Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 4, 2012

BERSIH 3.0 : Rakyat Wajib Turun Pertahankan Hak Untuk Pilihanraya Bersih Dan Adil....!!


JINGGA 13 hari ini menyambut baik langkah untuk melaksanakan satu lagi perhimpunan pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 3.0 seperti yang diumumkan dalam sidang media sebentar tadi di KLSCAH oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0.

Kekecewaan rakyat terhadap salahlaku dan percubaan terang-terangan oleh SPR bagi mengelirukan daftar pemilih induk wajar dikecam dan diselar kerana ini adalah bukti terang-terangan bahawa terdapat usaha tersusun untuk mengekalkan Umno Barisan Nasional di Putrajaya walaupun jelas gelombang rakyat sudah menolak mereka.

Jingga 13 mempersoalkan integriti Pengerusi SPR yang dilihat bersekongkol dengan penipuan tersebut dan usaha untuk membersihkan senarai daftar pemilih induk itu tidak serius dilakukan dan bantahan demi bantahan dibiarkan berlalu tanpa tindakan tegas.

Jingga 13 juga menyelar Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak mengendahkan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang dilangsungkan Julai lalu dan hanya membenarkan penggunaan dakwat kekal pada Pilihanraya Umum akan datang. Adakah relevan penggunaan dakwat kekal ini jika daftar pemilih induk meragukan dengan data-data yang penuh pembohongan dan berat sebelah seperti yang didedahkan oleh Dr Ong Kian Meng dari UCSI.

Maka, menjadi kewajiban rakyat Malaysia untuk turun ke Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, jam 2.00 petang di Dataran Merdeka dengan tema ‘Duduk Bantah’ bagi mendesak SPR dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihanraya bersih dan adil seprti yang sepatutnya.

Justeru Jingga 13 akan membantu segala bentuk mobilisasi sedaya upaya kami, menggerakkan kempen-kempen di media sosial mahupun turun ke lapangan bagi memastikan seluruh kekuatan rakyat untuk Duduk Bantah terhadap penipuan ini dan mendesak SPR kerajaan Malaysia mendengar dan mengambil tindakan yang penuh bertanggungjawab.

Muafakat*Prihatin*Berani

VICKNESWARAN KRISHNAN
Setiausaha
JINGGA 13
Malaysia

Terima Kasih BN...!!


Harga Petrol Ron97 Naik 10 Sen - Mstar

KUALA LUMPUR: Harga petrol premium RON97 akan naik 10 sen kepada RM2.90 pada tengah malam Selasa, menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM).

Tidak akan ada perubahan harga dalam petrol RON95 harga dan diesel, kata Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Abdul Mokti pada Selasa.

Kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong, katanya.

Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini

Catatan Seorang MP : Dewan Rakyat Kecoh Tentang Laporan Minoriti....!!


Hari ini kecoh dewan sebab pada pukul 3.30 hari ini Tuan Speaker telah menangguhkan sidang sehingga jam 10 pagi keesokannya. Tuan Speaker juga telah membuat keputusan untuk meluluskan laporan Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pilihanraya dalam keadaan kekecohan di dewan petang tadi dan sebelumnya telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen untuk keluar dewan dalam keadaan yang penuh kegawatan di Parlimen. Saya boleh angkat topi kepada Tuan Speaker kerana dapat melakukan semua keputusan tersebut dalam masa tak sampai 15 minit. Tapi apakah sebenarnya yang berlaku di dalam dewan sebentar tadi pada saat semua pihak menanti-nanti laporan JK untuk memperbaiki sistem pilihanraya negara kita?

Sebenarnya Dewan telahpun kecoh sebelum berhenti rehat pukul 1 tengahari tadi apabila Speaker telah menolak usul awal dari pembangkang supaya minority report dibentangkan berserta dengan laporan JK kerana ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh anggota JK dari pembangkang yang berpendapat ia tidak menyentuh isu dasar tentang kepincangan SPR dari sudut Daftar Pemilih yang masih tempang. Speaker bertugas sebelum rehat tengahari iaitu Pandikar Amin Mulia menolak dengan alasan bahawa telah cukup laporan JK tanpa perlu pembentangan minority report. Apabila Speaker berhujah bahawa tidak ada kes awalan yang membenarkan minority report dibentangkan, di sinilah belengu kekecohan pun terlepas dan bermulalah perbalahan. Ramai dari Ahli Parlimen menghujahkan bahawa ada kes awalan (preceding cases) yang membenarkan laporan minoriti dibentangkan lalu menolak itu sebagai alasan menolak minority report.

Untuk pengetahuan pembaca minority report adalah istilah yang digunakan untuk laporan dari kalangan anggota sesebuah jawatankuasa yang mempunyai pandangan yang berbeza dari pandangan majoriti dalam jawatankuasa tersebut. Ia diperakui sebagai satu laporan untuk merakamkan pandangan yang berbeza dalam sesebuah jawatankuasa.

Namun persoalan yang diperdebatkan ialah adakah perlu dibentangkan dalam mesyuarat penuh? Pastinya laporan minority report itu adalah pandangan anggota pembangkang dalam JK yang menyentuh persoalan daftar pemilih yang masih lagi dipertikaikan dari sudut pembersihan nama dari warga asing yang tidak diselesaikan dan dijelaskan. Tujuan kami meminta untuk dibentangkan ialah supaya pandangan ini dirakamkan untuk diminitkan dalam dewan bahawa kami masih tidak berpuashati dengan laporan JK yang tidak menyelesaikan masalah pokok iaitu Daftar Pemilih.

Hanya waktu rehat sidang telah menyelamatkan keadaan apabila keputusan Speaker waktu itu ialah meneruskan perbahasan ahli tentang laporan JK tersebut tanpa menerima usul laporan minoriti dibentangkan bersama. Semasa sesi bersidang selepas rehat, Ronald Kiandi bertugas. Kebetulan saya sempat menyapa beliau di cafeteria Parlimen dan kami berseloroh tentang bagaimana Pandikar Amin Mulia pagi tadi berada dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan, saya memberitahu Ronald Kiandi yang akan ambil alih sesi petang bahawa dia mesti bersiap sedia untuk mengawal keadaan kerana kami belum berpuas hati. Rupanya sapaan saya secara berseloroh terhadap beliau menjadi kenyataan apabila dia turut didesak seperti tengahari tadi untuk membenarkan minority report dibentangkan.

Semasa Ronald Kiandi berada dalam keadaan tertekan itu, Pandikar Amin masuk ke dewan lalu dengan gaya seorang "pendekar" ambil alih tempat Ronald Kiandi untuk mengawal keadaan. Malangnya tindakan "kependekaran" beliau itu hanya memburukkan lagi keadaan apabila Pandikar mengarahkan beberapa Ahli Parlimen keluar dewan. Ketua Pembangkang berdiri untuk menyelamatkan keadaan dengan meminta Speaker supaya tidak menggunakan kuasanya dalam keadaan kekecohan ini hanya kerana ada pandangan dari ahli parlimen yang lain berhujah bahawa keputusan awalnya berlandaskan kepada kes awalan sudah tidak boleh diterima kerana ada kes yang membenarkan minoriti report dibentangkan. Suasana semakin tegang dengan bunyi hiruk pikuk Ahli Parlimen di kedua-belah pihak sehingga kedengaran suara dari pembangkang "Leave the Chair, Leave the Chair!" (semacam menghalau keluar) terhadap Pandikar.

Dalam kekecohan itulah Pandikar terus meluluskan laporan dalam keadaan tidak ada sesiapa pun yang mendengar apa yang diucapkan, hanya bunyi penukul speaker yang kedengaran meminta semua diam. Kekecohan berakhir dengan semua kami keluar dewan dan Ketua Pembangkang bersama pipimpinan PAS dan DAP serta PKR mengadakan sidang media dan semua mata tertumpu kepada Anwar Ibrahim kerana ingin mengetahui apa yang berlaku di dalam dewan tadi. Sememangnya hari ini hari yang bersejarah apabila Speaker yang diarahkan keluar dewan setelah menggunakan kuasanya untuk memerintahkan beberapa ahli keluar hanya kerana menganggap Tuan Speaker tidak melakukan keadilan untuk mendengar pandangan dan hujahan pembangkang supaya minority report dibentangkan.

Ayuh.... Kita Jadikan 28 April Adalah Tarikh Keramat...!!


Anwar Ibrahim Club terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap penganjuran BERSIH 3.0, yang dilancarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 sebentar tadi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor. Ini adalah ikhtiar rakyat Malaysia melalui 84 NGO dengan dokongan padu orang awam untuk mendapatkan perhatian kerajaan bagi menilai semula kebobrokkan sistem pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil.

AIC melihat beberapa perkara seperti yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0 itu mempunyai asas yang kukuh dan berintegriti, tidak mewakili pihak berkepentingan tetapi sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihanraya yang lebih terjamin.

Keraguan paling besar adalah terhadap kecelaruan daftar pemilih induk, sama seperti yang dinyatakan dalam Laporan Minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang jelas membuktikan wujud tangan-tangan ghaib untuk memastikan kerajaan sedia ada terus selesa mengekalkan tampuk kekuasaan dengan cara mencurangi rakyat.

Maka adalah wajib rakyat seluruhnya untuk turun "duduk bantah" dan menyatakan pendirian tegas rakyat bahawa tidak boleh berlaku sebarang proses pilihanraya selagi daftar pemilih induk dipenuhi dengan kekeliruan dan keraguan yang munasabah. Rakyat terutamanya anak-anak muda harus segera bangkit bagi menghalang penjajahan serta pembodohan minda terus-terusan berlaku dan menekan kita ke dasar untuk lima tahun akan datang.

Maka pada tarikh 28 April 2012 jam 2.00 petang di Dataran Merdeka seharusnya menjadi tarikh keramat agar segala kepincangan ini dapat dipertontonkan di mata dunia, bahawa negara ini sedang dalam kancah penipuan terang-terangan dan wajar segera diselamatkan. Kerajaan yang berkuasa sekarang sudah menjadi rejim, yang terus mentadbir secara curang dan sedang cuba untuk terus kekal berkuasa dan menindas rakyat.

Anak-anak muda harus berani bangkit merubah dan menukar takdir negara ini. Turunlah ke semua lokasi yang ditetapkan mengikut kemampuan sendiri, asalkan terus terlibat dan tidak terleka dengan bahaya yang sedang mendepani kita. Di bahu kita terletak amanah untuk dipikul, dan terletak harapan bagi memulangkan keadilan dan maruah di tempat yang selayaknya.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Shafi Muhammad selaku Presiden Anwar Ibrahim Club, Malaysia.

Inilah Wajah Sebenar Demokrasi "Jakun" Malaysia...!!


Insiden Di Dewan Rakyat Memalukan-Mahfudz - HD

KUALA LUMPUR, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan insiden yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini cukup memalukan.

Beliau merujuk tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandika Amin yang meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa mengambil kira pandangan anggota parlimen.

"Saya cukup kecewa hari ini, dan insiden ini adalah memalukan apabila Speaker membuat satu keputusan tidak mahu menerima pandangan dan ahli parlimen khususnya Pakatan Rakyat,"katanya dalam sidang media.

Katanya, Speaker meminta hujah daripada anggota parlimen malah hujah berkenaan dibentangkan akhirnya beliau menolak mentah-mentah dengan alasan laporan minoriti tidak menjadi amalan parlimen negara ini.

Malah katanya, ramai di kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat bangun mengemukakan 'precedent' sebagaimana yang dicabar oleh Speaker.

Terdahulu, Usul daripada Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke yang meminta laporan minoriti PSC dibentangkan dan diterima dalam Dewan Rakyat, bagaimanapun Pandikar Amin menolak usul itu dengan alasan tidak ada di dalam peruntukan mesyuarat dan tidak menjadi amalan di parlimen negara ini.

"Saya lihat ketidaksedian Speaker untuk memperbetulkan kesilapannya sewajarnya tidak berlaku," tegasnya.

Bagi Mahfuz, Speaker dilihat lebih 'besar' kalau beliau bersedia untuk memperbetulkan kesilapannya.

Apa yang jelas, katanya Speaker menggunakan kuasanya untuk memaksa anggota parlimen Pakatan Rakyat memperbetulkan kesilapan sedangkan beliau yang tidak tepat.

"Dia harus sedar dan memperbetulkan kesilapan keputusan dia sendiri. Sebab itulah bagi saya ia satu yang memalukan, laporan itu diterima dalam keadaan seperti ini.

"Yang menunjukkan banyak lagi kepincangan di mana saya wakil PAS banyak perkara yang saya hendak dedahkan kerhubung pendaftaran warga asing oleh pegawai yang terlibat sepatutnya saya dedahkan hari ini," katanya.

Isu Lynas : Hanya Yang Bodoh Saja Kata Ianya Selamat....!!!


MCA desak k'jaan batal projek Lynas -MK

MCA tampil dengan gesaan baru ke atas kerajaan supaya tidak membenarkan syarikat Lynas Corporation daripada terus mengusahakan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Dalam satu kenyataan semalam, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu bukan lagi soal keselamatan loji.

Sebaliknya, perkara itu merupakan hasrat majoriti rakyat yang menentang projek Lynas, kata Chua.

"Sebagai kerajaan yang responsif dan sensitif, yang menghormati pandangan rakyat, MCA menggesa kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek itu.

"Walau ada pandangan dan pendirian berbeza mengenai tahap keselamatan Lynas, pandangan umum adalah projek itu bukan sesuatu yang menghasilkan jumlah pekerjaan yang tinggi atau pelaburan kemahiran teknologi bernilai tinggi," katanya lagi.

Chua juga menegaskan, dengan huruf besar, bahawa loji itu tidak diperlukan oleh Pahang.

Tiada kompromi soal sisa

Tambahnya, ramai rakyat Malaysia, termasuk pemimpin parti itu dari Pahang, yang menyuarakan bantahan mereka ke atas loji berkenaan.

Pandangan seperti itu, kata Chua, turut dikongsi akvitis alam sekitar yang telah ditemui MCA.

Bagaimanapun, Chua menekankan bahawa perkara itu tidak bermakna MCA berpendapat bahawa loji itu tidak selamat.

Tanpa memberikan alasan dalam soal keselamatan itu, Chua berkata parti berkenaan "menentang keras" pemberian lesen sementara kepada Lynas, sekiranya syarikat itu gagal melupuskan hasil sisa tersebut ke luar negara.

"MCA tidak akan berkompromi dalam soal ini. Parti ini tidak akan berubah daripada pendiriannya untuk mendengar suara daripada akar umbi," katanya.

MCA merupakan parti komponen BN kedua yang telah menyatakan penentangan ke atas projek berkenaan selepas parti GERAKAN.

Kedua-dua parti itu bimbang dengan reaksi pengundi dalam isu berkenaan, dalam pilihan raya umum akan datang.

Kerusi DUN Kuala Nerang Kosong....!!


ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis -MK

Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.- Bernama

Berita Baru Masyuukkk....!!


Bersih 3.0 diteruskan 28 April dengan 'Duduk Bantah' -MK

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan. Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

Ampun Tuanku....Daulat Tuanku....!!

Lewat tengah malam tadi sambil mengasuh kesakitan saya membelak-belek wall Fb beberapa orang kawan. Saja nak hilang sakit kerana mata sukar untuk dipejamkan. Begitulah biasanya kalau serangan hendap tanpa belas kasihan menjadi mata sukar untuk beralih alam. Jadi sebagai pelarian, saya membelak wall melihat foto yang berbagai dipersembahkan dalam album rakan-rakan. Fb memberi medium baru untuk berhibur dan mengambil manfaat darinya. Banyak benda ataupun maklumat berfaedah. Foto yang dihidangkan adalah menu terbaik buat mata

Belek punya belek terserempaklah dengan album gambar Sultan Muhammad Ke V diupacara menyempurnakan perasmian perletakan batu asas Masjid Mahaad Muhamadi (Perempuan) Kota Bharu. Gambar ini sudah bertaburan di wall rakan-rakan. Versi atau apa yang hendak diceritakan ialah mengenai kerendahan diri dan gaya hidup Sultam Muhammad Ke V. Ribuan komen menzahirkan kekaguman kepada Tuanku Sultan dan menyatakan keramatnya Kelantan memiliki seorang sultan seperti baginda.

Kezuhudan dan tawadukan baginda menjadi daya tarikan dan minat para facebooker. Saking sayang dan kasihnya ramai yang mengambil dan melekatkan gambar baginda di wall masing-masing.

Ada juga yang menjadikan wajah kehambaan baginda itu sebagai badge. Paling menarik ialah ada yang membingkaikan (frame) gambar baginda begitu indah dan cantik sekali. Kalau ada yang mampu mengait pelangi untuk dijadikan bingkai (frame) pasti dilakukan.

Dalam banyak-banyak album itu saya tertarik dengan album milik seorang teman Fb saya Shahrina Ahmad Sharkawi. Hampir satu jam saya melenakan mata di situ. Melihat gambar yang diambil dan adunan bagi menyatakan jujung kasih kepada Tuanku. Foto-foto rakaman lensa Sharina hidup dan bersahaja tidak diubah suai. Kronologi peristiwa perletakkan batu asas masjid itu menjadikan saya seolah-olah berada sama di majlis.

Daya kreativiti Sharina ini tinggi dan menarik. Dia berpotensi untuk muncul sebagai seorang jurugambar profesional. Betapa tidak gambar yang dirakamnya dipetik dan diambil oleh ribuan kawan lain. Terima kasih Shahrina atas khidmat anda dan saya juga 'mencuri' gambar anda dengan seidkit tokoh tambah caption.

Gambar-gambar yang dirakam Sharina dari berbagai sudut ini rakyat dapat mengenali Sultan kesayangan mereka sebenarnya. Yang jelas kezuhudan Tuanku dalam kehidupannya. Beliau tidak suka kepada protokol melebihi dan juga kemewahan seperti mana terpamer oleh raja-raja zaman dulu.


Apabila baginda meletak dan mengikat jongkong sebagai batu asas tanpa mengenakan sarung tangan ini menjelaskan bahawa baginda tidak mementingkan darjat dan kedudukan. Atau baginda mahu merasa sendiri bagaimana kasar dan kesatnya batu batan yang dipegang oleh rakyat jelata dalam mencari sesuap nasi untuk anak isteri.

Baginda nampak tidak kekok untuk melakukan dengan tangannya sendiri tanpa beralaskan sarung tangan berwarna kuning emas.

Ditangan atau lengan baginda juga tidak ada arlogi atau cincin bernilai RM24 juta. Ia molos sahaja. Tiada gelang atau pun rantai yang terbelit dilengan atau lehernya. Dengan mengenakan jubah ringkas menampakkan baginda seperti rakyat biasa atau bilal seorang masjid. Apa yang mahu dipancarkan oleh baginda ialah keinsafan dan kesedaran. Cara berpakaian baginda begitu bukan hendak mengada-nga tetapi sebagai satu instrument dakwah baginda kepada rakyat jelata agar bersifat sedarhana dan dekat dengan Allah.

Paling merujakan saya ialah gambar Sultan Muhammad Ke V membongkokkan sendiri tubuhnya untuk mengenakan kasutnya. Beliau tidak perlu kepada pengawal untuk mengambil dan menyarung kasutnya. Beliau lakukan sendiri. Perbuatan ini sekali lagi menyerlahkan sikap rendah diri, sifat keabadian yang ada kepada baginda. Bahawa tiada timbang tara di antara raja dengan rakyat di sisi Tuhan.

Gambar inilah yang paling banyak dicuri dan ditagkan di wall Fb rakan-rakan facebooker.

Di kejauhan malam dan terus mengulik kesakitan saya dilimpahi rasa bangga dan bertuah. Bangga kerana Sultan negeri saya sangat hampir dengan rakyat dan sangat mengambil berat kehidupan rakyat. Bertuah juga kerana baginda bukan sahaja menjadi payung di dunia tetapi baginda juga menjadi payung di akhirat dengan teladan hidup yang ditunjukkan kini.

Doa, semoga Allah s.w.t. memberi kebekatan dan keselamatan kepada Tuanku dan istiqamah dengan apa yang ada hari ini. Kami bangga dan bertuah bernaungan iman di bawah Tuanku. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! [wm.kl.12:27 t/hari 03/04/12] Menjunjung Kasih

Bukan Setakat Driver Aje...Tapi Dengan Kereta Sekali Wajib Di Tukar....!!


Saya bersetuju dengan pendapat perdana menteri Ha Najib Razak untuk negara mencapai status negara maju empat tahun lagi negara memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa bijak menjalinkan faktor yang ada untuk memanjukan negara.

Secara egoisnya Najib menggambarkan dialah driver (pemimpin) yang cekap yang boleh membawa negara maju menjelang 2020. Beliau beranologi kalau kita hendak sampai destinasi dituju jangan menukar driver di tengah jalan.

Kononnya kalau menukar driver di tengah jalan (tamatkan riyawatnya sebagai PM), perjalanan tidak akan sampai ke destinasi dituju... negara akan berselerak. Wah... kononnya dia sahaja yang bijak dan tahu arah peta perjalanan.

Sambil mendabik dada dialah driver yang cekap, katanya "jangan tukar dengan driver yang diragui dan membahayakan." Apa yang cuba ditonjolkan Najib driver yang merbahaya dan diragui itu ialah ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Semasa membentang kajian tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF) Ha Najib Razak juga berkata driver yang tidak cekap itu hanya tahu berseruling dan beretorika sahaja. Mereka katanya adalah tukang karut dan penghibur lara. Sebalik katanya kerajaan UBN hari sudah terbukti dan mempunyai track record.

Najib boleh berperasan dan mengakui dia seorang driver yang cekap, baik dan bertanggungjawab kerana itu dari penilaian dan standard dia sendiri berikan. Namun di luar sana atau penumpang sedang membuat penilaian ke atas cara-cara Najib memandu atau memimpin negara tanpa bias. Dalam tempoh tiga tahun lebih ini rakyat sedang mengukur corak dan juga stail pemanduan Najib.

Siapa yang membuat atau mengikhtiraf bahawa pemanduan Najib baik dan selamat yang boleh beliau jadikan asas?

Kita boleh masuk ke dalam bakul dan jujung sendiri. Kita boleh masuk ke dalam lif dan tekan sendiri, ia akan naik setinggi mana yang kita mahu. Tetapi kita tidak boleh hipkorit apa yang berlaku ke atas diri kita. Penilaian mutlak dan konkrit ke atas diri kita ialah dari rakyat. Kalau isteri kita memuji, kata kita hebat pun belum tentu benar, kerana perempuan dia boleh memuji dan memuja suami dengan pujian hebat apabila ia mempunyai sesuatu hajat.

Cekapkah Najib memimpin negara? Terpulang maklum kepada rakyat dan para penumpang. Untuk menilai seseorang itu cekap atau pun tidak ia harus memandu lebih separuh jarak perjalanan, baru kehebatannya teruji. Hari ini Najib hanya baru berlepas di garis awal perjalanan di mana baru peringkat membetulkan stering dan tempat duduk saja, jadi soal sampai atau tidak masih 'kabur mabur' lagi.

Dalam masa tenaga masih ada, sisa wang simpanan negara masih ada, Najib boleh memandu dan menggunakan wang untuk melatari pemanduannya. Tetapi cabaran sebenar ialah selepas lima tahun atau 10 tahun memimpin.

Hari ini pun rakyat sudah mengerti dan kenal cara pemanduan Najib yang tidak licin dan tersekat-sekat. Ada kalanya Najib keliru bila melihat papan tanda yang harus ditujunya. Beliau juga gagal melihat cermin belakang yang banyak meninggalkan iktibar. Penumpang belum berkata apa kerana mereka sedang 'mengeman' gula-gula dan membilang ringgit (RM500) yang Najib hulurkan untuk melekakan penumpang.

Najib tidak sedar dalam memandu dia banyak tersasar atau dipengaruhi oleh unsur-unsur di luar pemanduannya. Misalnya dia suka bercakap menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ini merbahayakan. Dia tidak boleh matikan handphone semasa memandu kerana disuruh berbuat begitu. Dia juga tidak boleh untuk tidak menjawab kerana kalau dibiarkan ia akan ditengking apabila pulang rumah nanti.

Lagi sewel dan sial ada kalanya Najib diganggu secara langsung apabila orang itu duduk di sebelahnya dan ikut sama memutar stering bersama Najib dan mengarahkan jalannya sendiri. Gangguan ke atas pemanduan Najib ini merbahaya.

Dalam kata lain Najib seorang pemandu yang dikawal, akan menggerakan kenderaan dibawanya menurut kuasa luar. Dia diremote oleh kuasa luar seorang yang sepatutnya berada di dapur rumahnya atau tukang menayarungkan stokin dikaki Najib. Bagaimana seorang pemandu yang dikawal untuk mengatakan dia seorang driver yang cekap, berprofesional?

Apabila Najib sudah memesan kepada penumpang agar jangan tukar driver di tengah jalan barang kali dia sudah dapat merasa keluh kesan penumpang yang bersunggut mengenai wibawa dia sebagai pemandu. Barang kali sudah ada tanda-tanda yang penumpang ingin menukar driver. Kalau tidak dia tidak akan memberi peringatan sebegitu.

Bagi pemandu yang mengerti dan tahu akan bahaya di depan mereka perlu malah wajib tukar driver. Mereka kena tukar Najib sebelum ia mengheret penumpang lebih jauh. Kalau dibiarkan sudah pasti Najib akan membawa mereka terjun gaung atau pun melanggar bukit. Sebenarnya bukan saja setakat driver tetapi kenderaan itu sendiri juga perlu ditukar kerana ia sudah terlalu lama, sudah 54 tahun dan sudah keletihan. Banyak perkakas dan mekanisme enjin rosak dan luruh. Bahkan nombor plat juga sudah tercabut...

Dalam pembentang itu juga Najib mendabit dada kononya dia tidak gentar untuk bersaing di pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana itu adalah pilihan demorkasi yang adil. Benarkah Najib berani untuk bersaing di pasaran bebas? Belawak kohong semuanya. Kalau benar bagaikan dikatakan Najib tidak akan kongkong media massa, beliau tidak akan kongkong polis, beliau tidak akan kongkong SPR, SPRM dan segala macam agensi.

Beliau akan lepas terbuka dan beri kebebasan secukupnya kepada agensi atau pun badan berkenaan seperti mana matlamat perwujudan dan penubuhannya. Dengan cara berlindung dan menjadi agensi kerajaan sebagai kubu Najib sebenarnya pengecut dan bacul campur munafik.

Sikap diam membisu beliau terhadap cabaran Anwar untuk berdebat menunjukkan dan mengenalkan kita siapa Najib sebenarnya. Kalau benar dia berani dan tidak gentar kepada pasaran idea babas dia akan sahut cabaran Anwar. Dia tidak perlu berdolak dalih dan mengatakan perdebatan itu membuang masa.

Bagi rakyat selagi Najib tidak sedia untuk menyahut cabaran itu, rakyat tidak akan mengikhtiraf Najib sebagai perdana menteri yang berani dan bertanggungjawab. Katalah sejuta kali dia tidak gentar kepada pasaran idea, tetapi pembisuan itu akan diterjemahkan rakyat Najib takut dan kecut perut. Sebelum ini bukan main lagi dia mengangga mulut mengatakan Anwar akan demam kalau berdebatnya dengannya, tetapi hakikat hari ini yang bergerunyuk dan kesejukan bukan Anwar tetapi Najib.

http://msomelayu.blogspot.com/

Permainan Dah Bermula....!!

ALAHAI Utusan Malaysia, akhbar propaganda milik regim Umno dan Barisan Nasional. Semakin hari semakin mengarut berita-berita yang dikeluarkan demi menyebarkan propaganda murahan memperbodohkan rakyat.

Nak tergelak tengok tajuk berita di Utusan Online hari ini. Salah satu tajuk yang menjadi berita propaganda politik mereka adalah, "Wan Azizah, Shamsidar tak bercakap

Dah macam gosip artis kah kah kah...

Cerita macam ini pun boleh masuk surat khabar ke? Aduhai...
Apa agenda memperbodohkan rakyat di sebalik tajuk berita ini?

Kisahnya begini, seorang penulis bernama Khalid Jafri pernah menulis dakwaan kononnya Anwar telah bersetubuh dengan isteri timbalan presiden Keadilan, YB Azmin Ali bernama Shamsidar sehingga melahirkan anak perempuan bernama Hafifah.

Bagaimanapun, Khalid Jafri telah ditetapkan oleh mahkamah sebagai memfitnah Anwar Ibrahim Kerana menulis dakwaan palsu berdasarkan bukti mahkamah yang menunjukkan bahawa DNA Azmin dan Shamsidar konsisten sebagai ibu bapa kandung Hafifah.

Utusan Malaysia sendiri pernah menyiarkan berita berkenaan isu DNA ini pada tahun 2005 yang lalu, rujuk sini [Utusan].

Almaklumlah, nama pun akhbar propaganda membebalkan rakyat. Walaupun mereka sudah menyiarkan berita ini, namun tetap juga mahu rakyat percaya bahawa anak perempuan Azmin dan Shamsidar adalah anak haram Anwar.

Sifirnya mudah, kisah Khalid Jafri ini sudah lama berlalu, anak muda hari ini ramai yang tidak tahu berkenaan cerita ini, maka mereka cuba memperbodohkan anak muda yang rata-rata belum kenal politik di zaman 1998 dahulu.