Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jan 6, 2011

Kita Tengok Penyu Telur....!!


Kerajaan Terengganu Beli Itik Dan Angsa Berharga Suku Juta-BO

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu telah membelanjakan hampir suku juta ringgit membeli itik dan angsa demi memnuhi hasrat Menteri Besdar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said.

Sebanyak sebelas jenis itik dan angsa kesemuanya berjumlah 101 ekor telah dibeli oleh kerajaan bernilai RM223, 750 untuk ditempat di Pulau Burung Tasik Kenyir yang dibina dengan kos RM6 juta.

Antara yang termahal adalah ;

1. Whooper Swan, angsa putih dibeli dengan harga RM5,600 seekor (Gambar kanan)
2. Red Brested Goose, sejenis itik dibeli dengan harga RM4,200 seekor ( Gambar bawah)
3. White Swan, angsa putih dibeli dengan RM3,800 seekor
4. Black Swan, angsa hitam dibeli dengan RM3,800 seekor
5. Ashy Headed Goose, sejenis itik, dibeli dengan harga RM3,800 seekor

Jawapan bertulis yang diberikan oleh kerajaan negeri dalam Sidang DUN baru-baru ini bagi menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak.

Persiapan "PAS Ganti UMNO" Berjalan Lancar...


CHUKAI - Persiapan besar-besaran bagi program Kebangkitan Rakyat PAS ganti Umno, Pakatan ganti Barisan yang akan diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai, berjalan cukup lancar

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, PAS Chukai yang diberi amanah untuk menyediakan segala prasarana bagi program 'Mega' tersebut sudah mencapai kemajuan sebanyak 70%.

"Dengan kerjasama semua petugas DUN Chukai, yang bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah, AlhamduliLlah, sehingga kini (semalam) persiapan sudah mencapai 70%,

"InsyaAllah, kita ada lebih kurang seminggu lagi untuk memastikan Dataran Tok Guru akan bersedia menerima kedatangan 20,000 para pejuang, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat enjelang 15 Januari nanti,"ujarnya yakin

Beliau berkata, untuk jamuan rakyat bagi makan tengahari, pihak persiapan memperuntukkan 16 ekor lembu yang akan di 'korbankan' bagi menjamu kehadiran para peserta dan tetamu.

Semakin banyak yang kita mahu laksanakan, katanya, semakin banyak kerja yang kita perlu laksanakan bagi merealisasikan hasrat sekelian rakyat Terengganu, mahu menggantikan Umno dengan PAS dan Barisan Nasiona kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua para penderma dan muhsinin yang ingin menghulurkan sebarang sumbangan agar dapat dapat menghubungi pihak sekretariat program atau kepada pihak DUN Chukai.

Kerajaan Pusat Tidak Menghormati Pilihan Rakyat Selangor


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusanpentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011
..

Jangan Kamu Sekongkol Dengan Kejahatan...!!


Bekas ketua CID: Bukti DNA kes liwat Anwar dipalsu-MK

Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan.

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini.

Salinan surat berkenaan dihantar kepada media hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Mat Zain berkata beliau telah menjelaskan perkara itu dalam suratnya bertarikh 27 Disember tahun lalu kepada ketua polis negara.

Surat sepanjang 13 halaman itu juga telah dihantar kepada perdana menteri dan juga kepada Idrus sendiri, kata Mat Zain dalam surat berkenaan.

“Dalam surat saya itu juga, saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah bertindih.

"Lebih-lebih lagi 'pemain utama' kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata lebam dan pemalsuan DNA adalah sama," katanya lagi.

'Kes mata lebam' itu merujuk insiden ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menumbuk Anwar pada 20 September 1998.

Berdasarkan keterangan dalam inkuiri oleh Suruhanjaya Diraja ke atas insiden itu, Rahim kemudiannya didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mat Zain berkata, tujuan utama surat berkenaan adalah untuk memberitahu Idrus bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan yang mengelirukan di Parlimen berhubung dakwaan tersebut.

"Saya percaya Datuk turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta dan/atau maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau telah dipesongkan.

"Saya juga percaya Datuk turut sedar bahawa peguam negara sama ada sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin atau YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam parlimen," kata Mat Zain lagi.

Nota :

Jangan kamu bersekongkol dengan kejahatan....
Nescaya kamu akan di sambar oleh api neraka...

Kalau kita tengok....
lepas satu-satu pengakuan yang di buat....
semuanya menunjukkan bahawa berlaku konspirasi yang terurus...
Untuk menjatuhkan DS Anwar Ibrahim...

Lepas ni apa pulak agaknya...

UMNO Yang Gila Talak...!!


KSN pertahan pelantikan Khusrin - MK

Dalam satu kenyataan 10 perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjelaskan proses pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) yang baru.

Menurutnya, kerajaan Selangor telahpun dirunding berhubung pelantikan Khusrin itu melalui SUK terdahulu Datuk Ramli Mahmud.

Katanya, rundingan itu dijalankan secara "profesional" dan hanya melibatkan beliau sebagai pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dan juga Ramli.

Menurut Mohd Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat bertarikh 23 November 2010 kepada Ramli memaklumkan bahawa KSN dan JPA telah mengenalpasti dan memperakukan tiga calon untuk dipertimbangkan sebagai calon SUK yang baru.

"Salah seorang daripada tiga calon itu adalah Datuk Mohd Khusrin Munawi," katanya sambil menambah cadangan mereka dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.

Surat tersebut juga, katanya, juga memohon supaya nama mereka dirujuk untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan Selangor.

Beliau berkata, JPA melalui surat bertarikh 3 Disember 2010 kepada SUK ketika itu sekali lagi memperakukan tiga calon yang sama untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan SUK yang baru.

Surat tersebut juga, katanya, memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor yang menurutnya sebagai sebagai satu amalan.

"SUK Selangor ketika itu, melalui surat bertarikh 13 Disember 2010, kepada JPA telah memaklumkan bahawa nama tiga calon itu telahpun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan Baginda telah perkenan supaya Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai SUK yang baru," tegasnya lagi.

Mohd Sidek juga menegaskan bahawa Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan SUK negeri.

Oleh itu, katanya, perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Khusrin bukanlah sesuatu keperluan undang-undang di bawah perlembagaan negeri, tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan sembah takzim.

Di samping itu, tambahnya, Perkara LII, Perlembagaan Negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan SUK dibuat.

Oleh itu, tegas Mohd Sidek, ketiadaan rundingan dalam melantik SUK Selangor tidak menjejaskan pelantikannya.

"Namun begitu mengikut amalan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam mengemukakan cadangan nama-nama kepada kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Negeri sebagai courtesy," tegasnya.

Nota :

Umno masih merasakan yang mereka masih berkuasa di Selangor...
Seumpama orang yang gila talak...
Dah bercerai pun masih dok gila lagi kat bekas isterinya...
Dah lah tu wahai UMNO...
Rakyat selangor dah tahu yang mana kaca yang mana intan...

Kerna Terpaksa....!!


Minta solat hajat, kami dah tak larat, kata Halimah-MK

Kongsi 123Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang, lapor Harakahdaily.

Dr Halimah dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.

Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, kehadiran ereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

Kerajaan negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menyatakan rasa terkilan mereka Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Nota :

Sebagai seorang muslim....
Kita perlulah berserah diri pada Allah....
Mintak supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita...
Amin....Yarabbal alamin...!!