Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 26, 2011

Senyum Petang Rabu....!!

Guane Gamok Orang Kite....!!


Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Sehubungan itu, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu telah berjaya menangkap seramai 357 pembekal dadah di negeri ini Sepanjang tahun lalu (2010)

Ketuanya, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, jumlah itu meningkat seramai 68 orang, iaitu sebanyak 24 peratus pada 2009, yang hanya berjumlah 289 orang.

Menurutnya, pengedar yang tidak dapat dituduh, di bawah langkah-langkah pencegahan khas (LLPK) 1985 berjumlah 88 orang berbanding 81 orang pada 2009, meningkat sebanyak sembilan peratus.

“Jumlah pengguna dadah bagi tahun 2010 pula adalah seramai 11,094 orang, berbanding 9,190 orang pada 2009. Ia menunjukkan peningkatan seramai 1,904 orang atau bersamaan 21 peratus.

“Jumlah keseluruhan bagi pengedar dan pengguna dadah dan mereka yang di bawah LLPK adalah 11,539 orang, berbanding 9,560 pada 2009, iaitu peningkatan seramai 1,979 orang atau 21 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya.

Menurut beliau, jumlah individu yang dituduh di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori sekiranya didapati bersalah juga meningkat, iaitu seramai 81 orang pada 2010.

Katanya, semua pesalah telahpun dituduh di mahkamah. Berbanding pada 2009, jumlahnya hanya 47 orang iaitu meningkat 34 orang atau bersamaan 72 peratus.

Menurutnya, peningkatan jumlah pengedar dan pengguna dadah sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan dan beliau mengharapkan satu langkah terbaik dilaksanakan bagi mengekang masalah ini, termasuk memulihkan penagih sedia ada daripada kembali menagih.

Katanya, jumlah keanggotaan kira-kira 200 orang di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu kini sebenarnya terlalu kecil bagi mengekang masalah dadah secara keseluruhannya.

“Pihak polis mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam membanteras aktviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini yang banyak merosakkan generasi belia dalam masyarakat hari ini,” katanya.

Sementara itu, dalam bulan Januari, sehingga kini, sekurang-kurangnya 5 berita berkaitan dadah yang dipaparkan dalam media perdana sebagaimana dibawah.

Calon BN DUN Tenang Pernah Lelong Tanah Orang Kampung..??


Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.

Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.

En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.

Saya mohon penjelasan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?
2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?
3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?
4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?
5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?
6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?
7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?
8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

MCA Memang Anti Islam....!!


Bulan Ogos 2010, Datuk Seri Chua Soi Lek mengingatkan masyarakat cina tentang isu penubuhan negara Islam kerana negara-negara Islam adalah mundur dan rasuah dan kenyataannya itu dibidas oleh Lim Guan Eng pada 7 Ogos dengan menyifatkan Chua Soi Lek sebagai jahil tentang sejarah tamadun Islam yang hebat.

Bulan Januari 2011, di Tenang, Chua terus memberi amaran kepada masyarakat cina tentang bahaya PAS yang berjuang untuk menegakkan negara Islam yang disokong oleh TPM Datuk Seri Muhyiddin Yasin.

Chua terus maju setapak lagi menghina hukum Islam apabila tentang calon PAS, Cikgu Normala yang bersalam dengan lelaki menggunakan sarung tangan disifatkan sebagai adat yang tidak mesra dan tidak sesuai memimpin masyarakat Malaysia.

Isu tidak boleh bersalam antara bukan mahram (lingkungan saudara terdekat dalam perundangan Islam) adalah sama seperti isu wanita bertudung di mana ia telah diajar dan sedia difahami oleh ummat Islam di Malaysia sejak di bangku sekolah lagi, yang tinggal hanyalah perbezaan daripada sudut mengamalkannya, dan ia boleh dilihat antara amalan isteri PM dan isteri TPM sendiri daripada aspek memakai tudung.

UMNO terus membiarkan presiden MCA itu menghentam Islam, asalkan tidak menghentam melayu secara langsung, kerana walaupun ramai orang melayu adalah Islam, tetapi PAS dilihat lebih komited dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam sebagai cara hidup.

Tan Sri Mufti Perak yang menyokong Datuk Seri Zamri Kadir sebagai MB Perak pun sampai menyebut, “…saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.” Klik di sini.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal dalam responnya tentang kenyataan Chua itu juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana “memperlekehkan ajaran Islam” ini dengan “cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat”. Klik disini.
Chua Soi Lek tidak pernah meminta maaf, walaupun dalam isu meminta masjid memperlahankan azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, peguam MCA yang membuat aduan tentang bunyi azan yang mengganggu tidurnya telah meminta maaf kepada Imam Masjid berkenaan.

Begitulah, orang melayu ditakut-takutkan dengan DAP sebagai anti melayu dan anti Islam, walaupun pemimpin DAP cuba mendekati al-Quran, masjid dan para ulama’ serta cuba untuk lebih memahami Islam bagi merapatkan hubungan muhibbah antara kaum.

Walhal Presiden MCA yang mewakili MCA terang-terang anti melayu yang berpegang dengan ajaran Islam, lepas ini mungkin isu tudung pula.

Tidak ada UMNO, PERKASA, Ulama’ Muda UMNO, YB Zulkifli Nordin dan NGO Melayu yang kisah.

PAS melalui Cikgu Mala terus melangkah memperjuangkan Islam, menerangkan ajaran Islam dan berusaha mendapatkan sokongan strategik daripada pelbagai pihak bagi membentuk negara Malaysia yang adil, telus dan berkebajikan kepada rakyat semua kaum.

Boleh Percaya Ke...??


LAWATAN ROSMAH DITAJA KERAJAAN OMAN - UM

Rosmah Mansor menjelaskan, lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit.

'Semuanya (kos perbelanjaan dan penginapan) ditanggung oleh Oman, jadi pihak di sebelah sana (pembangkang) yang tuduh macam-macam... berdosalah dia, berdosa," katanya.

Nota:

Pelik ni....kenapa oman belanja macam macam..??
Selalunya pak arab ni bukan boleh percaya...
Ada apa apa ke..?