Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 20, 2011

Tiada Pemimpin UMNO Yang Layak Lawan Cikgu Mala...!!


Akhirnya UMNO/BN mengumumkan calon mereka untuk PRK NO5, DUN Tenang En Mohd Azhar Ibrahim yang juga ADO di Daerah Rengit.

Desas desus di Labis mengatakan yang Azhar tidak tersenarai pun sebagai bakal-bakal calon top 5 yang dikemukakan kepada Dato Seri Najib. Ada yang kata nama beliau tidak tersenarai langsung. Walaupun bapanya pernah menjadi ADUN Tenang dan kemudian dilantik sebagai Senator
Apabila PAS meletakkan Cikgu Mala, maka ramai menjangka Haslinda, Ketua Wanita UMNO Labis yang akan bertanding.

Malah dengar cerita yang beliau juga sudah turun padang menganjurkan pelbagai program dengan pengundi. Ramai lagi baris pimpinan UMNO Labis yang disebut-sebut dan saya memang tak ambil pusing siapa yang mereka letak.

Jentera HalWa tetap akan bekerja berhabisan untuk memenangkan Cikgu Mala.

Dengar khabar juga apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon PAS, semua pimpinan lelaki UMNO Labis dengan sendirinya tertolak kerana setiap seorang tidak ada sokongan solid kerana kononnya semuanya "tercalar imej" dan pihak lawan akan mendedahkan kelemahan dan kecacatan mereka sebagai calon.

Hanya orang UMNO Labis@Tenang sahaja yang tahu tercalar kerana apa. Tapi ketua wanita UMNO pun nampaknya tidak setanding Cikgu Mala. Keyakinan UMNO luntur walaupun dilubuk mereka sendiri yang sepatutnya mereka menang dengan mudah.

Kalau 60% dikatakan menyokong UMNO/BN, adatnya siapa sahaja yang diletakkan UMNO/BN sebagai calon pasti menang. PAS dikatakan mempunyai harapan tersangat tipis
.
Akhirnya mereka mengemukakan Azhar kerana Azhar dikatakan BERSIH dan agak rapat dengan orang bukan Melayu.

Malu besar UMNO Labis terpaksa ambil kakitangan kerajaan sebagai calon. UMNO bahagian ada, Wanita ada, Puteri ada, Pemuda pun ada… dok tak dok ambil mantan bendahari UMNO Labis (?). Pimpinan mereka dianggap TIDAK BERSIH.

Khabarnya juga Azhar agak keberatan untuk menjadi calon. Lebih selesa menjadi ADO. Gaji lumayan dan tidak perlu melayan rakyat dan ahli UMNO yang semua tahu hanya faham bahasa “fulus dan habuan”.

Hebat penangan Cikgu Mala yang sudah 13 tahun berkecimpung sebagai pendidik dan begitu prihatin dengan nasib masyarakat. Anak peneroka FELDA pula tu.

Perjuangan ANAK Kini Berhasil....!!


Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah kepada perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang telah berjaya menampakkan hasil, sehingga memaksa Datuk Najib Tun Razak selaku orang yang menjaga urusan FELDA meluluskan peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot bagi generasi kedua Felda Johor

PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.

Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation yang dianggap tidak adil kepada rakyat.

PAS yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan. PAS mengharapkan Datuk Seri Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka. Tidak adillah jika peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihnaraya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka yang tidak ada pilihanraya kecil.

Walau bagaimana pun PAS yakin peneroka sudah celik maklumat, terutama generasi muda Felda. Selama setengah abad hak mereka dinafikan oleh kerajaan BN. Sekarang baru kerajaan sedar untuk cakna kepada peneroka kerana BN tidak lagi boleh berada di zon selesa hasil daripada perjuangan ANAK di bawah kendalian PAS.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pilihanraya Kecil Di DUN Merlimau...!!


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Nota :

LEPAS TENANG KE MERLIMAU KEMUDIAN EKPOT KE PERLABUHAN KELANG !!!

inilah jalur pilihanraya kecil
yang akan berjalan sekarang

adalah difahamkan bahawa kerusi
yb di merlimau juga kosong

al-fatihah dan takzih kepada
kaum keluraga.

Anwar Tetap Mahu Berdebat Dengan PM...!!


Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa
saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan
Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik
kenyataan saya di Alor Setar sesuaii
Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah
Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak
berganjak dari kenyataan sebelumnya serta
hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat
mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat
secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama)
agar menarik balik serta membetulkan laporan
bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA
TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Isa Samad Sudah Gila....!!


1. Datuk Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata - kata kesat kepada Al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang Johor.

2. Apa yang diungkap oleh Datuk Isa Samad Persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang - orang jahiliyyah yang gagal menyangkal hujjah Nabi saw ketika mengajak mereka beriman kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Inilah sifat jahiliyyah sepanjang zaman, setelah gagal berhujjah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir.

3. Tambahan pula ucapan dan kata - kata kesat sedemikian dilemparkan oleh beliau dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek. Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya.

4. Datuk Isa Samad wajar menarik balik kata - kata yang celupar dan biadab andai beliau berasa dirinya seorang pemimpin yang baik. Jika tidak, tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat felda terhadap tahap keperibadian Datuk Isa Samad yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian. kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya.

NASRUDIN HJ HASAN AT-TANTAWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat