Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 10, 2011

Parlimen Di Bubar Esok...??


PM jumpa bekas MP sebelum pembubaran Parlimen? - MK

Spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan esok, semakin kuat apabila sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjumpa dengan semua bekas ahli parlimen BN yang telah bersara hari ini.

Menurut Kwong Wah Yit Poh, yang tidak memetik mana-mana sumber, berkata Najib telah memanggil semua ahli parlimen BN yang telah bersara untuk mesyuarat hari ini berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

"Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster dan risalah kempennya. Kebanyakan bahan-bahan kempen yang dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata laporan itu.

Untuk meningkatkan sokongan untuk BN, kata laporan itu, Najib tidak lama lagi akan membuat pengumuman, termasuk pengiktirafan kelayakan akademik dari Taiwan, yang merupakan satu tuntutan sudah lama masyarakat Cina kerana banyak graduan sekolah menengah Cina melanjutkan pengajian mereka ke sana.

Menurut jadual rasminya, Najib, yang pulang dari Makkah semalam selepas mengerja ibadat haji, akan menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur petang ini untuk dikemaskinikan mengenai kemajuan projek Program Transformasi Ekonomi.

Dengan pentadbiran kerajaan semasa memasuki tahun keempat dan kelembapan ekonomi global yang diselubungi risiko, maka spekulasi yang Najib akan memanggil pilihan raya mengejut bagi mendapatkan mandat baru, bertiup kencang sejak awal tahun ini.

Beberapa laporan media telah membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian.

Menteri Kaya Raya..Rakyat Papa kedana...!!


Keluarga Sharizat Beli Kondo Mewah RM9.8j ? - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Nov: PKR hari ini mendakwa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar bernilai hampir RM9.8 juta.

Selepas beberapa hari membuat pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat di NFC, PKR hari ini terus tampil dengan bukti 4 pindahan wang yang dibuat NFC dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman TUn Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009.

Pindahan wang itu sebagai bayaran penuh pembelian kondominium tersebut.

Pindahan wang yang pertama berjumlah RM699,870, keli kedua berjumlah RM694,150, seterusnya RM4, 199,220 dan yang terakhir berjumlah RM4,164,900 menjadikan jumlah keseluruhan pindahan sebanyak RM9,758,140.

Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan ini sekaligus membuktikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tiada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

"Siapa yang nak duduk, takkanlah lembu nak duduk di kondo?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu juga memberitahu, RM9.8 juta itu direkodkan sebagai hutang National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC.

Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Ini jelas satu bentuk pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," katanya.

Lapor SPRM

Sehubungan itu, PKR pagi tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan segera dibuat terhadap dakwaan itu.

Selain Sharizat, Noh Omar dan Khairy, mereka mahu Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat kerana didakwa terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini.

Selain itu, PKR turut menyeru Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

Lompat Tinggi-Tinggi....!!


Ahli Parlimen Umno Dijangka Bakal Lompat Parti - siasahkini

Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.

5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya.