Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 30, 2010

Jaguh Kanpung VS Menantu Ayah...!!!


KJ vs Ibrahim Ali Ahad ini -MKini

Kongsi 82Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini.

Mereka akan bertemu dalam majlis tersebutyang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau - dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS - mengesahkan beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Sebelum itu, Khairy menulis dalam Twitternya: "Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?".

Selepas itu, ketika menjawab soalan pengikut twitternya - sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut - Khairy menulis: What do you think? I am Ketua Pemuda.

Memandangkan pada tajuknya serta sejarah hubungan antara kedua-dua mereka, maka forum ini menjanjikan sesuatu yang menarik - antara Khairy yang mengaku dirinya seorang reformis dan Ibrahim yang lantang bersuara - yang beberapa kali 'bertembung' sebelum ini.

Ianya bermula apabila Khairy 'menyelamatkan' Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, yang menjadi sasaran kecaman PERKASA pimpinan Ibrahim.

Sewaktu mendesak kerajaan mengekalkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - di mana sejumlah yang terhad disediakan kepada bukan bumiputera - Wee berkata pelajar bumiputera juga akan terasa diabaikan jika jumlah biasiswa MARA dikurangkan.

Berikutan itu, Ibrahim menggesa Khairy supaya tidak menjadi 'pengkhianat' terhadap bangsanya sendiri dan berlaku perang mulut antara mereka sehingga ke peringkat memberi gelaran antara satu sama lain.

Khairy menggelar Ibrahim sebagai 'jaguh kampung' dan 'gedebe oportunis'.

Ibrahim pula membalasnya dengan menggelar Khairy sebagai seorang pemimpin yang lemah di mana kepimpinannya telah melemahkan Pemuda Umno, dan mengabaikan keperluan akar rumput orang Melayu, dan ruang itu kini diisi oleh PERKASA.

Sementara itu, ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.

Khalid dan Ibrahim juga sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, termasuklah isu biasiswa MARA baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.

"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen, sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tanpa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan ketika itu - menjadi bahan ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'.

----------------------------------------------------------------

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....BERDEBATLAH KAMU DUA EKOR..TAK ADA MAKNANYA BAGI KAMI ORANG ISLAM...!!!!

Melayu Bukan Saja Pemalas..Malah Suka Menipu...!!!


SENSASI! Lee Kuan Yew: Bangsa Melayu PEMALAS dan kurang berkemampuan!

"Korang takyah bacalah artikel ni, buat sakit hati aje. Artikel membincangkan sikap malas korang, pertemuan Lee Kuan Yew dengan Tok guru dan sikap Tun Mahathir. Dalam sebuah buku baru tahun 2010 bertajuk 'Conversations with Lee Kuan Yew', tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas keyakinannya bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa pemalas yang kurang berkemampuan (mukasurat 53). Artikel membandingkan secara panas pendapat 'racist' Lee Kuan Yew dengan Tun Mahathir.

Kata Lee Kuan Yew : 'We could not have held the society together if we had not made adjustments as to the system that gives the Malays, ALTHOUGH THEY ARE NOT AS HARDWORKING AND CAPABLE AS THE OTHER RACES, a fair share of the cake'

PENDEK KATA, orang Melayu diyakini oleh Lee Kuan Yew sebagai bangsa yang pemalas. Penulis perlu melihat dari beberapa perspektif.

Pertama, marilah kita lihat dari aspek agama. Kita yang dikatakan 'pemalas' ini sembahyang lima kali sehari. Yang pertama iaitu Subuh pada awal pagi, ketika majoriti masih tidur, dan yang kelima pada waktu malam. Dari sudut agama, kita juga sembahyang jemaah setiap Jumaat sehinggakan jalan-jalan sesak dengan kereta yang parking merata-rata.

Disebalik sikap Melayu yang dikatakan pemalas, kita berkeyakinan penuh bahawa kita akan masuk ke syurga kerana kita beragama Islam. Jadi, disebalik semua retorik sahabat karib Israel ini, di sebalik semua bangunan tinggi di Singapura dan poket yang kembang, kita yakin kita yang untung dan lebih rajin.

MESKIPUN begitu, kita jangan lupa bahawa nabi pesan agar kita jangan abaikan dunia. Jangan lupa berniaga dan mencari habuan dunia secara halal. Kekayaan dan sikap positif pedagang Arab dulu menyumbang kepada kemasukan beramai-ramai kaum Melayu ke dalam agama Islam.

Penulis menambah bahawa sikap malas kaum Melayu dalam bekerja dan belajar memang kronik. Memandangkan penulis banyak menghabiskan masa di luar negara, penulis berani mengesahkannya. Sewaktu di Tokyo, penulis mendapati ramai yang membaca buku dalam keretapi. Dari stesen Ginza sampailah stesen Shinjuku, semua rajin membaca.

Penulis juga teringat sikap malas dan terhegeh-hegeh golongan Melayu. Suka berseronok, kuat mendengki dan suka mengadu domba. Rakan-rakan Pakatan juga kebanyakannya suka mengkritik Bn dan UMNO tanpa berusaha mencari alternatif dan penyelesaian konstruktif. Apa pun, syabas kepada kaum Cina dan India yang berani beramai-ramai menolak UMNO dan BN.

Ini berbeza dengan majoriti Melayu seperti di Johor yang begitu yakin bahawa UMNO merupakan 'pemberi rezki mereka'. Ancaman ustazah Mashitah bahawa Melayu akan mundur tanpa UMNO menjadi umpama ratib bagi mereka.

Penulis teringat pertemuan Tok Guru dengan Lee Kuan Yew di mana Tok Guru memberi jaminan akan berlaku adil kepada semua kaum selaras dengan tuntutan Islam apabila Pakatan memerintah Malaysia kelak.

Penulis juga teringat Tun Mahathir yang sentiasa menampilkan diri sebagai jaguh Melayu tetapi pada masa yang sama sentiasa mencerca orang Melayu yang menyokong Pakatan, baik di kampung dan di bandar, dan sentiasa menuduh Anwar peliwat seolah-olah Tun Mahathir ada di sebelah dan melihat sendiri Anwar meliwat mana-mana bontot. Berdosa besar tau main fitnah-fitnah sebegini.

Apa pun , Lee Kuan Yew tidak menzalimi bangsa sendiri.
----------------------------------------------------
Kah...Kah.....PERKASA TENTU MELENTING BILA BACA ARTIKEL INI...

Kah...Kah.....KITA KENA BACA DENGAN FIKIRAN YANG TERBUKA...

Kah...Kah....KITA MEMANG TAK NAMPAK KEKURANGAN BANGSA KITA....!!!

Kah...Kah....MELAYU MEMANG DOK ASYIK SYOK SENDIRI....!!!

Kah...Kah....SELAIN PEMALAS..SIKAP MELAYU YANG SUKA MENIPU...!!!

Kah...Kah....YANG PALING TAK PATUT...BILA MELAYU YANG TIPU MELAYU....

Kah..Kah.....SEBAB SELALU KENA TIPU...SAMPAI SEKARANG MELAYU HIDUP MEREMPAT DAN PAYAH NAK MAJU...

Kah....Kah...AIMAN TAKISAH...BILA CAMPUR DENGAN SIKAP PEMALAS ..MAKIN LAH MELAYU TAK AKAN MAJU...!!!

Demokrasi Akan Subur Bawah PR....!!!

BUBAR DUN: PAKATAN SELANGOR TIMBANG BERI NOTIS AWAL – MInsider

Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka akan menggunakan pendekatan memberi notis memanggil pilihan raya umum negeri - amalan julung kali digunakan jika menjadi kenyataan.

Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat pimpinan PR Selangor pada 19 Julai lalu.
Malah pada mesyuarat itu PR juga telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya mahu mengamalkan pendekatan baru ini bagi menyuburkan prinsip demokrasi di negara ini dengan memaklumkan semua pihak bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh tertentu.

“Misalnya, kami mengambil ketetapan bahawa enam bulan sebelum DUN dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum negeri, kami akan memaklumkan kepada umum bahawa pilihan raya negeri akan diadakan.

Nota:

Ini adalah permulaan amalan demokrasi.
Bila kerajaan Namrud nak buat pilihanraya
tergempar – jangan kita ikut.
Itu semua adalah tatik mereka untuk menipu. jangan terperangakap.

Berbeza sekali bila kerajaan pakatan rakyat akan beritahu 6 bulan atau
lebih awal bila pilihanraya negeri akan diadakan. ini
adalah untuk persediaan bukan untuk menipu.

BN selalu buat pilihanraya waktu subuh, waktu
orang naik haji, waktu musim tengkujuh – semua ini trik
untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Kenapa tak beritahu orang ramai bila pilihanraya akan diadakan?

Kenapa tidak di tetapkan tarikhnya lebih awal?

Kali ini semua akan berubah. dengan wujudnya negeri di
bawah pakatan rakyat maka banyak kemungkinan ciri
dan aura demokrasi akan mula diperkenalkan.

Tiket Bas Ke Kota Bharu Dah Habis Di Jual....!!!

PENYATUAN MELAYU : NGO DIGESA HANTAR 50 BAS RAYU NIZ AZIZ - MInsider

Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.

“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.
---------------------------------------------------------
Kah...Kah...KALAU KATA BODOH NANTI KECIK HATI PULAK...

Woitttt.....DULU KAU JUGAK YANG KATA NIK AZIZ SESAT....SEKARANG DATANG NAK MERAYU PULAK...

Kah..Kah...KAU RAMPAS ROYALTI MINYAK....LEPAS MINTAK NAK BERBAIK...!!!

Kah...Kah...KAU HENTAM KELANTAN DARI SEMUA SEGI....LEPAS TU CAKAP PASAL PERPADUAN MELAYU...!!!

Kah...Kah....KELANTAN MANA ADA MELAYU...SEMUANYA BANGSA SIAM...!!!

Kah...Kah....KELANTAN BUAT HUDUD..KAU YANG HINA HUDUD...

Kah...Kah....BILA TAHU MELAYU DAH NAK MAMPUS...SIBUK CARI SIAPA MELAYU...!!!

Kah...Kah...TAK KAN LIMA PULUH BUAH BAS...???

Kah...Kah...NANTI DATANG NAIK BAS MANA....????

Kah...Kah...SIAPA YANG TAJA..?? TRANASIONAL ATAU SANI EKSPESS..???

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...DULU SEMUA TAK KENA MALAH DI HINA HINA..BARU SEKARANG TAHU AHLI PAS RAMAI MELAYU.....!!!


Nota:

Betul atau tidak?
Rancangan akan diteruskan sehingga pas pecah
PAS mesti di umpil dari pakatan rakyat
Sekurang kurang nya sebahagian dari
PAS mesti meninggalkan pakatan rakyat
PAS harus berhati-hati....!!!

Tahyul & Syirik Memang Amalan UMNO...!!!!


TAHYUL : MELAYU MUNDUR JIKA UMNO KALAH – Harakahdaily

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Nota :

Orang melayu memang terkenal dengan amalan khurafat....
Percayakan bomoh melebihi segala-galanya...
Begitu juga kepercayaan orang melayu pada UMNO...
Kalau UMNO tewas dalam pilihanraya...
Maka susahlah orang melayu nak cari makan...
Ini juga satu khurafat yang paling dahsyat yang ada pada orang melayu...
Sebab itu ahli UMNO susah nak terima PAS...
PAS bagi mereka parti yang mundur dan tak berupaya memerintah...
Ini adalah kerana hantu UMNO yang ada pada mereka sentiasa membisikkan supaya jangan sokong PAS...
Melayu ramai yang jadi syirik sebab telah mempertuhankan UMNO...
"Usah datang kempen Pak Cik...Pak Cik telah berkiblatkan UMNO..."
"Pak Cik tak akan tukar lagi..hanya pada yang satu iaitu UMNO...."
Ini adalah kata-kata pengundi saluran satu bila kita datang berziarah kerumah mereka...
Kesian ye..pergi haji tiap-tiap tahu..sembahyang tak tinggal...puasa 365 hari setahun...tapi apakan daya...neraka jugak tempatnya...

Jutawan Malaysia Berbelanja USD 2 Juta Untuk Sedut Lendir Paris,,,,,!!!




Sama Parti Tapi Tak Sama Bulu....!!!


Khir tiada 'Selamatkan S'gor' sebab jaga kawasan-MKini

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo masih belum diturunkan dalam barisan penceramah dalam siri 'Selamatkan Selangor' yang bakal memasuki pusingan kedua pada hujung minggu ini.

Ketiadaan Mohd Khir di pentas tersebut, menguatkan lagi desas-desus berhubung persaingannya dengan timbalan ketua perhubungan negeri Datuk Noh Omar, dalam merebut kedudukan menteri besar.

Jawatan tersebut dilihat menjadi taruhan utama antara kedua-duanya untuk menonjolkan kemampuan masing-masing dalam merebut semula Selangor daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

Dalam kemeriahan ini pula, muncul Ezam Mohd Nor, bekas pengikut utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diberikan tugas utama untuk mengepalai kempen 'Selamatkan Selangor.'

Mohd Khir dilaporkan akan diturunkan bersama Ezam dalam peringkat kedua kempen, namun berdasarkan jadual program yang diperolehi, tiada tanda-tanda menunjukkan Mohd Khir akan muncul dalam ceramah pada hujung minggu ini.

Hanya Ezam dan Noh Omar yang akan muncul di sebahagian besar ceramah yang akan berlangsung dalam pusingan kali ini.

Mengulas perkembangan ini, ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Mohd Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak dapat hadir kerana menumpukan kepada aktiviti di kawasan beliau.

Beliau juga menafikan pandangan yang mengatakan Mohd Khir merajuk, lalu menolak undangan untuk hadir ke pentas berkenaan.

"Tidak timbul soal merajuk. Buat masa ini dia belum ada kelapangan lagi, kita pun faham keadaan dia tu," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mohd Khir ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah menerima jemputan untuk hadir ke majlis berkenaan.

"Tapi saya kena jaga kawasan," katanya ringkas apabila ditanya sebab ketiadaan bekas menteri besar Selangor itu dalam kempen tersebut.

"Mereka memang (timbulkan isu perselisihan antara beliau dengan Noh). Saya tidak ada masalah dengan Noh," katanya yang menyalahkan PKR kerana mempolitikkan isu berkenaan.
------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....BELUM BERPERANG DAH NAK BERGADUH....!!!

Kah..Kah.....PENYAKIT UMNO KELANTAN KINI BERJANGKIT PADA UMNO SELANGOR...!!!

Kah..Kah.....KALAU ZAMAN ZZZZ....DAH TENTU ADA YANG DI GANTUNG SEUMUR HIDUP...

Kah..Kah....MAKA JADILAH MACAM BERAHING ALI...!!!

Kah..Kah....LEPAS TU BUAT MUKA SARDIN...TERHEGEH-HEGEH MINTA NAK TUMPANG PAS...!!

Kah..Kah....ANAK TOYO KECIK HATI SEBAB UMNO LEBIH PERCAYAKAN SENATAK...

Kah...kah....CAKAP TAK MERAJUK...TAPI MEMANG BETUL MERAJUK LAH TU...!!!

Kah...Kah...NOH OMAR PUN TUMPANG SEMANGKUK WALAU TAK SUKA EZAM DEMI DENDAM PADA ANAK TOYO...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH....LANTAK KAU LAH UMNO....BEREBUTLAH KAU SAMPAI KE MAMPUS...ALANG-ALANG DAH KALAH..BIARLAH KALAH UNTUK SELAMA-LAMANYA...

Kembalilah Kepada Ajaran Islam

Orang Asli Lebih Tahu Macamana Nak Kawal Nafsunya...!!!

Makmal Khas Disyor Supaya Ditubuhkan Khusus Tangani Gejala Buang Bayi-MStar

Sebuah makmal perlu diwujudkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menangani isu pembuangan bayi dengan lebih berkesan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata cadangan itu dibuat dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada gejala pembuangan bayi dalam negara, dan yang merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.
--------------------------------------------------------
Woittttt......INI IDEA KEPALA BAPAK APA PULAK NI....???

Woitttt.......ENGKAU NI ORANG ISLAM KE ORANG APA...???

Woittttt.....KENAPA SUSAH SANGAT NAK SELESAIKAN MASALAH ANAK HARAM NI....???

Kah..Kah.....INGATKAN PROSES DADAH JE YANG ADA MAKMAL...!!!

Kah...Kah....ANAK HARAM PUN KENA ADA MAKMAL JUGAK KE....???

Woittt......PATUTLAH ORANG LEMBAH PANTAI TAK UNDI KAU PUN...!!!

Kah...Kah....DAH LAH DUNGU ..JAHIL PULAK TU...!!!

Kah..Kah....KALAU TAK TAHU..TANYA LAH PADA YANG TAHU...!!!

Kah..Kah....KITA KENA RAWAT PUNCANYA DULU...!!!

Kah...Kah...BUKAN MERAWAT BILA DAH NAK BERANAK...!!!

Kah..Kah....BALIKLAH KEPADA AJARAN ISLAM...KENAPA KAU TAK YAKIN DENGAN ISLAM...??

Woittt......BENDA ALAH NI DI SEBABKAN OLEH REMAJA YANG MEMANG TAK ADA IMAN...!!!

Woittt......INI LAH BAHANANYA BILA BINI PEMIMPIN DOK ASYIK PELUK DAN CIUM MUHRIM...!!

Kah...Kah...RAKYAT DOK TENGOK..LEPAS TU IKUT SEKALI...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...ANAK HARAM BIASANYA DI PROSES PADA MALAM SAMBUTAN TAHUN BARU..VALENTINE DAY DAN MALAM SAMBUTAN HARI MERDEKA...CUBA KAJI...!!!

ADUN Galas Kini Di ICU

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Galas dari PAS, Che Hashim Sulaima kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di sini akibat penyakit barah ususnya yang dihidapi sejak kira-kira setahun lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Nasuruddin Daud mengesahkan mengenai keadaan Hashim itu yang sedang dirawat di ICU Hospital Pakar Perdana di sini.

"Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Che Hashim pernah menjalankan rawatan susulan untuk barah ususnya di sebuah Hospital di Guangzhou, China pada 2009.

Wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan sebelum beliau pergi ke China, selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Che Hashim berjaya merampas kerusi DUN Galas dari Barisan Nasonal (BN)dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum lepas, apabila beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya Saufi Deraman. - BERNAMA

Nota :

Marilah kita sama-sama panjatkan doa kepada Allah agar Sdr. Che Hashim cepat sembuh dan kembali untuk terus berkhidmat kepada penduduk di DUN galas khususnya dan gerakan Islam Amnya...