Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 20, 2011

Wahai Penyokong PAS...Tepuk Dada Tanya Iman...!!


Assalamualaikum,

Menjelang PRU, PAS Terengganu yang sudah lama "tidak sihat" perlu bantuan. Bantuan amali bukan bantuan "pak tepak" yang hanya riuh rendah menegur tetapi tidak dapat berjalan untuk buat kerja. Sebahagian pengundi Terengganu yang dilebelkan sudah kelabu hatinya kerana wang ehsan (kesian) perlu dipulihkan. Pengundi hantu yang masih terdapat perlu diusir. Pengundi baru pula perlu diberi kesedaran tentang hak mengundi yang tidak kena mengena dengan dana kerajaan yang diagihkan. Semua perkara ini perlu dilakukan walaupun dalam keadaan PAS Terengganu bermimpi di siang hari atau pemimpin atasannya tidak boleh ditegur. Tetapi siapa yang mahu melakukannya? Siapa boleh beri jawaban?

Yang patut beri jawaban ialah orang orang yang selama ini menjadi "pak tepak". melaung di sana melaung di sini kononnya pemimpin itu begitu, pemimpin ini begini, bermimpi disiang hari tetapi tak buat apa-apa untuk melihat perubahan yang diperlukan. Yang perlu beri jawaban ialah rakyat Terengganu yang mahu melihat perubahan kerajaan, yang mahu melihat Mat Said disingkirkan, yang mahu melihat UMNO dilenyapkan kerana kezaliman dan kerakusan mereka merompak wang rakyat.

Umumnya masalah utama pola pengundian Terengganu ialah:

pengundi miskin yang diumpan dan diugut dengan bantuan dari wang rakyat
pengundi hantu yang masih ramai merayau dalam daftar undi yang antaranya mungkin merupakan pendatang asing
pengundi baru yang menerima dana remaja dari wang rakyat
Jadi apa saranan yang boleh dibuat? Apakah hanya menuding jari kepada pemimpin mampu membantu? Sementara kepada rakyat yang duduk di luar PAS, apakah hanya mengkritik ketidakupayaan PAS menangani masalah ini sudah memadai?

Pola yang terjadi di dalam jemaah PAS pula kelihatan ada ahli PAS yang mula tidak aktif ke rana menyertai jemaah lain seperti IFTAH, ISMA dan CAKNA ANAK YATIM.Perkara ini menyebabkan bilik gerakan yang ditubuhkan gagal berfungsi dengan baik kerana ketiadaan kerjasama dari kalangan ahli yang pula disebabkan kekurangan tenaga kerja .Begitu juga ada kalangan ustaz ustaz JKOF yang enggan aktif kerana takut ditekan oleh UMNO. Akibatnya ramai dari mereka cuma bergerak secara sembunyi sembunyi yang pada skillnya tidak memadai untuk membantu kerja kerja politik yang perlu dilakukan untuk mengatasi kelebihan UMNO.

Kerja kerja politik yang dimaksudkan ialah kerja kerja yang digariskan di atas iaitu mencari dan memberi kesedaran kepada penerima bantuan UMNO, mencari dan menghapuskan hantu hantu yang masih ada di daftar undi dan mencari pengundi baru untuk ditarbiyahkan dengan tarbiyah yang sepatutnya. Inilah kerja-kerja yang masih gagal dilakukan secara berkesan oelh PAS Terengganu yang antara sebabnya kerana pemimpin seperti yang didakwa dan kekurangan ahli untuk melakukan kerja.

Barang diingat kerja-kerja ini merupakan kerja-kerja mencegah kemungkaran kerana secara jelas apa yang dibuat oleh UMNO adalah satu kemungkaran dalam erti kata menyeleweng wang rakyat untuk kepentingan politik mereka. Oleh itu kerja-kerja ini merupakan sebahagian yang dituntut agama dan ianya menjadi tanggungjawab kepada semua orang ISLAM bukan sahaja oleh ahli PAS. Oleh itu mengkritik dan membebankan tanggungjawab ini kepada PAS semata mata merupakan satu kesilapan bagi setiap orang ISLAM.

Untuk makluman, PERANTAU iaitu persatuan anak anak Terengganu di perantauan telah tampil untuk membantu PAS Terengganu dengan satu assigment yang sedang mereka usahakan. Bagaimana pula anak anak Terengganu yang tidak merantau ?Nak jadi "pak tepak" sahaja?