Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 19, 2010

Amaran 48 Jam Datang Lagi...!!!

Umno Cukup Minat Dengan Angka 48...

Anwar dicabar dedah bukti dalam 48 jam -MKini

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk berpaling tadah.

Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, malam semalam.

Ahli parlimen Rembau itu berkata, tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi Umno atau BN.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah......KENAPA KALUT SANGAT NI...???

Kah...Kah......IKUT SUKA ANWAR LAH NAK DEDAHKAN BILA...!!!

Kah...Kah......KAMU YANG LOMPAT ATAU SIAPA YANG LOMPAT...???

Kah...Kah......DAH NAMPAK ADA BEBERAPA EKOR KATAK YANG DAH PANAS BONTOT...!!!

Kah...Kah......SABAR..!!! SAMPAI MASA...ANWAR TENTU AKAN DEDAHKAN SIAPA ORANGNYA...!!!

Kah...Kah......BERITA GEMPAK MACAM NI SEPATUTNYA DI SIAR SECRA LIVE MELALUI TV KAT MALAYSIA...!!!

Kah..Kah......KENAPA KONTRAKTOR PADANG GOLF NAMPAK MACAM RESAH JE...???

Kah...Kah.....FIRAUN BESAR PUN NAMPAK DAH MULA DEMAM DAN SELSEMA....!!!!

Kah..Kah......AIMAN TAK KISAH...SIAPA MAKAN CILI DIALAH YANG TERSA PEDASNYA...ORANG LAIN TAK PAYAHLAH NAK MENYIBUK...

Ampun Tuanku...!!! UMNO Lah Ketua Ajaran Sesat...!!!

Inilah Dia wajah Pemimpin UMNO Yang Terbukti Sesat...

Sultan Selangor mahu ajaran sesat dibendung -MKini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini menitahkan supaya kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan peraturan dan garis panduan penceramah dipatuhi supaya tidak wujud penularan sebarang ajaran sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Baginda bertitah, penceramah dan tenaga pengajar seharusnya mempunyai tauliah yang diiktiraf untuk mengajar dan berceramah di masjid atau surau, dan JAIS perlu sentiasa peka dan mengawasi aktiviti di masjid dan surau supaya penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dengan teliti, sekali gus membolehkan tindakan segera diambil.

"Beta mengingatkan perkara ini kerana sekiranya masyarakat tidak peka dan memandang ringan kegiatan ajaran sesat serta tidak bekerjasama memberikan maklumat mengenai penyebaran ajaran yang tidak betul ini kepada JAIS atau pihak bertanggungjawab yang lain, dikhuatiri pengaruh ajaran sesat yang pada mulanya bergerak secara kecil-kecilan akan berkembang dan sukar dibendung," titah baginda ketika merasmikan Masjid Sungai Merab di Sepang hari ini.

Baginda melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan ajaran sesat kerana ia boleh mengelirukan serta memesong akidah umat Islam, sekali gus menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Kepada masyarakat Islam, beta menyeru supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan perkara ini kepada ahli jawatankuasa masjid, imam atau terus kepada JAIS supaya sama-sama kita dapat mengatasi perkara negatif yang boleh merosak dan memecah-belahkan umat Islam negeri Selangor ini.

"Dengan kerjasama antara orang ramai dan pihak masjid, surau serta JAIS, maka kita dapat meninggikan lagi syiar Islam di negeri Selangor ini dan membentuk masyarakat Islam yang bersatu padu dan dihormati," titah baginda.- Bernama
--------------------------------------------------------------------
Kah...Kah....AMPUN TUANKU...SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN....!!!

Kah...Kah....PATIK INGIN MAKLUMKAN BAHAWA KEBANYAKKAN PEMIMPIN UMNO MEMANG MINUM ARAK...TUANKU...!!!

Kah...Kah....MALAH ADA PEMIMIPIN UMNO YANG TELAH MERASMIKAN KILANG ARAK.... TUANKU...!!!

Kah...Kah....KILANG ARAK TERSEBUT SEKARANG MASIH LAGI ADA DI NEGERI TUANKU...!!!

Kah...Kah....MINUM ARAK HUKUMNYA ADALAH HARAM..TUANKU....!!!

Kah...Kah....INILAH AJARAN SESAT YANG SEBENARNYA...TUANKU...!!!

Kah..Kah....MOHON PATIK DAN SEKALIAN RAKYAT SUPAYA TUANKU MENGHARAMKAN TERUS UMNO KERANA IA ADALAH SEBUAH PARTI YANG SESAT...TUANKU...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....BERKATA BENARLAH WALAUPUN IANYA PAHIT...!!!

Syuhada' Mawimara...



1) Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

2) Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

3)Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

4)Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

5)Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

6)Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7)Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

8)Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

9)Furqan Dogan 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik

Turki mahu rejim Zionis mohon maaf pembunuhan aktivis-BHairan

ANKARA: Turki tidak akan menghantar semula dutanya ke Tel Aviv jika Israel tidak memohon maaf kepadanya atas serangan maut terhadap kapal bantuan antarabangsa yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza akhir bulan lalu.

Ankara mahu Israel memohon maaf kepadanya di atas serangan yang mengorbankan lapan warga Turki dan seorang warga Amerika Syarikat keturunan Turki itu dan juga memulangkan kapal yang dirampas. “Ia juga mahu Tel Aviv menyetujui agar siasatan antarabangsa dilancar berhubungan serangan itu dan mangsa dibayar pampasan,” kata seorang pegawai kerajaan Turki. Serangan ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu mencetuskan kecaman antarabangsa ke atas Israel, sehingga menyebabkan rejim Zionis itu semalam melonggarkan sekatannya terhadap semenanjung Gaza. - AP

Nota :

Marilah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada para syuhada' ini semoga rohnya berada bersama para syuhada' yang lain yang di janjikan syurga oleh Allah SWT.

Nasib 3 CHUA......!!!

Ini Chua Yang Memang Bernasib Baik..!!

Ini Pulak Chua Yang Belum Tentu Nasibnya...!!

Ini Chua Yang Tak Berapa Baik Nasibnya...

Status Chua: Hakim setuju berjumpa Isnin ini -MKini

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha bersetuju berjumpa kedua-dua pihak dalam kes membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua pada pagi Isnin ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam Tian - Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad - yang berkata hakim berkenaan bersetuju berjumpa mereka bagi menjelaskan keputusan penghakimannya.

Sebelum ini, ketidakpastian terus menyelubungi nasib Tian sebagai ahli parlimen Batu kerana didenda RM2,000 semalam oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menggigit seorang polis tiga tahun lalu.

Peguamnya hari ini gagal menemui hakim yang memutuskan hukuman itu, bagi mendapatkan penjelasan.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah....ADA 2 CHUA..CHUA PEMBANGKANG DAN CHUA KERAJAAN...!!!

Kah...Kah...CHUA KERAJAAN...ADA KES PUN MASIH ADA ONGGGG MAAA...!!!

Kah..Kah....CHUA PEMBANGKANG...BELUM TENTU LAGI MAAA...!!!

Kah...Kah...CHUA PEMBANGKANG...SATU KENA TARIK PINGAT..SATU LAGI MAHU TARIK KENA MP OOO....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....LEBIH BAIK TIADA PINGAT DARIPADA TIADA PRINSIP MARUAH....!!!

Kafir Pun Tahu Berbohong Tu Berdosa....!!!



Laporan kerusi selesa: Freedom House bidas Rais -MKini

Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat kurang senang dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu "laporan kerusi selesa".

Pengarah urusannya, Karin Karlekar meminta Rais menjelaskan secara khusus berhubung perkara yang tidak disenangi atau yang tidak dipersetujui mengenai kajian berkenaan.

Karlekar menjelaskan bahawa persekitaran undang-undang Malaysia dilihat sebagai mengongkong media menurut kaca mata antarabangsa.

"Malaysia juga menghadkan keupayaan blogger dan media online daripada beroperasi,” katanya kepada Malaysiakini, malam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Rais di parlimen semalam bahawa kedudukan Malaysia di tangga 141 senarai kebebasan media di dunia - yang dijalankan oleh Freedom House - sebagai “tidak tepat”.
--------------------------------------------------------
Kah...Kah....INILAH MODEL DEMOKRASI ALA KOMUNIS....!!!

Kah...Kah....1 MALAYSIA..BERCAKAP BOHONG DI UTAMAKAN..BERCAKAP BENAR DI TANGKAP...!!!

Kah...Kah....KAFIR LAKNATULLAH PUN TAHU..BERBOHONG TAK BAIK...!!!

Kah..Kah....KALAU TAK BERBOHONG...BUKAN UMNO NAMANYA...!!!

Kah...Kah...DARI PM SAMPAI JKKK...SEMUA KAKI BOHONG...!!!

Kah...Kah...LESEN JUDI BOLA MASIH BELUM di LULUSKAN...BOHONGGGG..!!!

Kah...Kah...SAYA TAK KENAL SIAPA SAIFUL...BOHONGGGGG...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....SEKALI KENA BOHONG..SAMPAI MAMPUS PUN TAKKAN PERCAYA...