Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 20, 2011

Kenapa Saya Pilih PAS...!!!


Kenapa memilih PAS :-

1) Islam sebagai dasar perjuangan.

Perlembagaan PAS Fasal 3 - Dasar PAS ialah ISLAM Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

Tujuan PAS ialah :

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Usaha-usaha PAS :

Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

2) PAS dipelopori oleh gerakan Ulama' dan dipimpin oleh Ulama'. Badan yang tertinggi dan paling berkuasa di dalam PAS ialah Majlis Syura Ulama' yang menentukan halatuju parti. Selain itu Dewan Ulama' menjadi Badan penasihat kepada perjalanan parti.

3) PAS mementingkan dakwah dan tarbiyah. Ia bukan semata-mata parti politik yang bergerak pada musim pilihanraya sahaja.

4) PAS mampu memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan PAS di Kelantan dan Kedah sudah teruji.

5) Kepimpinan yang menggabungkan Ulama', Professional dan aktivis parti.

6) PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam bukan perkauman sempit.

7) PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan Melayu minoriti. Orang bukan Melayu sekarang ini berbondong-bondong menyokong PAS dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan sokongan terbuka mereka kepada PAS.

8) PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9) PAS memperjuangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebaliknya Umno/BN menggadaikan bahasa Melayu dengan dasar PPSMI dan penghapusan tulisan jawi

10) Memimpin PAS suatu amanah bukan kebanggaan sebab itu tiada rasuah, fitnah memfitnah dan politik kotor ketika pemilihan PAS sebaliknya dalam Umno perkara ini menjadi lumrah semasa pemilihan parti mereka.

11) PAS mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagihkan kepada rakyat. Sebab itu PAS menggagaskan pelaksanaan Negara Berkebajikan dan ini ditunjukkan di semua negeri-negeri PR.

12) PAS mengambil berat kepada pembentukan akhlaq kerana ia merupakan kekuatan tamaddun sesebuah negara sebaliknya Umno membiar malah menggalakkan program-program maksiat dan memberikan lesen kepada pusat-pusat maksiat seperi Kelab Malam, Pub, rumah urut, pusat pelacuran dan perjudian.

13) PAS berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama melalui kelas-kelas pengajian dan ilmu. Sebaliknya Umno tidak menggalakkan malah memberhentikan kelas-kelas pengajian di Masjid dan surau atas alasan tiada tauliah dan sebagainya.

14) Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman

15) PAS mengamalkan dasar amar makhruf nahi mungkar yang tidak diamalkan oleh Umno.



Syarikat Arak Kuasai ExxonMobil Malaysia....!!


Tahukah anda bahawa syarikat yang memiliki 560 stesyen minyak seluruh Negara dan salah sebuah loji penapisan minyak terbesar dalam Negara iaitu di Port Dickson kini dikuasai oleh sebuah syarikat pengilangan arak asing yang berpusat di Filipina.

Kesemua 560 stesten Esso dan Mobil dan loji penapisan minyak di Port Dickson yang mengambil ratusan pekerja tempatan itu kini dikuasai oleh San Miguel Corporation iaitu pengilang arak terbesar di Filipina. Ini berlaku setelah pemilik saham terbesar Esso Malaysia iaitu Exxon Mobil menjual 65 peratus pegangan mereka kepada San Miguel dengan harga RM614.25 juta.

Maka timbullah pelbagai tandatanya mengapa tiada syarikat korporat tempatan yang berminat mengambil-alih? Mengapa tiada sekatan dikenakan ke atas Exxon Mobil sehingga mereka boleh menjaul pemilikan mereka kepada sebuah syarikat asing?
Yang lebih menyedihkan nanti adalah percampuran hasil haram yang akan mencurah masuk apabila San Miguel dengan rasmi menguasai Esso Malaysia.

Sepatutnya pihak berkenaan sensitif dan menyelidik perkara ini sebelum member kebenaran penguasaan ini.

Memang kita sepatutnya bersikap terbuka dan mengalu-alukan kemasukkan dana asing ke dalam Negara, namun demikian kita juga memikul tanggungjawab untuk berhati-hati agar yang masuk itu menepati dan mematuhi nilai budaya dan amalan kita. Jangan kerana mahu mengejar untung maka tiada lagi pertimbangan halal dan haram atau sensitivity kea rah itu.

Bila pula syarikat judi dan maksiat asing mahu masuk menguasai syarikat-syriakt besar tempatan setelah kejayaan San Miguel ini?



Lagi Bukti Berhemahnya Polis Malaysia...!!

Salam Tuan Jeneral.....!!



NOTA:

tuan jeneral...!! sila tengok klip ini

bukan hal kesetiaan pada negara
bukan hal pembelotan
yang dibincangkan ialah undi pos yang menipu

tuan jeneral
tolong jangan putar putar
terlalu banyak rakyat kena tipu
tak perlu tuan jeneral nak menipu

becakap benar dihadapan pemimpim yang zalim
ialah satu jihad!

Najib Sememangnya Gagal Mentadbir Malaysia...!!


Reformasi pilihan raya: Najib sekadar untuk menangguh? - MR

Sekali lagi Perdana Menteri Najib Razak menampilkan dirinya sebagai pembawa perubahan apabila mengumumkan bahawa kerajaan akan meneliti dan mengkaji sistem pilihan raya dan sistem media yang sedia ada, selepas siri program transformasinya. Ia memberi persepsi seolah-olah Najib akur kepada suara rakyat. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat pula menganggap janji Najib akan berakhir sebagaimana program transformasinya yang lain - semakin lenyap apabila masa berlalu.

Najib pernah menjanjikan ruang media yang lebih bebas selepas menerajui tampuk kerajaan, malah melancarkan siri program transformasi untuk mewujudkan "suasana feel good". Tetapi, ruang media tidak terbuka luas, malah semakin sempit berbanding zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. Program transformasinya pula dihalang oleh golongan sayap kanan, misalnya PERKASA - dan akhirnya lari dari rupa bentuk asalnya - mungkin juga kerana tekad politiknya yang tidak teguh.

Perhimpunan BERSIH 2.0 memperlihatkan ketidakpuasan rakyat. "Suasana feel good" yang cuba diwujudkan Najib ranap. Kini, sekali lagi Najib menampilkan diri untuk membawa perubahan, cuma, sejauh manakah keikhlasannya, dan lebih penting, apa niatnya?

Ketiga-tiga orang ahli parlimen Pakatan Rakyat, Tian Chua (Batu-PKR), Liew Chin Tong (Bukit Bendera-DAP) dan Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PAS) ketika ditemuramah MerdekaReview, menganggap BERSIH 2.0 memberi tekanan yang besar terhadap kerajaan Najib, dan beliau perlu menyajikan janji reformasinya sebagai reaksi terhadap ketidakpuasan rakyat.

Dzulkefly Ahmad yang juga AJK PAS Pusat berkata, ini adalah kemenangan rakyat, kemenangan BERSIH 2.0 dan kemenangan Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR, Tian Chua turut berkata, ia adalah hasil tekanan yang tercetus daripada perhimpunan BERSIH 2.0.Tian Chua menambah, Najib mengalami tekanan sebelum dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dan beliau tidak menggunakan cara yang terlalu drastik untuk menindas perhimpunan ini. Ini menunjukkan bahawa Najib tidak berani, malah tidak bersyarat untuk menentang kuasa rakyat. Maka, Najib memilih cara diplomatik untuk menyedapkan hati rakyat.

Sengaja untuk menangguh?

Oleh sebab bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan institusi itu untuk melakukan kebanyakan tuntutan reformasi, misalnya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan sebagainya, Tian Chua menganggap pengumuman penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen sekadar untuk menangguhkan masa - sebagaimana yang dilakukannya ketika menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Kesudahannya bakal membuktikan, hasilnya jauh lebih kurang daripada apa yang dilaung-laungkan, kata Tian Chua.

Ketika ditanya kemungkinan Najib menyedari bahawa reformasi sistem pilihan raya adalah hasrat rakyat, maka dirinya perlu mengikut arus ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat, Tian Chua (gambar kiri) sebaliknya mempersoalkan, "Mengapa perlu Najib berbuat sedemikian? Beliau tak perlu buat sedemikian, itu periuk nasinya."

Tian Chua menjelaskan, kerajaan tetap boleh menjalankan reformasi sistem pilihan raya meskipun tanpa Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Tian Chua tetap menganggap bahawa Najib tidak berniat untuk melaksanakan agenda reformasi, yang bakal menjejaskan peluang kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke-13.

Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong meskipun mengalu-alukan respon positif Najib terhadap tuntutan BERSIH 2.0, namun meramalkan bahawa janji ini akan berdepan dengan rintangan dalam partinya ketika cuba dilaksanakan.

Umumkan tarikh PRU-ke13!

Dzulkefly Ahmad berkata, Najib tidak menampilkan apa-apa prestasi atau monumen politiknya sepanjang tiga tahun ini, meskipun beria-ia dengan program transformasinya - dan hanya "terkejut dari tidurnya" selepas ditekan BERSIH 2.0. Dzulkefly Ahmad menambah, seandainya Najib ingin meyakinkan rakyat bahawa dirnya memang ikhlas untuk melaksanakan perubahan, maka Najib harus memberitahu rakyat bila PRU ke-13 akan diadakan, selain menetapkan "jadual waktu" dan objektif pelaksanaan reformasi yang jelas.

Meskipun mengalu-alukan respon positif daripada Najib, Liew Chin Tong (gambar kanan) berkata penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen sahaja tidak mencukupi, kerana negara kini memerlukan reformasi secara menyeluruh dari sistem demokrasinya, termasuk kebebasan media, pemilikan media, kebebasan perhimpunan, pendaftaran warga negara dan sebagainya - dan bukan hanya reformasi yang terbatas kepada bahagian-bahagian tertentu.

Beliau menambah, anggota Jawatankuasa Pilihan Parlimen belum diketahui setakat ini. Malah beliau berkata, seandainya ahli parlimen Pasir Mas merangkap Presiden PERKASA Ibrahim Ali tersenarai sebagai anggota jawatankuasa tersebut, maka usahlah berbicara mengenai reformasi.

Liew Chin Tong menganggap desakan BERSIH 2.0 dan tekanan dalam parti seperti Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang menyebabkan Najib terpaksa menampilkan imej pembawa perubahan. Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam menunjukkan Najib bakal menghadapi halangan daripada golongan sayap kanan dalam UMNO.

Liew Chin Tong percaya bahawa Najib menyedari perubahan senario yang berlaku dalam kerangka yang lebih besar, malah faham bahawa pengawalan media tidak akan memberi kesan. Namun demikian, golongan kanan dalam UMNO mempunyai pemahaman yang berbeza dengannya dalam hal ini, yang menyebabkan usaha dirinya sentiasa tersekat dalam parti.

Tidak tegas, tidak mempunyai halatuju adalah masalah yang terbesar untuk Najib, sehingga agenda yang dikemukakannya itu sentiasa tidak "tulen" pada peringkat akhirnya, kata Liew Chin Tong. "Beliau tidak tahu untuk berada di posisi mana dalam politik demokrasi, di depan atau di belakang. Adalah bahaya untuk seseorang ketua yang tidak berhalatuju, lebih bahaya daripada membuat keputusan."

Dzulkefly Ahmad juga bersetuju dengan pandangan ini, "Najib ditentang partinya sendiri, partinya adalah musuh beliau, bukan Pakatan Rakyat atau rakyat. Dan Najib adalah musuh untuk dirinya, ini kerana beliau tidak bertulang belakang, beliau berdolak-dalik, gagal melakukan apa-apa!"



Nama Yang Pelik-Pelik Kini Ada Di Malaysia...!!


Pemuda PAS dedah 5 'nama jarang didengar'-MK

Pemuda PAS hari ini mendedahkan lima lagi nama dalam senarai pemilih - yang menurutnya nama yang jarang didengar - dan meminta mereka tampil dan disemak untuk disahkan kesahihan mereka.

"Oleh itu saya mohon kepada pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakan terhadap data tersebut," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Di harap individu yang terbabit dapat menampilkan diri. Semoga kita semua dapat menjayakan konsep semak dan imbang terhadap data-data sah SPR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan telah mengesan enam pengundi yang didakwa oleh Pemuda PAS sebagai pengundi klon.

Lima nama yang dikemukakan oleh Suhaizan hari ini - yang menurutnya jarang didengar - untuk disemak ialah:

1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

"Berdasarkan kepada lima data di atas maka adalah mirip kepada manipulasi kerana hampir mustahil ramai individu memiliki nombor kad pengenalan yang 83% sama bagi satu nama individu yang unik.

"Mungkin terdapat sebahagiannya kebetulan tetapi tidak mungkin semuanya kebetulan," katanya.

Dalam kenyataan tersebut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR.

"Enam data yang saya keluarkan hanyalah enam daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS.

"Kajian tahap satu telah pemuda PAS laksanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia.

"Maka langkah seterusnya adalah Pemuda PAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," tambahnya.

Mengulas laporan akhbar Sinar Harian itu, Suhaizan berkata, ia telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara ini.

"Keperihatinan rakyat ini sangat penting bagi membina suatu proses semak dan imbang dalam proses demokrasi di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing.

"Pengesahan mereka ini merupakan suatu usaha yang murni bagi mempastikan bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan raya benar-benar bersih. Keenam-enam individu ini seharusnya berbangga kerana mereka terpilih dalam proses semak dan imbang terhadap daftar pemilih sah SPR," katanya.

Oleh itu, tegas beliau, tidak timbul isu Pemuda PAS menuduh mereka mengundi dua kali kerana pihaknya sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah dilaporkan disebut oleh timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 24 Julai lalu," katanya.

Suhubungan, kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin tegaskan bahawa jika benar sesuatu kad pengenalan itu terdapat pengklonan maka lebih mudah berlakunya pengundian sebanyak dua kali.

"Semua ini mirip kepada manipulasi pilihanraya," tambahnya.

Tak Ada Maknanya....!!


Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya.

Najib juga mengetepikan ugutan daripada Pakatan Rakyat yang mahu memulaukan jawatankuasa pilihan khas itu jika terma rujukan tidak memuaskan.

“Ini adalah tawaran ikhlas daripada kami,” kata beliau sambil menambah, pentadbirannya mahu mengadakan perbincangan dengan segenap lapisan pihak untuk mendapatkan konsensus mengenai pembaharuan yang hendak dibawa.

Isnin lalu, Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan dengan pilihan raya negara ini.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Terdahulu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala.

Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai “penghias jendela” selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya.

“Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini.

“Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar,” katanya.-MalaysianInsider
..

Sumpah Dulu Baru Dapat Duit Ehsan....!!


KUALA TERENGGANU - Sambutan Hari Raya Idulfitri bakal menjelang tiba dan kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu kini sedang sibuk mengagihkan peruntukan wang ehsan berjumlah RM60 juta bagi tahun 2011.

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan jumlah peruntukan 'gula-gula raya' tersebut akan diberikan kepada rakyat miskin, berpendapatan rendah, warga emas termasuk golongan belia remaja.

Malangnya, pengagihan dana raya itu yang 'sedang rancak berlangsung' masakini, telah berlaku diskriminasi terutama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Penyelaras Dun masing-masing.

Sumber Skuad Buletin memaklumkan setiap penerima dana raya tersebut dikehendaki melafazkan ‘sumpah’ janji setia akan menyokong Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Bahkan, disetengah tempat setiap penerimanya dikehendaki mengisi borang keahlian Umno terlebih dahulu sebelum pembayaran dibuat oleh pihak Dun atau JKKK.

Mohd Sabree Yunus (bukan nama sebenar), 30, dari Manir mendakwa terpaksa melafazkan ‘sumpah’ janji setia menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Menurutnya, sumpah ‘Aku Janji’ itu dibuat di pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan di rumah Pengerusi JKKK berkenaan.

“Hendak buat macam mana, disuruh buat sumpah dengan surah Ya’asin. Saya buatlah sumpah Aku Janji akan sokong BN dalam pilihan raya akan datang.

“Jika tidak, saya tidak dapat RM300 itu. Saya buat di pejabat Dun dan ada rakan-rakan lain buat di rumah Pengerusi JKKK,” ujarnya.

Katanya, perbuatan melafaz sumpah taat setia dan ‘Aku Janji’ sambil memegang surah Ya’asin dibuat disemua tempat suluruh negeri Terengganu.

Beliau diberitahu oleh petugas Dun tindakan seumpama itu terpaksa dilakukan oleh Umno kerana bimbang sokongan rakyat terhadap Umno-BN semakin merosot.

Seorang warga emas, Mansor Ngah dari Kampung Maras mendakwa pihak penyelaras Dun dan JKKK telah memotong penerimaan dana khas raya.

Menurutnya, kesalahan yang membawa kepada pemotongan dana raya tersebut kerana telah menyertai satu rombongan melawat negeri kerajaan Pakatan Rakyat, di Pulau Pinang.

“Borang permohonan bantuan telah diisi tetapi telah dipotong dari senarai penerima dana raya kerana mengikuti rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Rakannya, Awang Yusuf, 54, mengakui telah dikeluarkan dari senarai penerima sumbangan dana raya beberapa hari lalu.

Katanya, sebelum ini pernah menerima sumbangan dana raya sebanyak RM400 tetapi telah dikeluarkan dari senarai penerima atas tuduhan menyokong PAS-Pakatan Rakyat.

“Dulu dapat RM400 tetapi sekarang nama saya telah dipotong dari senarai penerima kerana pergi (ikut) rombongan ke Pulau Pinang, Mei lalu.

Beliau merupakan seorang buruh kasar dari keluarga berpendapatan rendah serta mempunyi seorang isteri dan 13 orang anak.

Encik Rashid Ibrahim, 47, dari Kampung Maras menyifatkan pemimpin Umno di peringkat kampung ‘zalim’ dan khianat.

Beliau sekadar bekerja kampung dan mempunyai lima orang anak tergolong di kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, ada di kalangan penerima dana raya dipaksa mengisi borang keahlian Umno sebelum duit tersebut diserahkan.

“Tahun 2011 ini, nama saya telah dipotong dari senarai penerima sumbangan dana idulfitri. Ini bukti Umno-BN mengamalkan diskriminasi.

“Saya diberitahu pihak petugas Umno kerana kesalahan menyertai rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang,” ujarnya.

Bekas pemain bola sepak Terengganu tahun 60-an, Ibrahim Mat, 63, berpendapat pemotongan dari senarai penerima dana raya bersifat dendam politik Umno-PAS.

Katanya, Umno mengamalkan sifat pilih kasih dan hanya mengutamakan penyokong serta ahli Umno-BN sahaja.

“Pemimpin Umno mempunyai sifat dengki, dendam terhadap ahli PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka hanya mengutamakan di kalangan orang Umno dan Barisan Nasional,” jelasnya.

Manakala, nasib yang menimpa, Ahmad Kamalrul Hisan Ahmad Hanipah, 29, dari Kampung Tok Dor Luar, Setiu tergolong dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) malang.

Katanya, pernah menerima bantuan hari raya tersebut sebelum dikeluarkan dari senarai penerima.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM500 sebulan mendakwa telah dua tahun namanya tercicir dari senarai penerima bantuan tersebut.

“Saya rasa terkilan dan tidak puas hati kenapa nama saya dikeluarkan. Saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya ada isteri dan seorang anak yang berusia hampir tiga tahun. Saya tidak boleh kerja berat selepas kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu,” ujarnya.

Katanya, kali terakhir menerima bantuan raya yang diagihkan setiap tahun kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah pada 2008 sebanyak RM300...

Pembohongan SPR Makin Terserlah...!!!


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.Berdasarkan perangkaan 0.0001 peratus yang dibekalkan oleh Abdul Aziz, adalah dijangkakan terdapat kira-kira 1,240 kesilapan pada daftar pemilih itu.

Nota :

Semakin banyak Pengerusi SPR bercakap semakin terserlah kebodohannya. Masakan cuma 1240 sahaja pendaftaran yang tidak betul dari 12.4 juta pengundi? Yang sudah meninggal dunia tetapi nama masih tercatat dalam daftar pemilih pun melebihi dari jumlah itu, belum di campur dengan pengundi yang mendaftar lebih dari sekali, pengundi yang tiada Mykad tetapi ada nama dalam daftar pengundi, belum lagi di campur senarai pendatang Tanpa Izin (P ATI) yang diberi mykad.

600,000 pendatang di Sabah yang di beri IC zaman Tun Mahadir dulu sudah di bersihkan ke nama mereka? Perkara ini baru didedahkan oleh wikileaks kelmarin.

Ini bermakna bukan setiap hari SPR membersihkan daftar pengundi seperti yang didakwa oleh Pengerusi SPR tetapi SPR setiap hari mengotorkan daftar pemilih dengan pendaftaran pengundi baru yang penuh nisteri. Masakan ada nama pengundi sebagai Kg Baru kalau benar SPR membersihkan daftar pengundi setiap hari.


Rakyat Desak BERSIH 3.0 Dilancarkan Segera...!!


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu kerana ia memberikan alasan yang lebih kukuh kepada rakyat untuk menerus dan mengukuhkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

"Perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu semakin membuktikan bahawa hanya perjuangan rakyat seperti yang berlaku 9 Julai lalu yang boleh diharapkan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini," katanya sambil mengulangi supaya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dilaksanakan.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Mahfuz juga mempertikaikan kewujudan jawatankuasa itu kerana apa yang sebelum ini dituntut oleh Bersih 2.0 ialah sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh untuk menambah baik proses pilihanraya secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

"Yang dituntut ialah siasatan adil dan bebas oleh suruhanjaya tersebut dan langkah-langkah pembaikan yang dicadangkan oleh suruhanjaya itu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan, bukannya jawatankuasa yang meragukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, antara perkara yang meragukan dalam jawatankuasa itu ialah apabila ia diketuai oleh seorang menteri.

"Menteri mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN), selain SPR, kerajaan BN juga adalah pihak yang dipertikaikan oleh rakyat yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

"Amat karut jika pihak yang dipersoal dan dipertikaikan menjadi pengerusi badan yang kononnya ditubuhka untuk memperbaiki amalan pilihan raya yang dipertikaikan dan dilihat tidak bersih," tegas beliau.

Mahfuz juga mempersoalkan keanggotaan jawatankuasa itu.

"Keanggotaan jawatankuasa itu sepatutnya diputuskan dalam sidang Parlimen.

"Mengapa tiba-tiba menteri pula yang menetapkan keanggotaan jawatankuasa itu?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Mahfuz juga menolak tawaran Kementerian Dalam Negeri yang mahu menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh jawatankuasa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu.

"Kita bukan mahu jawapan, kita mahu perubahan ke arah pilihan raya yang adil dan bersih," tegas beliau.