Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 15, 2010

Gagal GST..Potong Subsidi...Rakyat Terus Jadi Hamba Abdi...!!!


Harga petrol, diesel, gula dan gas naik-MKini

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Nota :

Berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim....Adalah Jihad bagi kamu...
Rejim UMNO/BN semakin hari semakin rakus dan terus menyusahkan rakyat...
Demi nafsu serakah dan duit...rakyat di kerah mengikat perut...
Sedangkan pemimpin dan isteri mereka hidup dalam serba kemewahan...
Turun dan saksilah sendiri bahawa masih ramai di kalangan rakyat mu yang tak makan seharian...
Janganlah kamu tambah pulak dengan beban kenaikkan harga barang kepada mereka...
Apalah malangnya nasib rakyat Malaysia kerana mendapat sebuah kerajaan yang zalim dan langsung tak berhati perut...
Ya Allah hancurkanlah mereka semua....!!!!

UMNO Dan Sepupunya Cuba Berlagak Hero...


Isu pasir: Umno, PERKASA berdemo di SUK- MKini

Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.

Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai.

Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.

Anggota polis membentuk benteng manusia bagi memisahkan penyokong Umno dan kira-kira 50 anggota pasukan komunikasi kerajaan negeri yang menunggu untuk 'menyambut' mereka.

Penyokong kedua belah pihak saling mengejek antara satu sama lain.

"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan negeri yang diketuai pengarah penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Baharom.

"PKR rasuah," jawab penyokong Umno.dan PERKASA.

Diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam, mereka sebelum itu berkumpul kira-kira jam 10 pagi di Masjid Shah Alam, tidak jauh daripada situ sebelum berarak beramai-ramai ke bangunan SUK dengan memakai lencara bertulis "Selangor berlubang, selamatkan rakyat Selangor".

Mereka juga membawa bendera Umno dan bendera Selangor dan pelbagai poster mengkritik pentadbiran hasil pasir melalui syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), antaranya"KSSB monopoli pasir", "Bila tak serupa cakap" dan "RM50 juta pasir mana dia."

Sementara pada masa yang sama, kira-kira 50 penyokong Pakatan pula mula berkumpul di situ pada masa yang sama.

Ketegangan antara kedua-dua pihak tamat apabila polis membenarkan exco Umno negeri Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi PERKASA Selangor Abdullah Mansor menyerahkan memorandum di pintu pagar kepada seorang setiausaha menteri besar.

Memorandum itu antaranya mendesak Khalid menarik balik kuasa monopoli KSSB dalam pengurusan pasir negeri, menamatkan perkhidmatan semua ahli lembaga pengarahnya dan menubuhkan jawatankuas bertindak bagi memulihkan lombong-lombong pasir negeri.
-------------------------------------------------------------
Kah....Kah...ELOKLAH TU...BERGABUNGLAH...UMNO + PERKASA = PERKASAM....!!!

Kah...Kah....KENAPA TAK ANGKAT KERIS...ANGKATLAH KERIS...!!!

Kah..Kah.....SATU NGO MELAYU...SATU PARTI MELAYU..TAPI DUA-DUA NAK TIPU MELAYU...!!!

Kah...Kah....UMNO PUN SATU...TERIMALAH SEMULA BOS PERKASA MASUK UMNO...!!!

Kah..Kah.....PALING TIDAK PUN BAGI LAH BOS PERKASA NI BERTANDING PILIHANRAYA PAKAI TIKET DACING...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...KATAK MEMANG SPESIS YANG HIDUP DUA ALAM...SEBAB ITU HARAM DI MAKAN...!!!

Kerja UMNO Hanyalah Untuk Menipu....Berbohong....Pelawok Dan Kencing...!!!


IPT DIPELAWA BUKA KAMPUS CAWANGAN DI PERAK – MStar

Kerajaan negeri Perak membuka tawaran kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara untuk membuka kampus cawangan mereka di negeri ini.

Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama kepada mana-mana IPT yang berminat untuk mendapatkan kawasan yang sesuai.

"Tawaran ini adalah selaras dengan hasrat menjadikan Perak sebagai pengeluar utama dan pembekal modal insan kepada pasaran tempatan dan luar negara," katanya.
-------------------------------------------------------------
Woitttt... TEROK LA NEGARA KITA INI.....!!!

Woitttt....MALAON INI INGAT BUKA UNIVERSITI DAN KOLEJ MACAM BUKA WARONG...!!!

Kah...Kah...PATUT LAAA BANYAK SANGAT PROFESOR KANG KONG MENJALAR....!!!

Kah..Kah...MASA PILIHRAYA DULU...MENANTU AYAH JANJI BUAT UNIVERSITI DI REMBAU..!!!

Kah..Kah...UNIVERSITI INI DI PANGGIL : REMBAU EDUCATIONAL CENTER FOR BIODIVERSITY AND TEKCNOLOGY - REMBAT...!!!

Kah..Kah...INI GILIRAN MAT HITAM NAK BUKA IPT DI PERAK PULAK....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...NAMA NYA : HIGHER INSTITUTE TECHNOLOGY AND MULTIMEDIA : HITAM...KAH...KAH...KAH....!!!!

Suara Rakyat Adalah Suara Keramat...!!!


'Apa kamu takutkan, BN?'-MKini

Beberapa ADUN Pakatan Selangor hari ini menganjurkan bantahan ringkas menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhir-akhir ini yang belum memperbaharui permit penerbitan akhbar pembangkang.

Kira-kira 15 wakil rakyat itu berkumpul di pintu masuk DUN Selangor sambil memegang naskhah Suara Keadilan, Roket dan Harakah yang mengalami masalah itu.

Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu mengejek kerajaan persekutuan pimpinan BN dengan mendakwanya "takut" terhadap tiga penerbitan itu.

"Akhbar-akhbar ini mendedahkan banyak skandal. Sabotaj (terhadap akhbar-akhbar ini) menunjukkan kelemahan BN," katanya.

Sementara Dr Xavier Jayakumar, yang bercakap bagi pihak kumpulan itu berkata perselisihan pendapat berhubung artikel yang disiarkan bukanlah alasan yang sah untuk KDN menahan permit penerbitan akhbar berkenaan.

"Jangan halang atau ancam (media)... jika seseorang ada masalah dengan apa pun artilenya, saya harap mereka akan menyalurkannya dengan cara yang betul," katanya.

Nota :

Mendedahkan salah laku kerajaan memerintah adalah merupakan stu kesalahan di Malaysia...
Kerajaan boleh beli undi Rakyatnya..tapi ia tidak mampu untuk memalingkan hati manusia...
Buatlah apa pun selagi kamu berkuasa...namun bila sampai masanya kamu akan ketanah jua...
Suara rakyat adalah suara keramat...jangan kamu khianati undi rakyat...
Kerajaan jangan angkuh pada rakyat...kerajaan wajib akur pada kehendak rakyat...
Tunggulah....sampai masa saat dan ketika tahulah rakyat macamana nak ajar si pengkhianat....

Bala Sedang Menanti Najib Dan Rosmah....!!!


POLIS PERANCHIS SEBUT NAJIB-ROSMAH KETIKA SOAL BALA – Merdeka Review

"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.

Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.
-------------------------------------------------------------
Woittttt.......POLIS PERANCIS CUMA NAK TAHU SIAPA DIA SI NAJIB..SIAPA PULAK SI ROSMAH...!!!

Kah...Kah......POLIS PERANCIS CUMA NAK CONFIRM..ADAKAH RAZAK BAGINDA DAN NAJIB RAZAK ADAKAH ORANG YANG SAMA...!!!

Kah...Kah.....POLIS PERANCIS cuma NAK PASTI..ADAKAH ROSMAH NI ORANG YANG SAMA MACAM DALAM IKLAN KAT NEW YORK POST TEMPOHARI...!!!

Kah...Kah.....JANGAN LAH KALUT...KALAU TAK BERSALAH..APA NAK TAKUT...!!!

Kah..Kah......INI PROSEDUR BIASA...EDISI SIASAT...MESTI KENA TANYA...!!!

Kah..Kah......BAGUSLAH..NASIB POLIS PERANCIS SUKA BERTANYA..NAK HARAPKAN SPRM..MEMANG TAKUT NAK TANYA...!!!

Kah..Kah.....POLIS PERANCIS MAHU KEPASTIAN..TAKUT NANTI TERSILAP TANGKAP PULAK..!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH...YANG HAK TETAP HAK..YANG BATHIL TETAP BATHIL...