Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

May 2, 2011

PAS Terengganu Kenal Pasti Calon PRU 13....!!


KUALA TERENGANU - PAS Terengganu telah mengambil langkah awal mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding mewakili parti itu bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, kajian terperinci berkaitan dengannya telah siap dilaksanakan bagi kesemua tiga puluh dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen.

"Di Terengganu ini.....calon (PAS) di negeri Terengganu ini (yang akan bertanding) kita telah menyelesaikan kesemuanya kawasan-kawan (parlimen) dan DUN-DUN lebih awal,

"kita (PAS) sudah buat kajian bermula dari Besut hingga ke Kemaman,"ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam untuk Dana Pendidikan anjuran Dewan Ulamak PAS Terengganu, disini, Jumaat 29 April.

Menurutnya, berdasarkan kajian tersebut, PAS Terengganu akan memilih calon-calon yang paling layak untuk bertanding,

Satu Osama Pergi...Seribu Osama Yang Datang....!!

Al-Fatihah..!!

Nota:

Osama's body is in possession of the US, having been killed in Pakistan as the result of a US special forces and CIA operation, according to the first leaks of reporting from the US television networks.

President Obama is to make a highly unusual Sunday night live statement to announce the news, around 11pm eastern time.

Bukan Takut Tapi Gerun.....!!


KHAIRY NAFI PEMUDA UMNO HILANG TARING – BH

Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee yang membidas sikap Pemuda BN terutama Exco yang dikatakan ‘hilang taring’ dalam memperjuangkan parti apabila diasak pembangkang.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau tidak pernah merajuk walaupun tidak diberikan jawatan dalam Kabinet kerana apa yang penting tugasnya memantapkan Pemuda BN dan UMNO

“Ada jawatan atau tidak yang penting adalah memantapkan Pemuda Umno dan BN,” katanya.

Kahiry berkata Pemuda UMNO tidak hilang taring seperti didakwa, sebaliknya masih lantang memperjuangkan Melayu dan mempertahankan UMNO daripada serangan pembangkang, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, katanya, sejajar dengan model baru politik, pergerakan itu juga tidak mahu dilihat sekadar beretorik dan menjadi kumpulan pendesak, tetapi memfokus kepada pendekatan turun padang dan menyelesaikan masalah belia, termasuk pengangguran.

“Dulu kita (Pemuda UMNO) jadi benteng secara tradisional termasuk mendesak kerajaan dan membuat demonstrasi serta laporan polis (berhubung sesuatu isu), tetapi kini kita memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah orang muda.

“Kita akan jadi lebih lantang, tapi pada masa sama kita mahu dilihat melaksanakan apa yang dijanjikan,” katanya.

Nota:

masa di ijok dulu bukan main gedebe
ini kerana ada power dari zzzzz
sekarang zzzz sudah betul betul zzzz
menantu pun tak ada power lagi
kah kah kah

Hari Buruh Seluruh Dunia...!!

Sambutan Hari Buruh Di Indonesia...!! Sambutan Hari Buruh Di Turkey..!!
Sambutan Hari Buruh Di Russia...!!


HARI BURUH: 18 DITAHAN POLIS, ANTARANYA MP SUNGAI SIPUT - MI

Polis menahan 18 individu dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja bagi membantah kenaikan harga barang dan menuntut Akta Gaji Minimum dilaksanakan, di sekitar Maju Junction dan Jalan Chow Kit di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Ibrahim berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

“Mereka ditahan untuk sementara waktu bagi merekodkan keterangan,” katanya dipetik Bernama.

Laporan The Star Online menyebut antara yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput D. Jeyakumar.

Perhimpunan bermula pukul 10.30 pagi disertai hampir 500 pekerja swasta daripada 75 syarikat pelbagai perkhidmatan.

Rata-rata mereka hadir dengan memakai baju berwarna merah dan membawa sepanduk serta kain rentang tertera “kami mahu hak kami”, “gaji minimum”, “harga barang naik, tapi gaji masih minimum” dan sebagainya.

Suasana pada mulanya terkawal apabila mereka berjalan dari Jalan Chow Kit ke Maju Junction menjadi kecoh apabila mereka yang berhimpun tidak berpuas hati dengan penahanan beberapa rakan mereka, dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai.

Mereka kemudian duduk di pekarangan Menara Tabung Haji sambil membaca protes dan ada yang menyanyikan lagu menuntut hak pekerja.

NOTA

sambutan hari buruh diseluruh dunia
dari brussels ke bombay
dari karachi ke caracas
dari istambul ke iceland
dari jakarta ke johanesbourg

kaum buruh merayakan hari suci mereka

hanya di malaysia kaum buruh ditekan
dari merayakan hari suci mereka

masanya telah sampai untuk kita menghumbankan
sistem yang menindas ini!

UMNO Penipu...!!

Menyembah Zionist...!!

UMNO TIDAK AKAN GADAI PRINSIP PERJUANGAN– MUHYIDDIN – mstar

MUAR: Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Muhyiddin Yassin.

Dia berkata berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, Umno tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.

"Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik," katanya.

Muhyiddin berkata lebih lama PAS berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.


PROGRAM PADAT MENANTI NAJIB DI NEW YORK – BH

Program padat menanti Najib Razak sepanjang lawatan dua hari beliau ke New York pada 17 dan 18 Mei.

Acara bisnes utama akan berlangsung pada 17 Mei apabila Hari Pelaburan Malaysia New York (IMNY) 2011 akan diadakan di Bursa Saham New York (NYSE), menurut kedua-dua sumber yang berpangkalan di New York itu.

Pertemuan secara individu antara eksekutif korporat Malaysia dan rakan sejawatan Amerika Syarikat(AS) juga akan diadakan.

Syarikat Malaysia akan diwakili, sebahagian besarnya oleh ketua pegawai eksekutif masing-masing, termasuk eksekutif kanan Petronas, Khazanah Nasional, Maybank dan CIMB.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia, CIMB Investment Bank, J.P. Morgan dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

IMNY 2011 berobjektif sebagai platform membantu komuniti pelaburan global menyesuaikan strategi pelaburan mereka dengan peluang pelaburan di Malaysia.

Nota:

sila baca dua berita ini dan fahami betul betul
malikul sembab mengambil garis nasionalis melayu
wal hal mat mongol sedang berusaha
untuk menggadaikan melayu kepada pelabur antarabamgsa

sayang nya ngo melayu
tidak memahami apa yang sedang cuba dilakukan oleh mat mongol
mereka tidak dapat membaca apa yang terasirat
jauh sekali apa yang tersurat kerana malas membaca

inilah akibat apa bila mat mongol senang kena pau
mat mongol yang telah terperangkap dalam kes bunuh altantuya
mat mongol tidak ada jalan lain
melain kan menyembah para pelabor di new york

yang peliknya mat mongol menuduh anwar sebagai ajen yahudi
tapi sekarang yang tuduk dan sedang berusaha untuk jual negara ini
pada towkay dan cukong yahudi ilah mat mongol sendiri

malikul sembab hanya dapat bercakap pada orang pagoh
tapi mat mongol cakap dengan zionis di new york!