Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 27, 2011

Apa Selepas 9 Julai..!!



SHAH ALAM, 26 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai badan mengurus pilihan raya, kita bukan badan penguatkuasaan ... kita tiada kuasa.

“Kita disokong beberapa akta lain seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain yang mana apabila kita mengadakan pilihan raya kita bukan hanya dikawal oleh peraturan sendiri tapi turut dikawal undang-undang lain ... jadi janganlah salahkan kita,” kata Wan Ahmad pada program bertajuk “Apa Selepas 9 Julai” anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Justeru tegas beliau, SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Jabatan Peguam Negara.

“SPR bukan badan yang buat undang-undang, apa yang kita boleh lakukan adalah cadangkan undang-undang ini kepada Peguam Negara ... Peguam Negara yang akan buat draf undang-undang sebelum bawa ia ke Parlimen untuk dibahaskan.

“Proses buat undang-undang daripada SPR kepada Peguam Negara, Peguam Negara kepada Parlimen ... kalau nak tukar sistem pilihan raya, ia melibatkan dasar kerajaan dan hanya pemerintah sedia ada yang boleh lakukan.

“Kalau anda (Pakatan Rakyat) memerintah juga sama, jangan aggap SPR sebagai musuh,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan dan penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. -TMI

Najib Masih Lagi Demam Kuning...!!


Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap - MK

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Mentewri Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki tren Express Rail Link, daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Youtube...Saluran Informasi Anda...!!


Video Poilis Bersih 2.0 Tidak Laku - HD

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.

Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri

PAS Tolak Biometrik...!!

Nik Aziz Sokong PAS Tolak Biometrik - HD

KOTA BHARU, 27 Julai: "Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Tolak kotor, ambil BERSIH."

"Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat. Saya menyokong pendirian PAS Pusat yang menolak kaedah biometrik yang ingin diperkenalkan oleh SPR," tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebuah akhbar harian semalam membuat berita sensasi apabila menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik".

Ekoran itu timbul kekeliruan di kalangan orang ramai apakah sikap sebenar PAS dalam isu penggunaan biometrik dalam pilihan raya umum akan datang kerana pemimpin lain PAS memaklumkan parti itu menolak penggunaan biometrik.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sistem biometrik terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media bersama pimpinan PAS yang lain menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.

Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.

Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS yang diadakan semalam.

Apa yang dikatakan oleh Nik Aziz sebenarnya bukanlah sebagaimana yang disimpulkan oleh akhbar harian berkenaan.

Wartawan Harakahdaily, Rizal Tahir, di Kota Bharu melaporkan Tuan Guru Nik Aziz PAS hanya akan membuat keputusan menyokong atau sebaliknya berhubung biometrik selepas diberi penerangan berhubung perlaksanaan perkara itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, walaupun tidak menafikan hanya akan menyokong sekiranya perkara itu baik, namun penerangan berhubung perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik yang bakal dilaksanakan oleh SPR dalam pilihan raya umum selepas merasmikan pelan halatuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Nota :

Sila lihat klip video ini...
Tengok biae sampai faham...
Kalau Tak Faham...tengok lagi dan lagi...
Kah...kah...kah...


Satu Lagi Konspirasi....!!


FACEBOOK PERDANA MENTERI DISERANG KOMEN BERUNSUR FITNAH -UM

KUALA LUMPUR 26 Julai - Laman sosial Facebook Najib Razak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab hari ini yang mengeluarkan komen-komen negatif memburukkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Segala komen berunsur fitnah dan maki-hamun terhadap Najib itu dikesan mula dimuat turun ke status Facebook beliau sejak pukul 7 pagi ini dan semakin bertambah sehingga kini.

Mereka yang membuat 'serangan' melalui laman sosial ini dipercayai berpura-pura menjadi peminat beliau sebelum mengambil kesempatan mengeluarkan komen buruk terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Hasil semakan Utusan Malaysia di Facebook mendapati, rata-rata individu yang mengeluarkan komen negatif merupakan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana pada profil mereka terdapat logo Bersih dan warna kuning.

Selain Najib , turut menjadi sasaran kemarahan dan fitnah kumpulan terbabit melalui Facebook itu ialah isteri beliau, Rosmah Mansor; Hishammuddin Hussein;

Mereka turut memuat turun video dan gambar yang didakwa memperlihatkan perbuatan salah laku Rosmah dan Hishammuddin serta individu-individu yang kononnya menjadi mangsa aniaya kerajaan seperti wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu; Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas banduan, A. Kugan.

Melalui Facebook tersebut ialah mereka membuat desakan meminta Najib dan Hishammuddin meletak jawatan.

Najib dan isteri turut difitnah terlibat dalam pelbagai skandal seperti isu pembelian kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan cincin berlian berharga RM24 juta.

Lebih kurang ajar ada yang menulis komen menggunakan bahasa kesat.

Perdana Menteri membuka akaun Twitter dan rakan Facebook beliau bagi memastikan peminat, rakan dan lain-lain peminat Internet berhubung dengannya seperti biasa.
Beliau juga sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan Facebooknya

NOTA:

baca berita ini sekali lagi
baca sekali lagi dan lagi dan lagi

sekali imbas berita ini seperti menyokong najib
sekali baca berita ini cuba mempertahankan najib

baca sekali lagi
baca perlahan lahan

faham? sedar? dah nampak?

berita ini adalah berita anti najib
ini adalah tanda bahawa satu gerakan anti najib telah disusun
ini adalah sebahagian dari strateji anti najib

tak faham?

lihat apa yang dibocorkan dalam berita ini?
lihat dan baca..baca dan baca

dengan menggunakan isu facebook ini
utusan telah memberitahu mak cik felda dan pak cik felda
bahawa anak anak muda dan ramai rakyat tak suka pada najib

dengan menggunakan isu facebook ini
secara sedar utusan telah melaporkan:
Segala komen berunsur fitnah dan maki-hamun terhadap Najib itu dikesan mula dimuat turun ke status Facebook beliau sejak pukul 7 pagi ini dan semakin bertambah sehingga kini.

ini bermakna utusan mahu rakyat tahu bahawa najib tidak mendapat sokongan

tidak cukup dengan ini
dilaporakn juga tentang jenayah najib:
Najib dan isteri turut difitnah terlibat dalam pelbagai skandal seperti isu pembelian kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan cincin berlian berharga RM24 juta

dalam serangan ini kelihatan kerajaan hari ini
adalah kerajaan anak beranak
kalau Dollah dahulu kerajaan ayah dan menantu
kali ini adalah kerajaan bini dan sepupu


jelas utusan TIDAK menyokong najib


tak percaya?

berita ini adalah kali pertama
berita cincin berlian rosmah keluar dalam akhbar arus perdana
walau pun caranya seolah olah cuba mempertahkan rosmah
tetapi ini untuk memberitahu bahawa memang betul rosmah ada
membeli cincin intan berlian 24 juta riingit

berita cincin rosmah ini telah tersebat luas
tetapi tidak ada media yang berani usik
hanya melalui isu facebook ini
utusan telah menimbulkan isu cincin 24 juta ringgit

APA SEBENARNYA

apa yang berlaku ialah najib razak sedang diasak untuk ditendang
siapa yang mengasak?
3M sedang mengasak najib razak

kalau dulu dolah ada 3K
kalimulah, khairy dan kak endon
kali ini yang akan menendang najib ke tepi lonkang ialah 3M

SIAPA 3M..? Madey...Mukhriz dan Muhyidin

3M ini sedang merancang

kenapa?

madey benci pada najib kerana najib di pau oleh lee kuan ye
madey benci pada najib kerna najib di kontrol oleh rosmah

tak caya?

sila tanya
kenapa madey tak komen tentang bersih?
kah kah kah

justeru utusan telah mengambil kesempatan melalui isu facebook ini
untuk memberitahu bahawa:

- rosmah ada cincin 24 juta ringgit
- najib terlibat dengan kews bunuh altantuya
- najib terlibat dalam kes beli kapal selam
- najib terlibat dalam merembat tanah tudm

tak percaya lagi!

pergi lanchow laa
kah kah kah

Sila tanya Muhyidin...
sudah kah dia membuat baju melayu baru
untuk jumpa agong
kah kah kah

Apa Khabar Orang Sabah...??


BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM

Akhirnya, tembelang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, (gambar bawah) yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender KKLW dan Shafie Apdal menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat laporan susulan.

“Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah,” ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?’ bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.

Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; “Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta.

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan.

Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu.

Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni.

Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”

Bilakah Agaknya Orang Melayu Nak Sedar...??


IC KLON ANCAM KESELAMTAN NEGARA – HD

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.

Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.

NOTA:

bila agaknya
orang melayu yang menyokong gerombolan akan sedar
kenapa mereka tidak sedar sedar
bahawa malapetaka telah menimpa negara ini

bila kah mereka akan sedar?
bila mereka akan mula berfikir dan bertanya?
apa sudah jadi pada negara ini?

Woiiit...Diamlah Najib...!!


--------------------------------------------------
woit... MANA DIA SI ADNAN YAAKOB MB PAHANG...

kah kah kah...KATA NAK BUAT FACEBOOK SOKONG NAJIB...

kah kah kagh...KATA ADA 3 JUTA AHLI UMNO AKAN MASUK...

kah kah kah.....AIMAN TAK KISAH...CUMA PUAS DAH TUNGGU..TAPI FB TAK MUNCUL JUGA..

KENYATAAN MEDIA


SISTEM BIOMETRIK: TERLALU MAHAL, TIADA MEKANISME TIMBANG TARA, TERLALU LAMA UNTUK DILAKSANAKAN

Mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat, kami mengalu-alukan penyataan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang kali memang wujud dalam amalan pilihanraya di negara ini. Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai BERSIH2.0.

Maka, kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud.

Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrik yang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem. Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.

Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13.

Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderongan pengundi keluar mengundi.

Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama. Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi.

Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH2.0.

SPR wajib kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat.

Dikeluarakan bagi pihak seketeriat Pakatan Rakyat
Wakil-wakil parti:

YB Hatta Ramli
Ketua Pengarah pilihanraya
Parti Islam SeMalaysia

YB Liew Chin Tong
Setiausaha Antarabanga
Parti Tindakan Demokratik

Saudara Rafizi Ramli
Pengarah Strategi
Parti Keadilan Rakyat

27 Julai 2011

Muhyidin Bakal PM Malaysia Yang Baru...!!


WAKIL RAKYAT BN SEDIA PENUHI SARANAN TPM – BH

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta bekerja lebih keras dan menemui rakyat sekerap mungkin untuk menerangkan projek pembangunan yang dilakukan kerajaan seolah-olah pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini.

Arahan itu diberikan Muhyiddin Yassin, bagi memastikan jentera BN sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum tidak kira sama ada diadakan tahun ini atau tahun depan.

Isu utama yang ditekankan Muhyiddin adalah memastikan perpaduan di kalangan parti komponen BN serta mengelak berlakunya pertelagahan atau sengketa berebut jawatan.

NOTA:

Faham tak apa maknanya berita ini?

Muhyidin telah berkata :
pilihanraya akan diadalan dalam masa beberapa bulan

faham tak makna kenyataan ini?

Muhyidin sering bercakap tentang piliharaya
apa maknanya?

maknanya:
ini adalah tekanan dari Muhyidin untuk Najib
Muhyidin sedar bahawa sekarang ini Najib sedang gelabah
Muhyidin sedar bahawa Najib kelihantan seolah hilang punca
Muhyidin kini sedang merancang

justeru Itu :
jika pilihanraya di adakan awal
maka leher Najib akan dicantas
sama seperti nasib Dollah Badawi
ini kerana mood rakyat sekarang ini memang amat benci kepada Najib...

justeru, Muhyidin akan menggunakan jalan yang sama untuk menekan Najib
inilah maknanya berita ini

tak percaya?

cuba lihat arkib berita
ada terjumpa Najib bercakap tentang pilihanraya
yang sibuk hendak pilihanray hanyalah Muhyidin saja...

tak percaya?

tanya pada ku li
kenapa pada ku li
tetiba saja tubuh AMANAH
siapa dah pecah amanah..??

Jika Pilihanraya Boleh Mengubah Apa-Apa...Dah Lama Ia Di Haramkan...!!


SPR TIADA KUASA UBAH SISTEM PEMILIHAN; WAN AHMAD - MStar

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa mutlak bagi melakukan proses reformasi terhadap sistem pilihan raya sedia ada di negara ini.

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berkata, kuasa berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan ketika ini.

"Untuk melakukan perubahan dalam sistem pilihan raya ia bukan perkara mudah kerana perlu melalui beberapa proses kerana ia melibatkan satu dasar yang besar.

"Tugas SPR hanya melaksanakan proses pilihan raya, sebaliknya pihak kerajaan yang memerintah pada hari ini mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan dan pembaharuan terhadap sesuatu sistem sedia ada," katanya pada majlis Wacana Ilmiah anjuran akhbar Sinar Harian di sini, Selasa.

Nota:

EMPAT TUNTUAN AWAL BERSIH:
1 – hapuskan undi pos
2 – guna dakwat kekal
3 – bersihkan senarai nama pengundi
4 – panjangkan masa berkempen dari 8 hari ke 21 hari

perhatikan 4 tuntutan ini tidak memerlukan parlimen
ini jatuh ke dalam bidang kuasa spr

jika ini tidak dapat dilakukan maka jelas
piliharaya yang akan datang pakatan akan menang
tetapi kalah kerana di tipu

dari suasana politik hari ini
jelas menunjukkan bahawa rakyat malaysia
mahu berubah dan menolak barisan nasional

tetapi awas!

jika barisan nasioanl masih juga menang
maka jelas ini adalah satu penipuan!

Keputusan PRU 13 Adalah Untuk PR..Tapi BN Yang Menang Kerana Penipuan...!!


PAS MAHU SPR GUNA DAKWAT KEKAL , BUKANNYA BIOMETRIC - MI

PAS berpendirian bahawa Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) wajar menggunakan dakwat kekal berbanding sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya berpendirian bahawa penggunaan sistem biometrik bukan penyelesaian terbaik mengatasi isu pengundi hantu.

“PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya semalam.

“Begitu juga pendaftaran pemilih secara automatik,” kata Ahli Parlimen Marang ini sambil menambah, “kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik.”

Kedua-duanya merupakan antara isu yang menjadi tuntutan Bersih 2.0.

NOTA:

mari memahami sejarah dakwat kekal
pengunaan dakwat kekal ini
telah ditolak 4 hari sebelum
buang undi pada tahun 2008

ini kerana jika dakwat kekal
telah digunkan pada 8 March 2008 lalu
malaysia kini bukan lagi dalam malapetaka

pilihanraya yang akan datang pakatan rakyat akan menang
jika TIDAK menang ertinya rakyat malaysia telah ditipu

penipuan ini sedangh dirancang!
biometrik ini adalah rancangahn licik untuk menipu
biometrik ini akan digunakan untuk memastikan BN menang

telah jelas warga malaysia anak semua bangsa mahu perubahan
telah jelas anak semua bangsa telah berani menolak BN
telah jelas anak semua bangsa mahu pentabiran baru
telah jelas anak semua bangsa tidak mahu pm yang terlibat dalam kes bunuh
telah jelas anak smeua bangsa tidak mahu pm yang kena pau oleh singapura
telah jelas anak semua bangsa tidak mahu memteri perogol amah

tetapi awas!

ada perancangan sulit
ada perancangan jahat
ada perancangan untuk menipu

biometrik ini hanya satu dari rancangan menipu ini

1 – indon telah di daftar
2 – bangla telah didaftar
3 – myamar telah didaftr

bukan kah jelas disini
ada kaitan antara pendaftaran biometrik pendatang haram
dengan biometrik yang akan digunakan untuk mengundi?

jangan jadi bangang
inilah caranya untuk memastikan BN terus berkuasa
jelas: kalau pilihanraya tidak dimenangi oleh BN
maka pilihanraya telah lama diharamkan