa yang rugi? Selagi tidak kembali kepada fitrah dan Islam yang memandu, dengan negara diterajui pula oleh para fusaqa’, maka Tsunami akhlak tetap melanda. Akhirnya, apa alternatif untuk sambutan tahun baharu ini?

Siapa Menteri Itu ...??

"Mungkin ramai yang telah membaca dokumen ini tapi tidak menyedari dalam dokumen yang ketiga biarpun ianya cuba disembunyikan dengan dakwat hitam.. tapi masih boleh dilihat jika image dokumen itu dibesarkan..(dah aku besarkan kat bawah)
Biarpun credibility WikiLeaks boleh dipertikaikan, jika benar dakwaan rogol ini telah berlaku sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Nota :

Jeng..Jeng...!! Nama Menteri itu terpapar dalam laporan ini...

Anak Muda Mesti Berani...!!


KENYATAAN MEDIA :PENGLIBATAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) DI DALAM MCLM DAN PILIHANRAYA UMUM.

1. Mutakhir ini suara-suara ‘kuasa ketiga’ begitu lantang berkumandang dengan semakin hampirnya Pilihanraya Umum ke-13.

2. Terhebat adalah sebuah gerakan bernama Malaysian Civil Liberties Movement (ringkasnya MCLM).

3. Ada juga perkhabaran yang mendesak dan mencadang supaya mahasiswa turut mengambil bahagian secara terus bersama barisan calon-calon MCLM di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

4. Solidariti Mahasiswa Malaysia telah berbincang dan memutuskan bahawa SMM tidak akan terlibat dengan MCLM dalam menyediakan calon dari kalangan Mahasiswa untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum.

5. SMM juga telah sepakat atas kesedaran bahawa dalam menuju sistem dua parti gabungan; untuk berpendirian bahawa pertandingan tiga penjuru adalah sebuah pertandingan yang merugikan perjuangan memulihkan demokrasi, hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.

6. SMM juga berpendapat bahawa keputusan secara kolektif tidak akan dapat dicapai dalam sebuah kumpulan yang tidak terikat dalam organisasi terurus. Demikian 30 calon MCLM tidak punya upaya untuk mencapai konsensus bersama dalam hal-hal penting melibatkan negara, agama, demokrasi apatah lagi jalur fikir ekonomi.

7. SMM menyedari hakikat bahawa makna politik itu bukan hanya sebuah perlawanan. Kompromi, desak dan gesa juga adalah sebahagian daripada politik. Justeru SMM tidak semestinya ikut serta dalam perlawanan dalam Pilihanraya Umum.

8. Bagi Mahasiswa, bertanding dalam Pilihanraya Umum bukanlah suatu prioriti. Apa yang lebih penting ialah menyedarkan rakyat tentang hak mereka, menyuarakan hasrat dan kepentingan masyarakat utk kesejahteraan semua.

9. Fungsi Mahasiswa sebagai suara ketiga tidak semestinya ikut bertanding dalam Pilihanraya, malah jauh lebih penting dari sekadar menjadi legislator di Parlimen ialah untuk terus menjadi suara yang terkecuali dari politik struktur dan permainan kuasa.

10. Justeru SMM masih belum punya hasrat serta mengadakan perbincangan untuk menghantar calon untuk bersama MCLM dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.


Sekian, terima kaseh.

Hilman Idham
Solidariti Mahasiswa Malaysia
29 Disember 2010

Cakap Degar-Degar...Taik Atas Kepala...!!


dari arkib utusan : 15/12/2002
USAH KETEPIKAN HAK BUDAK MANGSA ROGOL

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim mengingatkan mana-mana pihak yang membantah keras cadangan hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak supaya tidak mengetepikan hak dan kepentingan mangsa.

Sehubungan itu, beliau membidas pandangan pihak tertentu kononnya hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak akhirnya akan menyebabkan mangsa dibunuh oleh pelakunya bagi menghapuskan bukti dan saksi.

Tegas beliau, pandangan itu hanya bersifat teoritikal tanpa disokong oleh bukti sebenar kejadian.

Sedangkan, katanya, perasaan belas kasihan sepatutnya difokuskan kepada mangsa kes rogol yang kemungkinan akhirnya akan terbunuh akibat dari jenayah seksual tersebut.

``Pandangan yang diutarakan oleh pihak terbabit umpama `tukang sorak yang mengiyakan suara pihak lain mengikut selera sendiri'. Ini telahan yang dibuat tanpa mengikut fakta kejadian.

``Saya hairan mengapa orang tidak melihat kepada mangsa yang (mungkin) mati disebabkan serangan seksual tetapi kemudian perhitungan yang ringan diberi kepada pelaku,'' katanya ketika dihubungi oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam serta Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Shahrizat Abdul Jalil terhadap cadangan hukuman mati ke atas pesalah sumbang mahram dan rogol melibatkan mangsa di bawah umur 16 tahun.

Pihak yang menentang hukuman mati itu memberi alasan kemungkinan mangsa rogol akan dibunuh kerana penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi.

Menurut Rais, beliau akan membangkitkan semua cadangan yang dibangkitkan mengenai hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak itu dalam kertas khas yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

Tegasnya, kebanyakan syor yang diterima pihaknya daripada ibu bapa ialah mahu perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

``Saya tidak menyatakan semua pandangan mesti diterima tetapi Kabinet akan mengkaji untuk mengenakan hukuman setimpal terhadap perogol kanak-kanak termasuk kemungkinan menambah hukuman yang sedia ada,'' katanya.

Rabu lalu, Shahrizat berkata, jika hukuman mati dijadikan undang-undang, mangsa rogol mungkin takut untuk membuat laporan polis dan kenyataan kerana ia membabitkan kaum keluarga yang menjadi penjenayah.

Tegasnya, besar kemungkinan juga mangsa akan dibunuh kerana penjenayah takut ditangkap kerana ada saksi.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan politik sebelum ini mendesak kerajaan mengenakan hukuman mati mandatori terhadap perogol yang membunuh kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Mereka membuat desakan itu ekoran kemarahan memuncak setelah seorang kanak-kanak, Siti Nurlina Shamimi berusia dua tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan setelah dirogol dan dicampak ke dalam sungai di Alor Star, 1 November lalu.

Menurut mereka hukuman keras wajar dilakukan kerana undang-undang dan hukuman yang sedia ada, seolah-olah tidak memberi kesan dan kesedaran langsung di kalangan penjenayah terbabit.

Lu Tolong Gua Di Port Diskson...Gua Tolong Lu Rembat Felda....!!


PERLANTIKAN ISA SAMAD KESILAPAN BESAR
Oleh Mazlan bin Aliman (Presiden ANAK)


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sangat dukacita dengan pengumuman pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011. Alasan kononnya Isa mempunyai kemampuan dan perkhidmatan yang efisien terlalu longgar dan dangkal berasaskan latarbelakang beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Sabitan rasuah 5 daripada 9 pertuduhan politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan September 2004 masih diingati rakyat negara ini kerana liputan meluas mengenainya. Beliau yang digantung keahliannya selama 6 tahun adalah bukti jelas pembabitannya dalam amalan rasuah yang sangat menjijikkan.

Bukan itu sahaja; penduduk Negeri Sembilan pun tahu betapa korupnya beliau ketika menjadi Menteri Besar selama 22 tahun. Beliau melepaskan jawatan tersebut dengan isu ternakan babi di Bukit Pelandok yang memaparkan wajah sebenar siapa beliau. Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan; beliau dilihat gagal berperanan sebaliknya menggunakan hubungan baik dengan tauke tertentu untuk mendapat habuan bagi menyogok perwakilan dalam pemilihan parti. Saya sendiri pernah menghantar memorandum kepada Badan Pencegah Rasuah(nama ketika itu)mengenai penglibatan Isa Samad dalam aktiviti korup beliau.

Adalah pelik bagaimana tokoh kitar semula ini dilantik menerajui Felda, sebuah GLC terpenting milik orang melayu dengan track record yang begitu buruk?

Kenyataan Ahmad Maslan baru-baru ini yang mendedahkan kejayaan anak-anak peneroka dalam kerjaya mereka sebagai seorang ahli korporat, profesional dan ahli akademik yang berjaya; nampaknya tidak memberi apa-apa makna. Kenapa tidak dilantik dikalangan mereka; yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Raja Alias, bekas Pengerusi Felda dulu.

Bayangkan, di zaman Yusof Nor sebagai Pengerusi Felda(1 Julai 2001-31 Dis 2010)pelbagai cerita, skandal dan krisis berlaku. Pendedahan Ahmad Maslan sendiri di Parlimen yang mengesahkan rezab Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 ke RM1.3 bilion pada tahun 2009 membuktikan Felda sedang bermasalah akibat salah urus, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Adakah dengan perlantikan Isa Samad akan menyempurnakan pakej manusia korup menerajui Felda iaitu Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Razak?

Tanah seluas 905,000 hektar adalah aset 112,635 orang peneroka dan akan di warisi oleh lebih sejuta generasi kedua dan ketiga Felda. Kenapa mereka ini tidak pernah dirundingkan terlebih dahulu?

Saya penuh yakin tidak akan ada yang menyokong Isa Samad melainkan para pengampu Felda sahaja. Ketika ini pun puluhan sms dan panggilan talipon yang saya terima membantah perlantikan Isa Samad dan mendesak sesuatu dilakukan.

Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak Perdana Menteri menarik balik perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. ANAK akan menggerakkan pungutan tandatangan seluruh warga Felda mulai 1 Januari 2011 ini dan akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri dalam tempoh sebulan.

Jika ianya gagal melembutkan pendirian Perdana Menteri, suatu Memorandum akan diserah ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk memohon campurtangan baginda.

Pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa Samad tidak akan dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru. Perdana Menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. KATAKAN TIDAK KEPADA ISA SAMAD!

Kami Lebih Rela Kalah...Asalkan Islam Di Julang...!!


'Buku tulisan Mujahid keliru asas perjuangan PAS' -MK

Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk Menuju PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud dipetik Bernama sebagai berkata berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Yusuf juga berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.

Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.

"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya lagi seperti dipetik Bernama.

Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.

"Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

"Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya.

Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar.- Bernama

Say No To ISA ( Isa Samad )....!!


Kempen 'katakan tidak pada Isa Samad' - MK

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menggerakkan kempen pungutan tandatangan seluruh warga Felda sebagai membantah pelantika Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Felda.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, gerakan mengutip tandatangan itu akan bermulai 1 Januari depan.

Tandatangan tersebut akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan.

Mazlan memberitahu demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas pelantikan Isa sebagai pengerusi baru Felda.

"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.

Di samping itu, katanya, pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa (kanan) tidak akan dinobatkan sebagai pengerusi baru Felda.

"Perdana menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. Katakan tidak kepada Isa Samad!" tambahnya.

Menurut Mazlan, beliau telah menerima puluhan SMS dan panggilan telefon membantah perlantikan Isa dan mendesak supaya sesuatu dilakukan.

"Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak perdana menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

Katanya, ANAK sangat dukacita dengan pengumuman perlantikan Isa (kanan) kerana beliau mempunyai rekod yang buruk, untuk menerajui Felda yang merupakan sebuah GLC terpenting milik Orang Melayu.

Mazlan berkata, Isa pernah disabitkan dengan tuduhan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2004 yang mendapat liputan meluas mengenainya.

Berikutan itu, katanya, Isa digantung keahliannya dalam Umno selama enam tahun.

"Kenapa tidak dilantik di kalangan mereka, yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Tan Sri Raja Alias, bekas pengerusi Felda dulu," tambahnya.

Nota :

Mana mungkin orang yang di dapati bersalah kerana rasuah nak menerajui FELDA...
Ini mesti ada sesuatu....Kita Tunggguuuu...!!
UMNO dan Rasuah..di ibaratkan macam taik dengan kentut...
Memang sukar untuk di pisahkan...
Kah...Kah...Kah...!!

Berani Kerana Benar....!!

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah -MK

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.

Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Apabila didesak untuk menyatakan sebabkan peletakan jawatan Mahfuz, sumber-sumber berkata: "Pihak pengurusan dan lembaga pengarah Sato perlu beri penjelasan mengenai perkara itu."

Malaysiakini difahamkan, Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

Nota :

Berani kerana benar...
Biar pun pahit...tapi telan jua...