Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 20, 2011

Bukti Kejahatan Polis - Lutut Mat Sabu Terpaksa Di Paku...!!


nota:

ini adalah gambar cahaya x
gambar ini telah memperlihatkan
kepala lutut mat sabu
yang telah diikat degan paku
sepanjang dua inchi

mat sabu telah menjalani pembedahan
selama satu jam

kepala lutut mat sabu telah pecah
ligemen nya putus
akibat dilanggar oleh kereta polis

telah di beritakan bahawa mat sabu
akan mengajukan saman diatas
kejahatan polis ini

ada lagi yang tak percaya
ada lagi yang tuduh mat sabu berlakun teater
ada lagi yang tuduh mat sabu ketuk kepala lutut sendiri
kah kah kah

Facebook Sokong Najib Kurang Dapat Sambutan...!!

Facebook Yang Sokong Najib... Facebook Yang Benci Najib...

Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan-MR

Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)

Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".

Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.

Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.

Siar Secara Langsung Debat Anatara BERSIH VS SPR....!!


Deman BERSIH yang dialami oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan pimpin UMNO/BN sememangnya boleh diubati jikalau SPR tidak berdegil dengan tuntutan pihak pengundi. Tetapi kegagalan SPR untuk memasang telinga terhadap tuntutan BERSIH 2.0 membawa padah yang lebih serius kepada UMNO/BN. Matlamat rakyat adalah SPR; Yang menjadi mangsa adalah Kerajaan Putrajaya.

Kini semuanya akan dijawab pada 26 Julai 2011. Keberanian menerima cabaran SPR oleh Ambiga jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya berada dalam balapan telus dan bersih dalam meningkatkan lagi kestabilan suara dan permintaan rakyat mengundi.

Rakyat Malaysia mula menghadiahkan rasa hormat yang paling tinggi kepada Ambiga kerana bersikap konsisten dalam menangani segala cabaran yang dilemparkan oleh setengah pihak yang sengaja mahu menunjukkan kehebatan kuasa politik sewaktu berada dalam teduhan UMNO/BN.

Namun, apakah pertemuan di antara Ambiga dengan lapan tuntutan BERSIH dan wakil SPR Wan Ahmad Wan Omar yang berpendirian tidak bersetuju dengan empat tuntutan daripada lapan itu akan dapat dilihat atau didengar oleh seluruh rakyat Malaysia?

Pasti tidak. Jikalau sedemikian, bagaimanakah rakyat Malaysia khususnya yang menyertai perhimpunan aman itu akan dapat menilai samada penyertaan mereka dalam perhimpunan itu sebenarnya bernilai atau tidak?

Ini adalah kerana, Ambiga (gambar kanan) bukan sahaja mewakili BERSIH tetapi mewakili semua rakyat yang menyokong BERSIH dan SPR pula bukan sahaja mewakili Kerajaan semasa, malah seluruh rakyat yang mengundi. Maka liputan siaran langsung akan akan memberikan peluang kepada rakyat dan akan menyamaratakan skop perbincangan kedua-dua mereka pada hari itu.

Selain daripada itu, rakyat juga dapat menilai kehebatan minda, kekuatan pendirian serta agenda rakyat dan agenda politik oleh kedua-dua pihak. Yang telus akan dihormati yang buruk akan bertambah buruk.

Dalam debat ini, Kerajaan harus mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk melihat dan menghayati debat itu melalui liputan siaran langsung.

Persoalannya, adakah Kerajaan Putrajaya akan bersikap terbuka dan telus dalam permintaan ini? Jika tidak ianya bermaksud Kerajaan masih berstatus lemah untuk berhadapan dengan permintaan Rakyat. Sebaliknya, jikalau Kerajaan dapat memberikan liputan siaran langsung, maka Rakyat Malaysia yang tidak menghadiri perhimpunan aman itu akan dapat mentafsir segala baik buruk perhimpunan BERSIH, kelakuan SPR dan tindakan Kerajaan BN. Kedudukan ini akan membuka ruang untuk "WIN WIN SITUATION" kepada semua pihak.

Samada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bertindak mengikut kemahuan rakyat atau akan berdegil untuk membantah permintaan rakyat adalah terpulang kepada mereka. Yang penting yang BERSIH, ADIL, CEKAP, AMANAH & TELUS patut diberikan penghormatan dan sudah pasti ianya akan menjadi kegemaran rakyat dan pengundi.

Foto Sebahagian Keganasan Polis Terhadap Peserta BERSIH 2.0....!!!

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta kerjasama orang ramai agar menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.Mustahil polis tidak mempunyai bukti-bukti keganasan yang dilakukan sehingga perlu meminta kepada orang ramai.

Sedangkan polis boleh sahaja membuka youtube dan gambar-gambar yang diambil oleh orang ramai untuk digunakan sebagai bukti.

Jika polis menuduh video youtube dan gambar-gambar itu palsu, polis boleh sahaja guna khidmat pakar Amerika sebagaimana yang digunakan ke atas video seks ciptaan Dato 'T'.

Apa jaminan polis, orang ramai yang menyerahkan video akan selamat dari ugutan dan ancaman jika menyerahkan video keganasan polis.
Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0.

1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia


Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani postmortem.

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin.

Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim, peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

3. Seorang pemuda, patah kaki kanan


Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.
Selepas ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.

4. Roslan Hussain,retak tulang dagu, patah dua batang gigi, terima 20 jahitan
Roslan mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

5. Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, enam jahitan di kepala
Khalid menerima enam jahitan selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat di kepalanya.

6. Timbalan Presiden PAS, ligamen koyak , terpaksa dibedah memasukkan besi

Motosikal yang dinaiki Timbalan Presiden PAS ini dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi" kata Mohamad Sabu

Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan skru di kepala lutut untuk membolehkan beliau berjalan semula.

7. Haji Suhardi Mohd, sesak nafas, pengsan

Haji Suhardi ditahan polis dan diikat dengan tangan ke belakang. Beliau mengalami sesak nafas yang teruk dalam keadaan tangan terikat.

Polis yang mengikat beliau gagal membuka ikatan mungkin kerana tidak membawa 'kunci' , hanya membawa pengikat. Akhirnya, orang awam yang membantu untuk membuka ikatan .

Beliau di bawa ke hospital selepas itu. Ramai yang keliru dan menyangka bahawa Haji Suhardi adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad (Ada Youtube )

8. Dato' Seri Anwar Ibrahim,cedera di kepala dan lutut

Polis dikatakan menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat.Hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk. (Ada Youtube)

Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau.

9. Pemuda berdarah di kepala

Pemuda ini dibelasah polis hingga menyebabkan kepalanya berdarah . Beliau ditangkap oleh polis dalam keadaan darah yang meleleh di kepala.

Bagi menutup keganasan polis , kepalanya telah dipakai dengan topi.( Ada Youtube )

10. Pemuda , cedera diterajang
Pemuda ini telah diterajang bertubi-tubi oleh beberapa orang polis semasa ditangkap . Jalur Gemilang yang dipegangnya juga menjadi mangsa sepak terajang polis yang membelasahnya. (ada Youtube )

Nota :

Inilah sebahagian dari keganasan polis yang berlaku semasa himpunan Bersih 2.0

Video BERSIH 2.0 Versi PDRM: Hasil Rekayasa Untuk Nafikan Keganasan Polis..??



Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari

Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat.

Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu.

“Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video, bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah.

"Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor.

Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis menyuraikan orang awam.

Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu.

Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian.

Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam.

Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis.

Namun menceritakan apa yang berlaku pada hari itu, Abdul Razak yang merupakan Unit Amal PAS berkata, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno-BN itu pada ceramah PAS malam tadi.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Justeru itu menurut Aziz, beliau agak sangsi dengan rakaman video mahupun gambar yang bakal dipaparkan oleh PDRM sendiri.

"Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital, itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis cuba pula buat siasatan lain.

"Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz.

Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri.

“ Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis.

" Dan saya fikir dalam hal ini, saya rasa pihak kerajaan janganlah menarik polis begitu teruk atau melibatkan pihak polis sebab kalau imej dan kredibiliti polis itu jatuh begitu teruk...yang menerima kesan ialah rakyat,"tambah beliau lagi.-tvsnews

Polis Guna Gas Pemedih Mata Yang Sama Dengan Israel...!!


SHAH ALAM: Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin. Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada.

Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.

Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin.

Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.

“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya.

“Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi.

Polis Patut Jaga Rakyat Bukannya Tindas Rakyat...!!

HENTIKAN PERSOAL PERANAN POLIS - UM

KUALA LUMPUR 19 Julai – Rakyat dinasihati supaya berhenti daripada mempersoalkan peranan polis dalam mengenakan sebarang tindakan ke atas pihak-pihak yang cuba membangkitkan isu komunisme di negara ini.

Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, isu komunis adalah melibatkan soal keselamatan negara dan justeru ia merupakan 100 peratus tanggungjawab pihak berkuasa tersebut.
Kata beliau, polis mempunyai dua pilihan dalam menentukan bentuk tindakan terhadap mereka yang masih mempunyai fahaman komunis itu iaitu di bawah undang-undang sedia ada atau ordinan darurat.

“Ini masalah keselamatan, 100 peratus masalah yang perlu diambil perhatian oleh polis. Kalau polis rasa ia boleh jejaskan keselamatan maka itu terpulang kepada polis. Mereka ada budi bicara sama ada ambil tindakan di bawah ordinan darurat atau undang-undang biasa.

“Tidak salah untuk polis tentukan bentuk tindakan dan keputusan muktamad adalah milik polis. Kita tidak boleh persoal kredibiliti mereka, ini adalah soal keselamatan negara,’’ katanya.

Nota :



Nota :

bila kau lihat gambar ini
bila kau teringat gambar ini

ini adalah detik sejarah
detik yang telah dirakam
untuk anak cucu cicit

bila kau lihat gambar ini
bila kau teringat gambar ini
adalah lakaran sejarah negara bangsa
adalah sejarah warga
yang bangun mendobrak kezaliman
yang bangun menegak keadilan

bila kau lihat amoi ini
bila kau amati amoi ini
maka kau akan sedar
bahawa 9 julai telah merubah semuanya
bahawa 9 julai adalah perserikatan setiakawaan
anak semua bangsa

Hanya Yang Bodoh Saja Sukakan UMNO/BN....!!


NIK AZIZ : POLIS TINDAS , RAKYAT AKAN TAMBAH BENCI UMNO -MI

Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.

NOTA:

polis tembak gas pemedih mata
polis pancut air asid
kah kah kah

bangang...
dunia lihat rosmah dan najib
sama macam ben ali dan leila
kah kah kah

Salut Pada Mereka Yang Berani...!!


5,000 DOKTOR SWASTA TUNTUT JEYAKUMAR DIBEBASKAN - MK

Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput D Jeyakumar.

"Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun.

"Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini

NOTA:

lihat ini satu perubahan yang amat ketara
fahamilah berita ini
fahami makna dan tanda berita ini
yang menuntut dr jeya di bebaskan ialah kaum doktor

mereka yang menuntut pembebasan ini
terdiri dari gulungan kelas menengah
mereka warga bandar
mereka berfikir dan berfikir

satu ketika dahulu
amat susah untuk mendapatkan sokongan dari kelas ini
tetapi hari ini semuanya telah berubah

8 march telah mengubah semuanya
9 julai telah mengubah semuanya

lanskap politik di semenajung tanah melayu
telah berubah untuyk selama lama nya

internet
youtube
laman dan blog
telah memperkasakan rakyat tertindas

terima kaseh kepada ronald reagan
kah kah kah

Mari Kita Lihat Siapa Yang Betul...!!


TAYANGAN UMUM VISUAL BERSIH MINGGU INI - UM

KUALA LUMPUR: Polis akan mendedahkan gambar dan rakaman visual keadaan sebenar ketika perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu kepada umum, minggu ini bagi menangkis dakwaan polis bertindak ganas dan tidak mengikut prosedur ketika menyuraikan peserta perhimpunan haram itu.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar, berkata semua rakaman itu sedang diteliti enam jawatankuasa khas dibentuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu lalu, termasuk pelbagai gambar dan video yang dimuat naik dalam YouTube serta laman sosial lain.

Nota:

youtube adalah stesen tv yang paling demokratik
youtube adalah stesen tv rakyat malaysia
youtube memberi berita terkini
youtibe memberi berita ternow

bersama menonton stesen tv anda
bersama menonton stesen tv rakyat dunia