Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 18, 2011

10 Dalil Kes Liwat II Adalah Rekaan Semata-Mata...!!


“Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat?

Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagilah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ini. Mari lihat 10 Misteri kes ini:

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum didakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan

Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri…. Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..

2. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.

Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya.

Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.

Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas Najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, Pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi. Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairy dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka.

Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak Lah dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.

Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.

Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini.

Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa.

Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, Saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi l*b*ng punggung seorang lelaki. Asalkan Saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan l*b*ng punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Lagi Berita Dari Jepun....!!

Kami ditinggalkan untuk mati ini adalah kata kata dari katsonobu sakarai kepada BBC - beliau ialah datuk bandar minamisoma hanya 12 batu dari loji nuklear mereka ditinggalkan tanpa siapa peduli...!!

WARGA DITINGGAL UNTUK MATI - mail online

‘They're leaving us to die': Mayor of town near stricken Japanese nuclear plant claims his people have been ‘abandoned

Residents of a town lying within the exclusion zone around the Fukushima Daiichi nuclear plant claim they have been neglected by the Japanese government.

Minamisoma lies just 12 miles from the nuclear plant in crisis and villagers have been ordered to remain in their homes as their community lies on the edge of the state-ordered evacuation zone.

But as tonnes of water were dumped on the plant as the government attempted to prevent overheating, the mayor of Minamisoma has accused the authorities of ignoring his ‘isolated’ people’s plight.

‘They are leaving us to die,’ Katsunobu Sakarai told the BBC in a video interview.

‘We weren’t told when the first reactor exploded – we only heard about it on the TV. The government doesn’t tell us anything.’

Staff at the small town’s hospital have remained with their patients although Minamisoma would be at a high risk of contamination should the plant at Fukushima enter meltdown.

‘We're not really supposed to be here but this is our job,’ said Dr Yukio Kanazawa.

‘I really resent the nuclear plant.’

Kerajaan Bukannya Tuhan.....!!


KERAJAAN JAMIN NEGARA BEBAS KESAN RADIASI : ONGKILI- meloya

Kerajaan hari ini memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.

Jaminan itu disuarakan oleh Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita semasa melawat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia, ia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita,” tegasnya.

BERITA BARU MASUK

Dari FB Jabatan Penerangan Malaysia:

Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita. Faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.
--------------------------------------------------------
woit... RADIO AKTIF KALAU HUJAN GUGUR KE BUMI.... kah kah kah..

kah kah kah... DI BUMI DI SEDUT OLEH TANAMAN.... kah kah kah...

kah kah kah...JATUH DI LAUT DI SEDUT OLEH IAKAN DAN KERANG.... kah kah kah..

kah kah kah...TANAMAN DAN IKAN ADALAH MAKANAN KITA SEMUA... kah kah kah

woit... BANGANG BETUL LAAA.... kah kah kah..

Nota:

apa yang perlu dilakukan ialah:
beri penerangan kepada orang ramai
beri pengetahuan bagaimana radioaktif bergerak
beri penerangan tentang bagaimana radioaktif boleh masuk ke badan manusia
beri penerangan akan bahaya radioaktif
beri penerangan apa yang mendatangkan radioaktif
beri penerangan apa yang perlu dilakukan jika terkena radioaftif

Ke Amerika Pun Sampai...Inikan Pulak Malaysia....!!


PERGERAKAN RADIOAKTIF RENTASI LAUTAN PASIFIK - new york times

Radiasi tahap rendah dijangka tiba di AS hari ini, Lautan Atlantik hingga Eropah turut terima kesan.

VIENNA: Pergerakan bahan radioaktif tahap rendah dari reaktor nuklear Jepun yang rosak akibat gempa dan tsunami minggu lalu kini merentasi Lautan Pasifik dan dijangka tiba di Amerika Syarikat hari ini serta mungkin menyeberangi Lautan Atlantik hingga Eropah.

Pertubuhan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBTO) dan pakar nuklear menjangka bahan radioaktif itu tiba lewat hari ini di selatan California dan meneruskan pergerakan menuju barat daya Amerika termasuk Nevada, Utah dan Arizona.

Namun, pakar berkenaan yang dipetik akhbar New York Times (NYT) berkata, bahan radiasi semakin terhakis dan lemah sepanjang perjalanannya di Pasifik menyebabkannya tidak mengancam kesihatan manusia.

Agensi berkenaan yang mempunyai 60 stesen pemantau di seluruh dunia tidak mendedahkan tahap pencemaran radioaktif berkenaan tetapi ia dijangka tidak memberi masalah kesihatan yang serius.
-----------------------------------------------------------
woit…. DAH SAMPAI KE UTAH…. kah kah kah..

woit…DAH SAMPAI KE ARIZONA…. kah kah kah..

kah kah kah… DAH SAMPAI KE NEVADA….kah kah kah..

woit… LAUT PACIFIK INI BUKAN BERSAMBUNG DENGAN LAUT CHINA SELATAN?..... kah kah kah..

kah kah kah… LAUT CHINA SELATAN INI BUKAN…. DEPAN CHERATING?.... kah kah kah..

kah kah kah…BUKAN DEPAN PANTAI CHINTA BERAHI?.... kah kah kah…

woit…. HENTIKAN LAH KERJA MEMBODOHKAN ORANG MELAYU…. kah kah kah…

woit… HENTIKAN LAH PRPOJEK MENIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… AIMAN TAK KISAH...MATI HANGUS MELAYU NANTI….. kah kah kah…

Berita Dari Jepun...!!


DARI FUKUSHIMA

- washington, paris , london dan bonn makin gusar

- amerika hantar kapal terbang nak bawa warga pulang

- reaktor no 4 mula bocor

- pagi khamis heli askar jatuhkan 30 tan air sejuk ke dlam loji

- G7 mula tunjukkan risau tentang ekonomi

- presiden russia dmitry medevdec kata – collossal national disaster –

- baru disedari umum bahawa reaktor no3 ada plutonium,

- plutonium paling bahaya walau pun debu – barah

- sebastian pflugbeil dari society for radiation protection berkata
- apa yang berlaku di fukushima – permulaan kehancuran –
- the beginning of the catastropic phase –

- penduduk tokyo – 13 juta – akan bergelap

- atm mesin bank mizoho jam 2 kali – ramai keluarkan duit

- kedutaan amerika di tokyo mula kurangkan keluarga

- britain nasehatkan warganya untuk tinggal kan jepun

- amerika dan peranchis telah melakukan pekara yang sama

- russian nak tutup kedutaan

- opis passport tokyo beribu beratur semua nak ambil passport

- malaysia tak buat apa apa kerana fulus sudah habis kah kah kah

Nota:

kalau dari awal berkata jujur
banyak pekara boleh diselesaikan
tapi saudagar loji tak berani
bercakap benar takut pelaboran rugi

sekarang rugi lagi besar


SILA BACA TAJUK TAJUK AKHBAR DAN BERITA KELMARIN-mail online

UN predicts nuclear plume could hit U.S. by FRIDAY as Obama finally falls in line with the rest of the world and starts evacuating American citizens from Japan

• French minister: 'Let's not beat about the bush, they've essentially lost control'

• Cooling pool for spent fuel rods has 'boiled dry at reactor number four

• Japanese have 48 hours to avoid 'another Chernobyl'

• Radioactive steam spews into atmosphere from reactor number three

• Experts warn that crisis is 'approaching point of no return' as officials run out of options

• Officials commandeer police water cannon to spray complex

• Attempts to dump water on reactors by helicopter fail