Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 31, 2012

Berita Baru Masyuukkk.....Baik Punya....!!


BERSIH 3 DIADAKAN JIKA DAFTAR PEMILIH TIDAK DIBERSIHKAN - keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata demonstrasi Bersih 3 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan melaksanakan tuntutan reformasi pilihan raya.

Beliau membidas SPR yang dilihat kurang serius membersihkan daftar pengundi walaupun pemeriksaan Institut Sistem Mikroelektronik Berhad (MIMOS) menemui pelbagai kejanggalan di dalamnya.

“Terlalu banyak kes apabila lebih seratus pengundi berkongsi satu alamat sama, dan ia melibatkan seramai 78,000 nama pengundi.

“Bagaimana dengan kes yang melibatkan 80 dan 90 pengundi dengan alamat yang sama? Kita dimaklumkan kes paling kerap adalah 20 hingga 30 nama dalam satu alamat,” jelasnya.

Anwar membandingkan situasi ini dengan situasi di India, apabila tidak wujud pengundi hantu di sana kerana pegawai pilihan raya yang cekap dan komited menjalankan tugas.

“Saya bertemu bekas Pengarah Pilihan Raya India, dan beliau memaklumkan tiga bulan menjelang pilihan raya, kerja mereka hanya membersihkan daftar pengundi.

“Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada? Kecuali Bersih 3,” tegasnya.

Beliau berucap semalam dalam program di kediamannya, yang mengumpulkan beberapa bekas pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), antaranya ialah Profesor Dr Razali Nawawi, Dr Muhammad Nur Manuty dan Idris Jauzi.

Ia dianjurkan secara bersiri oleh rakan-rakan lama Anwar – bertujuan menerangkan peribadi dan perjuangan Anwar yang diserang hebat oleh Nallakarupan dan Zulkifli Nordin dengan bantuan media Umno BN.

Program Menghasut Di Sana-Sini....!!


SAMM JELAJAH MALAYSIA SUSUN KOMRAD MUDA SEBELUM PILIHANRAYA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) seperti yang anda kenali adalah sebuah gerakan radikal anak muda yang mendapat sambutan besar dari golongan muda dan juga yang berjiwa muda. Sedia maklum, SAMM bukanlah front kepada mana-mana parti politik tetapi menjadi front kepada rakyat terbanyak. Itulah resam anak muda, pertahan rakyat dan lindungi tanahair dari dijahanamkan oleh regim tidak bertanggungjawab.

Sejak sekian lama tanahair kita telah dikhianati dan perubahan total diperlukan untuk mengubah sistem korup. Perubahan hanya boleh dilakukan selepas regim pewaris penjajah ini dijatuhkan. Jesteru itu sedaya upaya usaha menjatuhkan regim menjadi tumpuan utama SAMM buat masa ini.

Ketika ini, ribuan anak muda kini sudah berjuang dalam kerangka SAMM samada secara terang di medan lapangan mahupun bersolidar melalui rangkaian media sosial. Dari jumlah ribuan itu, ratusan operator terlatih SAMM sedang bergerak hebat di seluruh negara dalam pelbagai aksi yang disusun rapi. Antara program yang dilaksanakan oleh komrad operator SAMM termasuklah menganjurkan program rakyat seperti bantuan kepada rakyat susah, program ceramah penerangan, pengedaran maklumat secara konprehensif dan juga program-program anak muda seperti konsert dan aktiviti konvoi rakyat.

Dalam aspek menumbangkan sebuah regim, SAMM terlibat dalam mengedarkan 100ribu DVD kesedaran beserta dengan risalah kesedaran seperti Risalah Cincin Puaka. Pelbagai risalah di peringkat negeri dan nasional telah diterbitkan SAMM demi menumbangkan regim. SAMM juga telah menerbitkan beberapa judul buku yang mendedahkan konspirasi melibatkan kepimpinan tertinggi negara. SAMM juga telah acap kali menggegar parlimen dengan pendedahan yang mencelikkan minda rakyat.

SAMM juga terlibat secara langsung mengaktifkan semula slogan Asalkan Bukan Umno yang menjadi senjata penting menghadapi PRU-13. Roadshow ABU fasa pertama telah berjaya dilancarkan di 18 venue seluruh negara walaupun beberapa venue diganggu oleh regim yang terdesak.

Pada 17 - 18 Mac yang lepas telah diadakan Rapat Kebangsaan kali ke 3 SAMM yang mengumpulkan penggerak SAMM dari seluruh negara. Beberapa keputusan telah dicapai. SAMM telah bersepakat mengenai peranan yang harus dilakukan sebelum, ketika dan selepas pilihanraya. SAMM juga bersedia untuk mobilisasi besar rakyat khususnya dalam menangani pencabulan demokrasi dan penipuan pilihanraya. Untuk mempeturunkan 'pedoman' dari rapat tersebut maka satu siri jelajah akan diadakan ke seluruh negara. Siri jelajah akan diadakan dalam bentuk aktiviti pertemuan dalaman dan ceramah umum.

Pertemuan-pertemuan (seperti dalam jadual di bawah) ini sangat penting dan wajib dihadiri oleh semua komrad berdaftar. Perbincangan serius peranan SAMM Pra-PRU13 dan juga Pasca-PRU13, iaitu detik paling kritikal yang menyaksikan bagaimana kerajaan berusia 55 tahun tumbang. Pertemuan dalam Jelajah Anak Muda SAMM Juga akan turut membincangkan aksi dan strategi SAMM dalam demo terbesar tanahair iaitu BERSIH 3.0.

Berikut adalah jadual Jelajah Anak Muda SAMM, dan komrad sekalian diwajibkan untuk luang masa dalam pertemuan tertutup seperti yang diatur;

10 April (5.30 ptg) JOHOR
12 April (5.30 ptg) KEDAH & PERLIS
13 April (5.30 ptg) P.PINANG
15 April : (5.30 ptg) WPKL & SELANGOR
16 April : (6.00 ptg) MELAKA
19 April : (6.00 ptg) PERAK
21 April (9.30 pg) N.SEMBILAN
3 Mei (6.00 ptg) TERENGGANU & PAHANG
5 Mei (3.00 ptg) KELANTAN


Maklumat mengenai lokasi pertemuan akan dimaklum melalui hebahan email dan sms. Kepada yang belum berdaftar keanggotaan sila daftar segera, inilah wadah untuk berjuang tanpa kongkongan dan limitasi kepartian. Kita anak muda, buat cara anak muda!

Sekarang tiba masanya untuk SAMM jelajah pusing ke seluruh negara untuk pertemuan secara tertutup dengan komrad-komrad baru yang telah mendaftar keanggotaan di alamat portal http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/ .

Penyelaras-penyelaras negeri akan berhubung dengan semua komrad untuk menjayakan Jelajah Anak Muda SAMM kali ini. InsyaAllah kita akan menjurus ke fasa seterusnya iaitu fasa latihan komprehensif menjadi pejuang rakyat yang berkualiti.

Pada tarikh tersebut juga akan diadakan ceramah umum bagi menerangkan kepada rakyat untuk bersedia menyertai mobilisasi terbesar rakyat berdepan dengan pencabulan demokrasi.

"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
edyesdotcom@gmail.com

Hari-Hari Akhir Buat PM Malaysia....!!


PEGUAM DAPAT BACA KERTAS LAPORAN MAHKAMAH PERANCHIS - MK

Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya.

"Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini.

Nota :

masa yang tepat
kes ini dibuka di paris

ini satu kejayaaan
ini tanda bahawa inilah
hari hari akhir saekor najib

semua akan terbongkar
semua akan di ketahui

siapa dalam kapal terbang bersama altantuya
dimana najib dan razak bertemu altantuya
di restoran masa mereka berdiner
semua ada dalam kertas laporan ini

kelamarin dijamuan makan malam persatuan wartawan
najib berkata yang akan ada undang undang baru
untuk mengawal alam siber
sebenarnya ini bertujuan untuk menutup
kes kapal selam yang sesdang bermula di paris

tapi semua terlambat
maklumat telah ada
hanya menunggu masa
untuk meletup

persoalan
siap beri arahan
untuk azilah dan sirul

mereka kata di mahkamah
mereka di upah

siapa upah mereka?

kenapa hakim tak tanya
siapa upah sirul dan azilah

Mari Kita Ke Jalanraya Sebelum Pilihanraya.....!!


Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka-MK

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang (kanan) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.

Kenapa....?? Kamu Takut Yeee....!!!


PTPTN: Kenapa demo, undi sudahlah, kata menteri-MK

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin supaya mahasiswa yang menyokong pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak mengambil jalan lain selain peti undi.

Beliau mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14 April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pembangkang sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar.

Nota :

Ya, benar sekali. Rakyat wajib naikkan PR demi memansuhkan PTPTN. Kita gulingkan saja kerajaan UMNO/BN yang zalim itu.

Undilah PAS....Selamatkan Malaysia....!!


DUNGUN – Ramai bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dinegara ini dan menyelamatkan negara ini dari pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan satu petemuan diantara beliau dengan tokoh-tokoh Umno telah diadakan pada Selasa 27 Mac 2012.

Sebelum itu menurut Ustaz Hadi, beliau turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai-pegawai Tinggi Polis dan Tentera.

“Alhamdulillah, dua tiga bulan lepas, saya dikunjungi oleh bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, Ketua Setiausaha Kementerian bukan sebarangan orang bertemu dengan saya,

“diantaranya Jeneral-jeneral yang bersara, bekas Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,

“baru petang kelmarin saya berjumpa dengan tokoh-tokoh Umno, (mereka mahu) perubahan perlu dibuat untuk selamatkan negara ini, selamatkan sungguh-sungguh!,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, pada Rabu 28 Mac.

Menurutnya, tokoh-tokoh Umno dari negeri Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor yang pernah menjadi Menteri dan Exco negeri, berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno.

Ustaz Hadi berkata, mereka memaklumkan, yang menguasai masyarakat kampung adalah di kalangan dua, tiga puluh orang Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua-ketua Cawangan Umno dan imam-imam masjid yang mereka lantik.

“Terus terang mereka mengatakan pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan Tok-tok Imam yang mereka lantik,

“20, 30 orang sahaja yang menguasai berates-ratus pengundi, rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya,

Menurutnya, angin perubahan politk negara juga dirasai oleh kalangan para aktivis persatuan dan NGO serta para seniman.

Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli dan penyokong PAS supaya dapat memberikan perhatian kepada perkara tersebut demi menyelamatkan orang-orang Melayu khususnya.

Katanya, perubahan perlu dibuat supaya Terengganu kembali kepada pemerintahan PAS kerana kerajaan PAS pada tahun 1999 hingga 2004, telah membuktikan bahawa PAS boleh memerintah.

Turut berucap dalam Majlis tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Indon Akan Menangkan UMNO/BN Dalam PRU 13....!!!


SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.

Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.

Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.

Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi.

Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.

Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.

Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.

Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya.

Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.

Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.

Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.

Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.

Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.

Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.

Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.

Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.

Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta

Sallahudin Ayub Akan Bertanding Di Johor...!!


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akhirnya mengesahkan hasrat mahu bertanding di Johor, kampung halamannya, dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.

"Saya tiada masalah jika pucuk kepimpinan parti sedia beri laluan di kerusi-kerusi yang saya sebutkan tadi," katanya kini yang bertugas sebagai anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau mengumumkan perkara itu hari ini dalam pertemuan denagn beberapa media terpilih dan penulis blog di sebuah hotel di Skudai hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman.

Mar 29, 2012

Mari Kite Pakat Gi Ramai-Ramai....!!


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Lebih 10,000 tandatangan peneroka membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya esok.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyerahan tandatangan dan memorandum bantahan akan dimulakan dengan perarakan dari Masjid Putrajaya selepas solat Jumaat.

"Saya mewakili Anak menyeru semua rakyat khususnya warga Felda agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan esok.

"Kita akan berarak kira-kira dua kilometer dan berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri sebelum menyerahkan tandangan dan memorandum bantahan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Memorandum yang akan diserahkan esok antaranya menggariskan mengenai keburukan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada peneroka, termasuk kehilangan tanah mereka.

Sementara itu, Mazlan mengingatkan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan agar menghentikan sebarang kenyataan membelakangkan keputusan mahkamah.

Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan diadakan pada 12 April.

"Saya minta Ahmad Maslan bersabar dan tunggu keputusan mahkamah mengenai permohonan injunksi peneroka pada 2 April ini.

"Kita belum tahu keputusan mahkamah berpihak kepada Felda atau peneroka. Jadi beliau sepatutnya tunggu selepas 2 April untuk buat kenyataan," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuantan akan membuat keputusan berhubung permohonan injunksi lapan pemegang saham KPF bagi menghalang KPF melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH.

Tak Mustahil Himpunan JOM 100 Akan Bertukar Kepada BERSIH 3.0....!!


Kerajaan yang tentukan sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya- MerdekaReview

"Sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya, ia ditentukan kerajaan." Demikianlah kata-kata daripada sumber maklumat yang dihubungi MerdekaReview. Beliau menjelaskan bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil kira sikap kerajaan, sebelum menentukan sama ada untuk mengadakan perhimpunan atau tidak.

Semalam, ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 telah bermesyuarat untuk membincangkan persediaan kempen "JOM100 untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihanraya ke-13". Seandainya kerajaan enggan menunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebelum PRU 13 diadakan, maka kerja persediaan "JOM 100" ini bakal ditukar menjadi persediaan perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut sumber maklumat, seandainya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak mencadangkan dalam laporannya, lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk dilaksana sebelum PRU 13; atau kerajaan memberi reaksi yang negatif, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0.

"Jikalau PSC mengecewakan orang ramai, maka kerja persediaan akan ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0," kata sumber.

Seandainya reaksi negatif diberikan PSC atau kerajaan, maka perhimpunan BERSIH 3.0 dijangka berlangsung pada akhir April tahun ini. Sebelum ini, tersebar khabar di ruang internet bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bakal dijalankan pada 28 April, namun ahli jawatankuasa BERSIH menafikan bahawa tarikh perhimpunan telah ditetapkan.

PSC yang diketuai Maximus Ongkili (gambar kanan, kanan) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia akan memanggil sidang mesyuarat terakhir pada hari ini. PSC dijangka mengemukakan laporannya pada minggu depan.

Ketika PSC ditubuhkan, BERSIH 2.0 telah menegaskan bahawa Perdana Menteri harus memanggil pilihan raya umum hanya selepas lapan tuntutan reformasi sistem pilihan raya BERSIH dilaksanakan. Seandainya PM enggan berbuat demikian, maka langkah penubuhan PSC sekadar "langkah diplomatik", dan rakyat masih boleh mempertikaikan keabsahan pemerintah.

Tumbang BN.....Maka Tumbanglah GST...!!


Pakatan Rakyat tetap tolak GST – Anwar-Keadilandaily

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tetap bertegas menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Umno BN.

Beliau berkata, selagi kadar pendapatan rakyat tidak meningkat adalah tidak munasabah untuk kerajaan melaksanakan sistem itu.


“Alasan kita orang-orang yang tidak membayar cukai itu terdiri daripada orang miskin, yang dicadangkan BN ialah memperluaskan jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin,” katanya.

Anwar sterusnya berkata cara terbaik menyekat kerajaan melaksanakan cadangan itu adalah dengan menumbangkan Barisan nasional pada pilihanraya akan datang.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata pembangkang perlu duduk semeja dengan kerajaan bagi membincangkan pendekatan terbaik melaksanakan GST.

Menurut Idris, walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

Lagi Janji PR Kepada Rakyat...!!


Pakatan akan ambil alih konsesi tol yang bebankan rakyat - Keadiladaily

KUALA LUMPUR 28 Mac: Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka,” menurut kenyataan bersama Pakatan, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambil alihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

“Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion,” kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat KEADILAN, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.

Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.

“Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membiayai RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX,” kata kenyataan itu.

Alhamdulillah...!!

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara -MK

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

Abdullah Ali : Mengapa Saya Memilih PAS...??


Susuk tubuhnya masih kelihatan tegap, disamping wajahnya yang masih kacak walaupun sudah berusia 57 tahun dan tetap petah berbicara dalam loghat Terengganu. Satu ketika dahulu di era 70 an dan awal 80 an, dengan stokinnya yang meleleh ke buku lali, serta tendangan “inswinger”nya yang terkenal itu, beliau tangkas berlari ke sana ke mari mengejar bola yang menjadikannya hebat di padang.

Pernah membantu pasukan Terengganu melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Malaysia tahun 1982 tetapi tewas 1-2 kepada Selangor.

Itulah Abdullah Ali, bekas pemain bolasepak Terengganu, Selangor dan juga kebangsaan, anak kelahiran Kampung Wakaf Kedondong, Bukit Payong.

Walaupun sudah lama meninggalkan kampung halaman, namun masih banyak lagi kenangan yang beliau ingati apabila berbicara tentang kisah silam kehidupannya di Bukit Payong semalam bersama penduduk di situ.

Pada majlis minum petang dan ramah mesra bersama Abdullah Ali semalam di Kampung Sena Rendang itu, beliau telah meluangkan masa kira-kira sejam setengah berucap dan berdailog dan menjamu selera bersama penduduk sekitar.

Dalam ucapannya beliau antara lain menjelaskan bahawa Umno memang tidak suka rakyat cerdik dan bermaklumat.

“Umno suka kalu rakyat dok (tidak) cerdik sebab dia boleh tipu dan kekal memerintah.

Kalau rakyat bermaklumat,payohlah (payah) dia nok (nak) tipu,” kata beliau.

Pengurus sebuah agensi pelancongan, umrah dan haji itu turut menyeru pemuda-pemuda Bukit Payong agar melakukan kerja-kerja dengan bersungguh-sungguh bagi meraih sokongan kepada PAS dalam pihanraya akan datang.

Antaranya seperti memujuk orang-orang tua mereka dengan memberi maklumat tentang penyelewengan Umno,kerana orang-orang tua ini mungkin tidak menyedari bahawa mereka telah, sedang dan akan ditipu oleh Umno.

Ditanya dalam temubual selepas majlis apakah yang mendorong beliau menyokong PAS, beliau memberitahu antara sebab utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan itu ialah isu penyelewengan National Feedlot Coperation (NFC).

Baginya isu itu telah menyerlahkan kejahatan Umno menipu duit rakyat.

“Dalam isu ini saya melihat Umno begitu rakus dengan mengambil duit rakyat.

Saya nampak Umno buat ikut suka dia saja untuk mengambil duit rakyat.

Dibawah pemerintahan Umno, duit rakyat tidak dijaga dengan baik dan amanah,” tegas beliau lagi.

Dalam majlis yang turut disertai oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah itu juga telah diadakan acara penyerahan sumbangan bola yang ditandatangani oleh Haji Abdullah kepada pasukan Pemuda Sena Rendang.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang penduduk sekitar itu, diakhiri dengan solat asar berjemaah di Surau Sena Rendang

GEMPAR...!! : YB UMNO Melaka Kaki Dangdut Telah Dikenalpasti...!!

Oleh: edyesdotcom

Laporan dari akhbar Sinar Harian dua hari lepas melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.

27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.


Lihat gambar di bawah pula, boleh nampak potongan sideburn rambut kedua-dua identiti ini.

Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu Mohd Yazed Hj Khamis. Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:

Sebagai seorang YB yang memegang tanggungjawab/peranan memartabatkan akidah Islam, sepatutnya pada jam 2.40 pagi adalah waktu paling sesuai menganjurkan solat tahajud tetapi pada waktu yang sama YB tersebut telah dicekup meraikan pesta dangdut bersama GRO yang seksi dan arak bergelimpangan. Dalam serbuan yang sama, hasil ujian urin mendapati lapan lelaki dan tiga wanita di dalam premis berkenaan didapati positif dadah.

Jika beginilah sikap seorang YB Umno yang mempunyai 'tittle' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, bagaimana pula sikap pemimpin Umno lain yang tidak memegang portfolio hal ehwal agama? Inikah gerombolan pejuang Islam yang boleh diharapkan??

Amat menghairankan, bagaimana tergamaknya mereka mengiktiraf 'Allah Bersama Umno' dalam merungkai akronim A.B.U. Apakah Umno sudah terlalu dipinggir oleh rakyat sehingga terpaksa menghidangkan hiburan melampaui batasan semata-mata untuk meramaikan kehadiran. Mereka menjemput penari untuk 'bergoyang inul' dan ini satu penghinaan ke atas orang melayu sendiri kononnya hiburan begini yang dituntut masyarakat.

Umno semakin hari semakin dipinggirkan. Banyak cawangan sudah ditutup dan selebihnya cawangan tidak banyak berfungsi. Umno hari ini hanya sekadar bermain di peringkat bahagian, mengira keuntungan projek sana-sini untuk dibahagi hanya sesama mereka.

Jika dilihat mood rakyat dalam menghadapi PRU13, rakyat lebih terbuka dan memilih untuk perubahan total. Program ceramah di Melaka dan Johor mendapat sambutan yang amat luar biasa. Rakyat juga menyatakan kesediaan untuk sebuah menerima sebuah kerajaan pusat yang baru, hasil dari testimoni baik yang ditunjukkan oleh semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mood meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ini dibantu dengan lebih pantas oleh isu-isu penyelewengan seperti isu NFC, PKFZ dan juga isu moral seperti tertangkapnya seorang YB dalam kelab dangdut seperti yang diberitakan di atas. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel yang sedang hangat bermain di Parlimen juga menjadi faktor besar kerana isu Israel begitu sinonim menusuk jantung orang melayu yang berugama Islam.

Isu kenaikan harga barang juga membantu mood 'Asalkan Bukan Umno', isu SPBA yang menyentap perasaan setiap penjawat awam peringkat pertengahan dan bawahan juga cukup membantu mood ABU. Isu lynas juga memberi mimpi ngeri buat regim pemerintah, begitu juga dengan keangkuhan Rosmah yang tetap berbelanja besar walaupun telah diberi amaran oleh rakyat dan juga anak muda SAMM.

Semua isu ini menjadi pemangkin betapa Umno yang sudah rapuh itu harus ditinggalkan. Tindakbalas dari isu-isu yang dibongkar Pakatan Rakyat, orang Umno sendiri malu untuk mengaku sokong Umno. Mereka hanya bersuara seolah-olah orang atas pagar tetapi bau Umno masih pekat di kalangan mereka. Dari status orang tengah inilah mereka membuka mata dengan maklumat dan berpusu-pusulah mereka meninggalkan Umno.

Lihatlah gambar di bawah, rakyat hadir sendiri tanpa bas dan nasi bungkus, memberi sokongan tanpa sebarang bayaran / door gift, malah rakyat yang datang ini turut membantu mengeluarkan wang kocek memberi dana hanya untuk memastikan Bn tumbang pada PRU13.

Gambar ini diambil malam tadi (27 Mac) dari dua kamera berbeza;

Rakyat hadir tanpa dihidangkan penari seksi. Sokongan yang besar ini membuatkan regim gentar dan pastinya akan bertindak luar batasan demi menghalang kemaraan jentera Pakatan Rakyat untuk mencelikkan rakyat. Apabila Umno gagal berhujah menggunakan otak, maka otot pula mereka gunakan. Inilah sikap dan tabiat gerombolan di hujung usia.

Ayuh rakyat, ke'samseng'an Umno tidak memberi apa-apa faedah, maka tinggalkanlah gerombolan terdesak ini. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

Sekali lagi Edyes nyatakan kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh.

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.

Bayangkan, kalau wakil rakyat Umno berjawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam pun boleh hanyut ke pusat maksiat, apatah lagi para ahlinya. Tinggalkanlah Umno demi masa depan agama dan anak bangsa, berjuang bersama menegakkan Agama dengan maksud sebenar, bukan retorik semata-mata.

Asalkan Bukan Umno - Tumbang Bn PRU13

Kenyataan Media: Orang Rembau Bakal Ditipu Lagi...!!

1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.

2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.

3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.

5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.

6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.

7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.

8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?

9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.

10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.

11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).

Sekian

BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Ketua Cabang PKR Rembau"

Mar 28, 2012

UMNO MengLEMBAUkan Penduduk Rembau...!!


Janji hospital: MB Negeri Sembilan perbodoh rakyat Rembau - Keadilandaily

REMBAU 28 Mac: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan janji-janji Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 secara terangan memperbodohkan rakyat kawasan itu.

Beliau merujuk kepada janji Umno BN untuk membina hospital dan lapangan terbang di Rembau yang digunakan sebagai senjata kempen PRU lalu yang sehingga kini belum terlaksana.

Menjelang PRU 2008, calon BN ketika itu, Khairy Jamaluddin mengadakan upacara meletakkan batu asas sempena projek pembinaan Hospital Rembau.

Utusan Malaysia pada 21 Februari tahun yang sama pula melaporkan, Mohamad Hasan berjanji membina lapangan terbang berserta pusat latihan penerbangan di Rembau.

“Ketika PRU 13 semakin hampir, mereka mengumumkan tender akan dibuka pada April ini. Malah, tapak pembinaan dibersihkan dan dinaikkan papan tanda.

“Semua penduduk tahu itu adalah tapak projek yang dijanjikan dahulu. Malah, timbul persoalan apa perlunya kerajaan membersihkan kawasan tersebut, kerana ia sepatutnya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.

“Hospital ini adalah hak penduduk di sini. Rembau adalah satu-satunya daerah yang masih belum mempunyai hospital sendiri,” kata Badrul yang lebih dikenali CheguBard.

Dilaporkan, kos pembinaan hospital ini sebanyak RM100 juta pada 2008 tetapi dijangka meningkat pada tahun ini.

Badrul turut membidas kenyataan Mohamad Hasan berkenaan janji lapangan terbang di Rembau ketika majlis penyerahan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia baru-baru ini.

“Secara jenaka, beliau (Mohamad Hasan) mengatakan lapangan terbang yang dibina adalah lapangan terbang mainan di hadapan penduduk Rembau sendiri, sedangkan ianya dijadikan bahan kempen pilihan raya yang lalu.

“Bukankah ini terang-terangan satu penghinaan dan pembodohan terhadap rakyat Rembau,” bidas Badrul Hisham.

Katanya lagi, selagi Umno BN merasa selesa dengan kedudukan mereka, selagi itulah janji pilihan raya tidak akan terlaksana dan hanya sebagai helah untuk membeli undi rakyat Rembau.

Polis Bukan Jaga Rakyat...Tapi Jaga UMNO....!!


Anwar: Jenayah anak menteri dihapus-Keadilandaily

AMPANG 28 Mac: Sikap dwistandard yang diamalkan Umno BN bukan sahaja melibatkan pemimpinnya sahaja, tetapi turut melibatkan kaum keluarga mereka bagi menyelamatkan nama baik walaupun terpalit isu jenayah.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ceramahnya yang diadakan di Taman Kosas yang dihadiri 5,000 hadirin.

“Saya pergi Johor, kereta saya dipecahkan, Nurul Izzah pergi Felda, Pemuda Umno serang dia hampir tumbuk dia.Tapi syukur alhamdulillah saya tidak terkesan, saya tengok Nurul Izzah walaupun anaknya diugut bunuh, ada mesej kepada dia ‘u berhenti sokong KEADILAN ayah kamu, kalau tidak, anak kamu hilang’. Lapor polis, sehingga kini masih siasatan.

“Maknanya lepas tiga enam bulan masih tiada jawapan, tapi kalau anak menteri punya kes, dua hari menteri kata tiada kes, semuanya selesai,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, didakwa terlibat insiden menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara.

Ia bermula dengan pergaduhan kecil apabila Mohamad Nedim enggan memberi butiran dirinya sebelum memasuki kawasan kondominium itu, selepas diminta pengawal terbabit.

Bagaimanapun, keesokannya, akhbar arus perdana melaporkan polis mendapati pergaduhan hanya berlaku antara penyelia keselamatan dan pengawal peribadi Mohamad Nedim, tanpa melibatkan beliau sendiri.

“Ini dia cara Umno, kita sudah tahu apa yang boleh kita janjikan yang baik ibarat madu dan kita tahu apa racun yang ada dalam BN,” katanya.

UMNO : Dari Debu Ia Datang.....Kepada Debu Ia Di Kembalikan....!!


Mari kita semua talqinkan UMNO.Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya.

Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.

Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik.

Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can you offer a bright future when you have created only a dark past?

Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Kenapa?

kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.

Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.

Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu.

Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.

Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa.

Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM.

Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.

Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar.

Sebetulnya kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim.

Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.

Model Islam "Wassatiyah" Tajaan Najib...!!


Tidak ada ulasan yang paling sesuai bilamana seorang YB Umno yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Melaka dicekup di dalam sebuah kelab dangdut jam 2.30pagi dengan GRO dan arak yang bergelimpangan - Tumbangnya Kerajaan Umno Melaka!!

Peristiwa songsang serba tidak bermoral ini harus menjadi iktibar terbesar buat rakyat Malaysia amnya dan orang Melaka khususnya untuk menolak parti semunafiq Umno, yang kononnya mendakwa bahawa mereka pejuang Islam. Maka tidak hairanlah seorang PM tergamak menyediakan minuman keras di suatu sudut dalam majlis hari jadinya, ketika kita semua faham majlis tetap meriah tanpa penglibatan entiti ber-alkohol.

Apakah ini yang dimaksudkan Islam moderate yang cuba disampaikan oleh Najib sepertimana ungkapan wasatiyyah ketika membelanjakan hampir setengah juta hanya untuk perbelanjaan pertunangan anaknya? Itu belum kira soal siapa yang bayar. Apa yang kita lihat ini adalah amalan munafiq, seperti dalam isu Israel di mana sebelah tangan mereka kononnya membantah kekejaman Israel manakala sebelah lagi tangan menjalin hubungan dagang yang membantu ekonomi Israel sehingga akhirnya Israel yang sama membedil anak Palestin. Umno Munafiq!

Tidak dilupa bagaimana mereka menafsir akronim ABU sebagai 'Allah Bersama Umno' tetapi apakah Allah bersama gerombolan munafiq?? Yakinlah bahawa dengan moral begini di tahap seorang 'Yang Berhormat' merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, akronim ABU yang mereka tafsirkan itu lebih sesuai berbunyi 'Allah Binasakan Umno'!

Maka dengan ini, saya mencabar setiap umat melayu yang berugama Islam untuk menolak Umno di atas sifat retorik tahap tertinggi yang diamalkan oleh mereka sejak dulu, kini dan selamanya! Ayuh tinggalkan Umno dan selamatkan negara ini dari semua aspek kerosakkan yang dibawa oleh gerombolan elit legasi pewaris penjajah.

Orang Melaka khususnya, cukuplah lena. Asalkan Bukan Umno, kecapi kemerdekaan sebenar... ABU adalah pilihan terbaik PRU13, selain pilihanjalanraya!

Solidariti Anak Muda Malaysia

Siapa UMNO Yang Sebenarnya....??


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ( Gambar atas ) bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihanraya.

Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihanraya.

Bagi DPPM, dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihanraya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius. Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya. Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno. Kedua-dua pemimpin ini adalah orang kanan Umno dan mereka tahu malah terlibat secara langsung dalam strategi Umno untuk memenangi pilihanraya umum. Sudah tentu dakwaan mereka berasas.

Justeru itu, tidak hairanlah Umno mudah memenangi pilihanraya yang terdahulu meskipun rakyat sudah lama menolak Umno. Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa mereka dapat dicapai. Sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran mereka.

Bukan suatu kebetulan semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihanraya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihanraya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno-BN. Justeru, DPPM amat berharap, taktik jahat Umno ini dapat dibongkarkan agar ia dipatahkan dan tidak dibuat kembali menjelang Pru ke 13. Sudah beberapa kali pilihanraya umum berlangsung dan sudah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan sistem pilihanraya yang kotor di negara ini.

Akhirnya, dengan dakwaan ini membuktikan Umno-BN tidak layak memerintah negara. Mereka berlagak seolah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak, hakikatnya mereka menang dengan segala unsur penipuan. Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Hantu Altantuya Akan Muncul Semula...!!


Ramai ahli ahli Umno ingin melihat Najib meninggalkan dunia politik sepertimana Shahrizat lakukan.Perpecahan semakin jelas dalam UMNO. Skandal, rasuah,pilihkasih,pentadbiran yang lemah dan bermacam persolaan dari kes bunuh Altantuya membawa akibat.

Ramai ahli UMNO yang dalam diam, memprotes cara Najib menangani siu-siu yang melibatkan negara. Mana-mana yang diberi lampu hijau untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang dan para penyokong mereka mungkin masih kekal di kem Najib. Mereka yang tida dipilih dan penyokong mereka sudha tentu akan mensabotaj UMNO dengan cara tidak mengundi atau memberikan undi mereka kepada pembangkang.Malah mereka yang berada di kem Najib juga berpecah,kerana mereka juga calon2 yang mengidamkan jawatan tinggi dalam parti.
Mereka yang dilihat sebagai ‘bersih’ dalam Umno mahukan Najib keluar. Terlalu banyak isu yang menjejaskan imej Umno sejak Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri ke 6. Mereka2 ini ialah pemimpin yang cintakan Umno lebih dari najib.Mereke lihat terlalu banyak perkara yang tidak betul dalam pimpinan Najib. Mereka tidka boleh terlalu vokal atau mereka akan diinggirkan dalam Umno oleh sekutu kuat Najib. Mereka sudah putus harapan hingga mereka sanggup melihat UMNO-BN tewas kepada pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Dilarang oleh agama

Kes bunuh Altantuya ialah antar salah satu isu yang memecahbelah dan mencemar imej UMNO dan najib. Ini sudah tentunya akan menjejaskan keputusan pilihanraya umum walau apapun yang disiarkan oleh media utama bagi tujuan mengaburi isu sebenar dari orang ramai.Media utama tentunya tidak melapurkan kebenaran.Mereke memilih untuk tidak melapurkan hal sebenar dan ini tidak akan menghalang orang ramai dari tertanya-tanya persoalan kenapa atau apa motif yang mmebawa kepada pembunuhan wanita tinggi lampai dari Mongolia itu.

Mudah saja.Orang ramai masih diselubungi misteri siapakah yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya.Itu saja yang mereka ingin tahu.Kes bunuh mengejutkan ini membuatkan umat Islam yang membentuk majoriti penduduk merasa tidak senang.Begitu juga penduduk bukan Islam yang tidak boleh menerima pembunuhan kejam wanita tidak berdosa ini.Pembunuhan kejam bukanlah sesuatu yang dibenarkan oleh mana-mana agama.Kesucian nyawa manusia telah dijelaskan dalam Islam.

“On that account We ordained for the Children of Isra`il that if any one slew a person - unless it be for murder or for spreading mischief in the land - it would be as if he slew the whole humanity: and if any one saved a life, it would be as if he saved the whole humanity. Then although there came to them Our messengers with clear (guidance), yet, even after that, many of them continued to commit excesses in the land.” (Quran 5:32)

Bahan letupan C4 yang digunakan untuk menghancurkan tubuh nya yang mengandung kepada cebisan kecil. Bahan tersbeut dibawah kawalan ketat kementerian pertahanan dan orang ramai ingin tahu siapa yang mmebenarkan bahan letupan tersebut di berikan kepada 2 anggota polis yang dihukum kerana membunuh wanita tersbeut. Rekod imigresen wnaita tersbeut tidak dapat dikesan.Siapa yang mengarahkan rekod tersebut dihapuskan? Kedua anggota polis tersebut langsung tidak mengenali wanita yang mereka bunuh itu.Apakah motif kedua tertuduh untuk membunuh? Adlaah wanita tersebut membangkit kan kemarahan kedua tertuduh hingga mereke menembak nya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan C4? Atau adakah 2 tertuduh Cuma dipergunakan dalam misi ini? Adakah mereka diarahkan atau dibayar untuk melakukannya? Atau adakah mereka prinsipal dalam melakukannya?

UMNO dan pihak pembangkag dapat meneka motif

“Pada 3 Feb 2009…merayu kepada Mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman bunuh kepada tertuduh kerana beliau umpama kambing hitan yang dikorbankan untuk melindungi seorang yang tidak dinamakan yang juga tidak dibawa ke mahkamah atau di soalsiasat..”Saya tiada sebab untuk mencederakan,apa lagi mengambil nyawa mangsa dengan kejam..Saya merayu kepada mahkamah, yang mmepunyai kuasa untuk menentukan samada saya akan hidup atau mati, tidak menghukum saya kerana memenuhi kehendak orang lain untuk saya.” (Sumber: Wikipedia)

Ini ialah rayuan salah seorang tertuduh yang menunjukkan pasti ada pihak lain atau motif untuk melakukan nya yang mana orang ramai berminat untuk mengetahiunya.Bukan hanya pembangkang.mereka yang didalam UMNO juga ingin tahu motif untuk mmebunuh wanita yang sedang mengandung.Ia bukan sesuatu yang dilakukan serta merta oleh kedua tertuduh tersebut,memandangkan wnaita tersebut tidak mereka kenali. Malahn, ramai ahli UMNO dan pembangkang yang mmebuat spekulasi berkenaan motif pembunuhan tapi jawapan jelas yang mereka cari ada pada pemimpin UMNO sendiri.Menyembunykan kebenaran akan menjejaskan UMNO dalam PRU akan datang.Team “Bersih’dalam UMNO mahukan hal ini diselesaikan sebelum PRU 13 kerana ia akan dijadikan isu utama oleh pembangkang.

Motif adalah penting dalam mencari dalang pembunuhan ini tetapi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi telah mengejutkan bukan saja mereka yang di bidang undang2 malahan masyarakt seluruhnya. Menurut lapuran. Hakim mendapati, motif, walaupun relevan, tetapi tidak penting untuk mensabitkan pembunuhan.Ini adalah satu penghinaan kepada tahap intelek mereke –mereka di dalam bidang undang-undang. Mereke tidak senang dengan keputusan ini,yang meninggalkan satu preceden dalam undang-undang yang bakal dirujuk dalam kes jenayah akan datang.

Malah, penuntut undang2 jenayah tahun 1 juga diajar apakah motif dalam jenayah pembunuhan, mens rea dan actus reus .Untuk membentuk sesuatu jenayah, ketiga tiga elemen ini perlu dibuktikan di mahkamah.Tiada pembunuhan berlaku tanpa motif atua ialanya menjadi membunuh tanpa niat. Motif negatif dalma kes bunuh akan menjadikan pembunuh an tersbeut sebagai no compos mentis.

Dalangnya masih bebas diluar sana

Analisis hipotesis ringkas kes ini: Kedua tertuduh dalam kes ini cuma aksesori kepada pembunuhan tersebut da n mereke tiada mens rea. Mereka orang asing kepada mangsa. Mereka Cuma membantu dalam melaksanakan jenayah tetapi tidak terlibat dalam jenayah ini selaku prinsipal bersama. Sesiapa yang melakukan atau mengarahkannya,bersekali dengan mens rea berkaitan adalah punca dan pelaku sebenar actus reus. Oleh itu sesiapa yang bertanggungjawab secara terus untuk actus reus boleh didakwa sebagai principal secara bersesama. Dalam kes ini, kedua anggota polis tidak secara bebas menyumbang kepada perlakuan actus reus itu kerana mereka sendiri tiada sebab kukuh untuk mmebunuh wanita tersebut kecuali prinsipal utama. Siapa kah prinsipal utama ini? Tertuduh hanya laat untuk pembunuhan.Siapakah yang bertangungjawab ?Malangnya, hakin tidak mengambil kira Artikel 162(6) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi nya peluang luas untuk mengkaji hujahnya.

Motif menjelaskan sebab yang akan membawa kepada jenayah.Sebab ini yang mempengaruhi seseorang melakukan jenayah.Mungkin ia akan atau tidak menjadi elemen kepada mana-mana jenayah tetapi dari segi undang2, mahkamah mmebenarkan motif dibuktikan bagi mmebolehkan ia menjadi sebab kukuh untuk tetruduh melakukan jenayah. Orang ramai ingin tahu kenapa keua tertuduh melakukan jenayah dan siapa dalang yang menjadi prinsipal disebalik kejadian ini.

Jelas sekali, dalang atau prinsipal ke sini masih bebas.Kedua tertuduh boleh dianggap pembunuh ,tetapi pembunuha n ialah dengan motif untuk melakukannya.Tanpa motif, ianya adalah membunuh tanpa niat.Berdasarkan ini, tidak dapat ditentukan motif pembunuhan ketika mereka dikenakan hukuman atau adakah ini satu helah untuk mengurangkan hukuman berat terhadap mereka dan mereka akan terlepas dari tali gantung selepas rayuan didenagr? Ini satu hal yang perlu kita beri perhatian.

Lanjutan itu, tiada pembunuhan tanpa motif.Motif adalah penting dalam sabitan kes bunuh.Bukti adanya motif jelaskan kenapa tertuduh melakukan sesuatu jenayah.Mungkin ada motif yang kuat untuk mmebunuh wnaita itu.Prisipal utama mungkin tidak membunuh wanita tetapi mereka masih sebahagian dari skim jenayah tersebut.Adakah mereka cuba membuktikan yang mereka tidak bersalah?

Mesti terdapat motif untuk pembunuhan ini.

Meringankan motif dalam pembunuhan adalah satu preceden yang tidak baik dari segi undang-undang.Keputusan mahkamah tidak membantu UMNO menghadapi PRU 13 akan datang.Kepada akal yang simple, jika tiada motif kenapa wanita tersebut dibunuh oelh 2 orang yang tidak dikenali nya?Kenapa beliau di tembak kemudian mayatnya diletupkan dengan C4 untuk memusnahkan bukti? Kenapa tidak di bunuh sahaja dan ditanam atau dibiarkan reput? Apakah sebab untuk membunuh dan meletupkan mayatnya supaya bukti tidak dijumpai? Adakah ini akan dilakukan oleh kedua tertuduh tanpa arahan dari sesiapa yang punya motif untuk menghapuskan terus mangsa.Orang ramai sedar harus ada motif pembunuhan ini.

Kita tumpukan kepada salah seorang prisipal dalam episod kejam ini, hakim menganggap affidavit beliau, yang menjadi senahagian besar penghakiman sebagai, bukan bahagian penting dalam proses penyiasatan polis tetapi di bawak Akta Akuan Bersumpah.Hakim memutuskan afidavit yang di berika n oleh pihak pendakwaan harus diberikan pertimbangan sebagaimana yang diberikan kepada keseluruhan bukti dari pihak pendakwaan.Jadi, adakah mana-mana afidaviit dari penjenayah boleh diambil kira oleh mahkamah? Keputusan ini h sewenang-wenang nya dibuat Mahkamah.adakah ini praktik undang-undang negara sebelum iniJIka tidak,adakah keputusan ini akan menjadi satu preceden undang-undang.Inimenimbulkan keraguan orang ramai.

Hakim berkata” Walaupun sekiranya…boleh di katakan ada mmotif degnagn merukuk surat ugutan dari mangsa,ia tidak boleh menjadi asa sabitan tanpa bukti jelas dan circumstantial berkenaan penglibatannya dalam melakukan jenayah tersebut.

Alasan ini menmbingungkan terutama kepada mereka yang arif tentang proses mahkamah.Adakh mahkamha mencari sabitan terhadap tertuduh pada ketika itu atau tertuduh perlu membela diri?Adakah pihak pendakwa Cuma perlu buktikan pada ketika itu ada kes yang terjadi atau tidak? Terdapat bukti mencukupi yang ada individu yang berhubung dengan tertuduh melalui telefon sebelum jenayah tersebut berlaku dan penglibatan nya dalam ke sini adalah terbukti.Pembelaan nya sepatutnya dipanggil.

Tangan-tangan tersembunyi

Banyak persoalan yang tidak dijawab dalam kes pembunuhan Altantuya. Tangan-tanga tersembunyi membuatkan ianya tidak jelas dengan tujuan melindungi bberapa individu dari jaringan ini dan kecelakaan akan terus menghantuai UMNO dalam PRU akan datang.Orangramai termasuk ahli2 UMNO sangsi. Merek tertanya kenapa pengawal peribadi Najib sendiri yang menembak wanita tidak bersalah 2 kali di kepala dan meletupkan mayatnya dengan C4 di kawasan hutan.Sebagai PM, Najib perlu menjelaskan kepada rakyat.Berdiam diri tidak akan membantu kerna seluruh negra tahu beliau mengetahui lebih mendalam mengenai isu ini dari orang lain.

Perkara ini serius dan tidak boleh di lupakan hanya dengan permohonan maaf.I melibatkan pmebunuhan.Wanita mengandung yang tidak berslaah,yang merayu untuk hidup di tempat kejadian dan ditembak dua kali dengan kejam dikepala, dan setelah itu mayat nya cuba di lupuskan dengan bahan letupan.Penting untuk bekas ketua CID KL yang mmepunyai pengalaman luas dalam membenteras jenayah memohon untuk kes ini dibicarakn semula.

“Mungkin perubahan dalam kerajaan akan membawa kepada perbicaraan semula kes ini’” kata seorang penggubal undang-undang UMNO Kes bunuh Altantuya akan terus menghantui Najib dalam pilihanraya umum.

Senarai Pendek Calon UMNO/BN Untuk PRU 13....!!


Info sbhgian calon2 UMNO/BN Trg, utk pusingan sblm bubar dewan...

1.Parlimen Kemaman :Dato seri Ahmad Said
2.Dun Cukai :wan Hakim
3.Dun kemasik: Wan Hassan
4.Dun Air putih :Ir rosli
5. Dun kijal : Dato seri sabri Chik

6.Parlimen Dungun
7.Dun Paka
8.Dun Rautau Abang
9.Dun Bukit Besi
12.Dun Sura

13.Parlimen Marang : Alias Abdullah
14.Dun pengkalan Berangan : kekal yang ada
15. Dun Bukit Payung :kekal yang ada
16.Dun Alor Limbat: Saiful Bahari
17.Dun Rhu Rendang

18.Parlìmen Hulu Trg :Romzi mamat
19. Dun Ajil : Dato Rosul Wahid
20.Dun Kuala Berang :Nik Kadir
21.Dun Telemong : Zakaria Ali
22.Dun Manir :Yusof Awang Hitam

23. Parlimen K.Nerus : Razif Abdul Rahman
24. Dun Seb Takir : Dato Hj Mustaffar Ahmad Marican
25.Dun Bukit Tunggal :Ir Mohd Yasin
26. Dun Tepoh : Ustaz Ramli Noh
27. Dun Teluk Pasu : Dato Rahim saìd

28. Parlimen Setiu :Dato jailaini S/u Politik PM
29.Dun Permaisuri
30.Dun Langkap
31.Dun Batu Rakit :Dato Hj Man

32 Parlimen Besut :Dato seri idris Jusoh
33.Dun Jerteh
34.Dun kota putera

Mar 26, 2012

Apa Mau Tunggu Lagi......Ajak Lu Punya Kawan Sekali.....Ayuh Sokong PR.....!!


1. Selama ini, saya telah berjuang untuk mendesak PTPTN menghapuskan kos pentadbiran yang membebankan para peminjam.

2. Namun, kini Pakatan Rakyat telah menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik.

3. Bukan sahaja peminjam tidak perlu membayar kos pentadbiran malah diberikan pendidikan secara percuma.

PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

http://www.keadilandaily.com/ptptn-batal-jika-pr-tawan-putrajaya/

4. Kempen demi kempen telah pun dibuat untuk mendesak kos pentadbiran dihapuskan, malangnya PTPTN tetap juga berdegil untuk melaksanakannya.

a. Petisyen Mansuhkan Kos Pentadbiran PTPTN
http://www.petitiononline.com/petitions/ptptipu/signatures

b. Kempen Berhenti bayar PTPTN Jika Kos pentadbiran Tidak Dihapuskan
http://www.facebook.com/events/102350683222420/

c. Memorandum Tergempar Kepada PM Malaysia Menyokong Kos Pentadbiran Dihapuskan
http://www.facebook.com/najibrazak/posts/10150597109265952

5. Kali ini, saya sudah betul-betul kecewa dengan sikap PTPTN yang seolah-olah tidak mengambil peduli akan soal kebajikan peminjam.

6. Sekarang, saya sudah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi kempen untuk mendesak kos pentadbiran dihapuskan.

7. Sebaliknya, saya akan mula berkempen untuk mengajak lebih ramai lagi peminjam PTPTN untuk mengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang.

8. Tarikh pilihanraya masih belum lagi diketahui dan barangkali ia mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

9. Tapi apa yang pasti, Pakatan Rakyat sudah pun mendapat 1 undi dari peminjam PTPTN.

QADAFI MUHAMAD SHUIB
Admin Gabungan Peminjam PTPTN
www.facebook.com/ptptpu

Lu Tau Kaaa...Wa Anak Menteri Ooooo...Lu Sapa...??


Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan- AMK-Kedailandaily

KUALA LUMPUR 24 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.

“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri

“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.

“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.

Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.

“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya.

Haiyaaaa....Apa Lagi Lu Mauuuu Maaa.....Lu Fikirlah Sendiri....!!


Anwar ulang iltizam Pakatan batalkan PTPTN-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 27 Mac: Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang.

“Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti,” kata Anwar.

Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.

“Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan,” tegas Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin di Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam.

Dalam ceramah sama, Anwar turut mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk menurunkan kadar tarif elektrik sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kelak.

“Dalam masa sebulan Pakatan memerintah, kita akan turunkan kadar tarif elektrik. Saya akan panggil tauke-tauke IPP dan minta mereka fikir cara untuk menurunkan kadar elektrik agar tidak membebankan rakyat.

“Pemimpin harus berani berhadapan dengan mereka. Jangan kita apabila nampak tauke kita takut, nampak Obama takut, nampak bini lagi takut,” kata Anwar dan disambut ketawa hadirin di stadium.

Katanya lagi, usaha mendahulukan kebajikan rakyat ini sudah pun dibuktikan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Hishamuddin Rais

Menurutnya, kerajaan negeri berjaya mengutip hutang-hutang dan aset-aset lama bernilai hampir RM500juta dan memulangkannya kembali kepada rakyat melalui program-program di bawah inisiatif Selangorku.

Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor selama dua hari itu menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.

Majlis pada malam itu dibuka dengan jenaka pentas oleh penulis dan aktivis terkenal Hishamuddin Rais. Turut memberi ucapan sebelum Anwar adalah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Kenali Wajah Konspirator Upahan UMNO/BN.....!!


Satu pertemuan yang membabitkan bekas sekutu rapat dengan Anwar Ibrahim telah diadakan semalam dan memutuskan untuk menghancurkan masa depan Anwar untuk kali ke 3 pada PRU13 yang bakal menjelma. Kes 'SEK' Anwar adalah isu 'hot' untuk pelacur dan bapa ayam ini untuk urusan jualbeli


UMNO sedar selagi Anwar tidak dapat dihapuskan , maka impian PR untuk merampas Putrajaya semakin hampir.

UMNO masih tidak berpuas hati setelah Azizan dan Saifool tidak berjaya untuk melakonkan plot jijik ciptaan Mahathir dan legasinya hingga kini.
Anwar yang mempunyai setengah dozen anak , seorang peliwat dan terkni seorang Biseksual...Anwar sememangnya gagah dari segi personaliti beliau atau pon nafsu sek nya menurut akal gerombolan yang jijik. Sejak Anwar di pecat ,UMNO masih gagal mengesan salahlaku dan rasuah Anwar selain isu sek yang menjadi mainan pemimpin gerombolan.

Dalam reaksi pada satu acara di Negeri Sembilan, Najib telah mula mengaitkan nama Chanda, Ezam , Anuar Shaari dan Zul Nordin yang pernah menjadi orang rapat Anwar. bakal memdedahkan aktiviti sek Anwar.

Dengan termeterainya MOU PRU13 nanti, jika tiada mangsa baru yang sedia jadi mangsa ,mungkin para pelacur dan bapa ayam ini akan terpaksa/bakal mengaku menjadi mangsa Anwar untuk di siarkan di media pencacai gerombolan menjelang PRU13 nanti

Bayangkanlah di mana lagi bapa ayam dan pelacur ini hendak melacur jika UMNO melingkup pada PRU13 nanti

Memang Sah...!! ADUN & MP Di Tranung " Bahang " Tanah....!!





KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’

Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu

Mar 24, 2012

Najib Contohi Rasullullah...., Tulis Dr Mashitah...!!


Lihat artikel Dr Mashitah yang dipetik dari akhbar Sinar Harian;

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin moderat. Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra. Apa lagi negara kita yang berbilang kaum dan agama.

Garis pemisah antara pemimpin nombor satu kerajaan dan presiden parti adalah jelas dan tidak bersilang. Sebagai pemimpin kepada semua warganegara Malaysia, beliau bersikap adil, bertolak ansur dan inklusif.

Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukan bermaksud ambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya, ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah.

Kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan pendekatan yang diamalkannya. Sikap moderat Baginda, misalnya dalam soal ibadah, cukup jelas. Ketika Rasulullah SAW mendengar ada orang berkata, “Aku akan berpuasa selamanya.” Satu lagi berkata, “Aku tidak akan kahwin”. Maka Rasulullah SAW membawa mereka untuk kembali bersikap rasional dan moderat. Baginda bersabda maksudnya: Sungguh, demi ALLAH, aku adalah orang paling takut dan paling bertaqwa kepada ALLAH di antara kamu. Namun, aku berpuasa dan tidak, solat dan tidur, aku juga mengahwini perempuan. Barang siapa tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku.” (Riwayat al-Bukhari)

Sikap moderat Rasulullah SAW cukup menonjol dalam hal menjaga kebajikan penduduk Mekah. Dalam kalangan mereka yang baru peluk Islam dan tahap keimanan belum kuat, Nabi SAW bersabda kepada Sayidah Aishah bahawa jika tidak kerana hakikat mereka baru sahaja keluar daripada kepercayaan dan amalan jahiliyah, sudah tentu Baginda akan mengubah Kaabah, mengikut Riwayat Ahmad. Baginda tidak berbuat demikian untuk menjaga hati penduduk di situ. Beliau tumpu kepada melaksanakan amanah menyebar agama ALLAH dengan cara baik, atas dasar kasih sayang dan mendekatkan manusia kepada Tuhan mereka.

Dalam berinteraksi dengan golongan berlainan, Rasulullah SAW mengajar umat untuk berprasangka baik. Apabila kalimat Lailahaillallah diucapkan, maka kita tidak boleh berprasangka buruk, malah mesti memberi penghormatan sewajarnya kepada orang yang ucap kalimat itu.

Sebagaimana juga disebutkan dalam hadis. “Apakah engkau membunuhnya setelah ia mengucapkan Lailahaillallah?” Usamah menjawab: “Hai Rasulullah, ia mengucapkan Lailahaillallah setelah melihat pedang di atas kepalanya, kerana ia takut mati.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kenapa tidak engkau bedah saja hatinya? Celaka engkau, bagaimana sikapmu terhadap Lailahaillallah. Apakah engkau membunuhnya setelah ucapkan kalimat itu?” (Riwayat Muslim)

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar ada sahabat memanggil sahabat lain begini: “Hai Ibnus-Sauda (anak daripada perempuan hitam).” Maka Baginda menegurnya ketika bertemu. “Engkau, masih melekat dalam dirimu sifat jahiliyah.” (Riwayat Muslim). Abu Dzar faham teguran itu. Beliau pergi menemui Bilal. “Ke sini, aku mengucapkan kata-kata itu kepadamu. Aku salah,” katanya.

“Engkau telah aku maafkan.”

“Oh, tidak. Ini kening dan mukaku. Aku letakkan di tanah. pijakkan kakimu ke mukaku biar kesombongan itu lenyap dari batinku.”

“Aku telah maafkan engkau.”

“Demi ALLAH, aku tidak akan tenang, dan diriku tidak akan tenteram sebelum kau pijakkan kakimu ke pipi dan mukaku... .”

Begitulah secebis kisah untuk renungan kita. Oleh itu, kita harus memahami falsafah kemoderatan yang sebenar, yakni petunjuk ALLAH SWT. Sikap ini dapat menyelamat dan menyucikan kita dari kepentingan sementara, malah jadi lebih seimbang dan yakin.

Nota :

Kali ini Dr Mashitah menulis bagaimana Najib kesayangannya seorang pemimpin moderat yang mencontohi Rasullullah. Sikap Najib adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW.

Dr Mashitah menulis bahagian kepala sahaja yang Najib mencontohi Rasullah. Bahagian seterusnya Dr Mashitah menulis contoh Rasullullah pemimpin moderat. Tak pula disebut bagaimana Najib mencontohi baginda. Dr Mashitah juga tak mampu mengaitkan bagaimana Najib mencontohi Rasullullah. Tulisannya hanya politik bodek!!

Mar 23, 2012

HAMTU Ajak Orang Muda Tolak Hantu....!!


KEMAMAN – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) dan mengajak seluruh pengundi muda di seluruh negara, menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila Parlimen dibubarkan pada bila- bila masa.

Penganjuran Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang akan diadakan pada 4 hingga 7hb April, menurut Setiausahanya Wan Muhammad Zawawi, membuktikan kesiapsiagaan mereka menghadapi Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Pemuda PAS DUN Chukai sudah bersedia bila- bila masa untuk hadapi PRU-13, penganjuran Hamtu adalah menunjukkan Pemuda PAS DUN Chukai bekerja keras,

“untuk (supaya) Umno dan Barisan Nasional (BN) kalah dan PAS akan menang di DUN Chukai dan memerintah negeri Terengganu,”ujarnya ketika ditemui skuad Buletinonline.

Beliau berkata selain aktiviti ceramah dan riadah, sempena dengan Hamtu, para pemuda akan bertemu dengan ‘para pelanggan’ dikalangan pengundi muda.

Katanya, pemuda akan menawarkan perkhidmatan berdasarkan janji dan ikrar dalam ‘Buku Jingga’ dan Manifesto 10 perkara PAS Negeri Terengganu.

“orang-orang muda menjadi mangsa dasar dan polisi kerajaan Umno dan BN, ramai anak-anak muda yang hilang arah, tidak ada pekerjaan dan terpaksa berhutang untuk melanjutkan pelajaran,

“kita akan menyedarkan anak-anak muda bahawa Umno/BN perlu ditukar kerana pemimpinnya bukan lagi bekerja untuk rakyat tetapi hanya untuk keluarga dan diri mereka sendiri,”jelasnya.

Menurutnya, orang-orang muda kini yang boleh mengakses maklumat secara terbuka tidak perlu terikat dengan ‘politik lama’ yang mengongkong suara anak-anak muda.

Katanya, inilah masa yang amat sesuai bagi anak-anak muda untuk bangkit membuat satu perubahan kepada Negara, mencipta satu sejarah untuk kebaikan generasi masa depan.

Mar 22, 2012

Sanggup Kah Najib Berbuat Begitu...??


Kit Siang cabar Najib serah kuasa secara aman jika Pakatan menawan Putrajaya -MR

Pilihan raya umum ke-13 semakin mendekat, Perdana Menteri Najib kini berada di mod berkempen yang sepenuhnya. Sepertimana yang dikatannya sendiri baru-baru ini, beliau telah "bekerja malam dan siang", "tanpa berhenti-henti", bukannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang baik dan berteladan, tetapi menjadi Santa Claus kebangsaan untuk "memastikan kemenangan" bagi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang ini.

Semasa berkempen di merata tempat, nada beliau bertukar dari yang paling berkeyakinan dengan mengisytiharkan bahawa "BN akan merampas negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang pada PRU ke-13" (di Puchong pada 19 Mac) dan yang berbunyi lebih gelap bahawa "adalah sukar bagi BN menguasai majoriti parlimen dua per tiga dalam PRU yang akan datang" (Foreigh Correspondents Club pada 20 Mac), kepada yang berbunyi mengugut bahawa cita-cita rancangn "transformasi"nya supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi akan gagal jika beliau tidak mendapat "mandat besar" dan negeri-negeri pembangkang balik ke pangkuan BN (semasa bertemu dengan kakitangan kerajaan pada 18 Mac di Shah Alam).

Malah pada awal bulan ini, semasa berkempen di Kedah, Najib (gambar atas) memohon maaf terhadap segala kesilapan yang dilakukan oleh Barisan Nasional di masa-masa lepas yang mengakibatkannya kehilangan kuasa dan kerusi di beberapa negeri dalam pilihanraya yang lepas.

Tetapi setelah tiga minggu berlepas, apa yang kekal menjadi misteri dan rahsia negara adalah kesilapan apa yang dimaksudkan oleh Najib itu.

Sebenarnya, Timbalan Perdana Menteri Muhyddin Yasin (gambar kiri) telah dengan segeranya pada hari kemudian menolak kemungkinan untuk mengenalpasti "kesilapan-kesilapan" apa yang dimaksudkan oleh Najib, dan berhujah bahawa "yang penting adalah memandang ke depan", sementara Ketua Penerangan UMNO Maslan pula memperkecil-kecilkan tindakan "minta maaf" Najib dengan mengumumkan bahawa "UMNO memerlukan mandat untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapannya"!

Maka adakah ini bererti tanpa "mandat dan kemenangan yang besar" untuk UMNO dan BN dalam PRU yang akan datang ini, maka tidaklah perlu untuknya minta maaf untuk segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh UMNO/BN?

Adakah Najib sedar apakah kesilapan-kesilapan lampau BN yang beliau maksudkan semasa meminta maaf di Kedah awal bulan ini, ataupun ia sebenarnya hanya retorik politik yang tidak bererti langsung yang hanya bertujuan menipu undi?

Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN yang beliau bersedia untuk jelaskan dan minta maaf, biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kesilapan-kesilapan Najib ada berpuluh-puluh jenis, biarkan saya menggariskan beberapa di sini:

1. Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

2. Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Malaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3. Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah "outsource"-kan politik melampau kepada PERKASA.

4. Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah "demokrasi paling baik di dunia", beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

5. Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli PERKASA serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6.Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

7. Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.

8. Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terbelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha "menyelamatkan" bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.

9. Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.

10. Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11.Salah urus perhimpunan BERSIH 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong BERSIH, sementara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12. Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden "mata lebam" Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai "kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah", mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Johari Baharom, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.

Adakah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini - dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?

Banyak lagi "kesilapan-kesilapan" yang telah dilakukan oleh Najib sendiri dalam tempoh 35 bulan ini yang perlu beliau minta maaf, dan kita belum lagi menceritakan kesilapan-kesilapan lampau yang dilakukan oleh BN yang mengakibatkan keputusan pilihanraya paling teruk baginya dalam tahun 2008.

Dari manakah Najib mahu bermula?

Kebelakangan ini, wujudnya petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara kita ini.

Saya mencabar Najib supaya memberikan petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman, tanpa membuat sebarang ugutan Mei 13, laungan perang "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", dan sebaliknya menjadikan PRU ke- 13 "paling bersih, bebas dan adil" setara dengan sebuah "demokrasi paling baik di dunia".

Baru-baru ini, politik di Malaysia menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan yang mulia ini, di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.

Tragedi 13 Mei

Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya, menuduh saya sebagai menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, 43 tahun yang lepas pada 1969.

Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan Mei 13 dalam tahun 1969, tetapi tiba-tiba saja, ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan Mei 13 - dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang menghasut dan mencetus Mei 13, menerusi slogan-slogan paling racis di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Hasilnya, semua dusta dan fitnah bahawa saya telah menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969, telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan cybertroopers UMNO.

Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad). Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12 Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam. Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.

Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihanraya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13 Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihanraya diumumkan di Semenanjung.

Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13hb Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur.

Menuduh saya sebagai menghasut rusuhan Mei 13 menerusi ungkapan-ungkapan perkauman dan kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.

Dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan daripada tahanan ISA pertama saya serta setelah Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan ahli parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, "mengenalpasti punca rusuhan Mei 13" dan "membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia."

Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa membalas penahanan saya di bawah ISA, dan saya pasti rekod ini masih disimpan dalam arkib Kementerian Dalam Negeri:

"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia.

I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.


I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences.

I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political economic social and cultural development of the country, where no group feels that ti is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances.

I also believe that the Malaysian nation is going through a trauma with the tragic May, 13th disturbances and that a special effort must be made to end the great damage inflicted by the disturbances. Although the wounds of May, 13 may close, it may not heal. If this the case then May 13 disturbances is only a prelude to worse disturbances.

In this task of reconciliation of the races it will be a great mistake if the ruling part shoulders singly, or only with superficial co-operation with opposition leaders and parties who have won the confidence of the people."

Ini merupakan kenyataan sayang, setia, komitmen, nasionalisma dan patriotisma saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini, khasnya perisytiharan saya:

"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer."

Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan sebuah Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.

Pilihanraya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia, menguji samasa kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa, di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.

Saya menjemput Perdana Menteri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriot Malaysia yang berupaya bekerjasam dengan menubuhkan sebuah Suruhajaya Bersama untuk memastikan bahawa PRU ke-13 ini akan merupakan pilihanraya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah negara ini, sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik biasa.

Senator Idris Jala kini berkata bahawa negara Malaysia tidak lagi berisiko menjadi bankrap

Senator Idris Jala, CEO kepada PEMANDU, yang terkenal dengan amarannya bahawa Malaysia akan menjadi bankrap menjelang tahun 2019 sekiranya negara tidak mengubah corak perbelanjaannya dan mengurangkan pergantungan terhadap subsidi.

Tetapi dalam satu ruang media baru-baru ini, beliau nampaknya berpendapat bahawa risiko-risiko ini telah makin berkurangan "kerana pada keseluruhannya, prestasi kewangan kerajaan Malaysia adalah baik".

Agak malang sekali bahawa seorang professional yang berkomited dan tidak terlibat dalam politik seperti Idris Jala pun tidak dapat melarikan diri daripada terjebak dalam permainan politik.

Hakikatnya, rakyat Malaysia sekarang mempunyai lebih banyak sebab untuk merasa risau akan keadaan kewangan kerajaan dewasa ini berbanding dengan bulan Mei 2010 apabila Idris membuat pengumunan yang membimbangkan itu. Perbelanjaan ke atas subsidi telah meningkat dari RM 23.1 bilion dalam tahun 2010 kepada RM 32.8 bilion pada tahun 2011. Perbelanjaan kita di atas subsidi gula sebenarnya telah bertambah dua kali ganda dari RM262 juta menjadi RM567 juta walaupun harga gula sedunia telah menurun. Perbelanjaan operasi kerajaan diramalkan akan bertambah pada kadar 18.9% dari tenpoh 2010 sehingga 2011 berbanding dengan peningkatan hasil pendapatan hanya 14.9% dalam tempoh masa yang sama. Perbelanjaan operasi ini akan tumbuh dengan lebih pesat di bawah skim gaji baru yang telah disemak dan diubah, yang menurut sesetengah laporan, akan memakan tambahan perbelanjaan kerajaan sebanyak M6 bilion setiap tahun. Dan semua ini belum lagi mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontinjen yang disebabkan bon-bon yang dikeluarkan oleh Syarikat Prasarana untuk membiayai projek lanjutan LRT dan bon-bon yang telah dikeluarkan oleh Syarikat MRT Co. untuk membiayai projek MRT raksaksa, yang sehingga kini, merupakan projek infrastruktur awam paling besar dalam sejarah negara kita.

Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi negara hanya 5.1%, iaitu kadar yang berada di lapisan bawahan anggaran kadar pertumbuhan 5% hingga 5.5% yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. Kadar pertumbuhan ini adalah di bawah sasaran 6% yang telah ditetapkan oleh PEMANDU. Sebahagian besar pertumbuhan ini adalah didorong oleh peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan aktiviti-aktiviti kerajaan.

Sebagai contoh, penggunaan kerajaan muktamad telah meningkat sebanyak 16.8% pada tahun 2011 berbanding dengan kenaikan 6.9% dalam penggunaan sektor swasta. Pada jangka masa yang sama, output sektor perkhidmatan kerajaan bertumbuh sebanyak 11.6% berbanding dengan hanya 4.5% dalam sektor pembuatan dan 6.8% untuk keseluruhan sektor perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi yang diketuai oleh kerajaan sebegini jelas tidak mampan untuk jangka masa yang panjang kerana pertumbuhan dalam sektor swasta yang sebenarnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan hasil cukai.

Dalam erti kata yang lain, pandangan kewangan awam negara telah bertambah buruk dalam tempoh satu tahun setengah yang lalu tanpa apa-apa kesan peningkatan dalam pandangan pertumbuhan ekonomi negara, sungguhpun kita adanya Program Transformasi Ekonomi (ETP).

*Ucapan Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur, semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong pada 22 Mac 2012.