Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 8, 2011

UMNO Buat Rakyat Menjadi Peminta Sedekah....!!


"Konon nak beri RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah untuk membantu mereka, tapi kini menyusahkan mereka pula, perlu pengesahan JKKK. Tempoh pendaftaran hanya sebulan. Larat ke JKKK nak buat pengesahan kalau satu kampung semua layak.

Lepas tu kalau di bandar, di kawasan perumahan, mana nak cari JKKK? Nak bagi bagi sajalah, tak nak bagi sudah.

Pemimpin Umno ni tahu matematik tak?

Bajet 2012 mengatakan dianggarkan RM2.6 billion diperuntukkan untuk agihan RM500 ni.

Bermakna 5.2 juta yang layak dapat bantuan ini. Kalau diberi tempoh sebulan untuk daftar bermakna setiap hari perlu proses 173,333.333 borang. Dalam sejam kena proses 7,222.222 borang.

Kalau ada 14 negeri bermakna setiap negeri kena proses 515 borang setiap jam. Itu kalau kerja 24 jam, kerja 7 hari seminggu.

Larat ke JKKK nak buat pengesahan, larat ke petugas LHDN nak proses permohonan?

Di Malaysia ada 576 DUN, kalau borang ni pula perlu pengesahan ADUN bermakna setiap ADUN perlu sahkan secara purata 9027 borang permohonan, sehari anggaran 300 borang permohonan.

Bantuan RM500 perlu pengesahan JKKK

Tarikh : December 6, 2011

KANGAR - Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir.

Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.

"Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan.

"Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan LHDN," katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan sumbangan dana perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.

Md Isa berkata, semua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini.