Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 4, 2011

Berikan Pandangan Yang Jujur - Bolehkah Najib Bertahan..??


UMNO sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam UMNO sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga.

Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam.Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai.

Anoloji ini sedang berlaku di dalam UMNO. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam UMNO itu begitu panas maka UMNO hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan UMO yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi.

Sudah pun berlaku gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Sekumpulan bekas-bekas ahli-ahli Parlimen UMNO sedang berjumpa dan bertemu di antara mereka untuk meminta Najib agar melepaskan jawatan kerana beliau (Najib) sudah tidak lagi mampu meneruskan pimpinan negara dengan baik.

Najib memang telah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun dahulu yang beliau tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Tetapi oleh kerana permainan politik yang memerlukan Najib berada sementara bagi membina kepimpinan pimpinan orang lain untuk persediaan mengambil alih pimpinan negara ini.

Tetapi Najib mengambil kenaikan beliau ketangga yang tinggi ini kerana kecerdasan kepimpinan beliau sendiri dan beliau tidak mahu mempercayai yang beliau sentiasa di dalam pemerhatian pihak lain di dalam UMNO sendiri. Kumpulan ini hanya menunggu Najib menunjukan kesilapannya yang nyata sahaja untuk memberikan sebab untuk menurunkan beliau. Sebenarnya kepimpinan beliau ini merupakan kepimpinan ‘stop gap’ untuk membolehkan orang lain yang masih muda untuk naik mengambil alih kepimpinan negara.

Dalam percaturan ini Khairy menjadi mangsa kumpulan ini kerana jika Khairy menaiki tangga pimpinan yang tinggi Khairy akan menghalang untuk seorang muda yang lain untuk menaiki tangga kepimpinan negara. Konspirasi dalam UMNO ini amat licik. Konspirasi ini memang telah berlaku begitu lama.

Kalau kita ingat Khairy Jamaludin merupakan pemimpin muda yang pada anggapan kumpulan ini akan menghalang seseorang untuk menaikan anak serta ahli keluarga beliau ke takhta kekuasaan negara. Itu sebabnya kempen secara sistematik telah dilakukan untuk menahan kemaraan Khairy dalam politik negara. Berlakulah usaha memomokan benih muda ini dipandangan masyarakat dan ahli UMNO sendiri.Tindakan ini merupakan salah satu dari strategi pihak tertentu untuk menguasai politik UMNO dan negara untuk puak mereka sendiri.

Najib pula merupakan pemimpin yang begitu kontroversial dengan baggage besar yang dibawanya bersama beliau dan ini menjadi isu yang sangat ‘expedient’ bagi kumpulan ini untuk menyahkan Najib dari kepimpinan negara dan menggantikan dengan orang lain yang ada di dalam kepimpinan tertinggi parti. Tentulah pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Muhyiddin Yassin yang bagi kumpulan ini sangat sesuai bagi mencapai cita-cita menaikan ahli keluarganya dalam politik dan kepimpinan negara dalam jangka masa yang singkat ini.

Tetapi masalah yang paling besar ialah UMNO sudah lumpuh dari segi pembinaan kepimpinan kerana parti ini sudah terlalu lama di abaikan tentang pembinaan kepimpinan. Pucuk pimpinan yang ingin berkuasa terlalu lama menyebabkan beliau bertindak untuk mengambil pemimpin secara tangkap muat asalkan sahaja memberikan ketaat setiaan mereka kepada pucuk pimpinan yang ingin berkuasa dengan lama.

Hasilnya sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa di kalangan pimpinan atasan yang mungkin mampu untuk mengetuai kerajaan melalu parti UMNO ini. Setiap pengganti akan lebih lemah dari pimpinan yang di ambil alih itu. Ramai orang termasuk blog ini telah selalu mengatakan Abdullah akan lebih lemah kepimpinan dari Dr Mahathir dan sesiapa juga yang mengambil alih Abdullah sudah pasti akan lebih lemah dari beliau (Pak Lah).

Sekarang ini jika di alih kepimpinan secara lazim yang kita lakukan orangnya ialah Muhyiddin. Muhyiddin akan membuktikan yang beliau adalah lebih lemah dari Najib dalam masa hanya setahun sahaja. Ini bukan salah Muhyiddin tetapi beliau terpilih di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti yang sudah terlalu ketandusan kepimpinan. Segala ‘budding leaders’ telah di ketepikan di zaman Dr Mahathir dan tidak timbul-timbul lagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘viable’ kalau kita mencari bakat dari mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.

Menyampahnya pihak-pihak yang tertentu dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, masa sudah tiada untuk menghiburkan sesiapa kerana negara kita sekarang di ambang kehancuran politiknya. Saya bersedia menerima apa-apa juga kritikan, namun kebenaran tentang apa yang saya telah tulis dalam blog ini sudah banyak menunjukan kebenarannya. Kita bukan memberikan pandangan berdasarkan kepandaian, hanya memberikan pandangan melalui pengalaman yang pernah kita lalui selama ini.

Blog ini sekarang ingin menelah. Jika Najib di ambil alih oleh Muhyiddin keadaan yang serupa akan berlaku kerana Muhyiddin dan Najib merupakan dua manusia pemimpin yang datang dari kumpulan yang mempunyai budaya politik dan pimpinan yang sama. Keadaan ini akan berulang dan kepentingan saya hanya satu; iaitu untuk membuktikan yang pandangan saya yang selalu mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak akan membuahkan kebenarannya.

Saya selalu memberikan pandangan, yang kita terpaksa memulakan politik yang baru dan kita bermula dari garisan permulaan seperti yang di lakukan oleh YTM Tunku Abd Rahman dahulu. Untuk memulakannya ianya mesti di lakukan oleh pemimpin yang luar dari pimpinan Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini kerana yang ada pada hari ini semuanya merupakan penyumbang besar kepada keadaan kucar kacir yang negara sedang hadapi sekarang.

Saya selalu memberikan pandangan yang menjadi kemarahan ramai. Salah satunya ialah pandangan saya yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling besar ialah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan yang paling hampir dengan diri beliau sendiri.

Oleh kerana negara kita memilih jawatan Perdana Menteri secara convention, iaitu Presiden UMNO secara automatic menjadi PM itu, maka masing-masing dalam UMNO terutamanya di keliling Najib yang terhampir itu secara licik melakukan permainan politik kotor terhadap beliau sendiri. Ada orang yang sekarang ini seperti anjing nampak tulang…..air lior meleleh melihat jawatan yang si Najib pegang sekarang.

Tetapi Najib seperti yang saya sebutkan selalu, Najib sendiri mempunyai kelemahan yang payah untuk diperbaiki. Nama Najib telah dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini juga adalah di atas galakan dan permainan politik manusia di sekeliling beliau (Najib) sendiri.

Bak kata seorang yang bergiat di dalam UMNO, ‘nasib lu lah Najib’.

Ketuanan Tentera di Turki Dah Berakhir...Ketuanan Melayu Bila Lagi...??


PELETAKAN jawatan secara serentak empat jeneral paling kanan tentera Turki menandakan berakhirnya era kekuasaan tentera yang sebelum ini terbabit menjatuhkan empat kerajaan negara itu menerusi rampasan kuasa.

Ia juga secara tidak langsung mungkin menamatkan peranan mereka dalam politik Turki, kata penganalisis.

“Golongan lama dalam tentera sudah menyerah kalah,” kata penganalisis, Ahmet Insel, pengarang bersama buku mengenai peranan tentera Turki dalam politik.

“Ia titik perubahan dalam hubungan antara tentera dan politik,” kata Ketua Pengarang akhbar Hurriyet, Murat Yetkin. Beliau bagaimanapun berkata, adalah terlalu awal untuk mengisytiharkan berakhirnya peranan tentera dalam politik.

Seluruh pegawai pemerintah tertinggi tentera Turki, negara anggota Nato, meletak jawatan Jumaat lalu kerana pertikaian dengan kerajaan berhubung pegawai yang dipenjara kerana dituduh terbabit dalam cubaan rampasan kuasa, episod terbaru dalam pergeseran antara tentera yang mahu mempertahankan dasar sekular dengan kerajaan yang berasaskan fahaman Islam.

Ketua Turus, Isik Kosaner dan panglima tentera darat, udara dan laut, berhenti serentak.

Kosaner meletak jawatan selepas beberapa kali mesyuarat dengan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan menjelang persidangan pegawai tertinggi tentera yang dijadual pada bulan ini untuk memutuskan kenaikan pangkat pegawai kanan.

Media melaporkan, ketegangan antara tentera dengan Erdogan berpunca daripada tuntutan pasukan itu untuk kenaikan pangkat puluhan pegawai yang ditahan dalam siasatan berhubung tuduhan cuba menggulingkan kerajaan yang diketuai Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), kumpulan serpihan kecil daripada pergerakan Islam yang diharamkan.

Kira-kira sepersepuluh daripada keseluruhan jeneral dalam angkatan tentera Turki berada di penjara kerana didakwa terbabit dalam rancangan menggulingkan kerajaan pada 2003 yang digelar ‘Operasi Sledgehammer.’ Operasi berkenaan dirancang sejurus AKP mula berkuasa.

Suspek berdepan dengan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun meskipun kes itu dicemari dengan kesangsian serius berhubung kesahihan beberapa dokumen yang berkait dengan kes itu.

Dengan meletak jawatan, keempat-empat jeneral itu secara tersirat menerima tuduhan itu berasas.

Ketegangan antara pemimpin politik dan tentera negara itu semakin meningkat sejak beberapa tahun dan penganalisis berkata, AKP, yang memerintah sejak 2002, mungkin bertambah berani dengan kemenangan pada pilihan raya Jun lalu yang menyaksikan parti itu mencapai kemenangan terbaiknya dalam sejarah.

“Peletakan jawatan secara beramai-ramai Jumaat lalu adalah kesan daripada pilihan raya Jun lalu terhadap hubungan antara kerajaan dengan tentera,” kata penulis pojok, DerJya Sazak, dalam akhbar Milliyet Sabtu lalu.

“Krisis itu adalah keputusan yang tidak boleh dielakkan mengenai perebutan kuasa antara tentera dan kerajaan yang berlarutan sejak 2007,” kata Sazak.

Undi Parlimen pada 2007 menyaksikan calon AKP, Abdullah Gul dipilih menjadi presiden meskipun mendapat bantahan keras daripada tentera yang melihat pejabat presiden sebagai jaminan utama terhadap fahaman sekular negara itu.

Sejarah politik Islam Gul dan keengganan isterinya menanggalkan tudung menyebabkan tentera menggunakan pengaruhnya untuk menyekat pemilihan Gul menjadi presiden.

Ia mendorong AKP mengadakan pilihan raya umum mengejut yang menyaksikannya menang dengan peratusan undi lebih banyak, sekali gus membuka jalan kepada kemenangan mudah Gul.

“Kerajaan tidak mahu bekerjasama dengan panglima yang cuba menggantung pemilihan presiden dan dengan mereka yang terbabit dalam cubaan rampasan kuasa. Ia mahu menyingkirkan mereka,” kata Sazak.

Beberapa penganalisis mengalu-alukan peletakan jawatan empat jeneral kanan itu dengan menyifatkannya sebagai pendemokrasian lebih luas negara itu.

“Kejadian rampasan kuasa di Turki sudah hampir berakhir. Turki kini menuju ke arah demokrasi dan hampir menamatkan ketuanan tentera,” kata Ahmet Altan, Ketua Pengarang akhbar Taraf. Akhbar itu yang bertanggungjawab menyiarkan cerita mengenai rancangan rampasan kuasa 2003.

Bagaimanapun, beberapa yang lain masih berhati-hati untuk mengesahkan ketegangan antara kerajaan dengan tentera sudah berakhir. Tentera Turki melakukan rampasan kuasa pada 1960, 1971 dan 1980. Pada 1997, ia mengetuai kempen yang memaksa peletakan jawatan kerajaan parti Islam pertama yang diketuai mentor Erdogan, Necmettin Erbakan.

“Sehingga kes ‘Sledgehammer’ ini yang sudah berlarutan selama beberapa tahun berakhir, hubungan kerajaan dengan tentera akan sentiasa tegang,” kata Sedat Ergin, penulis pojok akhbar Hurriyet.

“Yang menjadi masalah ialah jika pegawai itu didapati tidak bersalah dan dibebaskan,” katanya.

Najib Adalah Liabiliti Kepada BN,,,!!


PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.M/kini

Kenapa Muhyiddin & UMNO WAJIB Singkir Najib...??


Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaan yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.

Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk “Mubarak Model”, apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan “Malaysia’s Najib Must Abandon The Mubarak Model”.

Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.

Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.

Najib berada dalam keadaan “serba tak kena” kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.

Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan system kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.

Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.

Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.

Konspirasi BN Untuk menang Dalam Pilihanraya...!!


PENGUNDI CINA DIDAKWA RAMAI CICIR DARI DAFTAR SPR - MK

PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam.

Setiausahana Mohd Khairuddin Othman berkata, mereka menemui beberapa perkara penting, antaranya RDPT didakwa dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.

"Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru," kata Khairuddin.

Beliau juga mendakwa, rang tersebut juga disalahguna oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Selangor.

Khairuddin juga mendakwa SPR gagal memasukkan nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT, yang kebanyakannya pengundi Cina.

Sementara itu, PAS awal petang tadi mendakwa mengesan 1,100 penduduk PR di Selangor yang dimasukkan ke dalam daftar pemilih layak mengundi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzah berkata, maklumat itu mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NOTA:

selagi undi pos tidak dihapuskan
pakatan tidak akan menang

PRU 13 nanti pakatan mendapat sokongan ramai
tapi tidak akan dapat menaawan puterajaya
ini kerana undi pos akan memnyelamatkan BN

sampai kiamat pun pakatan tak akan menang
jika ada undi pos untuk BN

rancangan licik sendang disusun
dari awal lagi blog ini telah memberitahu
bahawa mat indon mat bangla mat myamar sedang didaftar
yang kelihatan hari ini ilah bukti bukti saheh

persoalan?

apa yang wajib dilakukan untuk dapat mengalahkan
rancangan melahirkan pengundi segera ini?

apa yang harus dilakukan?
apa tindakan patut diambil?
apa langkah untuk melawan kembali?

tahu - memang orang ramai telah tahu
bukti? semua bukti telah di depan mata

apa tindakan seterusnya
ini yang patut di bincangkan

Kantoi Lagi Mantoi....!!


PR JADI WARGANEGARA, KONSPIRASI TERANCANG - HD

Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.

"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.

"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...

"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.

Nota:

tidak ada kesilapan teknikal
ini perancangan licik dan tersusun
kesilapan teknikal ialah teknikal dimana
kes menipu ini ini diketahui umum

rancangan ini termasuk pemutihan pendatang haram
pendatang haram ini didaftarkan agar mereka juga
boleh mengundi

persoalan?

apa langkah pakatan rakyat?
apa tindakan seterusnya?

jeas pru 13 ini pakatan rakyat akan menang
tetapi dengan perancangan ini maka pakatan
akan ditipu

jelas : kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu
maka pilihanraya ini telah diharamkan

Cerita Hairan Bin Ajaib....!!


AHMAD SARBAINI TERJATUH DENGAN TIDAK DISENGAJAKAN - UM

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan tidak disengajakan.

Perkara itu disahkan oleh pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang memberi keterangan dalam perbicaraan inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata, daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata, Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.

Saksi itu berkata, mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. – Tienama

Nota:

ini adalah teori kang kong
teori yang tak lengkap
sekali tibai teori ini hancur

mari kita tanya:
pasal apa arwah ini keluar ikut tingkap?

inilah soalan induk
ini sama seperti kenapa seluar beng hock koyak
walhal beng hock dikatan terjun ke luar tingkap
macam mana sleuar boleh koyak

dalam kes sarbaini
arwah dikatakan keluar dari tingkap pantri
pasal apa?
pasal apa ikut tingkap?
pasal apa tak ikut pintu?

pelik hairan

adakah arwah telah hilang akal?
adalah arwah nak menangkap burung merpati
atau arwah dihumbankan keluar?

From Paris With Love...!!


KEADILAN PERTIMBANG HANTAR PEMERHATI KES SCORPENE - keadilan daily

KEADILAN sedia mempertimbang untuk menghantar wakil pemerhati sepanjang perbicaraan Scorpene di mahkamah terbuka Perancis, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, perkara itu akan ditentukan dalam masa terdekat memandangkan perbicaraan tersebut dijadual bermula pada September depan.

“Keputusan untuk menghantar wakil bagi mengikuti perbicaraan yang bakal berlangsung september ini akan dipertimbangkan. Ianya akan ditentukan dalam masa terdekat dalam bulan puasa ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Sementara itu, beliau menganggap adalah sesuatu yang malang dan amat memalukan bagi negara apabila skandal pembelian Scorpene itu kini dibicarakan di mahkamah Perancis.

NOTA:

Inilah peluang terbaik untuk Muhyidin...
Malaysia Bakal dapat PM yang baru...
Bila kes Najib bakal terburai di paris...
Maka inilah peluang Muhyidin untuk ambil alih pemerintahan Malaysia...
Muhyidin mesti tersenyum lebar bila membaca berita ini...
kah kah kah

Keamanan Negara Tidak Akan Wujud Dengan Penipuan...!!


PELIHARA KEAMANAN NEGARA : ROSMAH - UM

Usaha memelihara keamanan negara tidak harus disandarkan kepada anggota keselamatan semata-mata kerana ia amanah yang perlu digalas dengan jiwa yang kental dan semangat tinggi oleh seluruh rakyat.

Rosmah Mansor berkata, keamanan adalah ‘kemewahan’ yang harus dipelihara dengan apa cara sekalipun kerana setiap pergolakan akan menyebabkan kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik yang akhirnya membawa kesengsaraan kepada rakyat.

NOTA :

lihat gambar di atas....
ini adalah gambar terbaik
posing untuk menunjukkan gelang
cara untuk menunjukkan cincin
cara untuk menunjukkan anting anting

kalau ini orang melayu tak faham
memanglah dah kena nasi kang kang
kah kah kah

nampak? nampak tak?
utusan telah menggunakan perkataan KEMEWAHAN
faham tak?

ini tandanya bahawa
utusan memberi singnal
bahawa kemewahan itu
ialah kemewahan rosmah mansor
kerana itu perkatan kemewahan
di bubuh '.......' ka kah kah