Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 1, 2010

NKRA - Najib Kerja Rosamah Arah....!!!



Nota :

Lain yang rakyat mintak...
Lain pulak yang di buat...
NKRA..GST...semuanya nak tipu rakyat...
Rakyat yang cerdik sudah semestinya tolak UMNO/BN pada PRU 13 nanti...
Cuma ahli UMNO dari dulu hingga mampus je yang akan sokong UMNO/BN...

Orang Kafir Lebih Tahu Hudud Banding UMNO....!!!

Imiginasi Kartunis Bila UMNO Hina Hudud...!!

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran mendakwa Umno-BN yang sebenarnya anti Islam dan ‘ektrimis’.

Malah, katanya Umno-BN disifatkan sebagai ‘murtad’ kerana memperlekehkan hukum hudud dari ajaran Islam.

Sepatutnya, kata beliau Umno perlu menerangkan kebaikan hukum hudud itu yang terdapat dalam ajaran Islam.

“Patutnya, Umno kena cakap hukum hudud itu baik. Jadi jika kita tengok secara terperinci apabila seseorang Umno Melayu memperlekehkan hukum hudud bagi saya dia (Umno) seorang yang ‘murtad’.

“Sebab hukum hudud dengan Islam tidak dapat dipisahkan. Kalau dapat dipisahkan bukan Islamlah itu.

“Umno terdesak sekarang ini dan dia tidak tahu orang bukan Islam pun sekarang sudah pandai dan tahu tentang Islam dan sudah mula mencintai Islam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili DHPP pada Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 kali ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, 23 Oktober lalu.

Menurutnya, keadaan telah berbeza dan orang bukan Islam sudah berani menyokong PAS kerana keadilan yang dibawa parti itu.

Selain itu, katanya DHPP akan terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk memastikan Umno ‘digulingkan’ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak ada pilihan lain untuk membuat perubahan melainkan bersama-sama dengan PAS menyelamatkan negara ini dari kehancuran.

“Kami (DHPP) akan terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk memastikan Umno digulingkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Itulah hasrat dan matlamat kami. Kita harap kita dapat bersama sebab kita tidak ada pilihan lain. Orang bukan Islam tidak ada pilihan lain untuk membuat perubahan ini.

“Harapan kita keadilan Islam dan hanya dengan keadilan Islam sahaja dapat membersihkan negara ini dari kehancuran,” tegasnya.

Oleh itu, katanya Islam perlu ditegakkan di negara ini bagi menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan serta diskriminasi yang menjadi darah daging Umno-BN.

Menurutnya, Umno-BN sering kali memberi gambaran yang negatif terhadap PAS kepada orang bukan Islam dengan memainkan sentimen agama dan ganas.

Katanya, PAS digambarkan ‘ekstrimis’, ganas serta memusuhi orang bukan Islam dengan hukum hudud.

“Sebab dulu bila orang kata Islam, kita (bukan Islam) takut. Islam itu jangan dekat, ini ‘ekstrimis’. Sebab masa itu, Umno mahu pastikan kita tidak tahu pasal Islam.

“Dia (Umno) cakap PAS itu ekstrimis, hukum hudud, potong tangan, potong kaki dan dia tidak beri (ajar) kita merujuk pada ayat-ayat suci Islam. Jadi bila kita sudah mula berubah dari kejahilan Umno sudah tergugat.

“Suatu hari ada orang Umno kata pada saya, Bala you tidak takut ke hukum hudud ni, dia orang (PAS) akan potong tangan you, potong kaki you.

“I tengok dia, I ketawa…kenapa mereka (PAS) hendak potong tangan I jika I tidak jahat. I tidak lakukan jenayah, orang-orang yang harus dipotong adalah orang Umno. Sebab mereka yang kaki duit, kaki judi, kaki perempuan, Umno semua ada dalam itu,” jelasnya dihadapan lebih 8000 hadirin.


Nota :

Orang kafir lebih tahu apa itu hudud...
Mereka tahu..cuma hidayah Allah belum sampai kepada mereka untuk peluk islam...
Tapi UMNO terang-terang telah menghina Hudud...
Tuduhan mengatakan Hudud adalah rekaan PAS adalah satu penghinaan kepada Islam...
Maka puak munafik seperti UMNO ini adalah wajib kita tentang...

Jawapan Kepada Kenyataan Timb. Presiden United Munafikin National Organization ( UMNO )...!!!


"Bismillahir-Rahmanir-Rahim:

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila, terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.

Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.

Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.

Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.

Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):

“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”

Maka seruan saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.

Sekian.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010

Bin Laden Tetap Jadi Pilihan...!!!


(Gambar - kerja-kerja pembinaan 'koridor utara masjid al-haram dijalankan 24 jam sehari, bagi mencapai sasaran '73 hari' lagi dijangka siap)

Walaupun Osama yang didakwa menjadi ketua kumpulan al-qaeda terus diburu, ditanah tumpah darahnya, syarikat milik keluarga beliau, Bin Laden Group terus mendapat kepercayaan pemerintah Saudi.

Bin Laden Group dilantik sebagai kontraktor utama bagi pembinaan perluasan Masjid a-Haram oleh Raja Abdullah, dengan keseluruhan projek bernilai SR6.65 bilion (RM6 bilion).

Projek terbaru permodenan bandaraya Makkah itu seluas 'sayup panjangnya' sehingga lingkaran lebuhraya di utara Masjid al-Haram dan melebar ke barat sehingga Jalan Bukit Kaabah.

Pembesaran 'serambi utara' Masjid al-Haram seluas 3 juta meter persegi mencakupi pembinaan beberapa hotel dan kemudahan penginapan, pusat perdagangan dan kemudahan awam, dijangka dapat menempatkan 'tetamu' seramai 250,000 orang.

Selain itu pembesaran ruang ibadat masjid al-haram tersebut dijangka dapat menampung jamaah tambahan seramai 400,000 orang.

Project tersebut pula akan disambung dengan 'Mercu Tanda' Makkah yang baru menjadi 'Sentral' kepada Metro Makkah, rangkaian perkhidmatan 'monorel' sepanjang 20km menghubungkan Masjid al-Haram dengan Mina, Pdang Arafah dan Muzdalifah.

Nota :

Walaupun seluruh dunia menuduh Osama Bin laden adalah Pengganas...
Namun di arab saudi lain pulak ceritanya...
Kerajaan Arab Saudi lebih percayakan Kumpulan Bin laden bagi pembangunan kota mekah...
Ini kerana keturunan bin laden adalah keturunan yang baik-baik...
Termasuklah Osama Bin laden...
Jadi kita tak payahlah nak terpengaruh dengan dakyah barat yang menuduh Osma bin laden dengan segala macam gelaran yang tak baik....
Ini semua adalah propaganda jahat barat yang dengki dengan Islam...
Sama jugak di Malaysia...UMNO yang menjadi seteru kepada gerakan Islam seperti PAS...
Maka kita tak payahlah nak susahkan diri mempercayai dakyah jahat UMNO ini...!!!